Perjalanan dari Dubuque ke Milwaukee yang merupakan bandar terbesar di Wisconsin hanya mengambil masa 3 jam. Cuaca begitu suram ketika itu seolah- olah musim dingin belum berakhir walaupun bulan Mei sudah tiba.
Tujuan utama kami ke bandar besar ini ialah mencari Islamic Center untuk menunaikan tuntutan solat lima waktu kami. Berpandukan kepada GPS yang dibekalkan dalam kereta, agak mudah kami mencari Islamic Center ini yang terletak tidak jauh dari pusat bandar.
Dari jauh bangunan Islamic Center ini tersergam indah. Bangunannya yang tinggi dan besar menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Islam di sini.
Bersebelahan Islamic Center ini terdapat sebuah sekolah menengah yang agak besar. Kelihatan beberapa orang pelajar dan ibubapa mereka sedang keluar masuk bangunan tersebut walaupun jam sudahpun mencecah pukul 6 petang. Biasanya waktu persekolahan di negara ini ialah dari pukul 9 pagi hingga 3 petang. Terdapat juga sebuah gym untuk kemudahan mereka untuk berekreasi.
Suhu pada ketika itu iaah 51 darjah Fahrenheit. Amat berbeza dengan suhu di Iowa yang begitu panas ketika kami bertolak ke Milwaukee ini. Angin dingin yang bertiup kencang menyebabkan kami terketar-ketar keluar daripada kereta yang diparkir di kawasan tersebut.
Ruang solat lelaki dan wanita adalah di tempat yang berasingan. Tempat solat lelaki terletak di bahagan bawah manakala tempat solat wanita adalah di bahagian atas. Lega rasanya sebaik saja kami masuk ke dalam bangunan tersebut kerana ia dilengkapi alat pemanas. Malah air paip untuk berwudhu' juga berasa agak panas. Lebih selesalah kami bersolat di situ.
Tatkala kami masuk,kedengaran sebuah ceramah yang disampaikan oleh seorang pemuda. Agak ramai yang sedang mendengar ceramah tersebut bukan saja di kalangan lelaki, malah juga terdapat kaum wanita. Alhamdulillah, Islamic Center sentiasa diimarahkan oleh ahli- ahlinya berdasarkan poster- poster yang terampang di papan kenyataan disini.
Selesai bersolat, kami menuju ke bahagian luar untuk bergambar supaya dapat diabadikan dalam travelog kami nanti. Alhamdulillah, kami bersyukur dapat sampai ke sini dan bertemu dengan orang orang Islam di sini meskipun tidak dapat berbual panjang dengan mereka.

No comments:
Post a Comment