www.colorados-finest-www.colorados-finest-custom-homes.com-homes.com |
Setelah bergegas dari motel ke lapangan terbang San Francisco, kami dapati rupa- rupanya kami terpaksa menunggu lebih dua jam sebelum dibenarkan masuk ke dalam kapalterbang. Itupun sejam selepas itu barulah kapalterbang berlepas ,setelah menunggu penumpang yang mempunyai 'connecting flights' dengan kami. Dari Denver kami mempunyai 'connecting flight' ke Detroit, Michigan. Alhamdulillah, kesempatan itu kami gunakan untuk makan tengahari dan solat. Kami hanya mencari satu tempat terpencil yang jauh dari lalu- lalang orang ramai untuk menunaikan solat jamak Zuhur Asar
Sebaik saja masuk ke dalam kapalterbang kami tidak menyangka kami teraksa mencari tempat duduk sendiri. Rupa rupanya syarikat itu mengamalkan 'free seating'! Satu perkara yang paling tidak disukai bagi mereka yang sampai awal ke lapangan terbang. Mahu tidak mahu aku terpaksa duduk di sebelah seorang lelaki walaupun aku lebih selesa duduk di sebelah kaum sejenis denganku.
Penerbangan ke Denver mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sebenarnya itulah kali pertama aku sampai ke Colorado. Setengah jam sebelum mendarat aku dapat menyaksikan satu pandangan pergunungan di Colorado yang begitu memukau. Pergunungan ini dipenuhi salji memutih yang begitu luas , indah saujana memandang. MasyaAllah. Aku pernah mendengar pergunungan di Colorado ini sangat terkenal dengan aktiviti ski. Tidak terfikir pula aku dapat menyaksikan sendiri pergunungan yang istimewa ini.
Sejurus sebelum mendarat, hujan turun dengan lebat. Kilat sabung menyabung menyebabkan aku berasa gusar berada dalam kenderaan di kawasan lapang. Tiba- tiba aku menyaksikan satu fenomena ciptaan Allah yang begitu menarik. Melalui tingkap kapalterbang, aku ternampak dengan jelas kilat keluar daripada sebuah awan mendung dan seterusnya kilat itu menghala ke bumi. Wow, Subhanallah! Ini sama dengan apa yang aku perhatikan di lukisan dalam buku. Meskipun aku memahami bagaimana kilat berlaku aku tidak menyangka akan menyaksikan fenomena ini betul betul di hadapanku. Biasanya sewakru kita di darat, kita akan bergegas masuk ke dalam bangunan sewaktu kilat sabung menyabung kerana khuatir akan disambar kilat. Namun ketetapan Allah telah memberi peluang aku menyaksikan sendiri fenomena ini dari atas kapalterbang. Maha Suci Allah!. Walaupun kilat itu merupakan panahan kepada syaitan, ia juga menunjukkan betapa agungnya Allah menciptkan kilat yang sebegitu kuat dan menakjubkan.
No comments:
Post a Comment