Masjid Bakersfield, California |
Alhamdulillah antara masjid yang kami singgah di California semasa pengembaraan kami pada tahun 2012 ialah Masjid Bakersfield dan Masjid Fresno.
Sewaktu kami singgah di Masjid Bakersfield pada suatu pagi Ahad kami dapati terdapat kelas agama bagi kanak- kanak dan remaja sedang dijalankan di ruang solat. Biasanya kelas ini dijalankan oleh para sukarelawan. Sungguhpun masjid di Bakersfield ini tidak berapa besar dan terletak di tengah- tengah downtown, bilangan pelajar yang hadir agak ramai.
Masjid Fresno, California |
Sewaktu kami lalu di tepi masjid ini pada suatu waktu petang tempat letak kereta masjid ini dijadikan gelanggang untuk bermain bola dan beristirehat oleh orang Islam di sana. Istimewanya masjid ini kerana ia mempunyai seorang pengawal yang mengawasi masjid dan persekitarannya. Oleh itu berbeza dengan sebahagian masjid di US, masa masjid ini dibuka lebih lama. Sewaktu kami singgah di masjid ini, Kami berjumpa dengan Umar, seseorang berbangsa Afrika yang ditugaskan mengawasi masjid tersebut. Umar tinggal tidak jauh dari masjid ini, oleh itu agak mudah baginya berulang alik ke masjid dan mengawasinya.
Masjid- masjid lain yang lebih besar di US ini kini kebanyakannya mempunyai sekolah Islam di dalam kawasan masjid itu sendiri. Oleh itu masjid itu biasanya selalu di penuhi dengan aktiviti, samada aktiviti sekolah mahupun aktiviti luaran dan keagamaan. InsyAllah saya akan bincangkan berkenaan masjid yang lebih besar nanti.
Ingin mengikuti pengembaraanku bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini
No comments:
Post a Comment