Friday, December 6, 2013
Wednesday, November 27, 2013
Makanan 'Kosher'- Kenapa Ia Halal Dimakan.
| Tanda circle U di label menandakan ia makanan kosher |
Pernahkah anda dengar tentang makanan 'kosher"? Berikut ialah sedikit penerangan tentang makanan tersebut.
Allah berfirman:
" ..dan makanan ahli kitab dihalalkan bagimu."
Surah al Maidah: 5
Menurut ahli tafsir, makanan dalam ayat ini maksudnya ialah haiwan sembelihan mereka. Justeru halal bagi kita memakan haiwan sembelihan ahli kitab terutamanya Yahudi yang sangat ketat menjaga makanan mereka.
Orang Yahudi memililki istilah khusus yang berfungsi seperti label halal dalam agama kita. Istilah itu dinamakan kosher. Setahu saya, tiada makanan haram yang mereka halalkan melainkan arak sahaja.
Kesimpulannya, saudara boleh memakan masakan Yahudi melainkan jika saudara mengetahui mereka memasukkan bahan berunsur arak ke dalam makanan tersebut. Semua ini tentu saja dibolehkan selagi mana ia tidak mengandungi aktiviti haram di sisi Islam.
Imam Ahmad berkata:
Perkara yang dilarang hanyalah memasuki kuil dan gereja mereka. Adapun membeli makanannya, maka tidak haram."
Demikian diriwayatkan oeh Ibn Muflih dalam al Adab al Syar'iyyah.
Ust Umar M. Noor- al Ustaz isu 20
| Tanda kosher yang disahkan oleh The Union of Orthodox Congregations, New York |
| Tanda kosher yang disahkan oleh Chabad of Fresno, California |
| Antara produk kosher yang bertanda circle U |
| Salah satu produk kosher yang bertanda circle U |
Thursday, November 21, 2013
Soalan Seorang Atheis Kepada Seorang Muslim Bahagian 1
Salah satu soalan orang Atheis kepada seorang Muslim
Soalan: Bila Tuhan mula- mula muncul?
Banyak perkara di dunia ini yang tidak ada permulaannya.
Nombor ialah satu contoh.
Sebelum dua, satu.
Sebelum satu, kosong.
Sebelum kosong, nombor negatif
tapi ia tidak di anggap nombor lagi
kerana ia hanya nombor hutang.
Dari Tuhan Lebih Saintifik- Dr Farhan Hadi
Soalan: Bila Tuhan mula- mula muncul?
Jawapan: Kita keliru dengan waktu kemunculan tuhan kerana adanya masa.
Masa adalah ciptaan tuhan.
Apabila masa itu ada menyebabkan
kita berfikir waktu lampau yang sebelum dan sebelum.
Andaikata masa itu tiada,
sudah tentu tidak akan timbul persoalan sejak bila tuhan muncul.
Tuhan itu ada sebelum masa dicipta.
Bahkan tuhan yang menciptakan masa
Banyak perkara di dunia ini yang tidak ada permulaannya.
Nombor ialah satu contoh.
Sebelum dua, satu.
Sebelum satu, kosong.
Sebelum kosong, nombor negatif
tapi ia tidak di anggap nombor lagi
kerana ia hanya nombor hutang.
Dari Tuhan Lebih Saintifik- Dr Farhan Hadi
Monday, November 4, 2013
Keputusan Membuat Pembedahan Tulang Belakang
Dec 2010 aku membuat keputusan untuk menjalani pembedahan setelah rawatan alternatif yang lain tidak menampakkan 'improvement'. Dr Ali, pakar tulang belakang menerangkan segala langkah yang perlu dilakukan sebaik sahaja aku menyatakan persetujuanku untuk menjalani pembedahan pada bulan itu juga. Aku perlu mendapat pelepasan daripada pakar thyroid dan pakar asthma yang aku merawat aku sebelum pembedahan itu dijalankan.Oleh kerana tahap thyroid aku sudah kembali normal, aku mendapat perlepasan dengan mudahnya daripada pakar thyroid. Walaubagaiamanapun ketika aku membuat keputusan untuk pembedahan tersebut, aku masih batuk. Bagi seorang pesakit asthma, batuk boleh membawa kepada asthma jika tidak dikawal. Pesakit asthma juga adalah dianggap 'high risk patient' bagi pembedahan. Oleh itu, pelbagai 'ujian' yang perlu dibuat sebelum doktor memberi aku pelepasan pembedahan tersebut.
Akhirnya setelah memeriksa segala ujian yang berikan, doktor tersebut memberi pelepasan walaupun ketika itu aku masih belum baik sepenuhnya dari batuk. Sebagai pesakit asthma memang payah bagiku bebas daripada batuk dalam masa yang singkat.. Sekali terkena batuk dan asthma ia mengambil masa lebih tiga bulan untuk sihat kembali. Sekiranya terkena asthma yang teruk, badan menjadi lemah dan komunikasi amat terbatas.
Sehari sebelum pembedahan, aku 'check in' ke wad. Sebaik saja aku berehat di katil, maka pelbagai ujian di lakukan sebelum pembedahan. Aku terpaksa menjalani x ray untuk memastikan kedudukan terkini tulang aku dan ecg untuk menentukan jantung ku 'ok'. Untuk melegakan batuk, doktor telah mengarahkan aku menjalani ventolin inhalation berkali kali. Ubat batuk dan pelbagai ubat terpaksa aku ambil supaya aku lebih selesa semasa pembedahan. Ini tidak termasuk tekanan darah yang sentiasa diambil oleh jururawat di sana.
Untuk menenangkan kegerunanku menghadapi pembedahan, aku mengambil ar zam- zam yang aku beli sebelum aku masuk wad.Aku juga percaya dengan kuasa Allah, air zam zam juga boleh melegakan batuk. Solat fardhu dan hajat juga mententeramkanku..Aku hanya sempat tidur beberapa jam saja sebelum ke bilik pembedahan.
Aku bersyukur suamiku sentiasa di sampingku untuk mententeramkan aku. Walaubagaimanapun segala kemungkinan bermain difikiran ku. Aku hanya mampu berdoa di saat aku di bawa ke bilik pembedahan "Ya Allah, ampunkanlah aku.. Amalanku yang amat sedikit ini mampukah menampungku ke syurga. Ya Allah, hanya dengan rahmatmu akan ku ke syurga. Hanya kepadamu aku berserah."
Bersambung
Thursday, October 31, 2013
Monday, October 28, 2013
Sakit Hanya Satu Cubaan Dari Allah- Pengalamanku sendiri - Bahagian 1
Jarang orang akan berbicara pengalaman pahit yang dilaluinya kerana dengan mengimbau kembali kisah- kisah itu ia akan menyebabkannya sedih atau trauma. Sungguhpun begitu, pengalaman yang dilalui jika diceritakan kadangkala boleh membantu orang lain yang mengalami pengalaman yang sama. Pengalaman aku sewaktu mula- mula mengalami sakit tulang belakang sememangnya mengejutkan. Pada suatu waktu awal subuh, ketika aku bangun dari tidur aku terasa kakiku berat dan sangat sakit ketika hendak melangkah menuruni katil. Sakitnya bukan kepalang seperti tersilap urat. Namun aku berusaha juga untuk solat subuh tanpa diketahui sesiapapun.
Awal pagi barulah aku memberitahu suamiku berkenaan kesakitanku. Pada mulanya aku menyangka ia berkaitan tentang penyakit hyperthyroid yang sedang aku alami. Lalu aku terus membuat temujanji dengan pakar thyroid yang biasa aku kunjungi.
Namun setelah aku bertemu dengan doktor tersebut, aku dan suamiku telah diberitahu bahawa kesakitan yang aku alami itu sebenarnya berkaitan dengan tulang. Lantas dia terus menghubungi pakar tulang belakang yang juga mempunyai klinik di sana.
Maka daripada saat itu bermulalah pelbagai 'medical test' yang terpaksa kulalui x-ray, ujan darah yang pelbagai termasuklah melakukan ct scan yang pada mulanya agak menakutkan namun setelah beberapa kali aku menjadi tenang semasa berada di dalamnya.
Selesai ct scan doktor telah mengesahkan salah satu tulang belakangku telah terkeluar dari kedudukannya dan hanya pembedahan yang dapat membetulkannya, InsyaAllah. Jika terlambat, pelbagai kemungkinan akan terjadi termasuk lumpuh.
Perasaanku ketika mendengarnya Allah saja yang tahu, terkejut,sedih dan pelbagai kemungkinan buruk bermain di fikiranku.Bagaimana tulang belakangku boleh jadi sedemikian. Aku bukan ahli sukan. Aku tak pernah jatuh dari tempat yang tinggi. Tak pernah pula aku alami sakit yang amat sangat walaupun pernah tergelincir di lantai licin beberapa kali.
Namun kenyataan itu akhirnya terpaksa ku terima dengan redha walaupun pahit. Hanya Allah yang mengetahui hikmah disebalik cubaan ini.
Daripada Abu Hurairah r.a.
bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Perumpamaan orang Mukmin adalah tanaman
yang selalu digoncang angin,
( begitu juga) orang Mukmin selalu diduga
dengan pelbagai dugaan dan cubaan."
(Riwayat Tarmizi)
Bersambung.
Bersambung.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
"Mak, kenapa depa nak mai Penang untuk bercuti? Best sangat ka Penang ni?," tanya anakku. "Banyak tempat menariklah kat situ...
-
Takua Rendang Kat mana nak dapat makanan Melayu di Pulau Pinang? Kena tahu tempat- tempat penempatan Melayulah. Walaupun kadangkala kit...
-
Kali pertama saya terdengar tentang kopi Luwak ialah melalui rancangan pemgembaraan Chef Wan di TV9 baru-baru ni. Kopi luwak ni adalah seje...
-
Masjidil Haram dan Menara Jam Bumi Haramain...Nama yang di berikan kepada Makkah al Mukaramah dan Madinah al Munawarah. Saban tahun beg...
-
Sudah lama aku tidak menjejak kaki ke kawasan pergunungan ini. Walaupun perjalanan ke bukit Fraser memakan masa tidak sampai 2 jam, ketiadaa...
-
Baru baru ini dalam program Tanyalah Ustaz TV9, seorang pemanggil telefon telah menceritakan bagaimana seorang mualaf yang telah berpuluh-...
-
Raccooons- Pic Source: smashinglists.com Suatu hari ketika aku sedang berehat sambil menonton tv, tiba- tiba "prang!", bunyi k...
-
"Kelas fardhu ain? Nak belajar apa lagi? Kan kita dah belajar dulu," kata seorang sahabat. Kami berjumpa di masjid selepas so...
-
Sumber- Scan Halal Sumber- Scan Halal Biasa dengar tentang scan halal ini? Di Malaysia mungkin kita berasa kurang perlu menggunak...


