Friday, June 22, 2012

The Litlle Blue Mosque dan Kolej Zaytuna- Dua tempat Yang Istimewa

Ketika mengembara ke California beberapa bulan lepas terlintas keinginanku untuk melawat beberapa  tempat yang pernah saya paparkan dalam blog ini dalam  tajuk 'The Little Blue Mosque' dan Zaytuna College. Bagiku kedua- dua tempat ini sangat istimewa kerana keunikan mereka. Salah satu keunikannya ialah kedua- duanya terletak dalam kawasan universiti. The 'litlle blue mosque' terletak di University of California, Davis manakala Zaytuna College terletak di University of California, Berkeley. Sebenarnya  kedua- dua tempat ini terletak di bahagian utara California.

The 'litlle blue mosque' ini sebenarnya ialah Islamic Center  of Davis. Mungkin disebabkan oleh keluasannya yang tidak berapa besar , ia di anggap kecil(little). Ketika kami sampai di sini untuk menunaikan solat jamak zuhur asar, kami dapati ia berkunci. Peristiwa 9/11 telah menyebabkan banyak masjid di USA di ceroboh serta di rosakkkan. Mungkin ini salah satu sebab terdapat masjid yang membuka pintu mereka hanya setengah jam sebelum masuk waktu solat.  Islamic Center ini walaupun dikatakan kecil boleh memuatkan jemaah yang agak ramai. Bersebelahan dengannya terdapat sebuah ruang makan tidak bertutup yang boleh digunakan semasa majlis keramaian. Ketika kami duduk di kawasan luar, kami dapat merasakan ketenangan rumah Allah ini. Angin yang bertiup agak kencang ketika  itu membawa haruman bunga putih yang ditanam di seluruh kawasan masjid.

Kolej Zaytuna merupakan sebuah kolej islam yang menawarkan beberapa kursus peringkat ijazah berkaitan Islam dan Bahasa Arab. Ketika berada di sana, aku hanya mempunyai alamat kolej yang aku dapatkan menerusi internet  sebelum bertolak ke USA. Oleh itu agak sukar kami mencari kolej ini kerana kami tidak mempunyai GPS ketika itu. Sampai sahaja di alamat tersebut, kami  tersilap ambil  pintu hadapan ke arah salah sebuah bangunan University Berkeley.

Apabila salah seorang daripada pelajar ternampak kami tercari- cari sesuatu,dia menanyakan kami samada kami sedang mencari pintu masuk Kolej Zaytuna. Lantas dia menunjukkan arah pintu masuk ke kolej ini. Mungkin dia melihat kami ini bertudung lalu menganggap kami sedang mencari kolej tersebut.  Rupa-rupanya mereka berkongsi sebelah bangunan yang besar dengan salah satu fakulti di University  of California Berkeley.Namun apa yang perlu kita puji ialah usaha murni mewujudkan sebuah kolej Islam di kawsan ini.


Kedua dua tempat ini terletak di dalam kawasan ilmiah. Tempat yang sangat ideal untuk menyebarkan dakwah islamiah di kalangan ilmuan. Disamping memudahkan orang islam di kawasan ini menunaikan solat dan mendapatkan ilmu, ia memainkan peranan penting dalam memberi peluang memperkenalkan islam kepada masyarajat sekeliling. Wallahulam.


Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya bersama keluarga di USA? Klik di sini!

Friday, June 1, 2012

God, May I Ask

This is  a poem that is almost similar to Kata- kata Hikmat Salahuddin Al Ayubi except that I heard this on radio IKIM and saw it at other places. I was so fascinated with the poem that I included it in my English communication class a few years ago. Feel free to read, share and appreciate the meanings of  this poem.

Tuesday, May 29, 2012

Perancangan Sebelum Mengembara- Pengembaraan USA 2012 bhgn 2

Untuk mengembara dengan sendiri di luar negara kita perlu membuat  'itinerary' sendiri. Dengan cara begini masa dan wang kita boleh dirancang mengikut kesesuaian tahap kewangan kita dan cuti yang kita dapat ambil. Lainlah sekiranya kita menggunakan khidmat pemandu pelancong. Sampai saja terus ada yang mengaturkan ke mana hendak di tuju, dimana hendak tidur dan apa yang hendak dimakan. Walaubagaimanapun khidmat pemandu pelancong yang merancang pergi melawat ke tempat-tempat yang tidak kita gemari adalah amat merugikan.

'Itinerary'  pengembaraan ke  USA kali ini dimulakan oleh saya sendiri sejak beberapa bulan sebelum bertolak. Maklumlah kami hanyalah dari golongan sederhana. Tak boleh 'call the airline and take off' saja. Selain masa, segala perbelanjaan harus di ambil kira. Semua ahli keluarga terlibat untuk mengeluarkan perbelanjaan mengikut kemampuan  masing- masing. 

Perbelanjaan yang utama termasuk sewa kereta, sewa motel untuk bermalam dan makanan. Semuanya harus dikira mengikut matawang dollar Amerika. Dunia internet kini membolehkan kita memilih dan membuat tempahan sewa kereta dan motel dari Malaysia lagi mengikut keupayaan kewangan kita. Kebanyakannya boleh diuruskan dengan kad kredit atau debit. 

Walaubagaimnapun semasa mengembara ada kalanya kita tidak dapat menentukan betul- betul tempat yang hendak dituju. Faktor masa dan cuaca memainkan peranan penting dalam hal ini. Dalam pengembaraan saya kali ini, seminggu sebelum kami sampai ke California terdapat ribut salji di kawasan pergunungan yang kami telah rancang untuk pergi. Alhamdulillah, semasa kami sampai ribut itu telah reda  dan kami masih berkesempatan melihat dan bermain salji di sana.


Beberapa hari setelah kami sampai pula, terdapat ribut salji tebal di kawasan sebelah timur Amerika Syarikat yang melibatan beberapa buah negeri( New York State, Ohio, Pensylvania, Maryland dan lain lain). Anehnya apabila kami sampai di sana 2 minggu kemudian tiada nampak sebarang kesan kerosakan langsung akibat ribut tersebut. Untuk makluman, sepatutnya  ketika itu sudah di akhir musim bunga dan cuaca semakin panas. 


Namun Allah jua yang Maha Berkuasa menentukan segala galanya.


Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya di USA pada tahun 2005 dan 2009? Klik di sini

Wednesday, May 23, 2012

Pengembaraan di USA 2012- bhgn 1

Salah satu masjid yang terawal di USA
 Islamic Cultural Center, Cedar Rapids, Iowa 
"Mak tengok subtitle movie ni ...dia dalam bahasa Arablah. Allughatul arabiyah!" kata anakku, sambil tersenyum. Anakku memang memahami sedikit sebanyak bahasa Arab memandangkan bahasa arab merupakan matapelajaran wajib di sekolahnya. Movie itu ialah Alice in Wonderland keluaran Disney Productions.

"So, macamana, nak baca dalam bahasa Arab  tu atau lihat dan  dengar dalam English saja?" tanyaku. "Tak palah nanti boleh chek depa translate betul ke tidak," beritahu anakku. Sesekali terdengar anakku tergelak gelak membaca translation dalam bahasa Arab.

Sebenarnya kami berada dalam kapalterbang MAS menuju ke Los Angeles ketika itu. Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 22 jam memang lama.  Masa yang membosankan sudah tentu  dihabiskan melihat skrin di hadapan tempat duduk. Kita boleh memilih samada hendak melihat movie, bermain games, belajar bahasa, mengetahui kedudukan kapalterbang dan lain lain. 

Walaubagaimanapun, bagi kami suami isteri yang berumur hampir mencecah separuh abad, penerbangan sebegini  memang mencabar dari hal sendi-sendi di badan dan pening akibat terpaksa duduk saja sebegitu lama. Selain daripada ke bilik air untuk qada hajat dan berwuduk untuk solat, kebanyakan masa  di habiskan di tempat duduk itu sahaja. 


.
Pengembaraan aku bersama keluarga ke Amerika Syarikat  baru- baru ini meliputi 14 buah negeri di USA daripada 50 negeri dalam masa 25 hari. Ini mungkin termasuk singgah sebentar untuk solat  atau bermalam di motel selain daripada melawat tempat- tempat menarik di sana. Sekali pandang memang agak mustahil kerana negeri- negeri di USA ini bukannya kecil- kecil seperti Melaka atau Negeri Sembilan . Setiap satu negeri yang kami lalui ada yang beratus kilometer dari utara ke selatan atau dari timur ke barat. Ada  kalanya kami sampai ke tempat yang dituju hanya selepas memandu selama 12 jam. Pernah satu ketika kami sampai di tempat yang dituju pada pukul 3.30 pagi. Waktu subuh ketika itu ialah pukul 4.30 pagi. Itulah sedikit cabaran yang kami lalui dalam pengembaraan kali ini. 

Ikuti sambungan kisah pengembaraan saya ini dalam artikel seterusnya.

Wednesday, April 4, 2012

Pengalaman Bersolat di Islamic Center Anaheim, California


Sedikit sedutan dari buku Putik- Putik Islam Yang Kian Berkembang

Masjid Di Fresno
Sewaktu kami sampai  di Islamic Center Anaheim, khutbah Jumaat sudahpun bermula. Kami terpaksa meletakkan kereta di tempat yang agak jauh dari Islamic Center memandangkan tempat letak kereta yang berdekatan bangunan tersebut sudah penuh.

Islamic Center ini adalah bangunan dua tingkat yang agak besar. Tempat solat perempuan adalah di bahagian atas. Ketika kami masuk ke dewan solat wanita, kami dapati ramai kaum wanita yang sedang mendengar khutbah yang disampaikan dalam bahasa Arab. Kelihatan ramai juga wanita Arab dalam pertengahan umur yang berada di situ. Aku bersama-sama anakku pergi ke bahagian belakang untuk bersiap sedia untuk solat. Sebelum itu kami telah mengambil wuduk di tingkat bawah. 

Ketika aku duduk, seorang wanita pertengahan umur telah menyuruh aku menggunakan `headphone’. Aku yang kurang memahami apa yang dimaksudkan memberitahunya “It’s ok” kerana aku tidak mahu mengganggu jemaah yang sedang mendengar khutbah. Setelah beberapa lama barulah aku dapat tahu bahawa kita boleh mendengar terjemahan khutbah yang sedang disampaikan dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan `headphone’. Aku ketawa sendirian kerana menolak permintaan wanita tersebut.

Ingin mengikuti kisah pengembaraanku bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini

Tuesday, April 3, 2012

Sirah Rasulullah- Peristiwa Hari Isnin

Pic Source:koding-kn.blogspot.com




Diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Ibn Abbas berkata," Sesungguhnya Rasulullah SAW dilahirkan pada hari Isnin, diangkat menjadi rasul pada hari Isnin, keluar berhijrah dari Makkah ke Madinah  pada hari Isnin, tiba di Madinah pada hari Isnin, dan wafat pada hari Isnin. Rasulullah  SAW juga sewaktu mengangkat Hajar Aswad ketika Kaabah di bangunkan oleh kaum Quraisy pada hari Isnin.
Sumber: Allah Muliakan Maulid Nabi- Ust Ahmad Lutfi- Anis April 2010

Sedikit renungan: Adakah kesemua persitiwa di atas berlaku secara kebetulan atau kesemuanya ditentukan Allah? Kaitkan dengan peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita samada nikmat atau musibah, kesemuanya ditentukan Allah. Wallahualam.

Thursday, March 29, 2012

Ikramah bin Abu Jahal- Salah Satu Peristiwa yang Membuka Hatinya untuk Menerima Islam

Pic. Source:thesite.org



Ikrramah ialah anak kepada Abu Jahal, bapa saudara Nabi yang sangat membenci Rasulullah. Ikramah  juga sangat membenci Rasulullah sehinggalah selepas peristiwa penaklukan  Makkah.Terdapat beberapa perisitiwa yang berlaku kepadanya sehingga membuka hatinya untuk menerima Islam dan seterusnya berjuang menegakkan agama Islam.

Semasa peristiwa penaklukan Kota Makkah oleh tentera Islam, Ikramah telah melarikan diri ke  ke Yaman dan seterusnya menaiki kapal ke Habsyah. Dalam pelayaran tersebut, kapal yang dinaikinya dipukul ribut yang sangat kuat.

"Marilah kita berdoa semoga ribut taufan ini akan berhenti," teriak kapten kapal.

Ikramah pun berdoa kepada al- Latta dan al Uzza bagi menghentikan ribut itu namun tidak berjaya.

"Saya seorang Islam. Tuhan saya ialah Allah. Hanya Dia yang berkuasa bagi menghentikan ribut ini, Kerana itu marilah kita sama- sama berdoa kepada Tuhan saya dan tuhan kamu semua supaya menyelamatkan kita daripada bencana ini," kata salah seorang lelaki yang bersama-sama menumpang kapal itu.

Maka Ikramah pun berbisik pada dirinya sendiri." Saya sudah memohon pada al Latta dan al Uzza tetapi tuhan itu tidak dapat menolong.  Sekarang saya akan berdoa kepada Allah pula.

Kemudian Ikramah pun berdoa," Ya Allah, saya berjanji kepadaMu, sekiranya Engkau selamatkan saya daripada bencana ini, saya akan kembali ke Makkahberjumpa dengan Muhammad. Saya akan meletakkan tangan saya di atas tangannya bagi meminta ampun dan maaf. Semoga dia seorang pemaaf."

Selepas Ikramah berdoa dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, tiba- tiba dengan izin Allah ribut itupun berhenti. Kapal yang mereka naiki dapat meneruskan perjalanan dan mereka selamat dari bencana itu.

Barulah Ikramah insaf di atas kesilapannya. Dia berazam hendak kembali ke Makkah berjumpa dengan Nabi Muhammad.......

Sumber buku: Ikramah Penentang jadi Pembela- Abdul Latip Talib

Popular Posts