Friday, January 27, 2012

Tawaran Istimewa- Beli Satu Percuma Dua

Betulke Gejala Songsang, Isu Buka Aurat Hanya Berlaku Pada Pelajar Kita Di Negara Barat?

Tahun lepas antara berita panas diperkatakan ialah  perkahwinan songsang dan isu buka aurat pelajar Malaysia di luar negara. Perkara ini menjadi perbualan ramai sehinggakan terdapat ibu bapa yang menyatakan pendapat tak payah hantar anak belajar di negara barat. Takut anak murtad, songsang dan sebagainya. 

Tapi jika difikir- fikirkan lebih meluas dan mendalam, apakah  perkara sebegini tak berlaku  di Malaysia juga. Kes yang terpencil sebegini sebenarnya berlaku di mana mana saja. Sebagai contoh berapa ramai pelajar sekolah di Malaysia yang memakai tudung semasa di sekolah menengah tetapi tidak memakainya lagi di unversiti? Berapa ramai pelajar lelaki dulu di sekolah menengah berseluar panjang tapi di universiti  tanpa segan silu berseluar pendek ketika bermain sukan. Beriadah pula dengan pelajar perempuan yang bukan muhrimnya. 

Gejala gay telah banyak berlaku di universiti tempatan namun dia tak pernah dihebahkan. Tanyalah pada pensyarah -pensyarah mereka banyak tahu berkenaan masalah ini. Tanyalah pada pelajar universiti mereka juga tahu orang sebegini memang wujud di sini. Cuma mungkin bukan sampai ke peringkat perkahwinan songsang secara terus terang.

Demikian juga dengan gejala murtad yang sering kali kita dengar dan saksikan kadangkala melibatkan orang yang terdekat dengan kita. Kita hanya memandang pelajar kita di luar negara. Adakah kita mengandaikan pelajar yang belajar di universiti tempatan  lebih baik daripada pelajar yang belajar di luar negara? Ataupun oleh kerana anak kita berada dekat dengan kita, ia tidak terdedah kepada gejala tersebut?

Namun, berbalik kepada penyelesaian kepada permasalahan  ini ialah bukan siapa yang harus dipersalahkan tapi apakah perkara yang harus dillakuan oleh ibubapa agar gejala murtad perkahwinan songsang, buka aurat tidak berleluasa. Semuanya balik kepada suasana di rumah,bagaimana contoh-contoh Islamik yang harus di praktikkan oleh ketua keluarga yang akan dicontohi oleh ahli keluarga lain. Juga peranan masyarakat disekeliling yang sanggup menegur dan mengambil berat mengenai jiran sekeliling. Semua ini teguran buat saya sendiri dan semua pembaca.

Pengembaraan saya di Amerika Syarikat banyak membuka minda bahawa bukan semua yang dilakukan oleh barat itu negatif dan betapa ramainya umat Islam yang komited dengan pembangunan ummah yang tinggal di sana. Nak tahu tentang pengembaraan saya yang bertemu ramai orang Islam di Amerika Syarikat? Klik di sini.

Aurora- The Northern Lights- MasyaAllah

Aurora picture: northern lights over mountains in Norway
Northern lights dance over the Lyngan Alps in a picture 
taken Tuesday night near Tromsø, Norway.
Aurora picture: northern lights over a forest in Finland
A multicolored blade of light seems poised to strike over
 a snowy forest in Ivalo,Finland, on January 22. 

Source:
http://news.nationalgeographic.com/news/2012/01/pictures/120125-solar-storm-auroras-northern-lights-earth-space-pictures/#/january-2012-aurora-borealis-finland_47693_600x450.jpg
http://news.nationalgeographic.com/news/2012/01/pictures/120125-solar-storm-auroras-northern-lights-earth-space-pictures/#/lyngen-alps-aurora-1-24_47737_600x450.jpg

The aurora borealis phenomenon have always fascinate me since I taught my science tuition class (form 3) a few years ago. It is from this class that I managed to understand how the aurora actually happens. Each time I teach the topic, I like to show pictures of the aurora on the computer via the internet. Besides the wows!!, amazing !! remarks that I got from the students, I made it a point to  remind them that this is one of the unique, spectacular phenomenon of God's creation. MasyaAllah!
Have a look at this latest aurora pictures from National Geoghraphic that happenend on January 22, 2012. 




Thursday, January 26, 2012

Berdoalah dengan hati yang bersih.

Hati ialah alat komunikasi yang sangat canggih dengan syarat hati itu bersih. Cuba lihat cara orang soleh berkomunikasi dengan Allah lewat doanya. Suaranya perlahan, lembut, mendayu dayu,merayu- rayu, penuh rasa harap dan malu.

Firman Allah yang bermaksud:" Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di atas mukabumi , sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan(supaya dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik.- Surah al A'raf 7: 55-56

Sumber: Pahrol Mohd Juoi- Solusi Isu 39

Wednesday, January 18, 2012

Lalat- Penawar dan Pembawa Penyakit (bahagian 2)

Tahukah anda lalat berupaya mengubati penyakit?
Dalam bahagian 1, saya telah membincangkan tentang hadith ini dan penyakit yang dibawa oleh lalat.

"Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang daripada kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit".
Hadith riwayat Imam Bukhari daripada Abu Hurairah.

Dr Danial  dalam bukunya  Bukti- Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad telah membincangkan dengan agak terperinci berkenaan hadith ini. Antaranya perbincangannnya termasuk

1. Frasa pada hadith' ......dan pada sebelah sayapnya ada penawar.......' 
   
     Shope (1927) dan Glaser(1938) dua orang saintis  mendapati kuman- kuman virus di dalam badan lalat boleh membunuh kuman-kuman bakteria. Virus Bacteriophage dalam lalat rumah  mampu membunuh  kuman penyebab penyakit cirit birit dan demam kepialu.
    
Pada tahun 1926 Duncan menemui bahan bahan aktif pembunuh bakteria   dalam usus lalat.
      
Pada tahun 1939 para saintis Lal, Ghosal ,Mukherij telah mendapati lalat mampu mengubah kuman taun  cholera  kepada bentuk lain yang tidak merbahaya.


Kajian ke atas lalat drodophila  oleh Prof William L Pak dari University Purdue menemui lalat drosophilia  boleh  digunakan untuk merawat penyakit kerosakan mata dan alzheimer. Sumber- National Academy of  Sciences, Nov, 1999.

2. Frasa: '....maka celuplah lalat itu....'  

     Pakar bedah zaman Napoleon Larrey mendapati luka- luka cepat sembuh apabila lalat berbentuk lava dicelup ke dalam luka.

    Pada tahun 1934, MA Stear mendapati lalat berbentuk larva mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat ketika dicelup ke dalam luka dan bahan ini menyebabkan luka ini menjadi beralkali. Keadaan  ini membunuh kuman dan meredaan bengkak serta mencegah kematian sel. Larva ini juga menelan dan membunuh kuman tersebut. 

   Pada  tahun 1935 SW Simmons mendapati lendir yang dikeluarkan oeh larva mampu membunuh beberapa kuman merbahaya.  Manakala W Robinson(1935) telah mendapati larva mengeluarkan  allantoin, sejenis bahan protein yang membantu pertumbuhan sel.

Demikianlah sedikit sebanyak apa yang dihuraikan oleh Dr  Danial tentang manafaat lalat. Meskipun sekarang ini ubat boleh dihasilkan di makmal, dengan mengkaji hadith ini, ia membuka ruang kepada para saintis untuk melakukan kajian lanjut tentang lalat dan dunia perubatan.

Sebagai orang Islam kita seharusnya lebih yakin tentang apa yang diperkatakan oleh Rasulullah itu benar dan ianya sesuai sepanjang zaman.

Friday, January 13, 2012

Nak Berdakwah Tak Semestinya Kena tunggu Banyak Ilmu!


Salah satu jalan halus yang ditempuh syaitan adalah dengan membisikkan perasaan tidak layak dalam hati orang yang hendak berdakwah. Syaitan memperlihatkan pelbagai kekurangan yang terdapat dalam dirinya atau ahli keluarganya.

Lalu syaitan berkata," Lihatlah dirimu. Engkau tidak layak berdakwah dan memberi nasihat."
Tujuannya hanya untuk membuat hamba Allah ini malu dan merendah diri sehingga enggan menyampaikan nasihat atau menegur kesalahan.

Dakwah merupakan penghormatan terbuka untuk semua individu. Bagi yang memiliki banyak ilmu, ia boleh menyampaikan lebih banyak peringatan. Walaupun bagi yang hanya memiliki sedikit ilmu, ia tetap di alu- alukan untuk menyampaikan yang sedikit tu kepada orang lain.
Umar M noor- Solusi isu 38

Thursday, January 12, 2012

Lalat- Penawar dan Pembawa Penyakit (bahagian 1)

"Alamak ada lalat  termasuk dalam lauk ni,"kataku suatu hari sewaktu hendak mencedok lauk tersebut semasa makan tengahari.


 "Alaa lauk ni baru masak tadi," kata anak bongsuku.


"Macamana ni? Lalat ni dah tersadai di dalam air ni!" kata anak bongsuku lagi.


"Baru along terbaca tadi hadith tentang lalat. Ni haa..


Rasulullah bersabda,"
Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang daripada kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit". Hadith riwayat Imam Bukhari daripada Abu Hurairah.

"Jom kita try cuba rendamkannya sikit, tapi jangan tekan pula,"kata anak bongsuku.


"Ok. Mak dah check telur lalat ada ke tidak dalam lauk tu. Nampaknya  tak ada,"kataku.


"Ok. Along dah keluarkan lalat tadi. Jom kita try makan lauk  ni. InsyaAllah ok. 
Bismillah dulu tau," ujar anak sulongku.


Pernahkah situasi begini berlaku pada anda? Dah penat- penat menyediakan juadah, tiba- tiba makhluk kecil ini singgah dan tersadai di dalam juadah tersebut? Cuba lakukan langkah- langkah ini. Jangan lupa membaca basmalah sebelum makan.

Seringkali kita dapati kehadiran lalat apabila makan di restoran atau di gerai . Pemilihan gerai yang bersih sudah tentu menjadi faktor utama semasa makan diluar. Malangnya kadangkala lalat masih hadir juga walaupun di restoran yang bersih. Untuk mengelakkan daripada pembaziran kita boleh melakukan langkah- langkah tersebut.

Sebenarnya hadith di atas telah dihuraikan dengan agak terperinci oleh Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya Bukti- Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad.

Ikuti  bahagian kedua perbincangan ini.

Popular Posts