Thursday, February 17, 2011

Every insignificant action has an impact on others, whether you realize it or not.

I happened to read the Navel gazer  by Alexandra Wong in the Weekender of the Star recently. The article was about how she met a stranger during a train journey to Ipoh,  who happened to read her article using his blackberry. His last words before they departed really motivated her regarding her writing.
" Your stories remind me that every insignificant action has an impact on others , whether you realize it or not."

Just like Alex and probably many others, I had almost given up writing having experienced many times producing books ,then cheated by individuals and book publishers. This had led to a lot of frustrations and demotivations.
he
I used to love writing. There were times when the moment I scribbled on pieces of paper, ideas kept pouring that I could write several pages in one go. This happened normally when I'm alone. However, now  I have to take more time in getting ideas after a long break from writing. Adding to that, I have to look out for the suitable vocabularies needed.

I had read one of my daughter's book  Murabbi Cinta written by Ustaz Hasrizal Jamil which tells about his experience of being a father and how he handled his kids Islamically. Besides giving some knowldge about Islam,Ustaz Hazrizal also urged us to write(be it our experiences or views) so that it can be shared with the future generations. This could also a part of dakwah.especially to muslims. I've read another book by Ustaz Hazrizal called ' Secangkir Teh Pengubat Letih' which is a travelogue. This book is a bout his student days and how he spent much of his time in Turkey observing the people, culture and politics.

As a housewife and a mother of 24 years( Yep, my oldest dauughter is already 24 years old), I did not have much chance going out station i.e., out of state or overseas by myself. The only opportunity I had was to accompany my husband whenever he went out station.  Of course, accompaniment means everyone in the family which includes all my children. I started following my husband when my daughter was still a baby. Yes, it was tough travelling with babies. Having to take care their needs- milk diapers, travel discomforts made me weary even before we reached the destinantion. But it was worth it since it involves less expenses.

When both my husband and I were blessed with 3 more kids, travelling still includes the whole lot, which means more expenses. How did we did it? We lead a simple life. Buying luxury household and unecessary items were not on our priority list. Dining out was only during weekends.  

When the kids were older, we started going on family vacations. For a start we went to East Malaysia since we had travelled in Peninsula Malaysia during the short school holidays. It was fun having to organize our very own itinerary. And it was also fun to be able to take the flight for a change instead of driving.(more relaxing for my husband who was normally the family driver)

Then a year after that we went to Lake Toba, our first family overseas vacation. It was one of the best holiday package that we had experienced. We had a excellent tour guide an were given a first class treatment(of course, that was our personal opinion).

Shopping was usually not our favourite ittinerary especially when it was a package travel. We felt like we were forced to buy things that we did not need and it was really tiring. ( This disappointing itinerary happened when  we travelled to China. We were forced to go to so many shopping places which were required by the Chinese governemnt). We normally enjoyed the sights and sounds of different cultures and picturesque sceneries  of the lush greeneries, snow capped mountains and beach.

Now that my children had grown up, the youngest already in secondary school,  travelling is less frequent. Maybe age is catching up or is that just an excuse? I remember reading in one of Dr HM Tuah's book where he told us how he had encountered with a 70 year old woman taking the  same tour package with him. I wondered how she got the energy and guts to travel alone. However, I do look up to her wish to see the world eventhough it means travelling alone.  She had used the safest way to travel by using the travel packages.

I do not know when was the last time I travelled just with my husband( without my kids) except when we went for Haj back in the 80's.  Nevertheless I am grateful having able to travel  to many countries and all the states in Malaysia, together with my kids, to be able to cherish  the moments together and witness the spectacular panoramic view of God's creations.      

I do wish  that my travel stories here will have an impact on others, if not large, well... maybe  a little.

Click Here!

Monday, February 7, 2011

Makanan Melayu di Pulau Pinang -Bahagian 1


Takua Rendang 
Kat mana nak dapat makanan Melayu di Pulau Pinang? Kena tahu tempat- tempat penempatan Melayulah. Walaupun kadangkala kita nampak kat Pulau Pinang ni sekali imbas memang banyak makanan China, ada tempat- tempat tertentu yang banyak makanan Melayu. Sekiranya kita berada di kawasan Padang Kota Bharu( kat mana ni...biasanya orang luar tanya.) padang Kota baru tu Gurney Drivelah. Padang kota lama tu dekat dengan jeti. Padang kota Baru ni berdekatan dengan pekan Pulau Tikus dan Tanjung Tokong. Arah pergi Tanjung Bungahlah.

Padang kota baru ini satu kawasan di sepanjang tepi laut. Terdapat kawasan pejalan kaki  di tepi laut dan kita boleh memandu di sepanjang Padang Kota ini  sambil menghirup udara laut. Kalau  kita pergi masa yang sesuai  kita dapat merasai hembusan bayu laut yang dingin di sini. Bermula dari Jalan Kelawei  ia berakhir di sebuah bulatan(roundabout). Di hujung roundabout ini terdapat  satu open air foodcourt yang menyediakan makanan  Melayu dan makanan Cina. Foodcourt ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian halal dan bahagian tidak halal.

Sebagai orang asal Pulau Pinang, makanan kegemaran saya dan emak saya yang di jual di food court ini ialah takua rendang. Hah... takua yang dibuat rendang ke? Takua tu tauhu. Orang Penang kadangkala menggunakan perkataan rendang ini menggantikan perkataan goreng.. Jadi takua rendang ni tauhu gorenglah. Tapi yang specialnya bukan tauhunya. Sebenarnya hidangan ini terdiri daripada cucur udang yang campurkan dengan  taugeh dan daun bawang di dalam tepungnya, tauhu yang digoreng dan timun.Itu saja. Tapi ingat kesedapannya tetap terletak pada kuahnya  yang di bubuh keledek, bijan dan lain-lain. Biasanya mamak jugaklah yang buat tapi hidangan ini tidak boleh didapati di kedai nasi kandar, hanya di gerai-gerai tertentu sahaja.

Seterusnya jika kita meneruskan perjalanan ke arah Tanjung Tokong kita akan dapati deretan gerai-gerai Melayu di hadapan tanah yang telah ditambak dan dibuat rumah. Dulunya kawasan ini berhadapan laut dan terdapat sebuah padang kota juga.. Malangnya ia kini telah di tambak dan ini menyebabkan pemandangan di sini kurang menarik lagi. Walaubagaimanapun ia masih satu perkampungan Melayu yang terletak tidak jauh dari Georgetown. Saya biasanya pergi ke Pasar malam Tanjong Tokong ini untuk mencari makanan kegemaran saya iaitu popia dan putu mayam.

Rasanya makanan Melayu  di Pulau Pinang hampir sama dengan yang terdapat di tempat lain. Kalau lauknya, biasanya semasa saya kecil-kecil dulu, asam pedas, kuah pindang, gulai dan kuah lemak merupakan hidangan biasa bagi kami. Cuma lauk yang kami makan taklah pedas terganga-nganga macam masakan orang Negeri Sembilan. Kami jarang menggunakan cili padi dalam masakan kami. Kalau tak silap, makanan Melayu Pulau Pinang banyak di pengaruhi oleh pedagang Arab, mamak dan juga Cina. Maklumlah dulukan pulau ini  mempunyai antara pelabuhan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu.Jadi banyak berlaku perkahwinan campur sehinggakan makanannya  pelbagai.

Antara kuih yang biasa saya makan sewaktu kecil dahulu ialah dangai, serabai dan pulut udang. Dangai ini dibuat daripada tepung pulut, kelapa muda dan gula pasir. Serabai pula perlu dimakan dengan kuah manis atau kuah durian. Serabai ini biasanya di buat daripada tepung beras. Rupanya sama seperti penkek.Pulut Udang ialah kuih yang di balut dengan daun pisang. Pulut udang ini ialah pulut yang intinya dibubuh kelapa dan udang. Kalau dulu setiap keping pulut udang ini mesti ada udang di dalamnya. Tapi sekarang ini, janganlah di harap sangat kecuali kalau kita pergi ke arah kedah dimana makanannya lebih murah.

Antara kawasan penempatan Melayu yang  terbesar terletak di kawsan Gelugor. Kawasan ini memang mempunyai banyak restoran Melayu dan gerai Melayu. Kawasan ini  terletak berhampiran dengan USM, dan ini menyebabkan ia cepat membangun. Oleh itu mudahlah kita menadapat makanan melayu disini.

Satu kawasan yang special yang sudah lama tidak saya kunjungi ialah Gerai Ikan bakar Teluk Tempoyak. Kawasan ini  merupakan kawsan nelayan yang terletak betul-betul di tepi laut. Untuk sampai ke kawasan ini kita perlu pergi ke arah Batu Maung dan pandu kereta menaiki bukit kemudian menuruni bukit semula. Pemandangan disnin memang  indah, biasanya gerai ini hanya dibuka lewat petang saja. Oleh itu  ia biasanya dikunjungi oleh pengunjung selepas pukul 6 petang.

Itulah sedikit sebanyak makanan melayu Pulau Pinang dan kawasannya atau tempatnya.



Ingin belajar cara buat duit dengan menulis artikel? Klik di sini

Friday, January 21, 2011

Lagi kisah makanan Pulau Pinang

Selain daripada nasi kandar dan popia, pasembur (orang Penang sebut Pasembog-ada sebutan 'ain kat belakang) ialah satu lagi makanan istimewa Pulau Pinang. Kalau di KL atau tempat lain ia disebut Rojak. Pasembur Pulau Pinang ni kesedapannya terletak pada kuahnya yang di buat daripada keledek. Kalau pasembur kuahnya macam kuah kacang, tu bukanlah pasembur Pulau Pinang. Pasembur Pulau Pinang ni boleh dipilih sama ada yang biasa atau yang mahal . Bagi yang biasa ia terdiri daripada campuran cucur, tauhu(taukua), telur, kentang ,sengkuang dan timun. Bagi yang mahal bolehlah pilih sendiri cucur dan juga udang serta ketam.
Adakah pernah kita terfikir bagaimana makan pasembur yang ada ketam? Sebenarnya ketam goreng yang djual sekarang berbeza daripada ketam goreng pasembur yang dijual dahulu. Sepatutnya ketam yang digunakan adalah ketam lembek. Tahu apa ketam lembek? Ketam lembek bukannya ketam yang sudah tak elok seperti yang kita pernah makan di beberapa restoran. Orang Penang kata ketam yang tak elok itu ketam medak. Sebenarnya ketam lembek ialah ketam yang baru salin kulit. Ingat ketam selalu salin kulit ketika membesar....rujuk fakta sains...ketam dan udang mempunyai rangka luar tak sama seperti mamalia, manusia dan burung.Maknanya kita boleh makan ketam dengan kulit-kulitnya sekali sekiranya kita menggorengnya. Sekarang ni dengan laut tercemar bukan mudah nak cari ketam atau udang lembek.  Jadi bolehlah kita bayangkan betapa sedap dan puasnya makan ketam dan udang lembek yang sudah di goreng!

Selain daripada pasembur, Pulau Pinang mempunyai jenis roti canai yang dibuat dalam bentuk dan rasa yang berbeza. Selain daripada roti canai, roti telur, roti sardin, disini ada roti tisu dan roti helikopter. Sebenarnya kedua-dua roti ini sama saja cuma bentuknya berbeza. Kedua-dua roti ini sebenarnya roti canai yang dicanai nipis dan dituang susu pekat diatasnya selain dari gula dan majerin. Cuba kita bayangkan kita mengeluarkan tisu dari kotak dengan sopan menggunakan 3 jari saja. Ada satu ketika ia akan berbentuk kon. Itulah bentuk roti tisu. Manakala roti helikopter berbentuk kipas helikopetr, dimana roti ini di gulung berbentuk kipas helikopter. Tapi rasanya tak ada bentuk kipas pun. Roti tisu dan helikopter ini biasanya tidak mengenyangkan. Hanya sesuai dijadikan snek saja atau sebagai sampingan bagi sarapan pagi.

Itulah sedikit sebanyak makanan mamak di Pulau Pinang yang di rasakan agak special.




Ingin belajar cara buat duit dengan menulis artikel? Klik di sini

Monday, January 3, 2011

Makanan Istimewa Pulau Pinang

"Mak, kenapa depa nak mai Penang untuk  bercuti? Best sangat ka Penang ni?," tanya anakku. "Banyak tempat menariklah kat situ berbanding negeri lain kat Pantai Barat," kataku sambil mempertahankan negeri asal usulku. "Kita dah selalu mai sini, sebab tulah tak rasa macam tempat holiday! Penang ni tempat bersejarah pun ada, tempat bersantai pun ada, " kataku lagi. "Tapikan...kat Penang kalau makanan Melayu tu kena tau tempat dialah. Paling senang makanan mamaklah," kataku lagi.

Aku teringat salah seorang rakanku pernah menelefon bertanyakan tentang tempat makanan Melayu. "I kat Komtar ni menuju ke Jalan Burma. Tak nampak makanan Melayupun.Mana nak makan ni.?Help!" tanya rakanku yang kali pertama pergi ke Pulau Pinang. Hari dah semakin gelap ketika itu.Rakanku ini orang Terengganu. Memanglah di Terengganu cukup senang nak makan sebab kebanyakannya penduduk di sana orang Melayu. "Sebenarnya you should go arah ke Glugor or Bayan Baru. Situ kawasan Melayu banyak.Tapi tak palah.Okay, lani you pi arah  ke Tanjung Tokong ajelah.Kat situ ada kedai mamak dan gerai-gerai Melayu.Kedai mamak tu bersih sikit," kataku, sambil bertindak sebagai pegawai Pelancong sementara. " Kedai mamak...ala kedai melayu tak ada ke?" tanya rakanku lagi, tekak 'ganu'nya susah nak terima masakan mamak." Ada gerai kat kawasan tu tapi parking susah sikitlah. Ada satu tempat dekat roundabout Gurney Drive ada section makanan Melayu. Tapi tempat ni pun susah nak parking sebab lani weekend and school holidays," kataku lagi.Sepuluh minit kemudian dia sms bertanyakan nama kedai mamak tersebut sebab nak gunakan GPS. Dia tidak menghubungiku lagi selepas itu.

Sebenarnya makanan mamak yang biasa kita makan di negeri-negeri lain ada bezanya terutama sekali  nasi kandar. Aku dah pergi ke banyak kedai mamak di Lembah Klang ni. Satu kedai pun tak memuaskan hati. Kalau nak nasik kandar yang betul nasi ini mesti di bubuh dengan sekurang-kurangnya 8 jenis kuah kari  termasuk daging masak hitam. Kuah daging masak hitam ni mesti pekat dan berempah. Ada seorang mamak yang menerangkan kepadaku ketika aku memintanya nasi kandar. "Kena tunggu sikijap. Kuah tara cukup.Misti ada 8 kuah baru cukup!"katanya. Tapi 8 kuah tu bukannnya disertai dengan 8 lauk. Bankraplah kita kalau nak beli sepinggan nasi kandar dengan 8 lauk. Biasanya nasi kandar yang aku beli hanya satu lauk (samada ikan bawal hitam adatu daging) dan satu jenis sayuran beserta papadom. Hah! Tu lah nasi kandak(kandar) yang sebenar-benarnya. Kalau lagi banyak jenis kuah lagi  menjilat jarilah.

Satu lagi makanan special Pulau Pinang ialah popia. Hah! Popia Pulau Pinang! Biasanya hanya orang Penang saja tahu bezanya antara Popia negeri lain. Popia Pulau Pinang ni jenis popia basah. Antara isinya kacang panjang, sengkuang, takua(tauhu),taugeh dan udang fresh. Kulit popia ini yang biasanya dibuat hari itu juga mula-mula sekali di sapu dengan secret saucenya. Lepas tu diletakkan inti. Kemudian dibalut dan seterusnya disapu dengan kuah pedas pula. Selepas itu ia di potong dan dicurahkan dengan kuah. Biasanya jika intinya banyak, popia ini cukup mengenyangkan. Cukup dua keping popia untuk makan tengahari. Tak payah benda lain dah. Namun sekarang, saiz popia semakin kecil. Tak sesuai lagi di makan sebagai makan tengahari. Emakku masih boleh makan popia sahaja sebagai makan malam kerana dia sememangnya tidak  makan banyak untuk makan malam.

Asalnnya popia ini  makanan orang Cina. Namun, oleh kerana sejak dari kecil lagi aku dan keluargaku was-was dengan makanan cina, kami telah memilih popia mamak yang kulitnya dibuat sendiri oleh mereka. 100% produk mamak. Jangan terkejut kalau orang Pulau Pinang memanggil 'keling' sebagai istilah bagi mamak. Macam Masjid Kapitan Kelinglah. Di Pulau Pinang, orang pure Penang panggil mee keling, popia keling,  keling roti dan bukannya mee mamak, popia mamak dan mamak roti. Kalau di lembah Klang panggilan keling ialah satu panggilan yang hina bagi orang India.(Ini menurut bekas anak muridku yang berbangsa India).

Ingin tahu kisah pengembaraan saya bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini!

Friday, November 26, 2010

Travelog Perjalananku di Amerika Syarikat. Sedikit Kupasan tentang Putik-Putik Islam Yang Kian Berkembang


Buku Putik-Putik Islam Yang Kian Berkembang sebenarnya sebuah travelog yang menceritakan tentang pengembaraan penulis sekeluarga melawat beberapa buah negeri di Amerika Syarikat bermula dari New York hinggalah California iaitu sebelah barat Amerika Syarikat.Selain daripada melawat tempat- tempat menarik di sana, penulis telah berkunjung ke masjid, Islamic Center dan penempatan orang Islam di sana. Menariknya  penulis dapat bertemu dan berinteraksi dengan beberapa orang Islam di sana untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara kehidupan orang Islam di sana seperti cara mereka menyara hidup dan pendidikan Islam contohnya di Dearborn, MIchigan. Oleh kerana penulis pernah belajar di California selama beberapa tahun, penulis sekeluarga sempat bertemu dengan salah seorang sahabat yang juga bekas AJK masjid Fresno, California. Penulis juga di ketemukan  dengan beberapa orang Islam di sana dengan tidak disangka-sangka seperti pegawai imigresen, kerani syarikat menyewa kereta, pemilik kedai dan pemandu teksi.Alhamdulillah, Allah telah permudahkan pengembaraan penulis semasa berada di sana dengan bertemunya insan-insan tersebut.


Selain daripada itu, sambil berkunjung kembali tempat yang pernah penulis belajar dan tinggal di California, penulis telah mengimbau kembali  kenangan sahabat-sahabat lama yang pernah sama-sama belajar dan berusrah.  Sahabat-sahabat itu ada yang terdiri daripada mat saleh(Caucasians), black Americans, Iranians, Chicano dan Indonesian.

Penulis dapat perhatikan daripada pengembaraannya, Islam kini berkembang luas di Amerika Syarikat dengan jumlah masjid dan Islamic Center yang kian bertambah dan  begitu ramai umat Islam yang tinggal di sana terutama sekali apabila bertemu ketika menunaikan solat jumaat. Di sana solat jumaat dihadiri oleh kaum wanita juga. Oleh itu penulis sempat bertemu dengan wanita Islam dari pelbagai bangsa.

Penulis tertarik dengan artikel dalam  Harakah 22-24 okt 2010-oleh Abd Shukri Harun berkenaan Joseph Cohen, seorang berbangsa Yahudi yang berasal dari Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam semasa berada di Gaza. Dalam artikel itu Yousef Al Khattab(Nama Islam Joseph Cohen) menceritakan bagaimana dia mendapat pendedahan mengenai Islam melalui  peribadi muslim sejati yang ditunjukkan oleh penganut Islam di Barat iaitu lebih kepada kepatuhan mereka terhadap ajaran Islam, dalam masa yang sama  mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai golongan masyarkat di US. Ketika  umat Islam di sesetengah negara Arab tidak boleh diharapkan, umat Islam di dunia Barat kelihatan benar-benar sedang bangkit.

Benarlah apa yang didendangkan oleh penyanyi Islam yang terkenal, Maher Zain dalam lagunya

 Awaken

Chorus:
I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes, It's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa Delso
We made  sure we were seen in the most exclusive shops
Yet we felt so satisfied

We felt our money gave  us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were
so busy feeling so satisfied.

Kita biasa dan selalu menempelak pihak barat dan mengatakan kita orang Islam yang dah ok tapi sebenarnya kita hanyut  dengan keadaan okay Islam kita dan peranan kita sebagai Khalifah Islam di bumi sendiri. Sedangkan di barat, orang Islam sedang bangkit menjadikan  Islam sebagai cara hidup dan panduan hidup mereka. Paling terkini ialah tertubuhnya Kolej Zaytuna, Universiti Muslim pertama di California. Fikir-fikirkanlah.  

Untuk mendapatkan  buku Putik-Putik Islam Yang Kian Berkembang sila lihat posting dalam blog ini juga. Boleh di beli secara online.
 http://myqisah.blogspot.com/2010/11/travelog-pengembaraanku-di-amerika.html

Tuesday, November 23, 2010

Bukit Fraser

Sudah lama aku tidak menjejak kaki ke kawasan pergunungan ini. Walaupun perjalanan ke bukit Fraser memakan masa tidak sampai 2 jam, ketiadaan tempat yang menarik di kawasan ini menyebabkan kami selalu berfikir dua kali untuk ke sini.

Walaubagaimanapun kali ini aku terasa benar hendak keluar kota, bebas dari pencemaran udara yang semakin banyak dek ekzos kereta dan asap rokok yang sering memeritkan tekak setiap kali aku mengalami asthma. Kali ini kami hanya berkesempatan tinggal hanya satu malam di sini.
Mulanya perjalanan agak relaxing kerana jalan Kuala Kubu ke Empangan Sungai Selangor yang agak besar. Keadaan di sini agak berbeza dari dulu. Dulu perjalanan walaupun berliku, panoramanya sungguh indah dengan air terjun dan sungai yang mengalir deras  menyusur di sebelah jalan. Kini sungai dan air terjun sudah tidak kelihatan. Jalannya agak lurus dan agak cepat kami sampai ke sini.

Panorama empangan Sungai Selangor memang indah dan luas terbentang. Empangan yang kini membekalkan air kepada jutaan penduduk di Selangordan negeri berdekatan sudah dipenuhi air walaupun dahulu telah mendapat tentangan pelbagai pihak. Hanya pihak yang terlibat saja akan berasa sedih melihat kampung halaman mereka kini tinggal kenangan. Aku memahami perasaan mereka kerana aku sendiri tidak mempunyai kampung halamanku lagi dek kerana ibuku hanya mempunyai keluarga angkat dan tidak mendapat apa-apa bahagian daripada harta pusaka. Namun itu hanyalah harta dunia yang tidak kekal. Lebih baik kita tumpukan kepada harta akhirat yang akan kekal selama-lamanya. Syaratnya kita sentiasa mengingati Allah dan mengikut apa yang di suruhNya.

Sampai saja di Bukit Fraser, kami terus mencari-cari gerai untuk makan tengahari. oleh kerana sudah letih dan pening dengan jalan yang bengkang bengkok menuju ke puncak, kami rasa lebih baik kami mengisi perut kami sebelum berehat di hotel. Keadaan di sini kelihatan agak berbeza dari beberapa tahun lepas. Tiada gerai-gerai yang kelihatan sebaik saja kami melepasi gate atas. "Alamak, macam ni berapa ratus nak kena keluar hanya untuk makan ni. Setiap  kali kena makan kat hotel aje." bisik hatiku.

Namun setelah kami teruskan perjalanan mengikut jalan-jalan yang kecil ke atas sedikit daripada kawasan gate, barulah kami terpandang satu kawasan gerai yang terletak betul-betul di tepi sebuah padang permainan. Kawasan gerai ini baru dan dan nampak canggih juga. Kebanyakan gerai ini di hiasi dengan menarik dan menggunakan kerusi kayu yang agak mahal dalam gerainya. Kami memilih satu gerai yang menjual nasi campur untuk mengelakkan daripada terpaksa menunggu lama. Tuan gerai ini sangat peramah. Rajin bersembang. Lauknya juga agak sedap. Selepas itu kami terus menuju ke hotel untuk berehat.

Keesokan pagi, kami bercadang untuk makan di gerai yang sama memandangkan kami dah tahu apa yang dijual di sini berdasarkan apa di beritahu oleh tuan gerai dan poster yang di pamerkan di situ. Gerai ini kepunyaan satu pasangan suami isteri pertengahan umur, salah seorang daripada ialah anak perempuan ada ketika itu. Oleh kerana cuaca sangat sejuk kami telah memesan mihun sup. Oleh kerana mihun sup tidak dapat dibuat oleh mereka ketika itu, dia telah sanggup memesannya di gerai yang lain. Selesai makan anak perempuan tuan gerai itu datang bersembang dengan kami. Maklumlah ketika itu tak ramai orang, mungkin itu caranya untuk menarik pelanggan.Setelah mendapat tahu anakku sedang mencari kerja, langsung dia menyuruh anakku membuka website salah sebuah universiti swasta di Selangor kerana dia dapat tahu mereka memerlukan tenaga pengajar di situ.

Ketika hendak melangkah keluar, aku bertanyakan tentang bagaimana dia tahu tentang kekosongan jawatan di universiti swasta tersebut. Dia memberitahu sebenarnya dia ialah seorang pensyarah di sana. Dia ke sana untuk membantu ibubapanya semasa hujung minggu sahaja. Selepas itu dia kembali ke rumahnya yang terletak sekurang-kurangnya tiga jam perjalanan dari situ.Itulah kali pertama aku berjumpa dengan seorang pensyarah yang tidak segan silu menolong ibubapanya menjaga gerai. Sememangnya aku menyanjungi sikap insan yang berhati mulia ini yang jarang-jarang sekali aku temui di kalangan umat Islam  di negara kita.





Ingin belajar cara buat duit dengan menulis artikel? Klik di sini.

Thursday, October 14, 2010

Sedikit Sejarah Cheng Ho

Cheng Ho di lahirkan di Yunan, China pada tahun 1371. Beliau sebenarnya berasal dari keturunan Sayyid Ajjal dari Bukhara. Bapa dan datuknya pernah menunaikan haji di Makkah. Oleh itu sememangnya Cheng Ho dilahirkan sebagai seorang Islam.

Nama asalnya ialah Ma San Bao. Dia di tangkap semasa pemberontakan oleh orang Monggol dan dijadikan sida(pekerja istana). Lama kelamaan dia dinaikkan pangkat menjadi penasihat Maharja Yung Lo. Sebagai balasan khidmat cemerlang, beliau dikurniakan nama Zheng He oleh maharaja tersebut.
Menariknya tentang Cheng Ho ini ialah mengenai pengembaraan yang dikatakan telah membantu penyebaran Islam di Asia Tenggara. Beliau telah mengetuai sebanyak 7 ekspedisi laut yang bertujuan mengukuhkan kedudukan Maharaja China dan untuk menekankan orang asing daripada menguasai Lautan Hindi.

Armada Cheng Ho bukannya sebuah angkatan yang kecil. Dikatakan dalam armada tersebut terdapat 300 buah kapal yang terdiri daripada 28 000 orang anak kapal. 6  buah kapal adalah sangat besar dan boleh memuatkan lebih daripada 500 penumpang setiap sebuah dengan kargonya sekali.

Terdapat peta pelayaran Cheng Ho yang menunjukkan Cheng Ho telah melawat Arab, Afrika Timur, India , Indonesia dan Siam. Bahkan ada yang mengatakan Cheng Ho pernah sampai ke Amerika. Dalam lawatan Cheng Ho, beliau telah memepersembahkan hadiah berbentuk emas, perak, tembikar dan sutera. Perlu ditekankan disini, pelayaran dan lawatan Armada Cheng Ho ini bukannya untuk menakluk satu -satu kawasan. Ia lebih kepada mewujudkan hubungan baik antara negara. Sebagai balasan, pemerintah kawasan yang di lawati telah menghadiahkan burung unta, zebra, zirafah dan gading untuk di bawa balik ke China. Pelik difikirkan bagaimana binatang besar sebegitu boleh survive dalam pelayarna laut bergelora dan jauh sedangkan kita sendiri mudah mabuk laut dan sakit jika kali pertama berada dalam pelayaran sebegitu jauh.

Namun, apabila Cheng Ho sampai di Melaka dikatakan sudah ada China muslim di situ. Cheng Ho dan angkatannya telah membantu  membina komuniti muslim di sana. Maharaja Ming telah menghantar Puteri Hang Li po untuk di kahwinkan dengan Sultan Mansor Shah. Dikatakan beratus-ratus dayang telah mengikut rombongan puteri ini dan setelah mentap beberapa lama, mereka telah berkahwin dengan penduduk tyempatan dan melahirkan keturunan China Peranakan.
 Itulah sedikt sebanyak pengetahuan yang dapat ku petik dariapada buku Laksamana Haji Muhammad Cheng Ho.
Namun yang menjadi persoalan dalam fikiranku ialah kurangnya kesan dakwah Islamiah Cheng  Ho   di tempat-tempat yang di singgahinya. Berdasarkan kepada buku ini, bukti yang menunjukkan Cheng Ho pernah samipai ke sini ialah dengan adanya patung di kelenting di tempat- tempat tersebut. Jika di semak dalam Kamus Dewan, kelenting ialah rumah berhala China. Yang menjadi persoalannya ialah kenapa buktinya terdapat di rumah berhala China dan bukannya di masjid. Sedangkan Islam dari awal lagi pun memang mengharamkan berhala. Kenapa orang-orang negara China tidak menggunakan perkataan Islam atau nama-nama Islam untuk memudahkan muslim yang lain mengenalinya Mungkin di zaman Maharani dowager (Dragon Lady), orang Islam dan agama lain di tindas. Tapi  pelayaran Cheng Ho berlaku di zaman awal lagi.Mungkin penulis-penulis sejarah Islam boleh memberi sedkit penerangan kepada kemusykilan aku ini.

Popular Posts