Friday, November 26, 2010

Travelog Perjalananku di Amerika Syarikat. Sedikit Kupasan tentang Putik-Putik Islam Yang Kian Berkembang


Buku Putik-Putik Islam Yang Kian Berkembang sebenarnya sebuah travelog yang menceritakan tentang pengembaraan penulis sekeluarga melawat beberapa buah negeri di Amerika Syarikat bermula dari New York hinggalah California iaitu sebelah barat Amerika Syarikat.Selain daripada melawat tempat- tempat menarik di sana, penulis telah berkunjung ke masjid, Islamic Center dan penempatan orang Islam di sana. Menariknya  penulis dapat bertemu dan berinteraksi dengan beberapa orang Islam di sana untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara kehidupan orang Islam di sana seperti cara mereka menyara hidup dan pendidikan Islam contohnya di Dearborn, MIchigan. Oleh kerana penulis pernah belajar di California selama beberapa tahun, penulis sekeluarga sempat bertemu dengan salah seorang sahabat yang juga bekas AJK masjid Fresno, California. Penulis juga di ketemukan  dengan beberapa orang Islam di sana dengan tidak disangka-sangka seperti pegawai imigresen, kerani syarikat menyewa kereta, pemilik kedai dan pemandu teksi.Alhamdulillah, Allah telah permudahkan pengembaraan penulis semasa berada di sana dengan bertemunya insan-insan tersebut.


Selain daripada itu, sambil berkunjung kembali tempat yang pernah penulis belajar dan tinggal di California, penulis telah mengimbau kembali  kenangan sahabat-sahabat lama yang pernah sama-sama belajar dan berusrah.  Sahabat-sahabat itu ada yang terdiri daripada mat saleh(Caucasians), black Americans, Iranians, Chicano dan Indonesian.

Penulis dapat perhatikan daripada pengembaraannya, Islam kini berkembang luas di Amerika Syarikat dengan jumlah masjid dan Islamic Center yang kian bertambah dan  begitu ramai umat Islam yang tinggal di sana terutama sekali apabila bertemu ketika menunaikan solat jumaat. Di sana solat jumaat dihadiri oleh kaum wanita juga. Oleh itu penulis sempat bertemu dengan wanita Islam dari pelbagai bangsa.

Penulis tertarik dengan artikel dalam  Harakah 22-24 okt 2010-oleh Abd Shukri Harun berkenaan Joseph Cohen, seorang berbangsa Yahudi yang berasal dari Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam semasa berada di Gaza. Dalam artikel itu Yousef Al Khattab(Nama Islam Joseph Cohen) menceritakan bagaimana dia mendapat pendedahan mengenai Islam melalui  peribadi muslim sejati yang ditunjukkan oleh penganut Islam di Barat iaitu lebih kepada kepatuhan mereka terhadap ajaran Islam, dalam masa yang sama  mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai golongan masyarkat di US. Ketika  umat Islam di sesetengah negara Arab tidak boleh diharapkan, umat Islam di dunia Barat kelihatan benar-benar sedang bangkit.

Benarlah apa yang didendangkan oleh penyanyi Islam yang terkenal, Maher Zain dalam lagunya

 Awaken

Chorus:
I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes, It's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa Delso
We made  sure we were seen in the most exclusive shops
Yet we felt so satisfied

We felt our money gave  us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were
so busy feeling so satisfied.

Kita biasa dan selalu menempelak pihak barat dan mengatakan kita orang Islam yang dah ok tapi sebenarnya kita hanyut  dengan keadaan okay Islam kita dan peranan kita sebagai Khalifah Islam di bumi sendiri. Sedangkan di barat, orang Islam sedang bangkit menjadikan  Islam sebagai cara hidup dan panduan hidup mereka. Paling terkini ialah tertubuhnya Kolej Zaytuna, Universiti Muslim pertama di California. Fikir-fikirkanlah.  

Untuk mendapatkan  buku Putik-Putik Islam Yang Kian Berkembang sila lihat posting dalam blog ini juga. Boleh di beli secara online.
 http://myqisah.blogspot.com/2010/11/travelog-pengembaraanku-di-amerika.html

Tuesday, November 23, 2010

Bukit Fraser

Sudah lama aku tidak menjejak kaki ke kawasan pergunungan ini. Walaupun perjalanan ke bukit Fraser memakan masa tidak sampai 2 jam, ketiadaan tempat yang menarik di kawasan ini menyebabkan kami selalu berfikir dua kali untuk ke sini.

Walaubagaimanapun kali ini aku terasa benar hendak keluar kota, bebas dari pencemaran udara yang semakin banyak dek ekzos kereta dan asap rokok yang sering memeritkan tekak setiap kali aku mengalami asthma. Kali ini kami hanya berkesempatan tinggal hanya satu malam di sini.
Mulanya perjalanan agak relaxing kerana jalan Kuala Kubu ke Empangan Sungai Selangor yang agak besar. Keadaan di sini agak berbeza dari dulu. Dulu perjalanan walaupun berliku, panoramanya sungguh indah dengan air terjun dan sungai yang mengalir deras  menyusur di sebelah jalan. Kini sungai dan air terjun sudah tidak kelihatan. Jalannya agak lurus dan agak cepat kami sampai ke sini.

Panorama empangan Sungai Selangor memang indah dan luas terbentang. Empangan yang kini membekalkan air kepada jutaan penduduk di Selangordan negeri berdekatan sudah dipenuhi air walaupun dahulu telah mendapat tentangan pelbagai pihak. Hanya pihak yang terlibat saja akan berasa sedih melihat kampung halaman mereka kini tinggal kenangan. Aku memahami perasaan mereka kerana aku sendiri tidak mempunyai kampung halamanku lagi dek kerana ibuku hanya mempunyai keluarga angkat dan tidak mendapat apa-apa bahagian daripada harta pusaka. Namun itu hanyalah harta dunia yang tidak kekal. Lebih baik kita tumpukan kepada harta akhirat yang akan kekal selama-lamanya. Syaratnya kita sentiasa mengingati Allah dan mengikut apa yang di suruhNya.

Sampai saja di Bukit Fraser, kami terus mencari-cari gerai untuk makan tengahari. oleh kerana sudah letih dan pening dengan jalan yang bengkang bengkok menuju ke puncak, kami rasa lebih baik kami mengisi perut kami sebelum berehat di hotel. Keadaan di sini kelihatan agak berbeza dari beberapa tahun lepas. Tiada gerai-gerai yang kelihatan sebaik saja kami melepasi gate atas. "Alamak, macam ni berapa ratus nak kena keluar hanya untuk makan ni. Setiap  kali kena makan kat hotel aje." bisik hatiku.

Namun setelah kami teruskan perjalanan mengikut jalan-jalan yang kecil ke atas sedikit daripada kawasan gate, barulah kami terpandang satu kawasan gerai yang terletak betul-betul di tepi sebuah padang permainan. Kawasan gerai ini baru dan dan nampak canggih juga. Kebanyakan gerai ini di hiasi dengan menarik dan menggunakan kerusi kayu yang agak mahal dalam gerainya. Kami memilih satu gerai yang menjual nasi campur untuk mengelakkan daripada terpaksa menunggu lama. Tuan gerai ini sangat peramah. Rajin bersembang. Lauknya juga agak sedap. Selepas itu kami terus menuju ke hotel untuk berehat.

Keesokan pagi, kami bercadang untuk makan di gerai yang sama memandangkan kami dah tahu apa yang dijual di sini berdasarkan apa di beritahu oleh tuan gerai dan poster yang di pamerkan di situ. Gerai ini kepunyaan satu pasangan suami isteri pertengahan umur, salah seorang daripada ialah anak perempuan ada ketika itu. Oleh kerana cuaca sangat sejuk kami telah memesan mihun sup. Oleh kerana mihun sup tidak dapat dibuat oleh mereka ketika itu, dia telah sanggup memesannya di gerai yang lain. Selesai makan anak perempuan tuan gerai itu datang bersembang dengan kami. Maklumlah ketika itu tak ramai orang, mungkin itu caranya untuk menarik pelanggan.Setelah mendapat tahu anakku sedang mencari kerja, langsung dia menyuruh anakku membuka website salah sebuah universiti swasta di Selangor kerana dia dapat tahu mereka memerlukan tenaga pengajar di situ.

Ketika hendak melangkah keluar, aku bertanyakan tentang bagaimana dia tahu tentang kekosongan jawatan di universiti swasta tersebut. Dia memberitahu sebenarnya dia ialah seorang pensyarah di sana. Dia ke sana untuk membantu ibubapanya semasa hujung minggu sahaja. Selepas itu dia kembali ke rumahnya yang terletak sekurang-kurangnya tiga jam perjalanan dari situ.Itulah kali pertama aku berjumpa dengan seorang pensyarah yang tidak segan silu menolong ibubapanya menjaga gerai. Sememangnya aku menyanjungi sikap insan yang berhati mulia ini yang jarang-jarang sekali aku temui di kalangan umat Islam  di negara kita.





Ingin belajar cara buat duit dengan menulis artikel? Klik di sini.

Thursday, October 14, 2010

Sedikit Sejarah Cheng Ho

Cheng Ho di lahirkan di Yunan, China pada tahun 1371. Beliau sebenarnya berasal dari keturunan Sayyid Ajjal dari Bukhara. Bapa dan datuknya pernah menunaikan haji di Makkah. Oleh itu sememangnya Cheng Ho dilahirkan sebagai seorang Islam.

Nama asalnya ialah Ma San Bao. Dia di tangkap semasa pemberontakan oleh orang Monggol dan dijadikan sida(pekerja istana). Lama kelamaan dia dinaikkan pangkat menjadi penasihat Maharja Yung Lo. Sebagai balasan khidmat cemerlang, beliau dikurniakan nama Zheng He oleh maharaja tersebut.
Menariknya tentang Cheng Ho ini ialah mengenai pengembaraan yang dikatakan telah membantu penyebaran Islam di Asia Tenggara. Beliau telah mengetuai sebanyak 7 ekspedisi laut yang bertujuan mengukuhkan kedudukan Maharaja China dan untuk menekankan orang asing daripada menguasai Lautan Hindi.

Armada Cheng Ho bukannya sebuah angkatan yang kecil. Dikatakan dalam armada tersebut terdapat 300 buah kapal yang terdiri daripada 28 000 orang anak kapal. 6  buah kapal adalah sangat besar dan boleh memuatkan lebih daripada 500 penumpang setiap sebuah dengan kargonya sekali.

Terdapat peta pelayaran Cheng Ho yang menunjukkan Cheng Ho telah melawat Arab, Afrika Timur, India , Indonesia dan Siam. Bahkan ada yang mengatakan Cheng Ho pernah sampai ke Amerika. Dalam lawatan Cheng Ho, beliau telah memepersembahkan hadiah berbentuk emas, perak, tembikar dan sutera. Perlu ditekankan disini, pelayaran dan lawatan Armada Cheng Ho ini bukannya untuk menakluk satu -satu kawasan. Ia lebih kepada mewujudkan hubungan baik antara negara. Sebagai balasan, pemerintah kawasan yang di lawati telah menghadiahkan burung unta, zebra, zirafah dan gading untuk di bawa balik ke China. Pelik difikirkan bagaimana binatang besar sebegitu boleh survive dalam pelayarna laut bergelora dan jauh sedangkan kita sendiri mudah mabuk laut dan sakit jika kali pertama berada dalam pelayaran sebegitu jauh.

Namun, apabila Cheng Ho sampai di Melaka dikatakan sudah ada China muslim di situ. Cheng Ho dan angkatannya telah membantu  membina komuniti muslim di sana. Maharaja Ming telah menghantar Puteri Hang Li po untuk di kahwinkan dengan Sultan Mansor Shah. Dikatakan beratus-ratus dayang telah mengikut rombongan puteri ini dan setelah mentap beberapa lama, mereka telah berkahwin dengan penduduk tyempatan dan melahirkan keturunan China Peranakan.
 Itulah sedikt sebanyak pengetahuan yang dapat ku petik dariapada buku Laksamana Haji Muhammad Cheng Ho.
Namun yang menjadi persoalan dalam fikiranku ialah kurangnya kesan dakwah Islamiah Cheng  Ho   di tempat-tempat yang di singgahinya. Berdasarkan kepada buku ini, bukti yang menunjukkan Cheng Ho pernah samipai ke sini ialah dengan adanya patung di kelenting di tempat- tempat tersebut. Jika di semak dalam Kamus Dewan, kelenting ialah rumah berhala China. Yang menjadi persoalannya ialah kenapa buktinya terdapat di rumah berhala China dan bukannya di masjid. Sedangkan Islam dari awal lagi pun memang mengharamkan berhala. Kenapa orang-orang negara China tidak menggunakan perkataan Islam atau nama-nama Islam untuk memudahkan muslim yang lain mengenalinya Mungkin di zaman Maharani dowager (Dragon Lady), orang Islam dan agama lain di tindas. Tapi  pelayaran Cheng Ho berlaku di zaman awal lagi.Mungkin penulis-penulis sejarah Islam boleh memberi sedkit penerangan kepada kemusykilan aku ini.

Wednesday, September 22, 2010

Cheng Ho

"Tau tak arwah Pak Su kita ni ada keturunan Yunan?" kata kakakku semasa kami bersembang santai tak lama dahulu. " Yunan yang di negeri China tu ke?" tanyaku. "Ye lah, hebat betul keluarga kita," kata kakakku lagi sambil menerangkan bagaimana dia mendapat maklumat tersebut. Sememangnya kami memang bangga dengan keluarga kami yang terdiri daripada pelbagai keturunan. Disebelah pihak ayahku, kami mempunyai keturunan Melayu dan India dan nyaris-nyaris ada keturunan British. Di sebelah emakku kami mempunyai keturunan Cina, namun kami tak dapat mencari salasilanya kerana emakku anak angkat. Ini dah semangat Satu Malaya(masa tu Malaysia belum di tubuhkan lagi).Arwah pak Su tiada kaitan dengan keturunan keluargaku kerana yang mempunyai pertalian darah ialah Mak Su. Meskipun demikian bila di sebut Pak Su berketurunan China Yunan, aku teringat tentang Laksamana Cheng Ho yang juga keturunan Yunan. Apakah Pak Su ini keturunan Cheng Ho juga?

 Kali pertana aku berminat tentang Cheng Ho ini ialah semasa melihat drama bersiri 'Melaka' di TV, kalau tak silap dibintangi oleh Ahmad Tarmimi Serigar. Tak ingat pula siapa yang berlakon sebangai Cheng Ho. Cuma drama ini membuka minda/mata ku tentang Chen Ho sebenarnya seorang Islam dan bagaimana pengaruh China datang ke Melaka. Aku ingat-ingat lupa tenatng drama itu tapi bagi ku drama itu sangat informatif walaupun aku gagal menarik anak-anakku melihatnya.

Beberapa tahun lepas(dah lama juga lah) aku telah berkesempatan melawat Muzium Cheng Ho. Oleh kerana aku sekeluarga sering ke Melaka, terasa boring untuk melawat tempat-tempat yang sama. Jadi kami membuat keputusan untuk pergi ke Muzium Cheng Ho yang terletak di Jalan Hang Jebat di tengah tengah Bandar Melaka. Mulanya kami terkejut bila sampai di sana dan di beritahu bayaran masuk ke muzium ini ialah RM 15. "Mak oi! Mahalnya. Tak pernah kami masuk muzium sebagini mahal!" terkejut aku lantas bersuara. " Tak mahallah." ujar nyonya yang sedang duduk di sampaing penjual tiket. " Ada banyak yang boleh lihat di sini. Muzium ni lain dari yang lain, " ujarnya lagi. Kami berfikir sejenak samada bayaran ini akan berbaloi atau tidak." Tak apalah. Kita dah sampai pun. Sekali sekala tak apalah," kata suamiku. Akhirnya kami bersetutju.

Setelah membuat bayaran untuk sekeluarga, nyonya itu datang kepada kami  dan bertanyakan samada kami memerlukan "tour guide" untuk lawatan ini. Perkhidmatan 'tour guide 'ini adalah percuma. "Boleh juga. Boleh dapat banyak informas," kataku lagi, sambil bersetuju. Rupa-rupanya nyonya itulah tour guide kami! Meskipun dia berbahasa pelat Melayu- Cina kami bersyukur mendapat penerangan yang banyak daripadanya.

Sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam muzium ini, kami di suruh melihat sebuah tayangan video sebagai mukadimah penerangan tentang Cheng Ho. Selepas itu kami di bawa ke  bahagian hadapan dimana terdapat beberapa foto orang Yunan dan penempatan mereka.Nyonya itu telah menerangkan tentang Cheng Ho yang sememangya asalnya seorang muslim.Selanjutnya kami diberi penerangan tentang peralatan  yang digunakan oleh orang Melayu tetapi sebenarnya berasal dari China.

Bahagian atas dan seterusnya lebih kepada replika tentang pengembaraan Cheng Ho. Contohnya kapal-kapal dalam pelayaran Cheng  Ho dan peta perjalanannya. Terdapat model yang menunjukkan keadaan bahagian dalam kapal Cheng Ho. Model ini mempunyai saiz yang sebenar tapi hanya sebahagian sahaja bahagian kapal yang di pamerkan. Kalau tak silap aku, bahagian bilik tidur dan dapur.

Turun ke bahagian bawah muzium di pamerkan dengan saiz sebesar sebuah bilik ialah bahagian dalam kapal yang memuatkan binatang-binatang yang dihadiahkan oleh raja atau ketua satu-satu tempat yang disinggah oleh Cheng Ho semasa pelayarannya. Kalau tak silap saya terdapat seekor zirafah yang sangat tinggi di sini, setinggi tingkat dua bangunan ini. Pemandangan di sini sangat menakjubkan kerana aku sendiri tak dapat gambarkan bagaimana binatang ini boleh 'survive' dalam pelayaran sebegini.

Terdapat bahagian-bahagian lain  yang di pamerkan disini termasuk sebuah loceng.Walaubagaimanapun aku kurang mengingati asal loceng ini. Di dalam muzium ini juga terdapat sebuah telaga yang telah dibina pada zaman dahulu. Dikhabarkan tapak muzium ini sebenarnya sebuah gudang yang sememangnya terletak di bandar Melaka lama.

Kisah tentang Islamnya Cheng Ho ini tidak banyak di paparkan di muzium ini tetapi dengan melawati muzium ini, ia sedikit sebanyak membuka mataku tentang orang Islam di China, khususnya Cheng Ho dan pengaruh China Muslim di bandar Melaka.

Kisah Cheng Ho yang lebih lanjut telah aku perolehi daripada buku Laksamana Haji Muhammad Cheng Ho yang di usahakan oleh Saudara Ann Wan Seng.

Sunday, July 18, 2010

Kopi Luwak dan Kencing Musang

Kali pertama saya terdengar tentang kopi Luwak ialah melalui rancangan  pemgembaraan Chef Wan di TV9 baru-baru ni. Kopi luwak ni adalah sejenis biji kopi yang dimakan oleh seekor musang yang kemudiannya di ambil selepas dia.......(melalui saluran najisnya). Lepas ia dibersihkan kopi ini di proses menjadi serbuk kopi. Apa macam....larat ke minum kopi ni? Jangan terkejut kerana kopi ni dikatakan antara kopi yang termahal di dunia dan boleh didapati di Indonesia. Saya dah surf internet tentang halal atau tidak kopi ini. Berdasarkan internet,  mengikut pendapat ulama, kopi ini halal di makan. Namun, bila difikirkan saluran yang dilalui oleh biji kopi ni, rasanya setakat ni tak lalu nak rasa. Lebih baik yang diproses secara biasa.

Berbalik kepada cerita musang. Alkisah beberapa hari lepas, sedang suami saya sibuk melakukan kerja di ruang tamu, tiba-tiba  dia terdengar air mencurah melalui siling lalu terkena  kain kusyen di sana. Mulanya kami tak pasti apakah cecair yang turun itu. Baunya seperti daun pandan! Ada orang mencurah air ke daun pandan dari atas siling(Bukan daun keladi)???
Seketika itu saya baru teringat pagi tersebut sememangnya ada bunyi seperti ekor musang di antara bumbung dan siling rumah kami. Memang ketika itu bunyi tersebut   betul-betul di atas ruang tamu.  Lantas saya menyuruh salah seorang dari ahli keluarga mencari di internet tentang kencing musang yang berbau daun pandan. Memang tak di sangka! Berdasarkan internet, memang ada sejenis musang yang kencingnya pada awalnya berbau pandan.
Habis satu kusyen dengan bantal-bantal kami terpaksa bersihkan dek kencing musang itu. Bau kencing musang itu lama kelamaan menghasilkan bau yang menyengitkan....Nasib baik kami dah bersihkan awal-awal.Kalau tidak, habis satu rumah berbau.
Begitulah kisah.......musang dan kencing musang.

Wednesday, July 7, 2010

Tour Guides

I had always love travelling. I travelled with my family most of the time rather than in large tour groups. My husband I felt that travelling in a small group is easier and more comfortable. Sometimes we used tour guide services especially when we travelled to a non English speaking place or country or a place where it was difficult to get halal food.Another important  factor that made us choose the tour guide services is that he or she could ensure to find a place where we could perform solat when we were unable to reach the hotel on time.The tour guide that really impressed us are the ones that we had during our trip to Medan Danau Toba and Chiangmai.

In our Medan Danau Toba Trip, our tour guide is Mulyadi, a very talkative and informative person. Right after we got into the van at the airport, Mulyadi gave a lenghty information on the places that we were going to visit and a brief history on Medan. Then while we were on our way to Danau Toba, he told us about the Batak people, their way of life and the food that they eat. Upon reaching Danau Toba, he had made sure that we got  rooms with excellent  view of the lake and had a boat ready to be board right in front of our room!Yes, we board a boat in front our door step. In Samosir Island(an Island in Danau Toba), he also gave a lenghty information about the life of the Batak people who had lived there. We were grateful to get so much information from him. Being a talkative person, he only stopped talking when he noticed that most of us were sleeping because we were tired from the non stop travelling. Indeed I highly reccomend him if I know anybody who would like to travel to Danau Toba.

Another tour guide that that I highly reccomend is Jay, from our trip to Chiangmai. Though not really fluent in English, Jay tried very hard to give a lot information regarding the places that we had visited. First, he gave a brief history of Chiangmai, then when we reached a certain tourist spot he will give some information about it since most of the information there was in Thai language. He had also made sure that we stopped over at mosques so that we will not miss our solat. Jay is also easy to get by. He did not feel hesitant  to stop at any places requested by us eventhough he had an ittinerary to follow. Oh yes, he had made sure we went to every place stated in the ittinerary.Once we  experienced a tour guide who was reluctant to go the places stated in the ittinerary that we had to remind him that it is in the ittinerary. This tour guide is not in our Chiangmai trip but somewhere nearby. One unique thing about Jay is that he had always made sure we were served with fruits in  every meal.

Using a  tourist guide gave us a lot of benefit, indeed.

Sunday, July 4, 2010

Places to visit in malaysia by muslim tourist

one of the must see place to visit in Malaysia is the Taman tamddun Islam in terengganu

Wednesday, June 30, 2010

MIHAS-Satu inovasi

Baru-baru ni aku sempat ke MIHAS, di Martrade , Kuala Lumpur. MIHAS ialah pameran halal antarabangsa yang setakat ini hanya di adakan di Kuala Lumpur. Pameran sebegini memang aku sentiasa look foward sebab ia menengahkan barangan-barangan halal dari dalam dan luar negara.

Kali ini begitu banyak barang-barang makanan tempatan terutama sekali kopi yang banyak di promosi di sini. Penuh jugalah perut kami makan dan minum sample yang diberikan di situ. Teruja juga kami melihat begitu banyak produk halal yang dikeluarkan oleh orang tempatan.

Salah satu produk terbaru yang paling teruja ialah Nasi 2 minit., dimana kita hanya perlu menuangkan air panas ke atas beras tersebut dan tunggu hanya 2 minit untuk masak. Set nasi ini dilengkapi dengan pelbagai lauk dan kuah. Satu inovasi yang memang di tunggu-tunggu oleh seseorang yang selalu "travel' atau outstation ke luar negara terutama sekali ke tempat yang susah nak mencari makanan halal. Selama ini kita hanya dapat membawa mee segera. Sekarang ini kita sudah boleh membawa nasi segera.

Selain itu di MIHAS kali ini menengahkan banyak produk halal dari negara China seperti glucosamine dan collagen. Walaubagaimanapun ada juga faktor bahasa yang menyebabkan mereka susah hendak berkomunikasi dengan kita walaupun dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Wednesday, May 19, 2010

No Plastic Bag Day

It's Saturday, the no plastic day in Selangor, Malaysia. 'Remember to bring your plastic bags. Lots of plastic bags' the usual sms that I get from my sister almost every Saturday for the first few months after the Selangor government enforced the system.

Though many voiced out their grouses, they had began to accept the ruling after a few months enforced.In fact a few shopping centers in Kuala Lumpur have already began the no plastic bag on Saturdays campaign on their own. Even pharmacies in hospitals in Selangor and Kuala Lumpur support the campaign. There were a few times when I went for medical checkup and I had to prepare a small plastic bag to put all my medicines that were prescribed. Once I had forgotten to bring a plastic bag when I went to the pharmacy and I had to put all the medicine into my handbag.

Now to avoid being caught having to carry small or wet items bought on Saturdays, I had always made sure that I have 2-3 large plastic bags ready in my handbag. Most of these Saturdays , it's hard to find an empty trolley just before we enter the grocery store.

I remembered when I was studying in the US in the 80's we were given paper bags when we buy our groceries. As we don't have any transport at that time the easiest way to carry those things was by putting everything into our bag packs. Then we would be able to walk back to our apartment easily or use the bus. We did not mind though as we thought that it was just a good practise by the Americans.

We also used lunch paper bags to put in our sandwiches when we had many classes during the day. Of course lunch paper bags are convenient only when we have dry food, fuits and burgers.
It is not suitable for the food that we usually have for lunch such as rice and noodles.

In China , plastic bags are even scarce even in wet markets. During our visit to China,my family and I had the opportunity to go to one of the wet markets not far from the hotel that we were staying. We were surprised when we saw people carrying fruits and vegetables with their bare hands as they came out of the market. When we reached the market, we finally understood that the seller did not provide plastic bags to customers except for those who bought small items and small size fruits.

I was also surprised when I went to one of the mini market there to buy a packet of sugar only to find that they also do not provide plastic bags to customers. Since I had already paid for the sugar, I had no choice but to put the packet of sugar into my handbag!

Maybe in China, the no plastic bag campaign had been going on for a long time. Therefore it would not feel wierd carrying fruits and vegetables with their bare hands. However I would rather bring my own palstic bags to put in the things I bought rather than having people staring sympathetically at me carrying cabbages, spinach and balancing a water melon with both of my hands .

However, plastic bags or no, it does have an effect to the environment. Help save the environment.

Thursday, May 6, 2010

Places For Muslims to Visit In Malaysia

Malaysia may not be a familiar holiday retreat for those who do not even know its existence. Located at the southern of the Asian continent, peninsular Malaysia offers countless places that can be visited by muslims .
A country with Islam being one of the major religion, it is certainly easy for muslim travelers especially in terms of food and finding mosques to perform solat. Most of the food sold here is halal even in food courts. However, to be positively sure that it is halal, just look at the halal jakim signages. Mosques are almost everywhere. Even if you are in a shopping mall there are even prayer rooms available if one wants to perform solat.
The Islamic Arts Complex is one of the place that I would like to reccomend to local and foreign tourist. Located in Section 10 Shah Alam, it is a place where the Al quran Mushaf Malaysia is produced. Handled by the Yayasan Restu , it is a non profit organisation that aims to spread the message of Islam throughout the world. Besides producing the AlQuran Mushaf Malaysia ,it also does creative works that are related to the Islamic Art.
The museum Al Quran houses a few galleries which display copies of Al Quran produced by the staff of Restu's Foundation. Besides that there are also calligraphy Islamic Crafts which were performed on animal tusks and ostrich eggs.
In producing the Al Quran, the colours that were used to decorate the borders and calligraphy were not only made from acrylic colours but also from herbs and plants such as star anise, mangosteen, sugar flower and tumeric.
I had bought a few copies of the Al Quran mushaf Malaysia and a book on selected surahs and was amazed by the intricate designs that based on fruits and vegetables and paddy , plants that are availabe in Malaysia. The design was beautifully and profesionally done. The handwritten mushafs complete with the designs were then scanned in computers so that it can be produced in mass production.
Besides the galleries, there is also a souvenir shop that sells mainly their products and other Islamic art souvenirs. Indeed this is the very place that is worth to visit if you are muslim traveller in Malaysia.

Thursday, April 29, 2010

Kehancuran Masyarakat Pompei- Kisah dan iktibar

Mengikut Harun Yahya dari buku Kaum- Kaum yang Pupus bandar Pompei di musnahkan dengan cara yang sama dengan kaum Lut, iaitu daripada letusan gunung berapi. Rekod-rekod sejarah telah menunjukkan bandar ini ialah pusat untuk memuaskan hawa nafsu dan kegiatan homoseksual. Jumlah sarang pelancuran terlalu banyak sehingga tak terbilang jumlahnya.

Gunung berapi Vesuvius yang terletak berhampiran bandar Naples dan Pompei yang sepi selama dua milllenium telah meletus dengan tiba-tiba sehinggakan lavanya menyapu bersih seluruh bandar Pompei. Tidak ada satu jiwa pun terselamat. Setelah ahli akeologi menjumpai mayat mereka mereka telah menjadi batu dalam gaya apa yang mereka sedang lakukan samada sedang menjamah makanan ataupun melakukan aktiviti yang terlarang. Air muka mereka seolah- olah menanggung kesakitan. Gambar tentang tapak kaum Nabi Lut dan mayat-mayat yang menjadi batu ini ada di tunjukkan dalam buku ini.

Begitulah bala yang di turunkan Allah terhadap orang yang suka melakukan perkara terkutuk samada kaum sejenis atau yang berlainan jenis. Di Malaysia hasil perbuatan terkutuk ini telah melahirkan terlalu ramai bayi luar nikah sehinggakan perbuatan membuang bayi seolah-olah tidak sedkitpun melahirkan rasa bersalah. Bayi dibuang dalam tong sampah telah menjadi paparan berita setiap hari. Ada juga bayi yang telah menjadi habuan anjing liar seperti yang telah diberitakan . Ini tak termasuk dengan berita dasyat yang 'off record' yang diberitakan dari mulut ke mulut. Terjadinya insan dalam perut seseorang perempuan memerlukan 2 orang melakukannya iaitu lelaki dan perempuan kecuali Nabi Isa. Dan ia bermula dengan perkenalan tanpa batas samada mealui cara pertemuan ataupun cara chatting melalui pelbagai medium elektronik yang terkini. Kadangkala jarang sekali kita menilai bagaimana sesuatu hubungan terlarang bermula sehinggalah terlanjur dalam suatu hubungan. Jarang sekali kita ingatkan diri bahawa yang perbuatan yang dikirkan sangat kecil boleh mengakibatkan dosa besar. Hubungan terlarang ini sama seperti penyakit i.e. Prevention is better than cure.

Friday, April 23, 2010

Iktibar Dari Kisah Mengenai Gunung Berapi Kaum Terdahulu

Setelah kita membincangkan pemandangan di kawasan gunung berapi eloklah kita lihat pula kita berbincang mengenai kaum terdahulu yang pupus akibat letusan gunung berapi. Sumber ini saya dapat dari buku karangan Harun Yahya-Kaum-kaumYang Pupus. Salah satu kaum yang pupus akibat letusan gunung berapi ialah kaum Nabi Lut. Kaum Nabi Lut ini aktif dengan budaya homoseksual.

Bandar kaum Nabi Lut ini ialah Sodom yang terletak di kawasan Laut Mati sempadan Israel Jordan. Akibat dari keenganan kaum ini menngikut seruan Nabi Lut untuk meninggalkan perbuatan terkutuk itu dan tidak mengendahkan seruan Nabi Lut, mereka telah di timpa azab.
'Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang terbalik(tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikianitu mengandungi tanda-tanda bagi orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap(dilalui orang)'- Surah Al hijr:73-76

Kenyataan "diterbalikkan " membayangkan kawasan itu mengalami gempa bumi yang kuat. Menurut ahli arkeoloji, Werner Keller, kawasan lurah Sidim yang meliputi Sodom dan Gomorrah telah terbenam ke dalam. Kemusnahannya mungkin disebabkan oleh gempa bumi dan dituruti dengan letupan, petir, perlepasan gas asli dan kebakaran besar.

Maksud ayat'Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi' Surah Hud:82-83 menunjukkan barangkali letupan gunung berapi berlaku di setiap tebing tasik Nabi Lut yang mengakibatkan batu batan meletup dan menjadi seperti di panggang.

Menurut Keller, di bahagian atas lembah Jordan masih kelihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan lapisan basalt bertimbun diatas permukaan kapur.
Ini juga membuktikan adanya letusan gunung berapi disini.
Keller telah mencatat bandar Sodom dan Gomorrah terletak di wilayah paling rendah di tasik Nabi Lut(Laut Mati). Apabila seseorang mendayung perahu melintasi tasik tersebut dan sekiranya matahari menyinari ke arah tepat, kelihatan di dasar air, garisan hutan yang disimpan sebagi khazanah laut mati. Batang-batang pokok dan akar-akarnya dapat dilihat didalam gemerlapan air yang hijau. Lembah Sidim, tempat di mana pokok-pokok ini satu masa dahulu tumbuh dengan subur adalah kawasan paling cantik di wilayah tersebut.

Demikianlah sedikit sebanyak penerangan tentang apa yang berlaku pada kaum Nabi Lut yang di tulis oleh Harun Yahya berdasarkan ahli arkeoloji Keller. Sebelum ini saya telah berpendapat malaikat yang menterbalikkan lembah Sodom ini mengikut terjemahan al Quran. Sebaliknya menurut apa yang diselidik oleh ahli arkeologi, sebenarnya berlaku gempa bumi dan letusan gunung berapi yang dasyat. Ambillah iktibar dari kejadian ini. Sesungguhnya kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Wednesday, April 21, 2010

Gunung berapi-Tagatay, Brastagi, Tangkuban prahu

Akhir-akhir ini kita sering di kejutkan dengan berita gempa bumi dan letusan gunung berapi. Sungguhpun negara kita tidak terletak dalam lingkaran gunung berapi pasifik kita perlu sentiasa beringat kerana kuasa Allah tiada siapa yang tahu.Ehmm... masih ingat lagikah subjek geografi yang di pelajari semasa di sekolah menengah dahulu tentang lingkaran api pasifik?
Letusan gunung berapi di Iceland telah menunjukkan kekuasaan Allah yang mengatasi kuasa lain. Dengan sekelip mata saja, ekonomi dunia boleh lumpuh disebabkan penerbangan antarabangsa di Eropah tidak dapat berfungsi walaupun letusan itu berlaku jauh dari lapangan terbang antarabangsa yang besar. Janganlah kita lupa kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Saya telah berpeluang melihat gunung berapi aktif di Filipina dan Indonesia. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya pergi ke tempat sebegini. Apa yang istimewanya tempat yang merbahaya ini? Sesungguhnya apabila kita melawat tempat sebegini kita dapat menyaksikan kekuasaan Allah yang boleh memusnahkan makhluk beribu- ribu kilometer dari sumbernya khususnya gunung berapi.Walaupun manusia boleh merancang tapi kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Gunung berapi merupakan satu kejadian Allah yang sangat menakjubkan.

Di Filipina, kawasan Tangatay yang saya lawati merupakan kawasan gunung berapi yang di kelilingi tasik. Kawasan gunung berapi ini terletak di tanah tinggi ini mempunyai cuaca yang sejuk. Pemandu teksi yang membawa kami ke kawasan itu memberitahu tasik itu sangat panas dan tiada siapa yang sanggup pergi ke sana. Pemandangan di sana sangat indah dan menakjubkan. Dari jauh kita dapat perhatikan tasik itu berasap disebabkan airnya yang terlalu panas. Suasananya dari jauh aman sekali tetapi gunung berapi ini boleh meletus bila- bila sahaja. MasyAllah....

Di Indonesia salah satu kawasan gunung berapi yang saya lawati ialah Gunung Sibayak di Brastagi, tak jauh dari Danau Toba, Sumatera. Kami di bawa oleh pemandu pelancong kami, Mulyadi ke kolam air panas yang terletak betul-betul di tepi gunung berapi.Itulah kali pertama saya melihat gunung berapi dari dekat dan kami dapat perhatikan bara api di tepi gunung berapi tersebut. Kolam air panas yang kami lawati adalah dari sumber air semulajadi yang di panaskan oleh lava gunung berapi tersebut. Bau belerang terutama dari bahagian sumber air panas itu memang menusuk hidung. Kawasan taman ini agak besar dan dilengkapi dengan beberapa kolam. Kolam air panas ini sering dikunjungi oleh pelancong Malaysia untuk merawat pelbagai penyakit. Hmmm.. memang sedap berendam di sini memandangkan suhu di sekeliling sejuk.Begitupun bahayanya gunung berapi namun ada juga kenikmatan dan kelebihan yang manusia boleh kecapi. Kawasan Brastagi ini terletak di tanah tinggi dan sememangnya suasana amat nyaman sekali.

Selain Brastagi, saya juga berpeluang melawat Tangkuban Prahu yang terletak tidak jauh dari Bandung. Bandung terletak di Pulau Jawa. Kawasan ini merupakan kawasan gunung berapi yang sangat luas. Kami dapat perhatikan kawah gunung berapi yang masih berasap. Pemandu pelancong kami, Mulyadi( namanya sama dengan pemandu pelancong kami di Sumatera tapi orangnya lain) memberitahu kami sekiranya dijangka ada letusan gunung berapi kawasan ini akan ditutup dan biasanya cukup masa untuk beredar dari situ. Mulanya berderau darah kami mendengarnya. Tapi setelah mendengar biasanya pegawai dan saintis mereka dapat mengagak letusan akan berlaku beberapa minggu sebelum berlakunya letusan kami berasa lega sedikit. Bahagian kawah gunung berapi kelihatan kelabu dan bau belerang boleh dihidu di merata tempat. Kami di beritahu amat merbahaya untuk turun ke kawasan kawah kerana suhu yang tinggi dan menghidu asap belerang dengan banyak.Gas sulfur yang dibebaskan adalah gas beracun dan tidak sesuai untuk paru paru terutama sekali penghidap asthma. Namun kami ternampak ada seorang dua yang masih melakukan stunt pergi berdekatan kawasan dalam kawah. Sungguhpun kawasan ini terletak di kawasan tanah tinggi, ia agak panas memandangkan keseluruhan kawasan ini terletak dalam kawasan gunung berapi .
Sesungguhnya kawasan gunung berapi mempunyai daya tarikan semulajadi yang menakjubkan untuk kita menghayati kejadian Allah.

Tuesday, April 6, 2010

Antara Nasyid dan Lagu

Kebanyakan orang berpendapat mana mungkin kita hidup tanpa adanya hiburan dalam hidup kita. Mendengar lagu ialah salah satu hiburan yang paling popular pada masa kini. Sehinggakan ada sebahagian daripada kita sangat suka mendengar lagu samada semasa belajar, bekerja ataupun masa berehat. Saya yakin sebahagian besar daripada pembaca blog ini lebih suka mendengar lagu berbanding nasyid. Ini adalah pengalaman saya sendiri dalam memilih antara yang tiga, nasyid, lagu bermanafaat dan lagu yang tiada manafaat.Sekadar untuk berkongsi pengalaman.......


Dulu masa anak-anak saya di peringkat sekolah menengah(masih ada seorang lagi masih bersekolah), mereka sering mengeluh kawan-kawan mereka sering bercerita tentang penyanyi dan lagu. Mereka tidak dapat ikut serta bersembang kerana mereka tidak dibiasakan mendengar lagu di rumah.

Saya banyak membeli kaset(dulu tak ada CD) nasyid yang saya tahu akan banyak memberi manafaat kepada mereka sejak dari kecil lagi. Saya rasa bersyukur kerana mengekalkan cara begini sehingga ke hari ini meskipun ada juga lagu bermanafaat yang saya ketengahkan kepada ahli keluarga agar menghayati maksudnya.

Penghayatan lagu(Appeciating songs) ini telah saya pelajari sejak dari tingkatan 4 lagi. Kalau sebelum itu saya hanya menyanyi lagu tanpa menghayati liriknya(pakai hentam saja). Sejak saya belajar di universiti dan mendapat hidayah dari Allah untuk menjauhi lagu yang tidak bermanafaat, saya belajar untuk menghayati lirik-lirik nasyid. Bagi saya, menghayati lirik nasyid dapat membantu kita mengingati sejarah Islam, mengingati Allah(juga berzikir) dan memperbaiki akhlak kita.

Pada peringkat sekolah rendah, nasyid banyak membantu anak-anak saya menghafal matapleajaran sirah dan fiqah. Saya masih ingat lagi masa itu nasyid itu di nyanyikan oleh ahli kumpulan Rabbani yang ketika itu masih kecil lagi. Kemudian kumpulan Raihan muncul dengan keluaran mereka yang pertama. Nasyid mereka dengan rentak yang menarik telah menyebabkan saya ingin memiliki kaset mereka. Puas mencari di merata tempat akhirnya dapat juga saya membeli kaset tersebut.Lagu- lagu kumpulan Hijjaz juga banyak membantu dalam matapelajaran mereka.Tanpa di sedari ia juga membantu saya mengingati semula fakta-fakta tersebut apabila menyanyi bersama anak. Juga lagu kanak-kanak bahasa Inggeris( Popular children songs) dapat membantu dari segi percakapan dalam bahasa Inggeris. Lagu- lagu ini saya ajar agar mereka dapat biasakan diri mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris

Semasa anak saya di sekolah menengah, jenis nasyid harus di sesuaikan dengan umur mereka. Mereka lebih suka nasyid yang mempunyai maksud yang tersirat dan lebih rancak dan sentimental. Ketika inilah mereka mengenal kumpulan Inteam, UNIC, Mirwana, Brothers dan lain lain lagi penasyid solo.Di sebalik kesibukan dalam urusan rumahtangga ada kalanya saya mengambil satu atau dua nasyid untuk di hayati liriknya. Alhamdulillah, dengan membuat kelas tuisyen saya dapat mengajak pleajar saya untuk bersama-sama menghayati nasyid. Kebanyakan dari mereka langsung tak mendengar nasyid di rumah. Di kelas tuisyen ini lah mereka mendapat serba sedikit pendedahan tentang penghayatan nasyid. Di samping belajar seperti biasa, saya telah menekankan aspek kerohanian kepada mereka.

Kelas English communication yang saya adakan telah membolehkan saya memperkenalkan nasyid-nasyid dalam bahasa Inggeris dan sekali gus saya menerangkan tentang maksud nasyid tersebut supaya mereka dapat menghayatinya. Kebanyakan dari mereka yang menghadiri kelas ini langsung tak pernah mendengar nasyid dalam bahas Inggeris. Ada kalanya mereka hanya tahu lagu bahasa Inggeris tanpa tahu maksudnya. INI BAHAYA. Ada kalanya lagu itu mempunyai lirik yang mensyirikkan Allah. Ada juga lirik menyuruh melakukan perbuatan yang dilarang dalam agama. Selain daripada nasyid saya juga memperkenalkan lagu-lagu Inggeris yang boleh membawa manafaat kepada mereka.

Penghayatan nasyid dan lagu adalah perlu agar kita tak lari dari mengingati Allah dan mendapat keberkatan atas apa yang kita lakukan setiap hari. Setiap perbuatan kita juga  harus tak melalaikan kita dari mengingati Allah.

Mungkin ada sebahagian daripada kita berpendapat "Ala... saja nak relaks jadi dengar ajelah. Tak ada kesan pun." Sebenarnya apa yang kita dengar memberi kesan kepada kita sedikit demi sedikit.Kadangkala kita terkhayal mendengar alunan lagu tersebut. Secara tak sedari kita jadi lali mendengar lagu yang tak bermanafaat.

Kenapa kita tidak jadikan nasyid dan lagu yang bermanafaat menjadi halwa telinga kita agar kita mendapat pahala setiap kali kita mendengarnya. Sebenarnya tidak semestinya lagu barat saja yang kita anggap tak bermanafaat malah lagu Melayu juga banyak banyak membawa kepada kemungkaran. Oleh itu eloklah kita membuat pilihan sewajarnya antara nasyid, lagu bermanafaat dan lagu yang tiada manafaat.

Thursday, March 18, 2010

Nasyid Appreciation

Our World by Zain Bikha



Every morning on every news flash
I hear the sorrow of the world
It seems like everybody's lost and
Scared trying to make sense of it all
And as I travel to and fro, so many faces pass me by
I see lonely hearts living lonely lives just biding their time
And while we call ourselves civilized, many people living empty lives
As they drone their way through day and night

Chorus

I pray for our world, I pray for every child
I pray for our world to be filled with smiles
Like the colours of a rainbow and not just black and white
I pray for our world to be filled with light
I pray for all of us, to choose the path that's right
To believe in Allah every day of our lives

This is only a part of the nasyid . If we are able to appreciate the lyrics rather than just singing it, then we should realise that we have a duty to help each other to prevent more and more children from becoming orphans everyday. Not only children in war torn countries but also those abandoned by their mothers and fathers especially those who are involved in zina. God knows how many muslims nowadays disregard the limits of the relationship between men and women that they were unafraid of doing the sins . Many newborn babies were thrown in the rubbish dump nowadays.Who are to be blamed.....Just give it a thought.

Tuesday, March 2, 2010

Hayati sebahagian Lirik Nasyid ini

Di Bawah Satu Cahaya
Kita adalah saudara
Asal dari Adam dan Hawa
Di buai oleh gelombang
Di besarkan zaman
Di bawah satu cahaya

Dulu kita ikrar bersama
Dari kalam dan sirahnya
Kita taat saling percaya
Yakin dalam melangkah
Lewati badai sejarah

Pada arah yang sama kita berdiri
Pada air yang sama kita bersuci
Pada takbir yang sama jangan bertengkar
Pada doa yang sama usah menyendiri
Sebarkanlah...bersabarlah

Oleh Akhil Hayy. Salleh Brothers, Amir Pearl, Azahari Nowseeheart

Jika di hayati lirik ini, nasyid ini adalah berkenaan ukhuwwah sesama umat Islam. Pengembaraan dan lawatan ku ke luar negara membolehkan aku bertemu dengan umat Islam dari pelbagai bangsa dan keturunan.Dulu sewaktu belajar di US, aku berpeluang berkawan dengan ramai umat Islam. Waktu itu revolusi Iran baru berlaku. Orang di US memandang sesiapa yang memakai tudung sebagai orang Iran. Ketika kami menaiki bas dan turun dari bas, kami seringkali dijerit dengan "Iranians! Iranian... dan lain lain perkataan yang tak ingin ku tulis di sini. Begitulah jahilnya orang US dulu. Tapi tak boleh disalahkan mereka. Ketika itu memang tak ramai orang Islam yang bertudung di US. Orang Iran di US begitu aktif berdakwah dengan cara mereka. Mereka mengenepikan masalah mazhab demi menyatukan umat Islam disana. Walaupun ada sebahagian dari kawan dan guru menasihatkan aku agar berjaga-jaga dengan fahaman syiah mereka, namun aku dapati mereka langsung tidak mengajak kami ke arah fahaman mereka. Apa yang aku dapati ialah mereka begitu berusaha cuba menyatukan umat Islam di sana. Ada juga aku bergaul dengan golongan Arab tabligh di sana tapi mereka agak konservatif dan kurang membenarkan isteri mereka bergaul dengan orang lain. Mungkin kerana sebahagian besar isteri mereka adalah mat saleh atau Chicano(Mexican American) yang baru memeluk agama Islam. Aku juga pernah berkawan dengan beberapa wanita black muslim yang agak susah dengan kehidupan mereka. Ada juga suami mereka yang berdakwah kepada banduan di penjara. Peranan mereka di sana sangat besar. Aku kagum dengan usaha mereka. Lawatan aku ke US baru baru ini membuatku sangat bersyukur dengan bertambahnya bilangan umat Islam di sana dengan pesat. Sesungguhnya kejadian 9/11 banyak membawa perubahan di sana. Walaupun ada juga umat Islam di sana ada yang di tindas terutama sekali selepas peristiwa tersebut, aku kagum dengan semangat dan usaha sebahagian daripada saudara baru dalam dakwah mereka. Walaupun menghadapai pelbagai tohmahan dan cabaran dari pihak bukan Islam mahu juga negara Islam, mereka berusaha untuk menyedarkan semua pihak bahawa agama Islam itu agama yang pentingkan keamanan dan bukannya agama yang terdiri daripada pengganas. Aku telah bertemu begitu ramai umat Islam yang sudah pun menjadi permanent resident atau rakyat disana yang sudahpun bercucu cicit di sana. Dari peniaga cenderahati, peniaga gerai, pemilik syarikat, guru dan pelbagai lagi. Walaupun mempunyai status ekonomi yang berbeza kebanyakannya gembira dan ringan mulut untuk memberi salam bila bertemu dengan kami.Berbeza pula dengan di negara China. umat Islam pada satu masa dulu telah ditindas pada zaman dinasti sehinggakan mereka susah untuk mengamalkan Islam. Akibatnya ada sebahagian yang agak kekok untuk mempraktikkan Islam sepenuhnya sekarang. Diberitakan mereka bebas mengamalkan Islam sekarang.Kalaulah kami dapat berkomunikasi dalam bahasa mandarin ketika itu mungkin kami dapat kami tahu lebih lanjut tentang orang Islam di sana. Kami hanya dapat memerhati keadaan mereka sahaja dan membalas senyuman dan salam. Kalau di utara Thailand pula, Islam tidak tersebar luas. Sungguhpun tidak ramai orang Islam, kami dapati agak mudah kami menemui masjid di sana. Kami tak dapat berkomunikasi dengan penduduk di sana kerana tidak mahir dalam bahasa Thai. Walaubagaimanapun kami ada bertemu dengan beberapa orang dari selatan Thai yang sedang bercuti di situ. Merekalah yang memberi salam dan bercakap dalam bahasa Melayu loghat Kelantan. Pada mulanya kami fikir mereka orang Kelantan tapi rupanya mereka orang Thai.Keadaan ini berbeza di selatan Thailand dimana terdapat ramai umat Islam di sana. Kalau Di Indonesia pulak, kami mempunyai masalah hendak membezakan antara orang Islam dan yang bukan Islam. Di Sumatera kami terpaksa bergantung kepada pemandu pelancong untuk memastikan restoran Islam atau tidak. Mungkin di Medan tiada masalah kerana dikatakan 90% daripada penduduk di sana adalah umat Islam. Namun di kawasan Jakarta kami pernah menghadapi masalah mencari restoran halal. Lagipun kami tiada pengangkutan dan pemandu pelancong untuk membantu kami. Walaubagaimanapun keadaan di sana hampir sama dengan Malaysia. Tak ramai yang memberi salam bila bertemu. Mungkin orang Islam di sini perlu berubah. Sebarkan salam untuk menjalin ukhuwwah sesama kita, tak kira walau apapun bangsa kita. Memberi salam dan senyuman tak susah tapi memberi kesan yang mendalam kepada sipenerima.

Friday, February 19, 2010

Makanan halal di US- untuk renungan pelajar/pegawai di US dan pengembara diUS

A Comprehensive List of Halal Food Products in US Supermarkets, 7th Edition 2005

Sekiranya ada diantara yang belajar atau bekerja di mana-mana negara yang bukan Islam, perkara pertama yang sememangnya seseorang akan risau ialah makanan. Ada ke tidak makanan halal, dimana nak cari makanan halalan toyiban dan aku ni nak kena masak aje selaluke sebab makanan halal susah nak di cari.
Tahun 80an dahulu sewaktu aku dan rakan-rakanku mula-mula sampai di California, kami terpaksa tinggal bersama foster parents. Mungkin penaja biasiswa kami berniat positif kerana mahu kami menyesuaikan keadaan di negara asing dengan bantuan keluarga angkat. Keluarga angkat biasanya adalah warga Amerika sendiri.Malangnya pihak penaja mungkin terlepas pandang akan keperluan seseorang Islam dari segi menentukan makanan yang dimakannya itu halal atau tidak. Lantas kadangkala kami terpaksa berlapar sewaktu tengahari(hanya makan donat) dan kadangkala berdepan dengan keluarga angkat yang menyediakan daging atau ayam tidak halal semasa makan malam. Kadangkala kami membeli sendiri ikan trout dan menawarkan untuk masak untuk mengelakkan daripada makan makanan yang tidak halal. Sehinggalah adanya satu kumpulan brothers yang berusaha untuk mendapatkan ayam halal yang dihantar dengan bas dari Virginia, satu negeri yang sangat jauh dari California.
Mujurlah kami hanya tinggal dengan keluarga angkat selama sebulan sahaja. Kami terpaksa memberi plebagai alasan agar kami dapat berpindah dan dapat menikmati hidangan halal dengan lebih selesa. Hasil usaha brothers yang ada disitu, dapatlah kami membeli ayam halal dengan lebih senang . Yang pasti-InsyaAllah ianya halal. Semoga Allah membalas jasa brothers tersebut atas usaha mereka. Hari-hari seterusnya kami mendapat membeli ayam halal dari kedai yang lebih dekat.
Baru-baru ni aku telah terbaca sebuah buku kisah Sidek Baba bertajuk Seteguh Tekad. Sewaktu belajar di Bloomington, Indiana beliau telah mengambil masa 10 jam untuk pergi dan balik ke Chicago, Illinois semata-mata untuk membeli daging halal. Begitulah usaha seorang pendakwah yang menentukan bahawa apa yang masuk kedalam perutnya dan seterusnya menjadi darah
dagingnya itu bersih dan halal. Dengan demikian barulah iman seseorang itu teguh dan doa mereka insyAllah di makbul Allah.

Itu kesah dulu di zaman tahun 80an. Kini di US terdapat beberapa buah syarikat orang Islam telah mengusahakan daging dan ayam halal untuk kegunaan orang Islam di sana. Contoh yang paling besar ialah syarikat Midarmar, di Iowa. Syarikat ini bukan sahaja telah mengeluarkan daging halal untuk kegunaan orang Islam di US tapi juga untuk diimport. Bahkan terdapat sebuah syarikat, Harris Ranch yang dikatakan telah dapat mengedarkan daging halalnya ke Safeway, salah sebuah supermarket di Fresno. Kedai kedai menjual daging dan ayam halal kini begitu banyak terdapat di merata ceruk di US memandangkan umat Islam di US semakin bertambah.
Persoalannya sekarang, sejauh mana pelajar atau pekerja kita dari Malaysia menggunakan khidmat kedai halal ini dalam makanan harian. Kerap kali kita sering memberi pelbagai alasan -malas nak pergi beli yang halal-jauh-tak ada kenderaan
-pak Arab makan, apa salahnya kita makan,ada pendapat kata boleh,tak payah nak persoalkan
- alaah, kat US ini saja kita makan ayam katok, balik Malaysia kita makanlah yang halal.
-dah lapar, tak ada apa nak makan,nanti kebulur
dan banyak lagi alasan.

Dalam hatiku,"Kenapa agaknya, kami dulu sanggup makan ikan, telur sekiranya tak ada ayam atau daging halal.
Kenapa agaknya, kami sanggup memandu jauh out of state semata -mata nak dapatkan ayam dan halal. Ayam tu pulak kami terpaksa menyiangnya sampai berpeluh-peluh)mengikut kreativiti kami(almaklum kebanyakan kami bersekolah di sekolah berasrama penuh semasa sekolah menengah)
Kenapa agaknya, sebahagian pelajar dan pekerja Malaysia Islam tak sanggup nak pergi beli di kedai orang Islam,membantu mereka mempertingkatkan ekonomi mereka saudara seislam Tambahan pulak ayam dan daging tu hanya tunggu untuk dibasuh dan dimasak?Tak payah pulak perlu disiang.
Kenapa agaknya, mereka yang makan ayam katok ni tak was-was ke dengan ingredients lain terdapat dalam masakan tersebut sedangkan kami kat US dulu menghabiskan masa untuk memastikan tiada lecithin(bukan soya lecithin), mono and diglyceride, whey dan pelbagai lagi bahan yang ditambah yang boleh menimbulkan syubhah.
Kenapa agaknya, kami berasa agak kecewa dengan usaha kami dan usaha pengusaha kedai halal seolah olah mencurah air ke daun keladi bagi setengah pihak.

Bagi sesiapa yang berada di sana renung-renungkanlah teguran ini. Bagi yang berusaha mencari makanan halal, alhamdulillah, semoga Allah merahmati usaha anda. Nasihat atau teguran terhadap rakan anda yang lain merupakan usaha dakwah yang InsyaAllah, akan dibalas Allah.

Thursday, February 11, 2010

Masjid in Chiangmai

When my family and I went to the Arts and Cultural Center in Chiangmai, we learnt that Islam had arrived in Chiangmai. Unfortunately Islam didn't spread very fast there. Alhamdulillah, we stopped by two mosques during our stay there. The first is the Jamek Mosque where we saw many Indian and Pakistanese muslims. We had our Friday prayers there. I think the mosque was double storey building with a separate room for the ladies. Though not new, it was quite big and comfortable to spend your moment of solitude to God. Unfortunately, we were unable to communicate with any of those who came to the mosque because of language problems. Therefore we only used sign languages.
The other mosque, Jameah Sheck Abdullah Al Kelabi, was built in 2002. The mosque, still new,was a single storey building that has an Islamic school in its compound. We noticed many teenagers around the area with their Islamic uniforms there. We were grateful to see the muslims there but quite dissappointed as we were unable to communicate with them. Perhaps it is better for those who would like to visit Thailand to learn a few basic words to communicate in Thai. We were fortunate to have Jay as our tour guide who is fluent in English. Jay was a very helpful tour guide.
Nevertheless we were grateful to see and meet the muslim brothers and sisters in Chiangmai.

Tuesday, February 9, 2010

GENERASI i-pod

Dalam Majalah Anis keluaran februari 2010, terdapat satu artikel bertajuk Dakwah Generasi i-pod hasil tulisan Abu Saif ataupun ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Dalam artikelnya disebutkan tentang betapa generasi kini(anak-anak muda) terlalu asyik dengan teknologi terkini sehinggakan sangat kurang berinteraksi secara direct. Kalau dulu kita lebih selesa dan seronok bila ada teman berbual sewaktu ke kelas atau ke kedai, namun sekarang tidak.Kehadiran walkman dan i-pod yang digunakan keterlaluan menyebabkan seseorang tidak memerlukan sesiapapun ketika bersiar-siar. Kalau dulu adanya permainan galah panjang atau konda kondi yang memerlukan ramai pemain dan kita selesa adanya gelak ketawa disamping merancang strategi bersama, namun sekarang tidak.Kehadiran playstation PSP pula menyebabkan pemain terpisah dari persekitaran, tanpa perlu teman untuk bermain.Banyak lagi teknologi terkini jika digunakan keterlaluan akan membunuh interaksi.
Tanpa kita sedari juga, apabila interaksi secara terang-terangan dimana jasad berjumpa jasad ini terbunuh, akan terjadilah masalah komunikasi yang memerlukan gaya bahasa, intonasi yang betul dan melibatkan perasaan. Mungkin boleh sampai ke peringkat bila dua orang sahabat bertemu,mereka akan membisu akibat tak tahu berkomunikasi akibat selalu guna sms atau chatting.
Tak percaya. Perkara ini mungkin sudah dan akan berlaku jika interaksi terus dibunuh. Saya setuju dengan pendapat Abu Saif.

Friday, January 29, 2010

Mae Sai, The border town of Thailand and Burma

The first time I went to Thailand was in 2006. Eventhough Hat Yai was the closest town to Malaysia, I chose Chiang Mai because I felt that we could know more about the Thais there. There wasn't much to see in the Chiang Mai town itself. After spending two days in Chiang Mai our tourist guide, Sanjay brought us to Chiangrai, which is about three hours drive from Chiang Mai. There is a town called Sop Ruak nicknamed the Golden Triangle about 18 miles from Chiang Rai that enables us to see borders of Thailand, Laos and Burma. It was winter in Chiangmai. They have the tropical monsoon climate where they have a cold and dry winter. Therefore we had to put on our jackets because it was very windy and cold.
About 60 km north of Chiang Rai is Mae Sai, the border town of Tailand and Burma. The town of Mae sai looked a lot like any border towns where they have lots of stalls selling local products. Jay dropped us at a 7-11 store and gave us two hours to tour the town. The weather was cold and dry. Most of the people here didn't speak English and we had trouble communicating with them. However, we had a pleasant suprise when we were about to cross a road there. We were greeted with a salam from a local lady wearing a tudung. As we replied the salam we exchanged smiles. Alhamdulillah eventhough we found hard to communicate with them, we were glad to find muslims there.

There were a lot of gems of different shapes and colours sold. We didn't buy any because we had already bought some earlier at a gem store. Jay brought us to the border Thailand and Myanmar. We saw the Mae Sai river that separates Thailand and Myanmar and we could go to Myanmar via a bridge less than 500 m in length.

Then as it was already zuhr, Jay brought us to a mosque near the shopping area. The mosque was located in a disclosed location where we could hardly notice along the main road. The mosque was rather big with a separate building which was used as the islamic school as well as the prayer hall for the women. There were several people in the mosque praying and after that there were ceramah. We could feel peace and tranquility in the area as we prayed in the hall.

After praying, Jay brought us to an Islamic restaurant adjacent to the mosque for lunch. Even though the restaurant was small,the food was delicious.The owner was friendly too. That makes our lunch more enjoyable.

Next door was a muslim bakery and we bought some bread to be eaten on the way back to Chiang Mai.

Then we proceed to the Padaung Village which was famously called the Long Neck Village.

Tuesday, January 19, 2010

Smoky valley vs smoky mountains

Not very far from Knoxville, Tennessee there is a mountain range called Smoky mountains. It is here where the famous town of Gatlinburg is situated. Gatlinburg is famous for the place of Ripleys Believe it or not.
In Malaysia there are smoky valleys .....almost everywhere ....the mamak stalls, the malay stalls...the Chinese and Indian stalls. Here's an example how you can experience the Smoky Valley.Normally the moment I reach the stall, I will try to get a spot at the very end so that I can get fresh air. (Normally I go to the stalls in the morning for breakfast or at night for dinner).Then when I am already comfortably seated, then come a group of young men or women and sit at the table next to me. That was when the smoky valley forms. One of them will start to take out his cigarette and starts the smoking process. They haven't even place an order yet. Then the others will follow what the first person had done. There will be other people that will join the forming of the smoky valley at other tables. Before you knew it,the whole place will be full of smoke. No guilty feeling of making the others sick or uncomfortable. Once I had to ask for sympathy of the smoker to smoke somewhere else because I had asthma. Luckily he agreed to sit at another table far from me. I heard that some people were scolded when they advise the smoker.
I do not believe rising the cost of cigarettes will reduce smokers. I think they will find ways to get them no matter what when they are addicted. It can be stealing cigarettes at the shop or even robbing a house.Just like the drug addicts.
I think most of the smokers know what are the hazardous effects of smoking. They have learnt that in school. Those who suffer will the non smokers...could be their parents, brothers, sisters or friends. Do they care?
Just a few days ago the Pahang religious department announced the fatwa saying that smoking is haram. There are other states that also gave the same fatwa. These are fatwas and not opinions. I believe that when you are a good muslim and you know that smoking is haram, you will have to quit smoking. No excuses should be given for the sake of your very own health.
I believe smokers know that there are many ways to quit smoking. The first step is always
comes from your inner self. It is really up to you.

Wednesday, January 13, 2010

Pandangan umum tentang masyarakat Islam di Beijing

Sebenarnya ini adalah pandangan umum saya sendiri mengenai orang Islam di China. Dari pengamatan saya setelah melawat Beijing selama beberapa hari, tak ramai golongan muda China Islam yang menutup aurat sehinggakan kami tak pasti mereka beragama Islam atau tidak walaupun berada di dalam kawasan penempatan orang Islam. Bahkan dalam restoran Islam yang kami lawati sendiri pemakaian skirt sebagai uniform bagi pelayan adalah perkara biasa. Ketika melangkah masuk ke kawasan masjid kami hanya dapat berjumpa golongan yang berumur yang menutup aurat dan menjadi penjaga di sana. Masjid di Beijing memang cukup menakjubkan dan sangat selesa. Seni lukisan dan kaligrafi China memang sangat menarik
Biasanya golongan berumur lebih peramah dengan pelancong berbanding golongan muda. Sewaktu melawat kawasan Chiang Yin dan berjumpa dengan beberapa orang pertengahan umur, kami dapat rasakan mereka berbesar hati kami dapat melawat masjid mereka.

Kebanyakan restoran yang kami lawati terdapat botol-botol arak di atas rak ditepi kaunter. kami ternampak beberapa orang sedang minum arak sambil makan di situ. Lebih tidak menyenangkan ialah adanya tukang masak yang minum secara terang-terangan di situ. Kalau di London khabarnya sesebuah restoran tidak boleh dilabel sebagai restoran halal kerana dibenarkan minum arak, saya agak kecewa dengan keadaan di China ini yang membenarkan arak diminum di situ.

Orang China secara keseluruhannya kaum yang suka bekerja. Malangnya pada pendapat saya mereka secara keseluruhannya terlampau mementingkan wang. Charge yang terlalu tinggi dkenakan sekiranya kita memohon pihak pelancong membawa ke tempat selain yang dirancang. Semasa di kompleks membeli belah , kerap kali baju kami ditarik seolah-olah memaksa kami membeli di kedai mereka. Satu suasana yang memang tak menyenangkan. Satu tempat yang menunjukkan cara penyediaan teh China tidak membenarkan kami keluar dari bilik penyediaan sekiranya kami tidak membeli produk mereka.(tempat ini diwajibkan oleh kerajaan China).Setelah saya bertegas barulah kami dibenarkan keluar.

Satu tempat mengurut kaki(Juga tempat yang diwajibkan oleh kerajaan China) juga seolah olah membuat kami serba salah dan terpaksa menerima ajakan mereka untuk diurut kaki. Charge yang di kenakan pula 2 kali ganda charge yang diberitahu oleh pemandu pelancong kami.

Tidak semua pemandu pelancong yang diaturkan oleh pihak syarikat pelancongan ini peka dengan kewajipan solat orang Islam. Kemungkinan mereka pun bukan orang Islam.Kadangkala kami terpaksa mengingatkan mereka tentang perlunya kami solat. Penerbangan balik kami ke Malaysia adalah penerbangan awal pagi iaitu lebih kurang 8.30 pagi. Jessica telah mengingatkan kami supaya keluar dari hotel pukul 6 pagi dan solat di airport. Kami tak pasti adanya surau disitu. Sebagai mengambil langkah yang lebih selamat kami tidak mengindahkan saranannya dan solat di bilik sebelum bertolak.

Sekiranya saya diberi peluang untuk melawat China lagi, saya ingin mengatur sendiri perjalanan saya sendiri dan mempunyai pemandu pelancong yang lebih berminat untuk menunjukkan keindahan dan tamaddun mereka sendiri dari mementingkan wang. Saya ingin melawat tempat tempat sejarah yang berkaitan Islam di China selain dari masjid. Dengan yang demikian saya akan lebih menghargai dan lebih memahami tentang negara mereka.

Sekali lagi, ini adalah pandangan umum saya sahaja berdasarkan lawatan 5 hari ke China

Monday, January 11, 2010

Makanan China di Beijing

Search Amazon.com for halal chinese food



Kami mula dapat merasa makanan China di Beijing semasa makanan tengahari di Restoran Muslim Roast Duck. Layanan yang diberikan kepada kami agak istimewa kerana kami ditempatkan di sebuah bilik di tingkat atas. Kami telah memesan kepada Jessica supaya pihak restoran menyediakan makanan yang tidak pedas kerana kami kurang gemar makanan pedas. Alhamdulillah kami dihidangkan dengan masakan ayam sos dan sayuran beberapa jenis. Oleh kerana cuaca sangat sejuk, kami terpaksa menghirup sup telur yang dihidangkan.Maklumlah kami belum bersarapan pagi.Kandungan sup telur ini hanyalah telur yang dikacau dengan air dan garam sahaja rasanya.Sebab itulah tekak kami susah nak menerima sup sebegini selalu.

Pada hari hari seterusnya kami tidak dapat bersarapan di hotel kerana was-was. Pihak hotel itu tidak menyediakan makanan muslim. Kami merasa agak tertipu kerana kami telahpun membayar pada syarikat pelancongan kami sebanyak 3 kali makan setiap hari. Kami berpendapat pihak pelancongan Muslim di China ini tidak peka dengan keperluan makanan halal walaupun ianya hanya sarapan pagi.Niat dihati nak cari telur rebus di restoran hotel itu. Malangnya yang ada masakan yang digoreng sahaja. Oleh itu kami minum kopi O saja. Nasib baik kami telah dinasihatkan untuk membawa roti dan bekalan makanan lain dari Malaysia lagi. Kalau tidak berlaparlah kami sampai tengahari.

Makan malam pada hari pertama agak sedap . Ada makanan seolah-oleh murtabak, ayam dan sayuran. Sup kali ini lagi kami tidak berselera nak menjamah. Sup jagung manis yang dikacau dengan telur!Semangkuk besar kami tinggalkan di meja kerana tak boleh nakmasuk anak tekak. Di sana kami dapati ramai pelancong Malaysia yang makan di situ. Kami merasakan seolah-olah berada di restoran Melayu. Cuma pelayannya berbangsa China.

Malam hari kedua kami menikmati hidangan malam di sebuah retoran kebab yang pekerjanya berkulit kemerahan seperti orang Rusia. Malangnya kami tak dapat makan sebahagian besar daripada hidangan tersebut kerana terlalu pedas. (Orang utara kata pedas ternganga-nganga). Jessica, pemandu pelancong kami sudah balik ketika itu. Oleh kerana terlalu pedas dan takut tersedak , tak tahu nak memesan air dalan bahasa China, kami pun keluar dari situ. Restoran ini tak jauh dari hotel penginapan kami. Suasana malam yang sangat dingin menyebabkan kami tak sabar-sabar nak balik ke hotel.

Keesokan harinya kami memberitahu Jessica tentang makanan pedas itu dan dia berjanji akan membawa ke restoran yang menyediakan makanan yang tidak pedas. Kami telah di bawa ke sebuah restoran iaitu restoran Xinjiang untuk makan tengahari. Di sana kami hidangkan makanan yang secara keseluruhannya berasakan kicap kecuali sup telur. Biasanya hidangan di sinilah kami akan makan sampai habis licin pinggan.

Selepas ke Great Wall, kami singgah di sebuah restoran muslim yang tidak jauh dari situ untuk makan tengahari.Restoran yang terletak di tingkat atas sebuah bangunan ini agak istimewa kerana ia menyediakan ruang solat yang sangat besar lengkap dengan ruang wuduk. Hidangan yang disediakan juga istimewa. Lemon Chicken,sayur, dim sum adalah antara hidangan istimewa bagi kami. Buat pertama kalinya kami dihidangkan dengan buah limau. Restoran lain tidak menyediakan buah-buahan dalam hidangan mereka. Kesemua masakannya sedap. Selepas menikamati makan tengahari, kami terus menunaikan solat di ruang solat yang disediakan.

Malam itu kami singgah di sebuah restoran selepas melawat beberapa tempat yang diwajibkan oleh kerajaan China. Kami dihidangkan mee yang sangat manis, kulit popia yang kami perlu isikan sendiri, sup telur dan sebagai pemanis, ubi kayu yang sira gula. Wow, memang tak boleh masuk tekak. Semuanya manis dan kering.Oleh kerana kami terlalu letih, ditambah pulak dengan hidangan yang sebegitu kami makan hanya sedikit sahaja.

Pada hari terakhir kami singgah ke sebuah restoran Islam tak jauh dari masjid Niujie. Ketika melangkah masuk kami dapati ada kenduri kahwin disitu dan terlalu ramai orang. Setelah tunggu seketika barulah ada beberapa orang keluar. Pihak restoran kelam kabut menyediakan meja untuk kami. Hidangan di sini ,Alhamdulillah, sedap. Ada daging goreng dan ayam bersalut madu. Kenduri itu hampir habis sewaktu kami menikmati hidangan. Mereka yang lalu di tepi meja melemparkan senyuman kepada kami. Nak berkomunikasi tak pandai pulak.

Malam terakhir di Beijing,kami menikmati makan malam di Restoran Roast Duck. Letih berjalan menyebabkan kami tak berselera nak makan. Hidangan yang disediakan termasuk daging bersalut tepung yang dimasak madu, pelbagai sayuran dan sudah semestinya sup telur. Kami makan hanya sedikit sahaja dan meminta salah seorang pelayan membungkus lauk daging itu untuk di bawa balik. Masakan ini sedap malangnya kami dah terlalu letih untuk menjamah makanan.

Secara keseluruhan masakan China di Beijing banyak berasaskan ayam dan sayur. Makanan laut seolah-olah satu hidangan yang istimewa dan mahal di sini. Pada pendapat saya, sup telur dihidangkan untuk memanaskan badan dan sebagai pembuka selera untuk menikmati hidangan. Selain dari sup telur, kami berpuas hati dengan pelbagai hidangan yang di hidangkan. Cuma, yang tidak menyedapkan mata memandang ialah wujudnya pelanggan yang masih minum arak di dalam restoran. Terdapat juga restoran yang menjual arak untuk di minum dalam restoran. Yang mengejutkan kami ialah adanya tukang masak yang minum arak sewaktu makan tengahari. Kami tak pasti orang-orang yang minum arak itu adalah muslim. Yang pasti sekiranya terdapat di restoran di Malaysia yang berbuat demikian sudah pasti lesen halalnya akan ditarik balik.

Namun bila difikir-fikirkan kembali, sewaktu saya di zaman persekolahan terdapat masyarakat Melayu yang menganggap wine tidak haram. Mereka berpendapat hanya beer yang haram kerana beer di minum dengan banyak dan boleh memabukkan manakala wine tidak. Begitulah sedikit sebanyak kejahilan orang Melayu dulu. Walaubagaimanapun wine ketika itu diminum oleh orang kaya sahaja. Mungkinkah ada sebahagian dari Muslim di Beijing berfikiran begitu atau sememangnya mereka bukan orang Islam.

Tuesday, January 5, 2010

Masjid di Beijing





Dikatakan terdapat 68 buah masjid di sekitar Beijing. Namun kami hanya berkesempatan melawat sebanyak 4 buah masjid sahaja.Selain dari Masjid Matien dan Masjid Changyin kami telah di bawa untuk menunaikan solat fardhu di masjid Nan Dou Ya dan masjid Niu Jie. Seperti masjid-masjid lain di Beijing yang kelihatan dari luar hanyalah pintu gerbang yang ditandakan dengan tulisan China. Agak mustahil bagi orang yang tak faham bahasa China dapat tahu sesebuah bangunan itu ialah masjid.

Masjid Nan Dou Ya terletak dalam kawasan bandar. Dari luar, kami ingat masjid ini kecil sahaja. Ketika melangkah masuk kedalam perkarangan masjid barulah kami dapati masjid ini agak besar dan mempunyai banyak bangunan. Kemudahan air panas juga disediakan untuk pengunjung masjid ini.. Ruang solat untuk kaum wanita terletak dibangunan yang di sebelah kiri. manakala untuk kaum lelaki di bangunan sebelah kanan. Semasa kami masuk ke ruang solat wanita kami telah berjumpa dengan beberapa muslimah malaysia yang juga sedang melancong di Beijing ini. Seorang daripadanya mengeluh tak faham dengan apa yang dicakapkan oleh orang China di Beijing ini. "Yang kami tahu i ek san se' saja" ujarnya. "Susah kalau nak beli barang nanti" sambungnya lagi

Tatkala kami keluar aku dapati suami dan anak lelaki ku sudah berada dalam kedai cenderahati di masjid Nan Dou Ya ini. Mereka menjual biskut(homemade) , peralatan solat dan cenderamata. Kami sempat membeli beberapa cenderamata Islamik dan tasbih batu yang diukir perkataan Allah. Satu keistimewaan kedai ini ialah ia mempunyai papan tanda yang ditulis dalam bahasa Melayu. Peti sumbangan masjid ini pun ditulis dalam Bahasa Melayu. Agaknya dah ramai orang melayu yang datang ke sini yang menyebabkan tuan kedai ini membuat papan tanda dalam bahasa melayu. Bangga jugalah kami melihat adanya papan tanda tersebut.

Di luar masjid kelihatan beberapa peniaga keturunan Pakistan menjerit "Kajang! Kajang!" ketika mereka melihat kami. Pada mulanya kami hairan dan tak faham kenapa mereka menjerit begitu.Rupa-rupanya mereka menjual pelbagai kacang yang dihancurkan dan diletak madu. Kami tidak membeli kacang tersebut kerana masih kenyang.

Masjid yang terbesar dan tertua di Beijing ialah Masjid Niu Jie. Terletak di kawasan penempatan orang Islam di Ox Street, masjid ini baru di ubah suai sebelum pesta Olimpik tahun 2008. Masjid ini dibina oleh dua orang pedagang Arab yang melalui jalan Sutera dari negara mereka ke China,iaitu jalan perdagangan yang sangat terkenal zaman dahulu.Seperti biasa, kami tak nampak pun masjid ini dari luar kecuali pintu gerbangnya sahaja. Seperti bangunan-bangunan lain di Beijing ini , masjid ini juga dikellilingi tembok batu yang tinggi.Setelah melangkah masuk barulah kami terpesona dengan keluasan dan senibinanya yang unik. Masjid Niu Jie ini di bina dalam tahun 995 M. Bukti kedatangan Islam ke kawasan ini terdapat dalam 2 kepingan batu bersurat besar yang diletakkan di perkarangan masjid ini. Juga di letak terdapatnya kawah tembaga besar yang telah digunakan untuk kenduri semasa perayaan maulidil rasul, Ramadhan dan hari perayaan Islam yang lain.
Dalam perkarangan masjid ini terdapat banyak bangunan. Bangunan pejabat, bangunan ruang solat lelaki, bangunan solat perempuan, dua bangunan dimana terdapat penerangan tentang sejarah masjid Niujie itu sendiri, bangunan untuk tandas lelaki dan perempuan adalah diantara bangunan yang terdapat di situ.Bangunan untuk ruang solat wanita terletak berjauhan dari ruang solat lelaki. Ketika melangkah masuk ke dalam ruang ini kami terpesona dengan kaligrafi islam dan corak islamik yang dilukis di tembok , siling dan dinding masjid. Pelbagai warna yang indah digunakan untuk mencantikkan kawasan ini. Kami tak pasti dah berapa lama lukisan dan corank ini . Yang pasti ia tidak dilakukan dalam tahun-tahun yang terdekat ini kerana generasi kini tidak lagi mempunyai masa untuk membuat kaligrafi dan corak sebegini banyak di dalam bangunan. Kami berjumpa dengan seorang warga China di tempat wuduk. Niat di hati nak bersembang sekejap. Malangnya dia tidak memahami langsung bahasa Inggeris. Kami hanya dapat bertukar senyuman sahaja. Ditepi sebuah bangunan dalam masjid ini kami dapat melihat .pasu yang besar dan tinggi lebih 5 kaki yang dihiasi dengan kaligrafi Islam.Dapatlah disimpulkan umat Islam China zaman dahulu memang kaya dengan hasil seni yang halus. Ketika melangkah keluar dari masjid ini kami dapati ada sebuah taman yang kecil yang indah di satu sudut masjid itu.
Sebenaraya banyak maklumat yang ingin kami dapatkan mengenai masjid ini. Malangnya tiada siapa yang kami dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di sini kecuali Jessica. Kami sendiri tak pasti apakah agama yang dianuti olehnya. Ketika kami melangkah keluar dari masjid ini, beberapa orang pengemis menyerbu kami untuk meminta sedekah. Sedih kami mengingatkan keadaan yang hampir serupa berlaku di negara tercinta.

Popular Posts