Search Amazon.com for halal chinese food
Kami mula dapat merasa makanan China di Beijing semasa makanan tengahari di Restoran Muslim Roast Duck. Layanan yang diberikan kepada kami agak istimewa kerana kami ditempatkan di sebuah bilik di tingkat atas. Kami telah memesan kepada Jessica supaya pihak restoran menyediakan makanan yang tidak pedas kerana kami kurang gemar makanan pedas. Alhamdulillah kami dihidangkan dengan masakan ayam sos dan sayuran beberapa jenis. Oleh kerana cuaca sangat sejuk, kami terpaksa menghirup sup telur yang dihidangkan.Maklumlah kami belum bersarapan pagi.Kandungan sup telur ini hanyalah telur yang dikacau dengan air dan garam sahaja rasanya.Sebab itulah tekak kami susah nak menerima sup sebegini selalu.
Pada hari hari seterusnya kami tidak dapat bersarapan di hotel kerana was-was. Pihak hotel itu tidak menyediakan makanan muslim. Kami merasa agak tertipu kerana kami telahpun membayar pada syarikat pelancongan kami sebanyak 3 kali makan setiap hari. Kami berpendapat pihak pelancongan Muslim di China ini tidak peka dengan keperluan makanan halal walaupun ianya hanya sarapan pagi.Niat dihati nak cari telur rebus di restoran hotel itu. Malangnya yang ada masakan yang digoreng sahaja. Oleh itu kami minum kopi O saja. Nasib baik kami telah dinasihatkan untuk membawa roti dan bekalan makanan lain dari Malaysia lagi. Kalau tidak berlaparlah kami sampai tengahari.
Makan malam pada hari pertama agak sedap . Ada makanan seolah-oleh murtabak, ayam dan sayuran. Sup kali ini lagi kami tidak berselera nak menjamah. Sup jagung manis yang dikacau dengan telur!Semangkuk besar kami tinggalkan di meja kerana tak boleh nakmasuk anak tekak. Di sana kami dapati ramai pelancong Malaysia yang makan di situ. Kami merasakan seolah-olah berada di restoran Melayu. Cuma pelayannya berbangsa China.
Malam hari kedua kami menikmati hidangan malam di sebuah retoran kebab yang pekerjanya berkulit kemerahan seperti orang Rusia. Malangnya kami tak dapat makan sebahagian besar daripada hidangan tersebut kerana terlalu pedas. (Orang utara kata pedas ternganga-nganga). Jessica, pemandu pelancong kami sudah balik ketika itu. Oleh kerana terlalu pedas dan takut tersedak , tak tahu nak memesan air dalan bahasa China, kami pun keluar dari situ. Restoran ini tak jauh dari hotel penginapan kami. Suasana malam yang sangat dingin menyebabkan kami tak sabar-sabar nak balik ke hotel.
Keesokan harinya kami memberitahu Jessica tentang makanan pedas itu dan dia berjanji akan membawa ke restoran yang menyediakan makanan yang tidak pedas. Kami telah di bawa ke sebuah restoran iaitu restoran Xinjiang untuk makan tengahari. Di sana kami hidangkan makanan yang secara keseluruhannya berasakan kicap kecuali sup telur. Biasanya hidangan di sinilah kami akan makan sampai habis licin pinggan.
Selepas ke Great Wall, kami singgah di sebuah restoran muslim yang tidak jauh dari situ untuk makan tengahari.Restoran yang terletak di tingkat atas sebuah bangunan ini agak istimewa kerana ia menyediakan ruang solat yang sangat besar lengkap dengan ruang wuduk. Hidangan yang disediakan juga istimewa. Lemon Chicken,sayur, dim sum adalah antara hidangan istimewa bagi kami. Buat pertama kalinya kami dihidangkan dengan buah limau. Restoran lain tidak menyediakan buah-buahan dalam hidangan mereka. Kesemua masakannya sedap. Selepas menikamati makan tengahari, kami terus menunaikan solat di ruang solat yang disediakan.
Malam itu kami singgah di sebuah restoran selepas melawat beberapa tempat yang diwajibkan oleh kerajaan China. Kami dihidangkan mee yang sangat manis, kulit popia yang kami perlu isikan sendiri, sup telur dan sebagai pemanis, ubi kayu yang sira gula. Wow, memang tak boleh masuk tekak. Semuanya manis dan kering.Oleh kerana kami terlalu letih, ditambah pulak dengan hidangan yang sebegitu kami makan hanya sedikit sahaja.
Pada hari terakhir kami singgah ke sebuah restoran Islam tak jauh dari masjid Niujie. Ketika melangkah masuk kami dapati ada kenduri kahwin disitu dan terlalu ramai orang. Setelah tunggu seketika barulah ada beberapa orang keluar. Pihak restoran kelam kabut menyediakan meja untuk kami. Hidangan di sini ,Alhamdulillah, sedap. Ada daging goreng dan ayam bersalut madu. Kenduri itu hampir habis sewaktu kami menikmati hidangan. Mereka yang lalu di tepi meja melemparkan senyuman kepada kami. Nak berkomunikasi tak pandai pulak.
Malam terakhir di Beijing,kami menikmati makan malam di Restoran Roast Duck. Letih berjalan menyebabkan kami tak berselera nak makan. Hidangan yang disediakan termasuk daging bersalut tepung yang dimasak madu, pelbagai sayuran dan sudah semestinya sup telur. Kami makan hanya sedikit sahaja dan meminta salah seorang pelayan membungkus lauk daging itu untuk di bawa balik. Masakan ini sedap malangnya kami dah terlalu letih untuk menjamah makanan.
Secara keseluruhan masakan China di Beijing banyak berasaskan ayam dan sayur. Makanan laut seolah-olah satu hidangan yang istimewa dan mahal di sini. Pada pendapat saya, sup telur dihidangkan untuk memanaskan badan dan sebagai pembuka selera untuk menikmati hidangan. Selain dari sup telur, kami berpuas hati dengan pelbagai hidangan yang di hidangkan. Cuma, yang tidak menyedapkan mata memandang ialah wujudnya pelanggan yang masih minum arak di dalam restoran. Terdapat juga restoran yang menjual arak untuk di minum dalam restoran. Yang mengejutkan kami ialah adanya tukang masak yang minum arak sewaktu makan tengahari. Kami tak pasti orang-orang yang minum arak itu adalah muslim. Yang pasti sekiranya terdapat di restoran di Malaysia yang berbuat demikian sudah pasti lesen halalnya akan ditarik balik.
Namun bila difikir-fikirkan kembali, sewaktu saya di zaman persekolahan terdapat masyarakat Melayu yang menganggap wine tidak haram. Mereka berpendapat hanya beer yang haram kerana beer di minum dengan banyak dan boleh memabukkan manakala wine tidak. Begitulah sedikit sebanyak kejahilan orang Melayu dulu. Walaubagaimanapun wine ketika itu diminum oleh orang kaya sahaja. Mungkinkah ada sebahagian dari Muslim di Beijing berfikiran begitu atau sememangnya mereka bukan orang Islam.
Monday, January 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Takua Rendang Kat mana nak dapat makanan Melayu di Pulau Pinang? Kena tahu tempat- tempat penempatan Melayulah. Walaupun kadangkala kit...
-
"Mak, kenapa depa nak mai Penang untuk bercuti? Best sangat ka Penang ni?," tanya anakku. "Banyak tempat menariklah kat situ...
-
Kali pertama saya terdengar tentang kopi Luwak ialah melalui rancangan pemgembaraan Chef Wan di TV9 baru-baru ni. Kopi luwak ni adalah seje...
-
Masjidil Haram dan Menara Jam Bumi Haramain...Nama yang di berikan kepada Makkah al Mukaramah dan Madinah al Munawarah. Saban tahun beg...
-
Sudah lama aku tidak menjejak kaki ke kawasan pergunungan ini. Walaupun perjalanan ke bukit Fraser memakan masa tidak sampai 2 jam, ketiadaa...
-
Baru baru ini dalam program Tanyalah Ustaz TV9, seorang pemanggil telefon telah menceritakan bagaimana seorang mualaf yang telah berpuluh-...
-
Raccooons- Pic Source: smashinglists.com Suatu hari ketika aku sedang berehat sambil menonton tv, tiba- tiba "prang!", bunyi k...
-
"Kelas fardhu ain? Nak belajar apa lagi? Kan kita dah belajar dulu," kata seorang sahabat. Kami berjumpa di masjid selepas so...
-
"Tadi Ati pi kat sekolah tu. Ada orang jual ABC kat bawah pokok. Ati teringin pula nak makan ais kepal. Lani mana ada orang jual ais ke...
kesian korang asyik sup telur je. hehe~
ReplyDeleteBOLEH TAHU X NAMA RESTORAN MUSLIM YANG KAMU PERGI SEMASA DI BEIJING
ReplyDelete