Tuesday, January 5, 2010
Masjid di Beijing
Dikatakan terdapat 68 buah masjid di sekitar Beijing. Namun kami hanya berkesempatan melawat sebanyak 4 buah masjid sahaja.Selain dari Masjid Matien dan Masjid Changyin kami telah di bawa untuk menunaikan solat fardhu di masjid Nan Dou Ya dan masjid Niu Jie. Seperti masjid-masjid lain di Beijing yang kelihatan dari luar hanyalah pintu gerbang yang ditandakan dengan tulisan China. Agak mustahil bagi orang yang tak faham bahasa China dapat tahu sesebuah bangunan itu ialah masjid.
Masjid Nan Dou Ya terletak dalam kawasan bandar. Dari luar, kami ingat masjid ini kecil sahaja. Ketika melangkah masuk kedalam perkarangan masjid barulah kami dapati masjid ini agak besar dan mempunyai banyak bangunan. Kemudahan air panas juga disediakan untuk pengunjung masjid ini.. Ruang solat untuk kaum wanita terletak dibangunan yang di sebelah kiri. manakala untuk kaum lelaki di bangunan sebelah kanan. Semasa kami masuk ke ruang solat wanita kami telah berjumpa dengan beberapa muslimah malaysia yang juga sedang melancong di Beijing ini. Seorang daripadanya mengeluh tak faham dengan apa yang dicakapkan oleh orang China di Beijing ini. "Yang kami tahu i ek san se' saja" ujarnya. "Susah kalau nak beli barang nanti" sambungnya lagi
Tatkala kami keluar aku dapati suami dan anak lelaki ku sudah berada dalam kedai cenderahati di masjid Nan Dou Ya ini. Mereka menjual biskut(homemade) , peralatan solat dan cenderamata. Kami sempat membeli beberapa cenderamata Islamik dan tasbih batu yang diukir perkataan Allah. Satu keistimewaan kedai ini ialah ia mempunyai papan tanda yang ditulis dalam bahasa Melayu. Peti sumbangan masjid ini pun ditulis dalam Bahasa Melayu. Agaknya dah ramai orang melayu yang datang ke sini yang menyebabkan tuan kedai ini membuat papan tanda dalam bahasa melayu. Bangga jugalah kami melihat adanya papan tanda tersebut.
Di luar masjid kelihatan beberapa peniaga keturunan Pakistan menjerit "Kajang! Kajang!" ketika mereka melihat kami. Pada mulanya kami hairan dan tak faham kenapa mereka menjerit begitu.Rupa-rupanya mereka menjual pelbagai kacang yang dihancurkan dan diletak madu. Kami tidak membeli kacang tersebut kerana masih kenyang.
Masjid yang terbesar dan tertua di Beijing ialah Masjid Niu Jie. Terletak di kawasan penempatan orang Islam di Ox Street, masjid ini baru di ubah suai sebelum pesta Olimpik tahun 2008. Masjid ini dibina oleh dua orang pedagang Arab yang melalui jalan Sutera dari negara mereka ke China,iaitu jalan perdagangan yang sangat terkenal zaman dahulu.Seperti biasa, kami tak nampak pun masjid ini dari luar kecuali pintu gerbangnya sahaja. Seperti bangunan-bangunan lain di Beijing ini , masjid ini juga dikellilingi tembok batu yang tinggi.Setelah melangkah masuk barulah kami terpesona dengan keluasan dan senibinanya yang unik. Masjid Niu Jie ini di bina dalam tahun 995 M. Bukti kedatangan Islam ke kawasan ini terdapat dalam 2 kepingan batu bersurat besar yang diletakkan di perkarangan masjid ini. Juga di letak terdapatnya kawah tembaga besar yang telah digunakan untuk kenduri semasa perayaan maulidil rasul, Ramadhan dan hari perayaan Islam yang lain.
Dalam perkarangan masjid ini terdapat banyak bangunan. Bangunan pejabat, bangunan ruang solat lelaki, bangunan solat perempuan, dua bangunan dimana terdapat penerangan tentang sejarah masjid Niujie itu sendiri, bangunan untuk tandas lelaki dan perempuan adalah diantara bangunan yang terdapat di situ.Bangunan untuk ruang solat wanita terletak berjauhan dari ruang solat lelaki. Ketika melangkah masuk ke dalam ruang ini kami terpesona dengan kaligrafi islam dan corak islamik yang dilukis di tembok , siling dan dinding masjid. Pelbagai warna yang indah digunakan untuk mencantikkan kawasan ini. Kami tak pasti dah berapa lama lukisan dan corank ini . Yang pasti ia tidak dilakukan dalam tahun-tahun yang terdekat ini kerana generasi kini tidak lagi mempunyai masa untuk membuat kaligrafi dan corak sebegini banyak di dalam bangunan. Kami berjumpa dengan seorang warga China di tempat wuduk. Niat di hati nak bersembang sekejap. Malangnya dia tidak memahami langsung bahasa Inggeris. Kami hanya dapat bertukar senyuman sahaja. Ditepi sebuah bangunan dalam masjid ini kami dapat melihat .pasu yang besar dan tinggi lebih 5 kaki yang dihiasi dengan kaligrafi Islam.Dapatlah disimpulkan umat Islam China zaman dahulu memang kaya dengan hasil seni yang halus. Ketika melangkah keluar dari masjid ini kami dapati ada sebuah taman yang kecil yang indah di satu sudut masjid itu.
Sebenaraya banyak maklumat yang ingin kami dapatkan mengenai masjid ini. Malangnya tiada siapa yang kami dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di sini kecuali Jessica. Kami sendiri tak pasti apakah agama yang dianuti olehnya. Ketika kami melangkah keluar dari masjid ini, beberapa orang pengemis menyerbu kami untuk meminta sedekah. Sedih kami mengingatkan keadaan yang hampir serupa berlaku di negara tercinta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Takua Rendang Kat mana nak dapat makanan Melayu di Pulau Pinang? Kena tahu tempat- tempat penempatan Melayulah. Walaupun kadangkala kit...
-
"Mak, kenapa depa nak mai Penang untuk bercuti? Best sangat ka Penang ni?," tanya anakku. "Banyak tempat menariklah kat situ...
-
Kali pertama saya terdengar tentang kopi Luwak ialah melalui rancangan pemgembaraan Chef Wan di TV9 baru-baru ni. Kopi luwak ni adalah seje...
-
Masjidil Haram dan Menara Jam Bumi Haramain...Nama yang di berikan kepada Makkah al Mukaramah dan Madinah al Munawarah. Saban tahun beg...
-
Sudah lama aku tidak menjejak kaki ke kawasan pergunungan ini. Walaupun perjalanan ke bukit Fraser memakan masa tidak sampai 2 jam, ketiadaa...
-
Baru baru ini dalam program Tanyalah Ustaz TV9, seorang pemanggil telefon telah menceritakan bagaimana seorang mualaf yang telah berpuluh-...
-
Raccooons- Pic Source: smashinglists.com Suatu hari ketika aku sedang berehat sambil menonton tv, tiba- tiba "prang!", bunyi k...
-
"Kelas fardhu ain? Nak belajar apa lagi? Kan kita dah belajar dulu," kata seorang sahabat. Kami berjumpa di masjid selepas so...
-
"Tadi Ati pi kat sekolah tu. Ada orang jual ABC kat bawah pokok. Ati teringin pula nak makan ais kepal. Lani mana ada orang jual ais ke...
No comments:
Post a Comment