Sebenarnya ini adalah pandangan umum saya sendiri mengenai orang Islam di China. Dari pengamatan saya setelah melawat Beijing selama beberapa hari, tak ramai golongan muda China Islam yang menutup aurat sehinggakan kami tak pasti mereka beragama Islam atau tidak walaupun berada di dalam kawasan penempatan orang Islam. Bahkan dalam restoran Islam yang kami lawati sendiri pemakaian skirt sebagai uniform bagi pelayan adalah perkara biasa. Ketika melangkah masuk ke kawasan masjid kami hanya dapat berjumpa golongan yang berumur yang menutup aurat dan menjadi penjaga di sana. Masjid di Beijing memang cukup menakjubkan dan sangat selesa. Seni lukisan dan kaligrafi China memang sangat menarik
Biasanya golongan berumur lebih peramah dengan pelancong berbanding golongan muda. Sewaktu melawat kawasan Chiang Yin dan berjumpa dengan beberapa orang pertengahan umur, kami dapat rasakan mereka berbesar hati kami dapat melawat masjid mereka.
Kebanyakan restoran yang kami lawati terdapat botol-botol arak di atas rak ditepi kaunter. kami ternampak beberapa orang sedang minum arak sambil makan di situ. Lebih tidak menyenangkan ialah adanya tukang masak yang minum secara terang-terangan di situ. Kalau di London khabarnya sesebuah restoran tidak boleh dilabel sebagai restoran halal kerana dibenarkan minum arak, saya agak kecewa dengan keadaan di China ini yang membenarkan arak diminum di situ.
Orang China secara keseluruhannya kaum yang suka bekerja. Malangnya pada pendapat saya mereka secara keseluruhannya terlampau mementingkan wang. Charge yang terlalu tinggi dkenakan sekiranya kita memohon pihak pelancong membawa ke tempat selain yang dirancang. Semasa di kompleks membeli belah , kerap kali baju kami ditarik seolah-olah memaksa kami membeli di kedai mereka. Satu suasana yang memang tak menyenangkan. Satu tempat yang menunjukkan cara penyediaan teh China tidak membenarkan kami keluar dari bilik penyediaan sekiranya kami tidak membeli produk mereka.(tempat ini diwajibkan oleh kerajaan China).Setelah saya bertegas barulah kami dibenarkan keluar.
Satu tempat mengurut kaki(Juga tempat yang diwajibkan oleh kerajaan China) juga seolah olah membuat kami serba salah dan terpaksa menerima ajakan mereka untuk diurut kaki. Charge yang di kenakan pula 2 kali ganda charge yang diberitahu oleh pemandu pelancong kami.
Tidak semua pemandu pelancong yang diaturkan oleh pihak syarikat pelancongan ini peka dengan kewajipan solat orang Islam. Kemungkinan mereka pun bukan orang Islam.Kadangkala kami terpaksa mengingatkan mereka tentang perlunya kami solat. Penerbangan balik kami ke Malaysia adalah penerbangan awal pagi iaitu lebih kurang 8.30 pagi. Jessica telah mengingatkan kami supaya keluar dari hotel pukul 6 pagi dan solat di airport. Kami tak pasti adanya surau disitu. Sebagai mengambil langkah yang lebih selamat kami tidak mengindahkan saranannya dan solat di bilik sebelum bertolak.
Sekiranya saya diberi peluang untuk melawat China lagi, saya ingin mengatur sendiri perjalanan saya sendiri dan mempunyai pemandu pelancong yang lebih berminat untuk menunjukkan keindahan dan tamaddun mereka sendiri dari mementingkan wang. Saya ingin melawat tempat tempat sejarah yang berkaitan Islam di China selain dari masjid. Dengan yang demikian saya akan lebih menghargai dan lebih memahami tentang negara mereka.
Sekali lagi, ini adalah pandangan umum saya sahaja berdasarkan lawatan 5 hari ke China
Wednesday, January 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Takua Rendang Kat mana nak dapat makanan Melayu di Pulau Pinang? Kena tahu tempat- tempat penempatan Melayulah. Walaupun kadangkala kit...
-
"Mak, kenapa depa nak mai Penang untuk bercuti? Best sangat ka Penang ni?," tanya anakku. "Banyak tempat menariklah kat situ...
-
Kali pertama saya terdengar tentang kopi Luwak ialah melalui rancangan pemgembaraan Chef Wan di TV9 baru-baru ni. Kopi luwak ni adalah seje...
-
Masjidil Haram dan Menara Jam Bumi Haramain...Nama yang di berikan kepada Makkah al Mukaramah dan Madinah al Munawarah. Saban tahun beg...
-
Sudah lama aku tidak menjejak kaki ke kawasan pergunungan ini. Walaupun perjalanan ke bukit Fraser memakan masa tidak sampai 2 jam, ketiadaa...
-
Baru baru ini dalam program Tanyalah Ustaz TV9, seorang pemanggil telefon telah menceritakan bagaimana seorang mualaf yang telah berpuluh-...
-
Raccooons- Pic Source: smashinglists.com Suatu hari ketika aku sedang berehat sambil menonton tv, tiba- tiba "prang!", bunyi k...
-
"Kelas fardhu ain? Nak belajar apa lagi? Kan kita dah belajar dulu," kata seorang sahabat. Kami berjumpa di masjid selepas so...
-
"Tadi Ati pi kat sekolah tu. Ada orang jual ABC kat bawah pokok. Ati teringin pula nak makan ais kepal. Lani mana ada orang jual ais ke...
No comments:
Post a Comment