A Comprehensive List of Halal Food Products in US Supermarkets, 7th Edition 2005
Sekiranya ada diantara yang belajar atau bekerja di mana-mana negara yang bukan Islam, perkara pertama yang sememangnya seseorang akan risau ialah makanan. Ada ke tidak makanan halal, dimana nak cari makanan halalan toyiban dan aku ni nak kena masak aje selaluke sebab makanan halal susah nak di cari.
Tahun 80an dahulu sewaktu aku dan rakan-rakanku mula-mula sampai di California, kami terpaksa tinggal bersama foster parents. Mungkin penaja biasiswa kami berniat positif kerana mahu kami menyesuaikan keadaan di negara asing dengan bantuan keluarga angkat. Keluarga angkat biasanya adalah warga Amerika sendiri.Malangnya pihak penaja mungkin terlepas pandang akan keperluan seseorang Islam dari segi menentukan makanan yang dimakannya itu halal atau tidak. Lantas kadangkala kami terpaksa berlapar sewaktu tengahari(hanya makan donat) dan kadangkala berdepan dengan keluarga angkat yang menyediakan daging atau ayam tidak halal semasa makan malam. Kadangkala kami membeli sendiri ikan trout dan menawarkan untuk masak untuk mengelakkan daripada makan makanan yang tidak halal. Sehinggalah adanya satu kumpulan brothers yang berusaha untuk mendapatkan ayam halal yang dihantar dengan bas dari Virginia, satu negeri yang sangat jauh dari California.
Mujurlah kami hanya tinggal dengan keluarga angkat selama sebulan sahaja. Kami terpaksa memberi plebagai alasan agar kami dapat berpindah dan dapat menikmati hidangan halal dengan lebih selesa. Hasil usaha brothers yang ada disitu, dapatlah kami membeli ayam halal dengan lebih senang . Yang pasti-InsyaAllah ianya halal. Semoga Allah membalas jasa brothers tersebut atas usaha mereka. Hari-hari seterusnya kami mendapat membeli ayam halal dari kedai yang lebih dekat.
Baru-baru ni aku telah terbaca sebuah buku kisah Sidek Baba bertajuk Seteguh Tekad. Sewaktu belajar di Bloomington, Indiana beliau telah mengambil masa 10 jam untuk pergi dan balik ke Chicago, Illinois semata-mata untuk membeli daging halal. Begitulah usaha seorang pendakwah yang menentukan bahawa apa yang masuk kedalam perutnya dan seterusnya menjadi darah
dagingnya itu bersih dan halal. Dengan demikian barulah iman seseorang itu teguh dan doa mereka insyAllah di makbul Allah.
Itu kesah dulu di zaman tahun 80an. Kini di US terdapat beberapa buah syarikat orang Islam telah mengusahakan daging dan ayam halal untuk kegunaan orang Islam di sana. Contoh yang paling besar ialah syarikat Midarmar, di Iowa. Syarikat ini bukan sahaja telah mengeluarkan daging halal untuk kegunaan orang Islam di US tapi juga untuk diimport. Bahkan terdapat sebuah syarikat, Harris Ranch yang dikatakan telah dapat mengedarkan daging halalnya ke Safeway, salah sebuah supermarket di Fresno. Kedai kedai menjual daging dan ayam halal kini begitu banyak terdapat di merata ceruk di US memandangkan umat Islam di US semakin bertambah.
Persoalannya sekarang, sejauh mana pelajar atau pekerja kita dari Malaysia menggunakan khidmat kedai halal ini dalam makanan harian. Kerap kali kita sering memberi pelbagai alasan -malas nak pergi beli yang halal-jauh-tak ada kenderaan
-pak Arab makan, apa salahnya kita makan,ada pendapat kata boleh,tak payah nak persoalkan
- alaah, kat US ini saja kita makan ayam katok, balik Malaysia kita makanlah yang halal.
-dah lapar, tak ada apa nak makan,nanti kebulur
dan banyak lagi alasan.
Dalam hatiku,"Kenapa agaknya, kami dulu sanggup makan ikan, telur sekiranya tak ada ayam atau daging halal.
Kenapa agaknya, kami sanggup memandu jauh out of state semata -mata nak dapatkan ayam dan halal. Ayam tu pulak kami terpaksa menyiangnya sampai berpeluh-peluh)mengikut kreativiti kami(almaklum kebanyakan kami bersekolah di sekolah berasrama penuh semasa sekolah menengah)
Kenapa agaknya, sebahagian pelajar dan pekerja Malaysia Islam tak sanggup nak pergi beli di kedai orang Islam,membantu mereka mempertingkatkan ekonomi mereka saudara seislam Tambahan pulak ayam dan daging tu hanya tunggu untuk dibasuh dan dimasak?Tak payah pulak perlu disiang.
Kenapa agaknya, mereka yang makan ayam katok ni tak was-was ke dengan ingredients lain terdapat dalam masakan tersebut sedangkan kami kat US dulu menghabiskan masa untuk memastikan tiada lecithin(bukan soya lecithin), mono and diglyceride, whey dan pelbagai lagi bahan yang ditambah yang boleh menimbulkan syubhah.
Kenapa agaknya, kami berasa agak kecewa dengan usaha kami dan usaha pengusaha kedai halal seolah olah mencurah air ke daun keladi bagi setengah pihak.
Bagi sesiapa yang berada di sana renung-renungkanlah teguran ini. Bagi yang berusaha mencari makanan halal, alhamdulillah, semoga Allah merahmati usaha anda. Nasihat atau teguran terhadap rakan anda yang lain merupakan usaha dakwah yang InsyaAllah, akan dibalas Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Takua Rendang Kat mana nak dapat makanan Melayu di Pulau Pinang? Kena tahu tempat- tempat penempatan Melayulah. Walaupun kadangkala kit...
-
"Mak, kenapa depa nak mai Penang untuk bercuti? Best sangat ka Penang ni?," tanya anakku. "Banyak tempat menariklah kat situ...
-
Kali pertama saya terdengar tentang kopi Luwak ialah melalui rancangan pemgembaraan Chef Wan di TV9 baru-baru ni. Kopi luwak ni adalah seje...
-
Masjidil Haram dan Menara Jam Bumi Haramain...Nama yang di berikan kepada Makkah al Mukaramah dan Madinah al Munawarah. Saban tahun beg...
-
Sudah lama aku tidak menjejak kaki ke kawasan pergunungan ini. Walaupun perjalanan ke bukit Fraser memakan masa tidak sampai 2 jam, ketiadaa...
-
Baru baru ini dalam program Tanyalah Ustaz TV9, seorang pemanggil telefon telah menceritakan bagaimana seorang mualaf yang telah berpuluh-...
-
Raccooons- Pic Source: smashinglists.com Suatu hari ketika aku sedang berehat sambil menonton tv, tiba- tiba "prang!", bunyi k...
-
"Kelas fardhu ain? Nak belajar apa lagi? Kan kita dah belajar dulu," kata seorang sahabat. Kami berjumpa di masjid selepas so...
-
"Tadi Ati pi kat sekolah tu. Ada orang jual ABC kat bawah pokok. Ati teringin pula nak makan ais kepal. Lani mana ada orang jual ais ke...
Salam. saya salah seorang pelajar di US. Sememangya tidak susah nak cari ayam halal di sini. Tapi, bagaimana pula kalau saya menyertai apa2 aktiviti yang menyediakan makanan? Perlukah saya minum sahaja sekiranya di atas meja semuanya terhidang makanan yang berkemungkinan tidak halal sedangkan orang di sekeliling saya semuanya makan? Adakah ianya dikira sopan? Saya menyertai aktiviti2 tersebut pun dengan niat nak bergaul dengan orang2 di sini. Terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum, sepanjang pengetahuan makciklah(saya dah berumur hampir separuh abad ni), ayam halal amat senang didapati di US. Tapi dalam jamuan yang biasa, memanglah tiada ayam halal. Cukuplah sekadar soft drinks, egg or tuna sandwiches sj.Dulu masa makcik hadiri jamuan disana, makcik makan salad sj. InsyaAllah, mereka faham kalau diberitahu kita tak boleh makan makanan tersebut. Kena terangkan sedikit demi sedikit. Jangan risau, mereka biasanya faham.
ReplyDelete