Thursday, November 20, 2014
Wednesday, November 12, 2014
Hijrah Rasulullah- Peranan Abdullah bin Abu Bakar dan 'Amir bin Fuhayrah
Rasulullah dan Abu Bakar berada di dalam gua Thur selama tiga malam. Abdullah bin Abu Bakar bermalam berdekatan kedudukan mereka berdua.
Kata Aisyah:" Abdullah adalah seorang anak yang mahir dan pintar Tatkala waktu sahur dia keluar dari sisi mereka berdua lalu berpagi- pagi bersama orang Quraisy di Mekah seolah-olah malam tadi dia tidur di Mekah. Di Mekah, dia mengintip-intip sebarang perbualan berkaitan perancangan terhadap Rasulullah saw lalu diingatnya betul- betul, kemudian berita ini disampaikannya kepada mereka berdua ketika hari telah jauh gelap.
'Amir bin Fuhayrah, hamba Abu Bakar mengembala kambing dikawasan tersebut. Tatkala waktu Isyak,'Amir bin Fuhayrah menghalau kambing ternaknya ke tempat mereka bersembunyi lalu di situ dia membekalkan susu perahan kambingnya. Apabila hari telah jauh malam, maka dibawanya kambing- kambingnya pulang. Begitulah yang dilakukannya setiap malam dalam tempoh tiga malam tersebut."
'Amir bin Fuhayrah akan membawa kambing- kambingnya mengikut jejak yang dilalui oleh Abdullah bin Abu Bakar apabila dia pergi ke Mekah supaya kesan jejak tapak kakinya akan hilang.
Sumber: Sirah Nabawiyyah - Safiyyu al Rahman al Mubarakfuri
Tuesday, November 4, 2014
Hijrah Rasulullah-Kisah Rasulullah saw dan Abu Bakar di Gua Thur
Setelah mereka sampai ke Gua Thur, Abu Bakar berkata:" Demi Allah, jangan
engkau masuk ke dalamnya melainkan aku masuk terlebih dahulu. Kalau ada
apa-apa bahaya, maka biar aku yang kena, asalkan jangan kamu."
Abu Bakar pun masuk dengan menguis-nguis kakinya. Didapatinya sebelahnya ada sebuah lubang lalu dikoyakkan kainnya dan ditutupi lubang itu. Kemudian didapati ada dua lubang lagi lalu ditekapkan dua kakinya ke lubang itu, kemudian dipanggilnya Rasulullah saw masuk. Rasulullah saw masuk , kemudiannya meletakkan kepalanya ke pangkuan Abu Bakar lalu tertidur.
Tiba- tiba kaki Abu Bakar disengat oleh binatang berbisa dari lubang tersebut. Namun ditahan kesakitannya tanpa bergerak kerana tidak mahu Rasulullah terjaga sehingga air matanya mengalir dan menitis di atas wajah Rasulullah saw. Lalu Rasulullah saw berkata:" Apa kena dengan kamu, hai Abu Bakar?" Jawabnya:" Aku disengat." Lalu Rasulullah saw meludah ke tempat sengatan itu lantas hilanglah kesakitan yang dirasainya.
Gua Thur ini tidaklah besar. Tinggi Gua lebih kurang 1.25 meter dengan panjang dan lebar sekitar 3.5 meter. Sewaktu persembunyian dalam Gua Thur, Abu Bakar al Siddiq r.a. bimbang jika ada dalam kalangan Quraisy akan menjumpai mereka pada ketika itu dan akan bertindak membunuh Rasulullah.
Dalam hadith riwayat Anas r.a. bahawasanya Abu Bakar al Siddiq menceritakan ," Aku bersama- sama Rasulullah saw di dalam gua lalu aku dapat melihat kaki pihak Musyrikin betul- betul berada di hadapan celah- celah lubang bertentangan dengan mataku. Aku lantas berbisik," Ya Rasulullah, jika salah seorang daripada mereka mengangkat kakinya atau melihat ke arah kakinya nescaya mereka akan dapat melihat kita.'
Lantas Baginda SAW bersabda yang bermaksud:' Wahai sahabatku, Abu Bakar. Apakah yang terlintas difikiranmu tentang perihal dua orang apabila Allah SWT merupakan pihak yang ketiga bersama mereka?'"
Begitulah sikap dua orang sahabat sejati, seorang cuba melindungi keselamatan sahabatnya dengan penuh kesungguhan. Manakala seorang lagi cuba cuba menenangkan sahabatnya yang gusar.Bagaimana dengan sikap kita terhadap sahabat sendiri?
Sumber: Sirah Nabawiyyah - Safiyyu al Rahman al Mubarakfuri
Bayu Kerinduan di Bumi Haramain- Ust Ahmad Husni Abd Rahman

Wednesday, October 29, 2014
Hijrah Rasulullah(Bhgn 3)- Dari Misfalah ke Gua Thur
Dari rumah Sayidina Abu Bakar, Rasulullah bersama sahabatnya melewati jalan ke arah selatan di
bahagian al Misfalah. Nabi saw menyedari bahawa orang-orang Quraisy akan
berusaha mencarinya dan jalan utama ke Madinah ialah jalan ke utara.
Oleh itu baginda melalui jalan yang terletak di selatan Mekah menuju ke
Yaman. Jalan yang dilalui Baginda SAW kini di lokasi berhampiran Masjid
Saydina Hamzah yang terletak di Misfalah.
Hotel yang kami tinggal semasa mengerjakan umrah baru baru ini terletak di kawasan Misfalah. Ianya lebih kurang 800m dari Masjidil Haram. Masjid Sayidina Hamzah di Misfalah ini terletak di Jalan Ibrahim Al Khalil. Kami tidak berkesempatan ke sana. Namun bolehlah kita anggarkan dari Makkah ke sini lebih kurang 1 km.
Dalam keadaan yang masih gelap, baginda dan sahabat karibnya meneruskan perjalanan ke Jabal Thur. Jabal Thur terletak lebih kurang 6 km dari Makkah. Ini bermakna Rasulullah telah berjalan kaki lebih 6 km untuk ke Jabal Thur!
Sekiranya kita berjalan kaki sejauh ini belum pasti kita boleh sampai di Jabal Thur! Bila mengerjakan umrah, kita akan dibawa dengan bas yang akan mengambil masa hanya beberapa minit sahaja. Kita boleh bayangkan betapa kuatnya baginda Rasulullah dan sahabatnya boleh berjalan kaki sejauh begini.
Selepas sampai di sana, mereka telah mendaki gunung ini sehinggalah mereka singgah berehat di dalam Gua Thur dalam keletihan. Gunung ini berbatu keras dan tidak berpokok. Ia sangat sukar didaki . Dikatakan kaki baginda melecet sewaktu baginda mendaki bukit ini dan Abu Bakar telah memapah baginda sehingga sampai ke Gua Thur di puncak Bukt Thur. Biasanya untuk mendaki Jabal Thur ini sehingga sampai ke Gua Thur seseorang akan mengambil masa lebih kurang sejam. . Tidak ramai yang sanggup mendaki gunung ini kerana keadaan gunung ini. Begitulah ketabahan Rasulullah dan sahabatnya Abu Bakar semasa berhirah.

Posted by
...
at
2:01 AM
0
comments
Labels:
Abu bakar,
Gua Thur,
Jabal Thur,
Makkah,
Misfalah,
Rasulullah
Tuesday, October 21, 2014
Hijrah Rasulullah(Bahagian 2)- Hazwarah ke Rumah Abu Bakar
Dalam peristiwa hijrah Rasulullah mula bertolak dari rumah Khadijah dan kemudiannya ke Dar Al Nadwah.
Dari Al Nadwah, Rasulullah telah pergi ke kawasan Bukit Safa dan melalui satu kawasan yang disebut Hazwarah berhampiran rumah sepupunya Ummu Hani. Di sini Baginda s.a.w berpaling ke arah Kaabah dan berkata:
" Demi Allah! Jika tidak kerana pendudukmu ( Makkah) menghalauku keluar nescaya aku tidak sekali- kali keluar meninggalkanmu. ".
( Setakat ini semua tempat yang saya nyatakan masih dalam terletak kawasan Masjidil Haram sekarang ini) . Lokasi bagi Hazwarah ini sempat kami rakamkan kerana ia terletak berhampiran Bab Ajyad( pintu no 6).
Seterusnya Rasulullah bergerak ke rumah Saidina Abu Bakar. Waktu tengahari sebelum itu Baginda telahpun menyatakan rancangan tentang penghijrahan itu. Oleh itu Abu Bakar memang sudah bersiap sedia menunggu baginda. Mungkin ramai yang berada di Makkah tidak menyedari mereka selalu melewati jalan berhampiran rumah Abu Bakar.
Dimanakah letaknya rumah Abu Bakar? Sebenarnya ia terletak dalam bangunan Hilton Makkah yang betul-betul di hadapan Masjidil Haram, cuma lokasi yang dibenarkan sebagai petanda rumahnya ialah di tingkat 4. Sebagai mengingati letaknya rumah Abu Bakar di sini, sebuah masjid dibina di dalam hotel ini dan dinamakan Masjid Abu Bakar al Siddiq r.a.
Mulanya agak segan juga bagi kami ke masjid ini kerana kami bukan penghuni hotel ini. Walaubagaimanapun setelah melihat lokasi ini dibuka untuk orang ramai, kami berkesempatan juga untuk bergambar di bahagian hadapannya, Alhamdulillah.
Semua tempat tempat yang dilewati baginda jika dihayati punya signifikan tertentu. semasa hijrah Baginda tidak terus keluar dari Makkah namun singgah di tempat-tempat tertentu sebelum pergi ke Madinah. Jika kita berkesempatan eloklah kita singgah di tempat- tempat ini agar kita lebih menghayati penghijrahan Rasulullah.
Bersambung.

6:16 AM
0
comments
Labels:
Abu bakar,
Bab Ajyad,
Hazwarah,
Hijrah,
Masjidil Haram,
Rasulullah
Friday, October 17, 2014
Masjidil Haram dan Peristiwa Hijrah.
Semua orang perlu berhijrah. Tidak semestinya dari satu tempat ke satu tempat yang baru.
Bukit Marwah |
Apabila ditanya tentang hijrah Rasulullah, tak ramai yang tahu secara mendalam bibit bibit peristiwa yang sebenarnya berlaku. Secara amnya bila ditanya tentang hijrah Rasulullah mereka hanya mengatakan hijrah ialah berpindahnya Rasulullah dari bumi Makkah ke Madinatul Munawarah.
Sekiranya kita berada di Makkah semasa mengerjakan umrah atau haji, kita sebenarnya berpeluang menghayati peristiwa bersejarah ini dengan lebih dekat. Kenapa? Kerana kita melihat dengan sendirinya dimana lokasinya baginda berada dan bergerak sebelum betul-betul bertolak ke Madinah. Biasanya kita akan teruja bila berada ditempat-tempat yang dahulunya kita pernah tinggal misalnya sekolah asrama, kampung halaman yang dah lama kita tinggalkan dan tempat-tempat lain yang membawa seribu kenangan manis kepada kita. Sepatutnya kita juga
Bab al Mudda'a |
Dalam peristiwa hijrah, Rasulullah mula bertolak dari rumahnya iaitu rumah Siti Khadijah. Dimana sebenarnya rumah Khadijah? Ia terletak di kawasan bukit Marwah tidak jauh dari pintu yang bernama Bab al Mudda'a. Pintu ini merupakan pintu masuk ke dalam kawasan Saie tapi bukan tempat permulaan bagi Saei. Tempat bermulanya Saei ialah Bukit Safa.
Seterusnya Baginda Rasulullah s.a.w pergi ke kawasan Dar Al Nadwah. Tempat ini boleh dianggap sebagai parlimen Quraisy kerana di sini orang Quraisy berbincang tentang strategi menggagalkan hijrah Rasulullah s.a.w. Dalam perbincangan itu Iblis telah menyamar sebagai seorang tua terhormat dari oenduduk Najd. Abu Jahal telah mencadangkan agar seorang anak muda dari setiap kabilah dipilih untuk menikam Rasululah secara serentak. Cadangan Abu Jahal telah dipersetujui oleh semua ahli dalam parlimen tersebut termasuk iblis yang tidak menyetujui 2 cadangan sebelum itu..
Walaupun mereka telah merancang dengan teliti dan mengepung rumah Rasulullah , namun Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Malam itu Rasulullah berjaya juga keluar dari rumahnya dengan pertolngan Allah dengan membaca ayat Yasin:9 yang bermaksud:
" Dan Kami jadikan sekatan dihadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka, lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)"
Dar al Nadwah ini terletak tidak jauh dari di pintu no 51 dan ia dipanggil Bab Al Nadwah. Sewaktu kami pergi umrah dulu,kami tidak dapat pergi ke tempat ini kerana ia terletak dalam kawasan pembinaan perluasan masjid.
Sumber:
- 1. Sirah Nabawiah s.a.w. -Safiyyu Al Rahman al Mubarakfuri (terjemahan YADIM)
- Bayu kerinduan di Bumi Haramain- Ust Ahmad
Posted by
...
at
4:27 AM
1 comments
Labels:
abu Jahal,
Allah,
Dar Al Nadwah,
Hijrah,
Khadijah,
Quraisy,
Rasulullah
Thursday, October 9, 2014
Bahagian 6: Sejarah Hijir Ismail
Hijir Ismail ialah tempat Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isterinya, Hajar dan anaknya Ismail di kawasan Kaabah. Ia dijadikan oleh Nabi Ibrahim sebagai tempat bangsal kawasan berteduh dan juga menjadi kandang kambing kepunyaan Nabi Ismail a.s. kemudiannya.
Riwayat ini menunjukkan pada asalnya Hijir Ismail tidak termasuk dalam binaan Kaabah. Sebaliknya merupakan kawasan kandang yang terletak di luar kawasan Kaabah.
Namun begitu semasa kaum Quraisy membina semula Kaabah, mereka telah mengecilkannya di bahagian utara kerana kekurangan perbelanjaan. Mereka mengurangkannya sebanyak enam hasta sejengkal (3 meter) menurut riwayat yang Shahih dan memasukkannya ke dalam Hijir Ismail.
Abdullah bin Zubair r.a. pada zaman pemerintahannya telah meruntuhkan Kaabah dan memasukkan semua bahagiannya dalam pembinaan Kaabah. Walaubagaimanapun semasa Hajjaj memerintah, beliau telah membinanya semula mengikut binaan Quraisy dan demikianlah keadaannya hingga kini.
Hijir Ismail pada hari ini merupakan satu binaan berbentuk separa bulatan di bahagian utara Kaabah. Tempat ini antara tempat yang disunatkan bersolat dan mustajab doa. Oleh itu kawasan ini sentiasa dipenuhi para jemaah. Namun, biasanya orang tidak duduk lama di situ , sekadar untuk solat dan berdoa sahaja. Janganlah kita takut untuk memasukinya kerana insyaAlah dengan berdoa pasti ada tempat untuk kita bersolat dan bermunajat di situ.
Seseorang yang bertawaf tidak sah sekiranya mengambil jalan pintas masuk menerusi Hijir Ismail kerana sebahagian daripadanya dikira bahagian Kaabah yang asal .
Pernah Rasulullah s.a,w. bersabda kepada Aisyah r.a. yang bermaksud;" Solatlah kamu di dalam Hijir ini kalau kamu ingin memasuki ke dalam Kaabah kerana ia adalah sebahagian daripada Kaabah.Namun kaummu(Quraisy) kekurangan perbelanjaan ketika membinanya. Maka mengambil keputusan mengeluarkannya daripada binaan Kaabah."
(At Tarmizi no 876 ( Shahih), Shahih At Tarmizi 1/261 no 693)
Sumber: Bayu Kerinduan Di Bumi Haramain- Ust Ahamad Husni Abd Rahman

3:36 AM
0
comments
Labels:
hadith,
Haramain,
Hijir Ismail,
Islam,
Kaabah,
Makkah,
Nabi Ibrahim,
Nabi Ismail,
Quraisy
Wednesday, October 1, 2014
Bahagian 3- SEJARAH MAQAM IBRAHIM
Ruginya kita apabila berada di masjidil haram kita tidak mengetahui tentang adanya sesuatu dari syurga berada di depan mata kita iaitu Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim. Meskipun ia tidak termasuk dalam rukun umrah, kedua duanya ialah sesuatu yang Allah turunkan dari syurga ke bumi ini dan Allah kekalkan kewujudannya hingga ke hari ini. Inilah bukti kekuasaan Allah dan bukti adanya syurga yang pernah didiami oleh Nabi Adam a.s.
Antara bukti batu-batu ini berasal dari syurga ialah
Sabda Nabi SAW yang bermaksud," Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim merupakan dua biji batu daripada batu Syurga. Allah Swt telah menghilangkan cahaya pada kedua duanya. Jika tidak, pasti akan cerah menerangi segenap pelusuk timur dan barat."
(Sunan at Tarmizi no 877, Shahih Ibn Hibban, Al Ihsan 9/24)
Bagi yang belum pernah mengerjakan haji atau umrah mungkin mereka terkeliru dengan apakah sebenarnya Maqam Ibrahim.
'Makam dari aspek bahasa Arab bererti tempat berpijak. Makam Ibrahim ialah batu yang dibawa oleh Nabi Ismail a.s. untuk dijadikan tempat bapanya memijak ketika proses pembinaan Kaabah.
Diriwayatkan oleh Said bin Jubair bahawasanya beliau berkata," Batu Makam Ibrahim ini, Allah Taala telah menjadikannya lembut dan ia sebagai rahmat." Oleh sebab itu, walaupun lama Nabi Ibrahim a.s. berpijak di atasnya, baginda tidak terasa sakit mahupun penat. Maka, disebabkan itu juga masih kekal kesan tenggelamnya tapak kaki Ibrahim a.s. sebagaimana yang dapat dilihat pada hari ini.
Sungguh ajaib kerana di atas batu inilah baginda membina Kaabah dengan tangannya sendiri daripada batu batu yang dihulurkan oleh Ismail a.s. Walaupun tidak mempunyai ilmu pembinaan khusus, Nabi Ibrahim tdak memberi sebarang alasan tatkala diperintah Allah SWT untuk membina Kaabah.
Syeikh Tahir al Kudi mencatatkan kesan tapak kaki di Makam Ibrahim sebenarnya sedalam 10 cm dan sebelah lain sedalam 9 cm. Panjangnya 22 cm dan lebar 11 cm.
Maka ini menunjukkan bahawa Nabi Ibrahim mempunyai ketinggian yang yang lebih kurang sama dengan kebanyakan lelaki pada zaman sekarang.'
Sumber:Ust Ahmad Husni Abd Rahman: Bayu Kerinduan di Bumi Haramain
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa memerintahkan batu tersebut menjadi lembut agar kaki Nabi Ibrahim tidak terasa sakit sewaktu membina Masjidil Haram. Dengan menyaksikan batu-batu tersebut, kita dapat menghayati betapa maha kuasanya Allah terhadap makhluk-makhluk di bumi ini.
Makam Ibrahim pula antara tempat yang paling mustajabnya doa di Baitullah selain daripada Multazam, Mizab , Hijir Ismail, Bukit Safa dan Marwah.
Mohonlah keampunan Allah dan berdoalah kepada Allh kerana Dia Maha berkuasa mengampunkan dan memperkenankan doa-doa kita. Dia juga Maha Berkuasa menjadikan segala-galanya.
Posted by
...
at
4:10 AM
0
comments
Labels:
Baitullah,
Hajarul Aswad,
Kaabah,
Makkah,
Maqam Ibrahim,
Nabi Ibrahim,
Nabi Ismail,
Syurga
Bahagian 5: Hikmah Air Zamzam dan Keadaan Kawasan Saie Dulu dan Kini
Antara hikmah air zamzam ialah
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: " Sebaik-baik air yang ada di atas muka bumi ialah air zam zam. Terdapat di dalamnya zat makanan( orang yang meminumnya berasa kenyang) dan penyembuh penyakit."
(Shahih al Jami', no 3322)
Namun kita jangan lupa berniat setiap kali kita meminumnya berdasarkan hadith ini
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:" Air zam zam itu untuk sebarang tujuan( niat) orang yang meminumnya (dengan izin Allah)."
( Riwayat Ibn Majah)
Sumber- Ust Ahmad Husni Abd Rahman- Bayu Kerinduan di Bumi Haramain.
Teringat sewaktu menunaikan haji tahun 1990an dahulu, untuk sampai ke tempat berhampiran telaga zam zam, kita hanya perlu menuruni tangga yang terletak tidak jauh dari Kaabah. Kawasan ini terbahagi kepada bahagian lelaki dan bahagian perempuan. Ramai yang mengambil kesempatan untuk berwuduk atau menyimbah air zam zam ke seluruh badan (dengan berpakaian). Maklumlah air zam zam ini boleh dijadikan ubat pelbagai penyakit.
Sewaktu mengerjakan umrah April 2014, Masjidil haram masih dalam peringkat perluasan. Bahagian telaga zam zam telah di tutup. Oleh itu kami tidak dapat pergi ke bahagian ini. Air zam zam masih mudah didapati di kawasan Masjidil Haram ini. Paip- paip air zam zam banyak dipasang untuk memudahkan jemaah menikmati sepuas puasnya air ini tatkala mengerjakan tawaf, bersaie mahupun bersolat di sini. Alhamdulillah.
Pada tahun 1990an dulu ruang saei' hanya setingkat.Bukit Safa dan Marwah dapat diperhatikan dengan jelas dari kaki bukit hingga ke puncak. Tak dapat kami bayangkan bagaimana Siti Hajar dapat mendaki bukit sebegini. Bukit ini bukan bukit berpasir seperti di padang pasir ataupun bertanah dan berpokok seperti di Malaysia. Safa dan Marwah merupakan bukit berbatu. Semata- mata batu tanpa pokok mahupun tumbuhan renek. Tabah sungguh Siti Hajar memanjat bukit sebegini.
Tahun 2014, sewaktu mengerjakan umrah, kawasan Saie telah dijadikan 3 tingkat. Kebanyakan jemaah bersaie di tingkat 2. Tingkat atas disediakan untuk kenderaan seperti motor yang disediakan khas untuk saie.Bagi sesiapa yang tidak berupaya untuk mengerjakan saie dengan berjalan kaki, kerusi roda disediakan dengan percuma( jika ditolak sendiri) atau boleh juga di upah tolak( agak mahal bayarannya) Bukit Safa dan Marwah kini dapat kita amati secara dekat dari kaki bukit hingga ke puncaknya jika kita pergi setingkat demi setingkat. Tempat bersaie juga sekarang berhawa dingin keseluruhannya. Alhamdulillah, kini ibadah saie lebih selesa bagi para jemaah.
Paip Zam zam dalam Masjidil Haram |

Kawasan Saie Masjidil Haram |
Posted by
...
at
4:10 AM
0
comments
Labels:
Air Zam Zam,
Baitullah,
Bukit Marwah,
Bukit Safa,
Kaabah,
Makkah,
Saie,
tawaf
Bahagian 4: Sejarah ZamZam
Nabi Ibrahim telah membawa Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. yang masih menyusu ke lembah berdekatan tapak Kaabah. Baginda meninggalkan mereka di bawah pohon yang merupakan tempat telaga zamzam( pada hari ini).
Bukit Marwah |
Tatkala tiba waktu Ibrahim akan meninggalkan Hajar dan Ismail a.s., baginda berhenti di suatu tempat bernama Thaniyyah lantas menghadap ke arah Kaabah dan berdoa:
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah meninggalkan sebahagian daripada keturunanku di lembah yang tiada sebarang tanaman tetapi dekat dengan rumahMu(Baitullah) yang mulia. Wahai Tuhan kami, (dengan demikian bukanlah atas tujuan lain) agar mereka mendirikan solat. Maka jadikanlah hati-hati manusia sentiasa cenderung kepada mereka dan rezekikanlah mereka dengan buah-buahan, semoga mereka bersyukur.
(Surah Ibrahim 14:37)
Hajar menyoal Nabi Ibrahim tentang tindakan Nabi Ibrahim meninggalkan mereka di situ tetapi tidak mendapat jawapan apa-apa dari baginda. Akhirnya dengan iman yang kuat, Hajar menanyakan Nabi Ibrahim," Apakah ini merupakan perintah Allah?" Ibrahim menjawab,"Ya." Lalu Hajar menyambung ," Jika begitu, pasti Allah tidak akan membiarkan kami."
Hajar terus menyusukan Ismail dan meminum bekalan mereka setelah Nabi Ibrahim meninggalkan mereka. Hinggalah ke satu masa bekalan itupun habis dan kedua-duanya merasa haus.
Tangisan Ismail semakin kuat. Lantas Hajar mendaki Bukit Safa yang terdekat dengannya,mana tahu kelihatan kelibat manusia di situ. Namun tiada. Hajar turun dari Bukit Safa dan berjalan dengan cemas. Bila sampai di tengah lembah ( kini di tandakan dengan kawasan lampu hijau), Hajar menyinsing kainnya lalu berlari-lari anak. Kemudian dia terus berjalan ke bukit Marwah dengan harapan yang sama namun hajatnya tidak kesampaian. Hajar mengulangi perbuatan naik dan turun antara bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Jarak di antara bukit Safa dan Marwah lebih dari 400 m. Bagi seorang ibu yang sedang menyusu berjalan dan berlari dalam keadaan panas sebegini sangat meletihkan.
Setelah sampai di puncak bukit Marwah, Hajar terdengar satu suara berhampiran tempat dia meletakkan Ismail. Bila dia berpaling, dia terkejut melihat malaikat sedang menggali tanah( dengan sayapnya) di tepi kaki Ismail yang terhentak-hentak bila ia menangis. Tiba-tiba diperhatikannya terpancar keluar air dari tempat itu.
Hajar terus berlari ke tempat tersebut dan membuat batas disekeliling mata air tersebut agar air dapat berkumpul di situ. Lantas dia mengisi bekas minuman yang sudah kosong agar dapat ia dapat melegakan tekaknya yang sangat haus itu.
Begitulah sejarah asalnya telaga zam zam.
Sumber: Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman - bayu Kerinduan di Bumi Haramain
Posted by
...
at
3:17 AM
1 comments
Labels:
Air Zam Zam,
Bukit Marwah,
Bukit Safa,
Kaabah,
Nabi Ibrahim,
Nabi Ismail,
Siti Hajar
Sunday, September 28, 2014
Sedikit Sejarah Hajarul Aswad
Sedikit Sejarah Hajarul Aswad
Tatkala Nabi Ibrahim a.s. membina Kaabah bersama- sama anaknya Ismail a.s., proses pembinaan sampai ke tempat Hajarul Aswad. Lalu Nabi Ibrahim a.s. meminta agar Ismail a.s. mencari seketul batu yang boleh dibuat penanda tempat permulaan dan berakhirnya tawaf.
Setelah Ismail a.s. berlalu pergi, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s. membawa Hajarul Aswad kepada Nabi Ibrahim a.s. Allah Ta 'ala mengarahkan agar batu itu disimpan di Bukit Abi Qubais tatkala berlakunya taufan pada zaman Nabi Nuh a.s. lalu berfirman kepada Jibrail:" Apabila engkau lihat khalili( kekasihku) membina rumahKu maka keluarkanlah ia kepadanya."
Setelah Nabi Ismail a.s. pulang dan membawa bersamanya seketul batu, didapati Hajarul Aswad sudah berada ditempatnya. Ismail a.s. terus bertanya," Wahai bapa, siapa yang membawa batu itu kepadamu?"
Jawab Ibrahim a.s.," Batu itu dibawa oleh sesuatu yang tidak mengharapkan batu yang dibawa olehmu. Ia dibawa oleh malaikat Jibrail a.s."
Hajarul Aswad merupakan batu yang tertanam di penjuru Kaabah yang sangat penting. Ia merupakan tempat mula dan akhir tawaf.
Sesiapa yang beriman menyalaminya atau mengucup Hajarul Aswad, ia akan menjadi saksi pada hari Akhirat kelak.
Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya:
" Demi Allah , Allah Taala akan membangkitkannya pada hari Kiamat kelak, baginya dua mata. Dia akan melihat dengannya dan baginya lidah yang mampu berkata-kata menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran."
( At Tarmizi no 961)
Sumber: ust Ahmad Husni abd Rahman- Bayu Kerinduan di Bumi Haramain
Dimanakah letaknya Bukit abi Qubais ini?Ketika menunaikan umrah baru-baru ini kami difahamkan bukit Abi Qubais berdekatan dengan Masjidil Haram yang kini dalam proses perluasan kawasan. Namun kami kurang pasti kedudukan yang berul betul bukit Abi Qubais.
Allah maha berkuasa sehingga dapat menyimpan Hajarul Aswad begitu lama sebelum dikeluarkan semula oleh malaikat Jibril dari dalam bukit Abi Qubais ini. Wallahualam.

8:07 AM
0
comments
Labels:
Bukit Abi Qubais,
hadith,
Hajarul Aswad,
Kaabah,
Malaikat Jibril,
Nabi Ibrahim,
Nabi Ismail,
Rasulullah,
tawaf
Friday, September 26, 2014
Masjidil Haram- Masjid Yang Pertama Di Muka Bumi
Tidak ramai yang tahu dan ingat sejarah pembinaan Masjidil Haram, masjid yang paling penting bagi umat Islam dan wajib dikunjungi oleh setiap jemmah haji bagi menunaikan tawaf dan sa'ei. Tahukah anda masjidil haram ialah masjid pertama di muka bumi ini?
Abu Zar Al Ghifari bertanya:" Wahai Rasulullah, apakah masjid yang pertama dibina di muka bumi?"
Baginda menjawab:" Masjidil Haram."
Abu Zar bertanya lagi: " Kemudian masjid apa?"
Baginda menjawab:" Masjidil Aqsa."
" Berapa tahunkah perbezaan masa antara kedua-duanya?" tanya Abu Zar lagi.
Rasulullah menjawab:" Empat puluh tahun."
( Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Menurut Al Qurtubi, hadis ini tidak menunjukkan bahawa Ibrahim dan Ishak ialah orang pertama membangunkan kedua-da bahawa masjid ini. Tetapi mereka memperbaharui binaannya sahaja.
Ibn al Jawzi berpendapat :" Orang perama yang membina masjidil haram ialah Nabi Adam. Selepas itu, anak cucunya tersebar ke seluruh ceruk bumi. Boleh jadi salah seorang daripada mereka telah meletakkan asas bagi Baitulmuqaddis. Selepas itu barulah Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah sebagaimana yang diceritakan dalam Al Quran.
Pandangan ini dikuatkan oleh Ibn Hajar dalam kitab Fathul Bari.
Sumber: Ust Umar Muhammad Noor- Al Ustaz No 27
Kedudukan dan binaan Masjidil Haram telah ditentukan Allah sejak dulu lagi. Allah juga telah menentukan masjid ini masjid yang teragung buat umat Islam dan sentiasa dipeliharaNya. Begitu lama masjid ini berdiri teguh, oleh itu wajarlah kita umat Islam memeliharanya supaya ia sentiasa bersih dan suci dari kotoran dan perbuatan yang dilarang oleh agama, InsyaAllah.

1:24 AM
0
comments
Labels:
Abu Zar al Ghifari,
hadith,
Masjidil Aqsa,
Masjidil Haram,
Nabi adam,
Rasulullah,
Saie,
tawaf
Monday, August 25, 2014
Kotak Kertas Kecil Buat Membantu Ummah
Aku teringat dulu setiap kali Ramadhan anakku akan membawa balik sebuah kotak kertas kecil dari sekolahnya. Di kotak itu tertera tulisan Tabung Semarak Ramadhan. Kali pertama bila aku melihatnya aku bertanya kepada anakku,"Kotak macam origami ni buat apa?" "Ni cikgu suruh ahli keluarga derma kat Palestin," terang anakku." Hmm..Kenapa perlu tabung? Bukan selalunya bagi duit terus saja kat borang ke?" tanyaku. " Tak tahu." jawab anakku.
Lama kelamaan barulah aku faham yang kotak kecil itu sebenarnya tabung bertujuan melatih ahli keluarga supaya sentiasa bersedekah walaupun dalam jumlahnya kecil. Mungkin ada kalanya kita boleh sedekah seringgit saja pada hari-hari tertentu, maka sebanyak itulah yang kita sedekah. Hari lain mungkin 2 ringgit atau lebih lagi. Namun sekiranya smua ahli keluarga bersedekah sedikit seorang, maka jumahnya akan menjadi banyak . Kebanyakan daripada kita tidak rasa keberatan bersedekah dengan jumlah wang yang sedikit, bukan?
Oleh itu tabung itu sebenarnya berperanan dalam menggalakkan semua ahli eluarga supaya istiqamah dalam bersedekah. Ingat setiap kali kita bersedekah setiap kali jugalah kita mendapat pahala. Tambahan lagi pahala berganda apabila bersedekah dibulan Ramdhan.
Sekiranya kita memasukkan wang seringgit ke dalam tabung itu, dalam 30 hari kita sudah bersedekah 30 kali dan jumlahnya sudah mencapai RM30. Itu hanya jumlah bagi seorang ahli keluarga. Cuba bayangkan sekiranya kita mempunyai 4 ahli dalam satu keluarga. Paling minima jumlah yang terdapat dalam tabung itu di akhir Ramadhan ialah RM 120. Sekiranya dalam satu kelas terdapat 30 orang sudah tentu jumlahnya sangat banyak. Semuanya ini untuk membantu golongan yang susah dan terancam di Palestin. Mudah bukan?
Kini sudah beberapa tahun anakku tidak bersekolah di situ. Tabung itu tdak lagi kelihatan di rumah setiap kali Ramadhan. Palestin masih lagi dibedil oleh puak Zionist. Mungkin kini tibalah masa kita mengadakan tabung itu sendiri di rumah tanpa mengira bulan apa pun, bulan Ramadhan, Zulhijjah mahupun Rejab. Dalam kata lain, biarlah sepanjang tahun, InsyAllah. Usahlah menunggu untuk bersedekah di tabung masjid, mungkin cara yang lebih baik ialah memulakan tabung sedekah di rumah sendiri.
Thursday, May 8, 2014
Menziarahi Bumi Haramain- Umrah 2014
Masjidil Haram dan Menara Jam |
Bagi aku dan suamiku, ia mengambil masa lebih 20 tahun untuk menjadi tetamu sekali lagi di kedua- dua tanah haram ini. Tentunya suasananya amat berbeza sekali daripada 20 tahun lalu. Bukan saja pemandangan dan kemudahan di sekeliling berbeza tetapi penghayatan kami terhadap rumah Allah ini juga berbeza.
Bagi diriku, oleh kerana begitu sukar untuk sampai ke sana, aku bertekad untuk 'make the most of it' sewaktu berada di sana.
Apa yang kami persiapkan bukannya semata-mata bekalan pakaian tapi yang lebih utama ialah ilmu berkenaan ibadah umrah dan Bumi Haramain. Sungguhpun kami pernah ke sana, sedikit sebanyak ulangkaji mengenai ibadah umrah perlu dibuat. Aku juga bertekad untuk melawat seberapa banyak yang boleh tempat-tempat berkaitan sejarah islam di sana. Memang benar, ilmu tentang sejarah membolehkan kita menghayati sesuatu perkara lebih-lebih lagi apabila tempat itu berada di hadapan kita.
Dengan merujuk kepada buku 'Bayu Kerinduan di Bumi Haramain' oleh Ust Ahmad Husni, sedikit sebanyak aku dapat menjejaki tempat-tempat yang dilalui oleh Rasulullah sebelum berhijrah, masjid-masjid yang dibina berdasarkan peristiwa bersejarah, menyaksikan dengan sendiri kesan daripada usaha Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail serta Siti Hajar dalam membina kaabah dan membangunkan Makkah Al-Mukarramah dengan pertolongan Allah. InsyaAllah akanku ceritakan nanti dalam artikel seterusnya.
Target ibadah umrah yang paling penting ialah adanya perubahan diri dari segi peningkatan iman. Amat rugi sekiranya ibadah umrah yang dijalankan berkali-kali tidak mengubah akhlak dan akidah seseorang. Buku '50 tips Motivasi Haji' oleh Prof Muhd Kamil dan isterinya Roza Roslan yang aku bawa bersama memberi sedikit sebanyak panduan agar kita berusaha untuk berubah apabila berada di Makkah dan Madinah. Keikhlasan diri dalam beribadah dan tidak membuang masa semasa berada di sana adalah kunci untuk mengubah diri agar menjadi muslim yang lebih baik dalam pelbagai aspek kehidupan. Perubahan positif pada diri inilah yang sepatutnya kita bawa balik ke Malaysia agar dapat kita praktikkannya dalam kehidupan sehari-hari.
Bahagian Luar Maqam Rasulullah di Masjid Nabawi |
Orang kata, untuk berdakwah, pelbagai cara boleh dibuat. Pegawai umrah yang ditugaskan membantu kaum hawa di Madinah menunjukkan contoh peribadi yang terpuji. Disamping menggalakkan sedekah dan wakaf dia sentiasa hadir semasa jemaah umrah berada di dewan makan. Maklumlah wanita mempunyai pelbagai masalah ibadah dari segi kesucian diri. Dia juga menunjukkan secara praktikal cara bersedekah di Masjid Nabawi.
Ramai yang pernah mendengar hadith ini. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Pahala solat di masjidku(Masjid Nabawi) adalah digandakan seribu kali solat daripada lain-lain masjid kecuali Masjidilharam(Makkah). Solat di Masjidilharam adalah lebih afdhal daripada seratus ribu kali solat." (Riwayat Imam Ahmad)Imam al Muhibb al Tabariyy menyatakan dalam analogi yang dilakukannya, hadis-hadis yang diriwayatkan mengenai pahala ibadah solat di Masjidilharam juga adalah dalil kepada gandaan ganjaran pahala melakukan sebarang bentuk kebajikan di Tanah Haram.
Imam Hassan Al Basri pula menambah,
'bahawasanya puasa sehari di Makkah adalah seumpama berpuasa 100 000 hari. Manakala bersedekah dengan hanya satu dirham bersamaan pahala bersedekah 100 000 dirham dan setiap kebajikan digandakan 100 000 pahala.' (Sumber- Bayu Kerinduan di Bumi Haramain- Ust Husni)
Kesan daripada berebut-rebut mendapat pahala di Bumi Haramain sudah tentunya memberi kesan kepada sesiapa saja termasuk aku tentang perlunya kita sentiasa beribadah, bersedekah dan berbuat kebaikan sekembalinya pulang ke tanah air. Alangkah hebatnya kesan menziarahi Bumi Haramain ini.
Bersama-samalah kita berebut peluang untuk mendapat pahala semasa mengerjakan umrah atau haji dan seterusnya melakukan perubahan diri sekembalinya kita kembali ke tanah air.
Posted by
...
at
3:08 AM
0
comments
Labels:
Allah,
AlQuran,
hadith,
Hijrah,
Islam,
madinah,
Makkah,
masjid,
Rasulullah,
Sirah,
Solat fardhu,
Zikir
Wednesday, March 12, 2014
Nasyid Boleh Menenangkan Bayi
Bulan November lalu Allah anugerahkanku seorang cucu perempuan. Syukur Alhamdulillah ia dilahirkan normal walaupun ia melalui saat-saat getir jantung yang kian lemah sehinggakan terpaksa dikeluarkan secara pembedahan Caesarian.
Sudah lebih 15 tahun bunyi tangisan dan rengekan bayi tidak kedengaran di rumahku. Dengan kehadiran cucuku ini, maka riuhlah juga rumah untuk seketika.
Ketika memangku Aufa, cucuku yang sedang menangis,aku berfikir-fikir tentang cara menenangkannnya. Aku teringat semasa anak-anakku masih bayi, aku telah cuba menenangkan mereka dengan menyanyikan lagu-lagu nasyid. Lagu nasyid lebih banyak aku perdengarkan daripada lagu kanak-kanak yang biasa terdapat di pasaran.Bak kata lain, anak-anak aku membesar bersama-sama mendengar lagu nasyid.
Lantas dengan Aufa berada di riba, aku cuba memperdengarkan lagu nasyid Zapin Kesyukuran dari kumpulan Hijjaz di youtube sambil mengikut liriknya. Maklumlah dalam usia sebegini banyak lirik lagu yang aku lupa. Berpandukan kepada youtube tersebut, aku mula menyanyikan nasyid tersebut kepada Aufa. Aufa yang ketika itu sedang merengek mula terdiam memerhati pergerakan mulut dan mimikku.
Melihatkan Aufa yang mula senyap, anak-anakku (termasuk ibu Aufa)yang lain pun turut menyanyi bersama. Ya, walaupun mereka telah meningkat dewasa, mereka masih ingat lagi lirik nasyid yang mereka dengar semasa kecil. Alhamdulillah.
Kebanyakannya nasyid ini pula diselitkan dengan zikir. Maka dengan sendirinya zikir berkumandang di ruang rehat keluarga kami ketika itu. Syukur Alhamdulillah. Berkat nasyid yang diperdengarkan, mereka masih seronok menyanyikannya walaupun berpuluh tahun telah berlalu.
Semoga Aufa menjadi penggerak kepada generasinya agar ramai yang mencintai nasyid dan bukan lagu-lagu yang tidak berfaedah.

Wednesday, March 5, 2014
Buah-Buahan- Menu Utama Dalam Hidangan Tak Lama Dahulu
Setiap kali musim buah itulah pemandangan yang biasa kita lihat di kampung- kampung. Melihat buah- buahan bermusim terjuntai -juntai di ranting dan dahan pokok terasa begitu banyak pembaziran di negara kita.
Teringat aku semasa kecil kadangkala semasa musim buah kami sekeluarga sempat singgah di rumah ustaz yang mengajar kami Al-Quran. Ustaz kami tinggal di Guar Perahu, Seberang Perai manakala kami tinggal di sebelah pulau. Hubungan antara kami dan keluarga ustaz agak akrab mungkin kerana ayah ku seorang guru besar manakala ustaz juga mengajar di sekolah.
Setiap kali kami berkunjung ke rumah ustaz, beliau tidak perlu bersusah payah menghidangkan apa-apa makanan yang di masak. Cukup dengan air teh dan beberapa talam besar buah- buahan dusun. Buah rambutan, manggis, duku, langsat, rambai- semuanya diletakkan penuh dalam talam-talam yang besar. Siap dengan besen untuk diisikan kulit dan biji yang hendak dibuang . Setiap kali dihidangkan buah itu setiap kalilah kami berasa seronok menikmati buah-buahan yang baru dipetik. Kesempatan itulah kami sekeluarga ambil untuk beramah mesra dengan keluarga Ustaz.
Bila difikir- fikir, mudahnya orang dulu-dulu menghidangkan juadah. Tak perlu berusah payah nak mencari bahan-bahan. Asalkan ada makanan terhidang cukup bagi pengunjung berasa selesa untuk bersembang sambil mengeratkan siratul rahim. Buah-buahan dusun atau ubi kayu rebus adalah antara makanan yang biasa dihidang.
Navel Oranges dari California Image source: www.chaffinfamilyorchards.com |
Aku teringat sewaktu aku masih belajar di California tahun 80an dahulu, buah-buahan juga menjadi menu utama bagi tetamu rakan serumahku. Oleh kerana California beriklim Mediteanean, buah buahan sitrus amat sesuai di tanam di sana; musim panas ialah musim buah ceri, plums, prunes , apricot dan peach. Manakala musim dingin hingga musim bunga merupakan masa buah navel oranges dipetik. Oleh itu dapatlah kami membeli dan makan buah-buahan yang fresh sepanjang tahun semasa belajar di sana.
Aku masih ingat aku bersama rakan serumahku sering membeli navel oranges berkotak- kotak walaupun kami hanya bertiga dalam serumah. 2 minggu sekali kami akan berkunjung ke Farmer's Market(pasar tani) untuk membeli oranges tersebut dan juga sayuran. Harganya hanya 5 USD saja untuk satu kotak besar.Buahnya manis dan besar-besar!
Tentu ramai yang terkejut dan tertanya- tanya. Boleh habis ke berpuluh- puluh biji navel oranges tu? Ha! Kami buat seperti ustaz yang pernah mengajar aku mengaji dahulu. Setiap kali kami menerima kunjungan tetamu, kami keluarkan limau, pinggan dan pisau. Sambil duduk di atas lantai, kami letakkan pinggan di atas kotak itu. Siapa yang rajin, maka dialah yang memotong limau tersebut. Hmm...biasanya ada saja yang mahu memotongnya sebab nak ikut bersembang, hehehe. Mudah bukan?
Bila difikir-fikir mudahnya nak mengeratkan siratulrahim zaman 1980an dahulu. "Life was much more easier back then that it is now." Dulu kami masih berkesempatan untuk duduk berbual mesra dengan rakan-rakan. Bila tetamu datang, buah-buahan menjadi menu ringkas untuk dihidangkan.. Masa itu komputer baru saja di cipta dan kami tak mampu membeli alat yang canggih itu.
Zaman sekarang bila tetamu datang, kerapkali tuan rumah menghidangkan pelbagai makanan yang perlu disediakan terlebih awal. Ia mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Akhirnya tuan rumah mungkin terasa penat untuk melayan tetamu.
Kini internet dan alat komunikasi mudah alih telah menjadi tumpuan setiap rumah, masing-masing terkejar-kejar dengan tanggungjawab sendiri. Masa lebih banyak diluangkan dihadapan komputer atau smart phone. Kunjungan ke rumah rakan-rakan hanya bila ada perayaan atau aktiviti tertentu sahaja. Adakah teknologi memudahkan atau merenggangkan perhubungan?
Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa yang menziarahi saudaranyanya yang sakit atau mengunjungi saudaranya semata -mata kerana Allah, maka malaikat akan membuat seruan bahawa kamu bertuah dan langkah -langkah kamu membawa keberkatan dan kamu telah menyediakan sebuah mahligai dalam syurga."
Riwayat Al Tarmizi
Friday, February 7, 2014
Kemarau di San Francisco- Hujan Setelah Setelah Solat Istisqa'
San Francisco merupakan satu bandar di utara California yang terletak di satu teluk berhampiran dengan Lautan Pasifik. Kedudukannya berhampiran laut menyebabkan suhunya sentiasa sederhana dan berangin. Memang selesa berada di bandar ini terutama sekali di musim panas.
San Francisco terkenal sebagai bandar yang mempunyai banyak tempat melancong seperti Fisherman's Wharf, Alcatraz Island, Golden Gate Bridge dan banyak taman-taman yang menarik. Walaubagaimanapun San Francisco juga terkenal dengan ramai orang yang pelik -pelik dan pelbagai agama. Daripada orang yang berperangai pelik, berpakaian pelik , ada yang beragama dan ada yang tidak beragama. Sebab itulah tidak hairanlah apabila seseorang muslimat bertudung berada di sana masih boleh disapa oleh orang San Franciscotanpa segan silu , dengan kata 'hi! How are you?' .
Iklim mediteranean yang di alaminya menyebabkan bandar ini mudah dihiasi dengan bunga bunga iklim sederhana yang berwarna warni. Tempat tempat menarik bagi pelancong sentiasa dihiasi dengan bunga bunga ros, daisy, crysanthemum.
San Francisco juga sebuah bandar yang mempunyai ramai orang Islam . Jangan terkejut bandar ini dan kawasan sekitarnya mempunyai lebih 90 buah masjid atau Islamic center. Antara kawasan berhampiran ialah termasuk bandar Berkeley , Oakland dan Richmond.
Berkeley merupakan satu bandar yang terletak berhampiran San Francisco.Bandar ini bukan saja mempunyai salah universiti yang terkenal di dunia, Unversity of California(UC) Berkeley malah ia juga mempunyai sebuah kolej Islam yang pertama di pantai barat Amerika. iaitu Kolej Zaytuna.
Tahun 2012 aku berpeluang untuk melawat kolej ini seketika. Kedudukannya yang terletak di tengah- tengah bandar Berkeley agak menyulitkan kami untuk memarkirkan kenderaan kami. Sebenarnya kolej ini menyewa salah sebuah blok di UC Berkeley. Oleh itu kolej itu tidaklah begitu besar. Walaubagaimanapun ia merupakan satu langkah besar bagi umat Islam di sekitar San Francisco menubuhkan sebuah kolej Islam di sini.
Awal tahun 2014 bahagian tengah Amerika syarikat dikejutkan dengan arus sejuk polar vortex yang telah menyebabkan banyak negeri mengalami musim sejuk yang ekstrim. Walaubagaimanapun bahagian barat pula menglami kemarau dan cuaca panas. Biasanya pada awal tahun utara California mengalami cuaca sejuk dan hujan.
Bersama beratus-ratus orang Islam di sekitar Teluk San Francisco pada 2 hb Februari mereka telah beramai ramai mengerjakan solat Istisqa' untuk memohon agar Allah turunkan hujan untuk mengurangkan kemarau di sana. Imam bagi solat ini ialah salah seorang pengasas Kolej Zaytuna. Alhamdulillah beberapa jam setelah menunaikan solat ini, hujan telah mula turun dengan lebat. Syukur, Allah mendengar permohonan hamba- hambanya secara jemaah.
Source: http://www.onislam.net/
A few hours after Muslims prayed for rain to relieve the drought affecting California, the Bay Area finally got some rain on Sunday, February 2, soaking parched parks, brown hillsides and thirsty gardens.
“Amazing coincidence? Muslims in the Bay Area went out for the Prayer for Rain, next day this happened…,” @mohamedghilan wrote on Twitter, posting an image for Muslims’ prayer for rain.
“Shaykh @hamzayusuf & @ImamZaidShakir renewing the Prophetic Sunnah. From the longest drought to the biggest rainfall!” @KQZinstitute added.
With arms up and eyes glued to the sky, American Scholar and co-founder of Zaytuna College, Shaykh Hamza Yusuf, led Saturday’s Muslims prayer for rain.
The event was organized by the San Francisco Bay Area chapter of the Council of American-Islamic Relations (CAIR).
Governor Jerry Brown announced a drought emergency in January as the state went into its third year of dry weather.
Federal officials also declared counties in 11 western and central states as natural disaster areas because of the drought.
The prayer for rain is not the first this year.
Earlier in January, several events for the prayers for rain, called Salatul Istisqa, were organized by California Muslim in Sacramento and San Gabriel Valley.
Organizers have also encouraged people from different faiths to offer prayers according to their religious beliefs.
Muslims believe that Prophet Muhammad (peace be upon him) offered prayers during times of drought.
“Salatul-Istisqa’ is offered when seeking rain from Almighty Allah during times of drought.
The United States is home to a Muslim minority of between six to eight million.
A recent survey found that American Muslims are the most moderate around the world.
It also showed that US Muslims generally express strong commitment to their faith and tend not to see an inherent conflict between being devout and living in a modern society.
Posted by
...
at
2:06 AM
0
comments
Labels:
Allah,
AlQuran,
Amerika Syarikat,
California,
Islam,
Islamic Center,
pengembaraan USA,
Pengembaraan USA 2012,
San Francisco,
USA
Friday, January 24, 2014
Umat Islam Dahulu dan Sekarang Umpama Air Hujan
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Perumpamaan umatku adalah seperti air hujan, tidak diketahui sama ada awalnya lebih baik atau akhirnya."
( Riwayat al Tarmizi)
Menurut al Mubarakfuri dalam Tuhfah al Ahwazo, air hujan itu sendiri menjadi simbol kepada hidayah dan ilmu. Umat Nabi Muhammad yang diumpamakan sebagai air hujan itu ialah ulama- ulama yang saling melengkapi antara satu sama lain yang terdiri daripada mereka yang terdahulu dan yang terkemudian.
Sesungguhnya golongan terdahulu telah beriman dengan apa- apa yang mereka saksikan daripada mukjizat dan dakwah yang disampaikan oleh Rasulullah. Manakala mereka yang terkemudian pula meneruskan keimanan dan keyakinan mereka berdasarkan pegangan yang kuat terhadap al Quran dan sunnah.
Kebaikan yang terdapat pada umat Islam tersebut diumpamakan seperti kebaikan dan kenikmatan yang terdapat pada air hujan yang sentiasa turun mencurah-curah yang mendatangkan kesuburan pada tanaman dan menjadi sumber air yang berfaedah pada manusia. .
Dr Mohd Sukki Othman- Solusi isu 62

Monday, January 20, 2014
Menyapu khuf- Satu Keringanan Buat Umat Islam Semasa Berwuduk
'Now everyone can fly' itulah yang menjadi slogan sebuah syarikat penerbangan. Begitu popular dengan tambang murahnya menyebabkan ramai orang di Malaysia semakin berminat untuk melancong ke serta pelusuk dunia.
Sememangnya dalam Islam dianjurkan untuk melawat sesuatu tempat atau bermusafir dan menghayati alam ciptaan Allah. Namun untuk berkunjung ke luar negara kadangkala mengambil masa yang lama untuk sampai. Mungkin terdapat penerbangan yang memakan masa melebihi 20 jam!
Walaupun kini ramai yang sudah mampu berkunjung ke luar negara namun tak semua yang tahu atau peka tentang perlunya menunaikan solat semasa pengembaraan. Ataupun adanya keringanan diberikan dalam menunaikan solat semasa pengembaraaan.
Di sini saya ingin menceritakan pengalaman saya bersolat semasa pengembaraan. Saya mulakan dengan solat semasa penerbangan dahulu.
Biasanya sebelum bertolak ke satu perjalanan jauh, kami akan berwuduk terlebih dahulu. Dengan wuduk tersebut dan kami pastikan kaki kami bersih kami terus menyarungkan stokin dan kasut. Ini membolehkan kami menyapu atas khuf(kasut) sebagai ganti membasuh kaki ketika berwuduk dalam penerbangan kelak. Menyapu atas khuf merupakan satu rukhsah atau keringanan yang dibenarkan dalam syarak.
Baru- baru ini saya terbaca dalam Majalah Al Ustaz berkenaan 'Khuf'. Berikut ialah sedikit penerangan yang saya dapati daripada Ust muhammad Raji Musa dalam majalah Al Ustaz-Isu 20
Mengikut ulama Syafii, syarat untuk menyapu khuf adalah seperti berikut:
Menyapu di atas stokin juga dibenarkan.
Sekiranya stokin itu tebal dan memenuhi syarat khuf di atas , maka dibolehkan untuk menyapu diatasnya.
Namun ada pandangan seperti Sheikh Ahmad Syakir dan Dr Yusuf Al Qardawi telah memberi fatwa menyapu di atas stokin nipis dan mudah ditembusi air dibolehkan. AlQardawi juga mengatakan bahawa membuka stokin adalah sesuatu yang sukar sekiranya seseorang berada dalam cuaca yang sangat sejuk.
Cara yang sempurna dalam menyapu pada khuf
Semoga dapat dijadikan panduan bagi sesiapa saja yang ingin bermusafir atau melancong ke luar negara. Dengan ini mudahlah kita menunaikan solat fardhu di mana saja kita berada.

- Memakainya selepas sempurna bersuci daripada hadas kecil dan besar.
- Khuf yang dipakai mestilah mampu untuk digunakan berjalan. Adapun khuf yang dibuat daripada kulit yang nipis yang mudah terkoyak apabila dbawa berjalan, maka ia tidak boleh digunakan untuk menyapu di atasnya ketika berwuduk.
- Khuf tersebut mestilah menutupi anggota yang wajib dicuci ketika berwuduk iaitu sehingga kedua dua buku lali.
- Khuf mestilah mampu menahan air daripada masuk ke dalamnya melainkan dari celah jahitan.
- Khuf tersebut mestilah suci.
- Menyapu di atasnya hanya dalam masalah wuduk dan bukan mandi wajib.
Menyapu di atas stokin juga dibenarkan.
Sekiranya stokin itu tebal dan memenuhi syarat khuf di atas , maka dibolehkan untuk menyapu diatasnya.
Namun ada pandangan seperti Sheikh Ahmad Syakir dan Dr Yusuf Al Qardawi telah memberi fatwa menyapu di atas stokin nipis dan mudah ditembusi air dibolehkan. AlQardawi juga mengatakan bahawa membuka stokin adalah sesuatu yang sukar sekiranya seseorang berada dalam cuaca yang sangat sejuk.
Cara yang sempurna dalam menyapu pada khuf
- Letakkan tangan kiri di bawah tumit, tangan kanan pada hujung jari sebelah atas kaki.
- Lalukan tangan kanan(yang basah) menuju ke pangkal betis.
- Lalukan tangan kiri (yang basah) menuju ke hujung jari bahagian bawah kaki.
- Disunatkan agar jari kedua-dua tangan direnggangkan dan cara sapuan adalah secara melurus(seperti membuat garisn dengan jari tangan).
Semoga dapat dijadikan panduan bagi sesiapa saja yang ingin bermusafir atau melancong ke luar negara. Dengan ini mudahlah kita menunaikan solat fardhu di mana saja kita berada.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Takua Rendang Kat mana nak dapat makanan Melayu di Pulau Pinang? Kena tahu tempat- tempat penempatan Melayulah. Walaupun kadangkala kit...
-
"Mak, kenapa depa nak mai Penang untuk bercuti? Best sangat ka Penang ni?," tanya anakku. "Banyak tempat menariklah kat situ...
-
Kali pertama saya terdengar tentang kopi Luwak ialah melalui rancangan pemgembaraan Chef Wan di TV9 baru-baru ni. Kopi luwak ni adalah seje...
-
Masjidil Haram dan Menara Jam Bumi Haramain...Nama yang di berikan kepada Makkah al Mukaramah dan Madinah al Munawarah. Saban tahun beg...
-
Sudah lama aku tidak menjejak kaki ke kawasan pergunungan ini. Walaupun perjalanan ke bukit Fraser memakan masa tidak sampai 2 jam, ketiadaa...
-
Baru baru ini dalam program Tanyalah Ustaz TV9, seorang pemanggil telefon telah menceritakan bagaimana seorang mualaf yang telah berpuluh-...
-
Raccooons- Pic Source: smashinglists.com Suatu hari ketika aku sedang berehat sambil menonton tv, tiba- tiba "prang!", bunyi k...
-
"Kelas fardhu ain? Nak belajar apa lagi? Kan kita dah belajar dulu," kata seorang sahabat. Kami berjumpa di masjid selepas so...
-
"Tadi Ati pi kat sekolah tu. Ada orang jual ABC kat bawah pokok. Ati teringin pula nak makan ais kepal. Lani mana ada orang jual ais ke...