Friday, September 30, 2011

Masjid Kita.... Surau kita

Kebanyakan masjid yang lebih kecil dan surau di negara ini mempunyai tabir pemisah antara lelaki dan perempuan.
Baru-baru ini  aku ke surau di Hotel de Palma Ampang untuk menunaikan solat maghrib. Ruang solatnya agak selesa dan ada tabir pemisah antara lelaki dan perempuan. Bahkan ada pintu berasingan  bagi kaum wanita masuk agar tidak bertembung dengan kaum lelaki yang keluar masuk dari surau.

Surau di lebuhraya PLUS di beberapa hentian misalnya di Gurun, Sungai Perak dan Tapah mempunyai ruang solat yang luas selepas dinaik taraf . Ruang solat ini agak istimewa kerana ia berkonsep bersolat dalam taman dengan kehadiran deretan pokok hijau yamg ditanam disitu. Terdapat juga bilik khas untuk menyalin kain dan membetulkan pakaian tudung di ruang solat ini. Walaubagaimanapun  keadaan pintu yang sentiasa terbuka dan adanya bangku  menanti bagi orang lelaki yang menghadap ke arah surau wanita menyebabkan kadangkala mereka terjengah ke arah surau wanita. Biasanya rambut wanita terdedah ketika mereka hendak memakai telekong dengan selesa. Oleh itu pihak PLUS diharapkan dapat mengalihkan pintu tersebut  atau mengadakan pengadang supaya ruang solat ini tidak boleh dilihat oleh kaum lelaki.

Surau yang biasa tak memuaskan hati biya terdapat di kawasan shopping mall. Contohnya,s
iapa tak kenal Plaza Low Yat? Golongan muda di Lembah Klang pastinya kenal dengan tempat popular membeli belah komputer, handphone dan kamera ini.


Namun berapa orang yang pernah berkunjung ke suraunya? Aku tak ingat suraunya di tingkat berapa. Yang aku ingat tempat mengambil wudhuknya hanya  betul-betul dihadapan surau. Untuk ke tandasnya, jangan terkejut, kita terpaksa membayar 50 sen seorang.


Suraunya sebenar hanya sebuah ruang. Lelaki dan perempuan masuk ikut pintu sama. Yang lelaki solat di bahagian hadapan. Bahagian perempuan dipisahan dengan tabir. Alhamdulillah,kita boleh bersolat disini. Tapi keadaan ruang solat di sini sangat daif . Fikirkanlah kita membeli pc, kamera atau handphone yang berharga beribu ringgit, ini bermakna dalam sehari pusat membeli belah ini mendapat jualan jutaan ringgit. Walaubagaimanapun jika surau ini  dibandingkan keadaan surau di puduraya lama dahulu rasanya ia lebih....... Ini pandangan peribadi saya.

Terdapat beberapa pusat membeli belah yang pada pandangan mata, gah dengan bangunan dan kedai yang canggih dan sofistikated tapi menyedikan surau yang amat daif. Kebajikan pekerja islam tidak dijaga oleh majikan. Jika majikannya Islam, memalukan juga. Sekiranya kita kurang peruntukan, kenapa di rangkaian fast food atau restoran lain  tidak diadakan tabung khas untuk mengutip dana bagi penambahbaikan surau di pusat membeli belah tersebut. Saya tak pasti ada atau tidak  ajk surau surau pusat membeli belah tersebut agar kebersihan dan kemudahan di sana sama taraf dengan bangunan tersebut.

Kebanyakan surau di kawasan perumahan biasanya terjaga kerana adanya ajk dan tabung surau. Meskipun seringkali terpaksa di kunci dek kehadiran orang yang panjang tangan tabung itu biasanya selalu diisi dan terdapat tabung surau di kedai runcit atau restoran berdekatan.

Semua perbincangan ini adalah pandangan peribadi saya. Besarlah harapan saya untuk menyaksikan perubahan di surau dan masjid kita.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts