Sepanjang bulan Ramadhan lalu aku di uji Allah sehingga resah kerana tidak dapat bersolat dan berpuasa begitu lama akibat penyakit yang hanya aku ketahui puncanyasebulan selepas itu. Syawal tahun itu aku sambut dengan terbaring mengerang kesakitan. Ditambah pula kerisauan dengan keputusan yang perlu aku buat samada bersetuju untuk dibedah atau tidak untuk memasukkan besi ditulang belakangku. Salah satu tulang di belakangku telah terkeluar dari posisi yang sepatutnya.
Kini sudah setahun berlalu. Alhamdulillah, Ramadhan dan Syawal kali ini telah ku sambut dengan lebih selesa kerana penyakit dalaman yang ku alami berkurangan setelah di rawat dan aku telahpun selamat menjalani pembedahan tulang belakang tersebut. Meskipun belakangku masih berasa sakit, aku lega sekurang- kurangnya kerisauanku tentang kedudukan tulang belakangku berkurangan.
Allah telah menurunkan ujian bagiku sepanjang Ramadhan sehngga akhir tahun lepas. Aku bersyukur ia tidak berlanjutan sehingga ke tahun ini.
Tahun ini Allah telah turunkan ujian bagi orang yang dekat denganku iaitu ibuku, sepupuku dan ibu saudaraku. Ibuku mengalami batuk yang kuat sehingga sakit tulang rusuk dan tulang belakangnya yang telah bengkok. Dalam usianya yang sudah lanjut dan dirinya yang lemah, sebarang penyakit boleh menyebabkan seluruh badannya sakit. Banyak doktor yang dikunjungi sepanjang Ramadhan, Alhamdulillah batuknya berkurangan namun bahagian tulang rusuknya masih sakit.
Sepupuku pula mengalami penyakit aneh yang tak dapat kuceritakan di sini. Berbulan dia terlantar di hospital kerana terlalu sakit. Dalam bulan Ramadhan ini pun dia terpaksa dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur walaupun dia tinggal di Ipoh. Pulang ke Ipoh dia dimasukkan semula ke hospital Ipoh sehingga hari raya.
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, dikejutkan dengan berita ibu saudaraku dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana sakit jantung. Dia di masukkan ke hospital Sungai Petani pada hari raya ke 6. Alhamdulillah, setelah beberapa hari di sana, ibu saudara ku dibenarkan masuk ke wad biasa.
Sekiranya pepatah hidup ibarat roda, kadangkala di atas kadangkala di bawah seringkali dikaitkan dengan kekayaan dan pekerjaan, bagiku ia juga boleh dikaitkan dengan kesihatan. Kadangkala apabila kita sihat sepenuhnya, Alhamdulillah, hati kita ceria seolah-olah kegembiraan itu akan berpanjangan. Tanpa kita sedari kita akan diuji Allah dengan pelbagai penyakit yang kita sendiri tak duga dan tak sanggup kita hadapi. Kerap kali ketika itu kita akan berasa sedih dan risau apakah penyakit itu akan berpanjangan.
Benarlah apa yang dikatakan ulama, nikmat pemberian Allah yang paling tinggi di muka bumi ini ialah badan yang sihat, samada dari segi rohani mahupun jasmani. Sememtara kita ini dikurniakan badan yang sihat, eloklah kita berusaha melakukan amal ibadah dan kebaikan seberapa banyak yang boleh. Apabila kita sakit, kita tidak lagi berupaya melakukannya bahkan untuk menguruskan diri sendiri pun perlu pertolongan orang.

Jangan sudah terngantuk baru terngadah.
ReplyDeletejangan terhantuk.....
ReplyDelete