Tuesday, September 20, 2011

Mencari Masjid DI Toledo, Ohio

"Tu dia! Masjid ....kita dah sampai...kata anakku menjerit setelah sekian lama kami mencari masjid tersebut supaya kami dapat menunaikan solat  zuhur asar jamak. Dari jauh kelihatan menara dan kubah masjid berdiri teguh di kawasan lapang yang agak berpaya.

Sebelum itu kami telah ke sebuah pantai ditasik Erie.Tasik Erie ialah antara tasik terpanjang diantara kelima- lima 'The Great Lakes'. Tasik lain ialah Michigan, Superior, Ontario dan Huron. Untuk menyusuri tasik Erie ini di bahagian Amerika Syarikat saja mengambil masa 6 jam. Bolehlah dibayangkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar atau Perlis menggunakan lebuhraya Utara Selatan. Pemandangan  pantai menghadap tasik  ini sungguh menakjubkan, MasyaAllah. Oleh kerana besarnya tasik ini, tebing yang di bahagian yang berlawanan berhadapan kami tidak kelihatan kecuali yang berdekatan sahaja.

Masjid yang kami cari ialah Islamic Center Of  The Greater Toledo.Di negara ini Islamic Center memainkan peranan yang hampir sama dengan masjid. Mungkin Islamic Center mempunyai peranan yang lebih luas. Masjid ini sangat besar dan mempunyai pelbagai fungsi selain  daripada menyediakan ruang solat. Ia mempunyai sebuah perpustakaan, sekolah dan klinik dan  juga mengeluarkan buletin masjid setiap minggu.



Kami terus parkir kenderaan kami di kawasan letak kereta. Kelihatan bunga  Sakura putih sedang kembang mekar menghiasi kawasan masjid. Bergegas kami mencari pintu untuk ke ruang solat. Yang lelaki ke bahagian belakang bangunan masjid, yang perempuan di bahagian hadapan. Malangnya... Kedua-dua pintu utama tertutup.

Adakah kami dapat masuk ke dalam masjid sedangkan kedua-dua pintu masjid bertutup. Sekiranya anda ingin mengetahuinya ikuti pengembaraan saya bersama keluarga di Amerika Syarikat. Klik di sini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts