Aku teringat beberapa bulan pertama kami berada di Fresno, California kami telah menggunakan bas sebagai pengangkutan utama. Maklumlah generasi kami ketika itu tak ramai yang tahu memandu, tambahan lagi ketika itu bagi kami eloklah kami menjimatkan wang daripada membeli kereta. Sewaktu menunggu bas,terdapat beberapa buah bas lain yang lalu di kawasan tersebut. Apabila bas itu lalu di tepi kami, terdapat beberapa remaja mat saleh yang menjerit -jerit dengan kuat "Iranians! Iranians!" kepada kami. Bagi mereka,semua yang bertudung itu ialah orang Iran. Begitulah jahilnya mereka kerana menyangka hanya orang Iran yang pakai tudung.
Kenapa mereka menjerit "Iranians!" kepada kami? Kenapa mereka kelihatan begitu marah kepada orang Iran ketika itu? Sebenarnya di sekitar California kebanyakan wanita yang aktif keluar dari rumah dan bertudung ialah orang Iran. Waktu kami sampai ke Amerika Syarikat, ketika itu baru berlaku revolusi Islam Iran. Dalam revolusi itu presiden mereka Shah Iran telah ditumpaskan dan digantikan dengan pemimpin yang lebih islamik iaitu Ayatollah khomenei. Amerika tidak menyokong revolusi tersebut bahkan telah mengutuk tindakan orang Iran menghalau presiden mereka. Orang Iran begitu marah dengan Amerika lalu mengutuk mereka balik. Mereka adalah antara orang Islam yang secara berkumpulan dan perseorangan yang berani mengutuk dengan lantangnya kerajaan Amerika.
Kebanyakan yang menjerit di dalam bas itu ialah remaja sekolah. Ada juga sekali sekala beberapa orang dalam kereta yang lalu di tepi kami menjerit "Iranians!" kepada kami. Alhamdulillah, oleh kerana kami sentiasa bergerak dalam kumpulan kecil, kami tidak diapa apakan.
Aku teringat pada suatu pagi ketika aku keluar dari perpustakaan universiti , seorang mat saleh lelaki berlari-lari ke arah ku. Suspens juga aku walaupun ketika itu berduyun duyun orang di situ.
"Excuse me, can I ask something.? " katanya.
"Ok," Jawabku dengan cepat kerana sememangnya ketika itu aku hendak cepat ke satu destinasi lain.
" I notice that your face is not like an Arab, yet you wear scarfs like them. You are not an Arab right?" tanyanya lagi.
"Nope, I'm a Malaysian. I'm a Malaysian muslim. You know,there are many muslims in Malaysia. Do you know where Malaysia is? tanyaku .
"Let see,... hmmm ...somewhere in Africa...maybe," katanya dengan senyum.
"No, it's in South East Asia. I'm sorry I've got to go now," kataku.
"Ok. Thanks for telling me. Nice talking to you," katanya lagi.
Perbualan kami terhenti di situ saja. Aku bersyukur kerana dapat menerangkan walaupun hanya pada seorang non muslim bahawa orang Islam bukan hanya terdapat di negara Arab tetapi juga di negara yang jauh dari Afrika....
Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini!
No comments:
Post a Comment