Dulu aku pernah menceritakan tentang apa yang aku hadapi semasa belajar di Amerika Syarikat awal tahun 80an dahulu di mana ketika itu baru kejatuhan pemimpin Shah Iran di negara Iran. Tahun 2005 yang lalu aku membuat keputusan untuk melawat negara tersebut sambil menziarahi anakku yang sedang belajar di situ. Ketika itu kejadian Sept 11, 2001 baru saja 4 tahun berlalu.Sebelum bertolak dari rumah dan sepanjang perjalanan di sana aku sentiasa berdoa kepada Allah agar di permudahkan perjalanan kami. Maklumlah kami mengembara dalam satu keluarga, oleh itu bukanlah mudah sekiranya walaupun seorang dari kami tersekat di perjalanan atau di timpa musibah.
Sampai di Lapangan terbang Los Angeles kami tidak menghadapi masalah dari segi pasport dan visa. Barangan makanan yang kami bawa tidak pun langsung tidak di periksa. Pegawai imigresen juga seorang yang peramah.Tapi apa yang agak ketara ialah orang awam kelihatan agak takut-takut dengan orang bertudung. Sekiranya dulu ada yang menjerit-jerit kepada kami, kini banyak yang senyap dan seolah-olah takut memandang kami.
Untuk sampai di tempat anakku belajar iaitu di bahagian tengan benua Amerika Syarikat., kami harus menaiki penerbangan yang memakan masa lebih kurang 4 jam. Di sana layanan orang Amerika terhadap kami adalah sangat mesra. Tiada siapa yang kisah dengan keadaan kami yang bertudung. Tiada siapa juga kisah kami bukan berkulit putih atau berkulit hitam seperti mereka. Aku pernah ke sebuah pusat membeli belah dan singgah di sebuah kedai cenderahati untuk membeli hadiah. Kami telah di sapa mesra oleh penjaga kedai di situ. Makcik pertengahan umur itu juga seorang yang suka bersembang.
Alhamdulillah sepanjang percutian kami pada tahun 2005, aku dapati pandangan rakyat Amerika terhadap Islam sudah berubah kepada yang lebih positif.
Ikuti perbincangan saya seterusnya tentang pengembaraan saya di sana pada tahun 2009.
Ingin mengikuti pengembaraan saya di Amerika Syarikat dan bertemu dengan orang Islam di sana? Klik disini.
No comments:
Post a Comment