Wednesday, October 12, 2011

Sejenak di Stanford University

Bangunan William Gates
(computer science)
Bangunan  pentadbiran

Bangunan David Packard
( Electrical Engineering)
Baru baru ni setelah Steve Jobs, salah seorang pengasas  Apple Computer meninggal dunia, ucapannya semasa hari konvokesyen Stanford Unversity pada tahun 2005  menjadi tumpuan seluruh dunia. Dalam ucapannya yang menyentuh perasaan , ia meceritakan tentang kisah hidupnya yang kadangkala menemui kejayaan dan kadangkala mengalami kegagalan. Dan setiap kali dia gagal dia akan bangun semula sehingga menemui kejayaaan. Kata-katanya " You can only connect the dots backwards" banyak memberi perangsang  baik bagi pelajar mahupun usahawan.

Stanford university, salah sebuah universiti yang terkemuka di dunia terletak di pekan yang agak kecil bernama Palo Alto  tidak jauh dari bandar San Francisco. Palo Alto merupakan tempat dimana bermulanya industri- industri di Silicon Valley dimana Stanford University dikatakan pusat bagi Silicon Valley. 


Semasa pengembaraanku di Amerika Syarikat dahulu, kami sempat singgah di Stanford University kerana suamiku pernah belajar disana suatu ketika dahulu. Bangunan di universiti ini yang diperbuat daripada batu bata kemerahan memperlihatkan senibina gaya zaman dahulu. Uniknya bangunan-bangunan ini dinamakan mengikut nama orang yang terkenal dengan industri komputer seperti Hewlett, Packard dan William Gates.Dikatakan ada sebahgaian daripada orang ini telah mendermakan sejumlah wang kepada universiti ini. 

Apa yang menarik bagi saya tentang universiti ini ialah keadaan persekitarannya yang sangat sesuai untuk pembelajaran. Kenderaan utama dikawasan kampus ialah basikal. Udaranya yang bersih, jauh dari pencemaran udara yang disebabkan oleh ekzos enderaan . Tidak nampak langsung orang merokok walaupun kami berada di luar bangunan. Deretan bunga lavender dan bunga ros menghiasi tepi  dan pembahagi jalan. Memang tenang dan ideal  untuk menimba khazanah ilmu di sini. 


Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya di Amerika Syarikat? Klik di sini

No comments:

Post a Comment

Popular Posts