Suatu pagi, di dalam sebuah gerai kelihatan ramai pelanggan sedang menikmati sarapan pagi. Oleh kerana hari itu cuti umum masih ramai yang sedang bersarapan walaupun jam menunujukkan hampir 10 pagi.
Tak jauh dari tempat duduk kami sekeluarga kelihatan satu kumpulan anak muda beruniform pekerja sedang duduk menanti sarapan yang dipesan. Seorang demi seorang mengeluarkan sebatang rokok dan dinyalakan. Kepulan asap di hembuskan ke sana sini tanpa menghiraukan orang di sekeliling.
Tak lama selepas itu, makanan yang dipesan mereka pun sampai. Salah seorang pemuda itu menekan hujung puntung rorkok di atas meja untuk mematikan api di rokoknya. Kemudian dicampakkan puntung itu ke lantai di bawah meja. Hmm.... satu perlakuan biasa oleh beberapa orang rakyat Malaysia.
Suatu petang aku singgah di sebuah kedai mamak untuk menikmati makan petang bersama anak dan suami. Di kedai mamak itu ada label bertanda rokok tidak dijual di kedai tersebut. Kami memilih meja dibahagian luar restoran, tak jauh dari jalan. Sebelum kami duduk kami ternampak puntung rokok bertaburan di bawah kebanyakan meja. Sekilas pandang orang melayu yang berada disitu, lebih 75 peratus yang merokok. Walaupun kami duduk di meja yang agak hujung, bau asap rokok yang menyesak dan memeritkan itu masih sampai ke hidung dan tekak kami.
Betulkah kita di sini sukakan kebersihan sedangkan di depan mata penuh dengan sampah yang kita buat sendiri. Bukan sahaja sampah, sang perokok juga mencemarkan udara dan menyakitkan orang disekeliling. Bukan orang yang tak berpelajaran, bahkan pengarah dan pengurus syarikat juga melakukan demikian. Betulkah kita ni masyarakat yang suka kebersihan? Fikir fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment