"Mak, tu nampak laut dah," kata anak bongsuku sambil meninjau pemandangan melalui tingkap kapalterbang. "Tak lama lagi kita sampai San Francisco. California here we come!" kataku.
Penerbangan dari Tennessee ke California mengambil masa 6 jam kerana kami terpaksa transit di Dallas, Texas. Perjalanan yang kami jangka amat memenatkan sebenarnya amat menarik sekali. Bermula dari Tennessee kami dapat menikmati pemandangan bentuk muka bumi yang sangat menakjubkan dari kawasan kontang seperti Grand Canyon sehinggalah pemandangan bukit bersalji di California, MasyaAllah.
Sebaik saja kami keluar dari tempat mengambil bagasi, terus kami menaiki aerotrain untuk pergi ke bahagian kereta sewa. Waktu asar tak lama lagi akan habis dan kami belum solat jamak zuhur asar lagi. Tentu saja langkah kami begitu cepat sekali sebaik saja kami keluar dari aerotrain. Tempat untuk mengambil kereta sewa berada agak jauh dari kawasan bagasi. Bukan mudah membawa membawa beg yang begitu banyak dan kami hanya menggunakan troli yang kami bawa sendiri dari tanah air.
Tiba di sana aku duduk menjaga beg kami yang banyak itu bersama anak bongsuku. Sementara itu suami dan anak sulungku uruskan kereta yang terlebih dahulu ditempah beberapa hari sebelum ini. Resah juga memikirkan solat yang masih belum dapat di tunaikan.
Tak lama selepas itu, suami dan anakku datang semula kepada ku sambil tersenyum." Alhamdulillah, kita dapat kereta yang lebih besar daripada yang kita tempah. Dia tak bagi tau kenapa. Gamaknya tengok kita seramai ini dengan beg kita yang selambak ni kot , hehe. Bayaran pun sama aje." kata suamiku. "Mak tahu tak, rupa-rupanya pegawai yang uruskan tadi orang Islam!" kata anak sulongku.
Syukur Alhamdulliah, Allah pertemukan kami dengan seorang lagi orang Islam yang telah membantu kami memberi kereta yang lebih selesa daripada yang kami tempah. Setakat ini begitu ramai orang seagama kami yang membantu dalam pengembaraan kami di negara yang bukan Islam ini.....

No comments:
Post a Comment