Thursday, October 13, 2011

Pandangan kini orang Amerika(non muslim) terhadap Islam (3)

Masjid Fresno, California
Vanderbilt di Tennessee  merupakan  bandar yang agak besar, terletak di bahagian tengah benua Amerika Utara. Negeri ini terkenal dengan  cowboy dan country songs terutama  sekali di bandar Knoxville. Semasa berada di sini  kami mendapat layanan seolah-olah kami adalah orang yang tinggal di sana. Sikap mereka peramah dan tidak bersifat perkauman.

California merupakan negeri dimana hampir setiap tempat terdapat pelbagai bangsa samada dari China, jepun, Timur Tengah atau Mexico. Negara Mexico terletak betul-betul di bahagian selatan California. Meskipun di awal tahun 80an dahulu mereka kurang tahu tentang Islam, di California sekarang mempunyai lebih daripada 150 buah masjid. Ini menunjukkan bilangan orang Islam semakin bertambah. Dengan adanya orang Islam yang begitu ramai, kehadiran kami di sana hanya seperti berada di Malaysa sahaja. Bezanya ialah bahasa, bangsa dan cuaca.

Sebenarnya pandangan orang non muslim terhadap orang Islam banyak bergantung kepada akhlak orang Islam di satu- satu tempat. Mengikut seorang tetamu di radio IKIM, Islam," Islam is the fastest growing religion in the US.(Islam ialah agama yang paling cepat berkembang di Amerika Syarikat.) 


Kenapa ramai daripada  mereka dapat menerima Islam dan menghormati agama ini walaupun selepas kejadian 11 September ,2001. Sebenarnya kesemuanya ini  banyak bergantung kepada akhlak, pakaian dan dakwah oramg Islam di sana.  Akhlak yang terpuji dan dakwah dengan cara yang bijak dan bukan kutukan InsyaAllah, akan membawa kepada lebih ramai yang berminat dengan Islam. Eloklah kita fikirkan perkara serupa untuk negara kita terutama dari segi  akhlak dan pakaian umat Islam di Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts