Tahun 2009 sekali lagi aku sekeluarga berpeluang melancong ke negara Uncle Sam ini kerana menghadiri konvokesyen anakku. Kali ini kami telah memperuntukkan selama hampir sebulan untuk menjelajah di sana. Oleh kerana kami menggunakan kereta, bolehlah kami singgah di beberapa buah Islamic Center dan masjid dalam perjalanan kami.
Kali ini kami bertemu dengan lebih ramai orang Islam samada Islam dari segi keturunan ataupun yang mualaf (Muslim revert bukan convert) . Malah Allah telah mempertemukan kami dengan pegawai imigresen Islam sebaik saja kami melangkah masuk ke Lapangan terbang New York sehinggalah ke drebar teksi yang membawa kami ke Lapangan terbang Los Angeles sewaktu pulang ke Malaysia.
Pada mulanya kami beranggapan Bandaraya New York ialah bandar yang begitu ramai Yahudi orthodoks. Bandar ini juga merupakan tempat terjadinya peristiwa Sept 11,2001 di World Trade Center. Tidak pula kami menyangka begitu ramai umat Islam di sini. Peniaga, penjual makanan antara yang kami temui begitu ramai disini sewaktu berjalan- jalan. Ini tidak termasuk yang bekerja di pejabat. Jadi tidak hairanlah bila kami pergi ke sebuah masjid di tengah bandar New York, kami dapati umat Islam begitu ramai, yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Oleh kerana ramainya umat Islam di bandaraya ini, tidak hairanlah jika non-muslim tidak ambil kisah kepada kami yang sekeluarga yang bertudung berjalan-jalan di situ.
Apabila kami melancong di Niagara Falls juga, tiada siapa yang merenung atau menjauhkan diri dari kami. Pekan Niagara ini merupakan pekan yang kecil yang membangun kerana adanya air terjun yang besar ini. Meskipun demikian kami berhati-hati dan berdoa agar tidak berlaku perkara yang tidak diundang.
Ann Arbor di Michigan merupakan sebuah bandar universiti kerana ia membangun apabila kerana terdapatnya universiti of Ann Arbor. Biasanya di universiti, pihak pelajar dan akademik lebih berfikiran terbuka. Di sini orang Islam dari segi keturunan sangat ramai dan muslimat yang bertudung juga sangat ramai. Jadi tiada masalah bagi kami untuk berjalan- jalan disini.
Ikuti perbincangan seterusnya di tajuk yang akan datang.
Ingin mengikuti kisah pengembaraan kami sekeluarga di Amerika Syarikat dan bertemu orang Islam di sana? Klik di sini

No comments:
Post a Comment