Taman warisan orang Belanda ini agak unik sebab terdapat barang- barang yang asalnya daripada negara Belanda sendiri. Ada yang dibuat lebih seratus tahun dan masuh berfungsi.
Di bahagiann hadapan taman ini terdapat sebuahnrumah kayu yang menempatkann sebuah alat muzik 'street organ' yang besar. Digelar sebagai The Four Columns Organs, alat muzik ini dibina pada tahun 1928 dan dihadiahkan oleh bandaraya Amsterdam sendiri. Walaupun antik danbsiznya sangat besar, Organ ini dikatakan masih berfungsi sehingga sekarang. Di satu sudut lain kelihatan sederet bangunan setingkat yang dicat berwarna warni. Ini ialqh sebuah replika sebuah kampung Belanda " Dutch Village" Berdasarkan TripAdvisor.com terdapatbkedai kedai yang menjual barang barang yangnberkait rapatndengan priduk orangnbelanda sperti clogs dan barangan yang berkaitrapat dengan orang Belanda. Kami tak dapat masuk ke dalam sebab wakt itu kedai-kedai ini telah ditutup. Di satu sudut dib hujung kelihatan sebuah kincir angin yang besar. Kincir angin merupkan satu ikon bagi negara Belanda. Asalnya kincir angin digunakannuntuk memproses gandum, namun telah digunakan untuk memproses pelbagai bend kain seoerti cat dan minyak. Mengikut sejarah de Zwaan windmill ini dibina pada tahun 1761 dan telah mengalami pengubahsuaian beberapa kali. De Zwwan yang bermaksud angsa( The Swan)) telah dibawa ke Michigan pada tahun 1965. Ia merupakan kincir angin terakhir yang dibawa dari negara belanda. De Zwaan ini masih berfungsi dan di gunakan untuk mengisar gandum di kawasan ini. Kami kurang pasti kenapa orang belanda sanggup membawa kincir angin yang begitu besar ke sini. Berdasarkan pembacaan saya, ini bukan satu satunya kincir angin yang di bawa dari negara Belanda. Mungkin ada sejarah tersendiri atau 'sentimental value' oleh imigran Belanda di Amerika Syarikat. Berdasarkan sejarah, kincir angin telahpun wujud dizaman khalifah Umar Al Khattab lagi dalam kurun ke 7 Masehi. Pernah dengar nama Al Jazari dan Taqi al Din? Mereka ialah jurutera Islam zaman empayar Uthmaniyyah dan Abbasiyah yang banyak merekacipta pelbagai alat teknologi yang kompleks. Antaranya ialah kincir air, enjin stim dan jam. Rekacipta ini kemudiannya di ubahsuai oleh jurutera Eropah. Malangnya ramai daripada kita yang mbih mengenali jurutera atau saintis barat. Jom kita ambil langkah kendeoan mengenali saintis dan jurutera Islam zaman silam. https://www.independent.co.uk/news/science/how-islamic-inventors-changed-the-world-6106905.html http://www.muslimheritage.com/article/mechanical-devices https://www.arabamerica.com/arabislamic-contributions-to-world-mechanics-and-engineering/
No comments:
Post a Comment