Allah anugerahkan bunga ini antara bunga kegemaran wanita selain daripada bunga ros. Sebagai pencinta bunga memang sudah lama saya idamkan lawatan ke ladang bunga ini. Namun setiap kali ke negara ini atau negara negara lain, saya belum berkesempatan melawatnya. Takdir Allah saya selalu tiba sebelum musimnya atau musim menuainya sudah berakhir, ataupun cengkaman masa semasa mengembara menyebabkan rancangan sering tertunda.
Sebut saja lavender, mesti ramai yang mengingati warna ungunya. Meskipun lavender wujud dalam warna-warna lain, namun warna ungulah yang paling diminati. Umumnya ramai yang mengetahui tentang pelbagai kegunaan lavender, sejenis bunga yang terkenal dengan keharuman yang istimewa.
Lavender Hills Farm sebuah ladang yang terletak di kawasan luar bandar Niles, Michigan. Sengaja saya pilih sebuah ladang U Pick yang membolehkan kami melihat secara dekat dan mendapat pengalaman menuai bunga yang unik ini.
Kami di sambut dengan satu pemandangan yang menarik bila setibanya di Lavender Hill Farm ini. Sebuah rumah kayu kecil yang dihadapannya tersusun deretan bunga lavender ungu yang sedang kembang mekar. Subhanallah. Sangat indah.
Melangkah ke bahagian belakang rumah ini barulah kami ternampak ladang lavendernya yang luas. Dari jauh kelihatan seperti sebuah padang rumput yang ungu. Namun di asingkan mengikut jenis-jenis yang berlainan.
Bila berbincang tentang bunga, kita sering mengaitkannya dengan keindahan dan keharumannya. Kadangkala bunga juga boleh dikaitkan dengan kebaikan.
'Jika kebaikan yang diberi, sekalipun tersembunyi, pasti akan ketara jua akhirnya. Tangan yang menghulurkan bunga mawar, pasti harum baunya. Namun sebaliknya, meskipun pandai berkilas, kejahatan pasti terbalas.'
Dimana DIA diHatiku-Pahrol Mohd Juoi.
Bersambung
No comments:
Post a Comment