Sebut saja Holland, mesti ada yang teringat tentang Belanda. Negara yang terkenal dengan bunga tulips dan kasut kayu yang digelar clogs. Holland yang kami singgah ini tidak terletak di Belanda. Holland ini sebuah bandar yang terletak di tepinTasik Macatawa dan tidak jauh dari Tasik Michigan.
Nama Holland sudah pasti memberi gambaran tentang pengaruh budaya Belanda di sini. Kawasan mula di diami secara besar besaran oleh imigran Belanda sekitar tahun 1880an. Asalnya kawasan ini di didiami oleh kaum native Americans. Kemuncak tempat ini ialah sewaktu Tulip Time Festival. Tulip festival difokuskan kepada pameran budaya orang Belanda dan hiasan beribu-ribu bunga tulip di satu kawasan yang sangat besar, hampir sama dengan floria fest yang diadakan di negara kita. Biasanya Tulip Festival di Holland ini ialah pada bulan Mei, sedangkan kami tiba di sana pada bulan July. Saya berkesempatan ke Tulip Time Festival di Pella, Iowa pada tahun 2012. Ketika itu sebahagian besar bandar itu dihias istimewa bagi acara tersebut. Tempat yang kami tuju ialah sebuah kawasan pelacongan. Takdir Allah kami terlewat sampai ke Windmill Island Gardens. Tempat ini telah ditutup pada pukul 5 petang. Walau bagaimanapun pelawat dibenarkan bersiar-siar di kawasan persekitarannya.
Meskipun bunga tulips tidak kelihatan di sini sebab musimnya sudah habis, bunga-bunga lain yang pelbagai warna n mekar kembang menghiasi sebahagian besar taman ini. Sungguh, fitrah manusia suka kepada pelbagai warna. Bunga-bunga yang terhasil daripada makhluk ciptaan Allah ini memberi ketenangan setiap kali memandang. Rasulullah s..a.w. bersabda," Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka pada keindahan." (Riwayat Muslim) Satu petikan yang sering mengingatkan diri: 'Alam ciptaan Allah dapat memberi ketenangan kepada hati orang yang beriman. Bukan kerana warna, keindahan dan keunikannya tetapi kerana alam ini sangat dekat dengan Allah. Alam adalah " mahakarya" Allah yang belum diusik oleh perbuatan manusia. Laut, gunung, bukit, hutan ialah alam "semulajadi" yang terbina secara sunnatullah. Tidak ada campur tangan manusia. Oleh itu apabila manusia beriman dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah(alam ini), maka hati mereka akan terhibur!' Tenang Ada di sini - Pahrol Mohd Juoi
No comments:
Post a Comment