Friday, September 30, 2011

Masjid Kita.... Surau kita

Kebanyakan masjid yang lebih kecil dan surau di negara ini mempunyai tabir pemisah antara lelaki dan perempuan.
Baru-baru ini  aku ke surau di Hotel de Palma Ampang untuk menunaikan solat maghrib. Ruang solatnya agak selesa dan ada tabir pemisah antara lelaki dan perempuan. Bahkan ada pintu berasingan  bagi kaum wanita masuk agar tidak bertembung dengan kaum lelaki yang keluar masuk dari surau.

Surau di lebuhraya PLUS di beberapa hentian misalnya di Gurun, Sungai Perak dan Tapah mempunyai ruang solat yang luas selepas dinaik taraf . Ruang solat ini agak istimewa kerana ia berkonsep bersolat dalam taman dengan kehadiran deretan pokok hijau yamg ditanam disitu. Terdapat juga bilik khas untuk menyalin kain dan membetulkan pakaian tudung di ruang solat ini. Walaubagaimanapun  keadaan pintu yang sentiasa terbuka dan adanya bangku  menanti bagi orang lelaki yang menghadap ke arah surau wanita menyebabkan kadangkala mereka terjengah ke arah surau wanita. Biasanya rambut wanita terdedah ketika mereka hendak memakai telekong dengan selesa. Oleh itu pihak PLUS diharapkan dapat mengalihkan pintu tersebut  atau mengadakan pengadang supaya ruang solat ini tidak boleh dilihat oleh kaum lelaki.

Surau yang biasa tak memuaskan hati biya terdapat di kawasan shopping mall. Contohnya,s
iapa tak kenal Plaza Low Yat? Golongan muda di Lembah Klang pastinya kenal dengan tempat popular membeli belah komputer, handphone dan kamera ini.


Namun berapa orang yang pernah berkunjung ke suraunya? Aku tak ingat suraunya di tingkat berapa. Yang aku ingat tempat mengambil wudhuknya hanya  betul-betul dihadapan surau. Untuk ke tandasnya, jangan terkejut, kita terpaksa membayar 50 sen seorang.


Suraunya sebenar hanya sebuah ruang. Lelaki dan perempuan masuk ikut pintu sama. Yang lelaki solat di bahagian hadapan. Bahagian perempuan dipisahan dengan tabir. Alhamdulillah,kita boleh bersolat disini. Tapi keadaan ruang solat di sini sangat daif . Fikirkanlah kita membeli pc, kamera atau handphone yang berharga beribu ringgit, ini bermakna dalam sehari pusat membeli belah ini mendapat jualan jutaan ringgit. Walaubagaimanapun jika surau ini  dibandingkan keadaan surau di puduraya lama dahulu rasanya ia lebih....... Ini pandangan peribadi saya.

Terdapat beberapa pusat membeli belah yang pada pandangan mata, gah dengan bangunan dan kedai yang canggih dan sofistikated tapi menyedikan surau yang amat daif. Kebajikan pekerja islam tidak dijaga oleh majikan. Jika majikannya Islam, memalukan juga. Sekiranya kita kurang peruntukan, kenapa di rangkaian fast food atau restoran lain  tidak diadakan tabung khas untuk mengutip dana bagi penambahbaikan surau di pusat membeli belah tersebut. Saya tak pasti ada atau tidak  ajk surau surau pusat membeli belah tersebut agar kebersihan dan kemudahan di sana sama taraf dengan bangunan tersebut.

Kebanyakan surau di kawasan perumahan biasanya terjaga kerana adanya ajk dan tabung surau. Meskipun seringkali terpaksa di kunci dek kehadiran orang yang panjang tangan tabung itu biasanya selalu diisi dan terdapat tabung surau di kedai runcit atau restoran berdekatan.

Semua perbincangan ini adalah pandangan peribadi saya. Besarlah harapan saya untuk menyaksikan perubahan di surau dan masjid kita.
Bagi yang hendak menyambung pelajaran di USA, mungkin ada yang khuatir bagaimana hendak memdapatkan makanan halal. Mengikut seorang penceramah muslim dari radio Ikim agama Islam meripakan antara agama yang paling cepat berkembang di US. Oleh itu pertambhan umat Islam disana memang cepat berbanding agamagam lain. Oleh itu bagi mereka yang hendak ke sana, jangan risau dengan temat mendapatkan makanan halal.

Sebenarnya di US, kedai menjual makanan halal memang banyak  disini terutama sekali yang menjual bahan mentah halal seperti daging lembu, ayam dan lain lain. Hampir setiap bandar terdapat kedai menjual bahan mentah halal. Kedai ni biasanya kepunyaan orang Arab muslim dan selain daripada menjual daginghalal, mereka juga menjual barang barang keluaran negara lain dan sudah pastinya halal.

Antara  kedai yang terbesar yang pernah saya lawati ialah di Dearborn ialah sebuah bakeri yang juga merupakan sebuah restoran menjual makanan yan siap di masak seperti spagheti, lasagna dan pelbagai makanan Arab yang saya sendiri kurang tahu. Selain itu mereka juga menjual pelbagai produk halal dari seluruh dunia. Bakeri ini juga menjual kek hari jadi roti dari pelbagai saiz Yang menakhubkan.

Terdapat beberaps restoran halal  yang telah kami lawati semasa melancong ke sana. Kami pernah singgah di sebuah restoran Indian muslim yang menyajikan pelbagai jenis nasi seprrti nasi beriani dan nasi pilaf. Kami juga pernah singgah di sebuah resoran lebanese dimana kami makan kebab can elbagai jenis nAsi. Sungguhpun demikian harganya sgak mahal kami yang sentiasa bergerak dati dsat tempat ke tempat lain terpaksa membelinya.

Tuesday, September 27, 2011

Masjid Kita... oh Masjid KIta....


Kesibukan menghadiri rumah terbuka dan kenduri kahwin menyebabkan kita terpaksa singgah bersolat di masjd supaya kita tak ketinggalan solat. Aku sempat singgah di beberapa buah surau dan masjid semasa pergi ke majlis perkahwinan atau dalam perjalanan pergi dan balik ke rumah terbuka.

Satu keadaan yang ketara ialah tempat solat wanita yang dibuat secara terbuka.  Biasanya keadaan ini terdapat di masjid- masjid besar yang baru di bina. Kita tidak menafikan di Mekah atau Madinah tiada ruang pemisah atau tirai yang memisahkan antara jemaah lelaki dan perempuan. Namun bagi saya sebagai seorang perempuan adalah lebih selesa sekiranya diletakkan tirai yang menutup sepenuhnya  ruang solat perempuan agar tidak boleh dilihat oleh lelaki. Biarlah saya ceritakan keadaan beberapa masjid yang saya kunjungi dan kenapa perlunya adanya ruang yang tertutup.

Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin) yang terletak di Putra Jaya merupakan antara masjid yang mempunyai pemandangan yang sangat mendamaikan kerana ruang solat yang terbuka menghadap ke sungai. Pemandangan air sungai disamping bayu dari sungai sudah semestinya membuatkan jemaah terpesona.



















 Sewaktu aku mengunjungi masjid ini untuk menunaikan solat, aku dapati ruang solat perempuan amatlah terbuka. Hanya 2-3 pengadang saja digunakan sebagai tandanya ianya ruang solat. Oleh kerana 'escalator' di bahagian ini rosak, ia sedang dibaiki oleh beberapa orang lelaki bukan Islam. Pekerja itu juga dengan selambanya  lalu di kawasan solat ini tanpa mengambil kira keadaaan kaki dan stokinnya yang kotor. Kelihatan juga beberapa orang lelaki muslim berada di situ sambil mengambil gambar kawasan sekitar. Agak agaknya selesa ke tidak kaum wanita yang sedang bersolat di situ. Oleh kerana aku sudah pergi ke merata- rata tempat, kadangkala aku berasa was-was dengan kebersihan kainku dan terpaksa membuka kain dan solat bersama kain telekong. Aku tiada pilihan selain daripada  melakukannya di tempat terbuka sebegitu kerana bagiku kebersihan dan keselesaan semasa solat penting bagiku. Orang lelaki tiada masalah menyalin seluar mereka kerana  tanpa segan silu melakukannya di tepi kereta atau di mana-mana saja asalkan aurat mereka terjaga.





Masjid Al Bukhari yang terletak di Alor Setar sangat unik senibinanya dengan deretan pokok kurma yang terletak dihadapan bangunan. Masjid ini mempunyai ruang solat di bahagian atas. Tempat solat perempuan dipisahkan dengan beberapa pengadang kayu yang memisahkan ruang solat wanita dan lelaki. Malangnya pengadang ini tidak rapat terutama sekali dibahagan belakang. Ruang wanita dibahagian tepi dan belakang juga  terbuka dimana ruang ini memang menjadi laluan lelaki terutama sekali dibahagian belakang. Memang tiada ruang tertutup langsung di sini kerana semasa saya hendak menyalin kain, saya terpaksa melakukannya di bahagian belakang walaupun terdapat lelaki yang kadangkala terjenguk ke bahagian solat perempuan.


Harapan saya dengan perbincangan saya disini,biarlah ada perubahan dibahagian ruang solat wanita di masjid berkenaan agar kami dapat bersolat dengan selesa dan khusyuk.
Ikuti perbincangan saya seterusnya tentang  contoh- contoh ruang solat yang saya kunjungi yang saya rasa lebih selesa walaupun kecil dan juga contoh ruang solat yang perlu dipertingkat lagi keadaannya di negara kita.

Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini.

Tuesday, September 20, 2011

Mencari Masjid DI Toledo, Ohio

"Tu dia! Masjid ....kita dah sampai...kata anakku menjerit setelah sekian lama kami mencari masjid tersebut supaya kami dapat menunaikan solat  zuhur asar jamak. Dari jauh kelihatan menara dan kubah masjid berdiri teguh di kawasan lapang yang agak berpaya.

Sebelum itu kami telah ke sebuah pantai ditasik Erie.Tasik Erie ialah antara tasik terpanjang diantara kelima- lima 'The Great Lakes'. Tasik lain ialah Michigan, Superior, Ontario dan Huron. Untuk menyusuri tasik Erie ini di bahagian Amerika Syarikat saja mengambil masa 6 jam. Bolehlah dibayangkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar atau Perlis menggunakan lebuhraya Utara Selatan. Pemandangan  pantai menghadap tasik  ini sungguh menakjubkan, MasyaAllah. Oleh kerana besarnya tasik ini, tebing yang di bahagian yang berlawanan berhadapan kami tidak kelihatan kecuali yang berdekatan sahaja.

Masjid yang kami cari ialah Islamic Center Of  The Greater Toledo.Di negara ini Islamic Center memainkan peranan yang hampir sama dengan masjid. Mungkin Islamic Center mempunyai peranan yang lebih luas. Masjid ini sangat besar dan mempunyai pelbagai fungsi selain  daripada menyediakan ruang solat. Ia mempunyai sebuah perpustakaan, sekolah dan klinik dan  juga mengeluarkan buletin masjid setiap minggu.



Kami terus parkir kenderaan kami di kawasan letak kereta. Kelihatan bunga  Sakura putih sedang kembang mekar menghiasi kawasan masjid. Bergegas kami mencari pintu untuk ke ruang solat. Yang lelaki ke bahagian belakang bangunan masjid, yang perempuan di bahagian hadapan. Malangnya... Kedua-dua pintu utama tertutup.

Adakah kami dapat masuk ke dalam masjid sedangkan kedua-dua pintu masjid bertutup. Sekiranya anda ingin mengetahuinya ikuti pengembaraan saya bersama keluarga di Amerika Syarikat. Klik di sini.

Thursday, September 15, 2011

I recall the  first time I went  hiking  was when I was in Bako , Sarawak. Being a non hiker enthusiast I did not plan to go hiking there. In addition it never come across my mind that the foot path in Bako was meant for hiking. I thought that the path around the area was across a flat land. 

With a handbag on my shoulder and slippers, my family and I boarded a speed boat at Kampung Bako to go to Bako National Park. It was a thrilling boat ride as we passed the water village where houses were built on stilts and a large mangrove area. Once we reached the park jetty, we got excited when we saw the proboscis monkey sitting quietly on several trees, an interesting  welcome  to this serene, enchanted place.


With a handbag on my shoulder and slippers, my family and I boarded a speed boat at Kampung Bako to go to Bako National Park. It was a thrilling boat ride as we passed the water village where houses were built on stilts and a large mangrove area. Once we reached the park jetty, we got excited when we saw the proboscis monkey sitting quietly on several trees, an interesting  welcome  to this serene, enchanted place.

Then came the incredible part. As I mentioned earlier, I had come with a handbag on my shoulder and a slipper with a slightly  high heels. The relaxing  walking activity soon become a grueling climbing up the hill with rocky  paths. Out of a sudden the path soon became out of sight . That means I have to use my all fours to reach the other side of the hill. Oh my god!  My children had to pull me up to reach the top.

It was then my family members had to bear all the grumblings that I poured as I strenuously climbed the rocky hills. I kept on mentioning why do they have to choose that path whereas I knew that they, themselves did not know the path could be that difficult. Then low and behold! Right in front of us was a gigantic enormous rock. "Wait a minute...," I asked my children." Do we have to actually climb that giant rock???" I asked as my eyes stared unblinkingly at my family. "Yes mom, according to the path given, we have to," said my eldest daughter.
My hiking adventures began when we decided to see more of the area since there wasn't much things to do at the jetty. So we chose a scenic area as our next target of destination. The first few minutes was okay as we followed the path which was not that hilly. Fortunately the path was well equipped with lots of notice boards just in case we got lost.


Oh my God! My  heart started beating rapidly..... To turn back and tracking down that high hill was also incredible. To climb the huge rock was even unimaginable. We had no choice but to continue taking that nearly impossible path. My grumbling continued as I struggled on all fours with my children to climb the huge thing. Thank God! I did not hurt or scratch myself.

Upon reaching the top of the rock, we were dismayed as all we could see was more path. The destination was still very  far. There was a shade with wooden seats  that we could use as a place to rest. We took a few minutes to discuss our next course of action. We were already exhausted and might not have the energy to climb down if we proceed. However to turn back using the same route looked  a waste of time and energy. There was another route from there that leads to a beach  about half hour from the jetty. After much discussion, we decided to proceed to the beach.

The path to the beach was much easier and we could see quite a number of people following the route. After about 45 minutes going downhill, we reached the  beach. We were indeed exhausted when our feet landed on the soft sandy beach. Though the beach was not  that large and secluded, the cool breeze and water gave a us a welcome respite  to reduce our weariness.

My feet and my aching body gave me signs that I could not continue hiking anymore. We did not bring any food but only a bottle of mineral water. Most of us were already exhausted that we do not feel like hiking anymore even walking back to the jetty. Fortunately we saw a boat passing by not far from the beach. I suggested that we ask the  boatmen to take us back to the jetty. So we waved to him as if asking him to come to us. Yep! that was the first time we waved so hard that  It felt as if we were waving for help after having stranded and lost on an unknown far away island,

Little did we knew that he was actually he was the same  boatman that took us from Kampung Bako to the national park jetty. It was when  he brought the boat near beach that we saw  the familiar face. What relief.! We decided to asked him to take us back to Kampung Bako instead of the park jetty. 



We rode past a huge unique rock formation in the middle of the sea.This huge rock was said to look like a huge serpent. 

Thank God not long after that we reached Kampung Bako  safe and sound. Thrilling adventure? Yes! But never again.....

Monday, September 12, 2011

Orang Islam Pada Pandangan Non Muslims Amerika Syarikat...Suatu Ketika Dahulu

Sewaktu aku mula-mula berada di Amerika Syarikat, tidak  ramai masyarakat  di sana yang mengenali Islam. Apa yang mereka tahu ialah itu agama yang biasa dianuti oleh orang Arab dan negara disekitarnya. Tak ramai yang memakai tudung bila berada di luar rumah. Kalaupun ada mereka ialah wanita Iran yang sedang belajar di universiti. Kebanyakan wanita Arab jarang keluar dari rumah mereka kecuali pada waktu-waktu tertentu.

Aku teringat beberapa bulan pertama kami berada di Fresno, California kami telah menggunakan bas sebagai pengangkutan utama. Maklumlah generasi kami ketika itu tak ramai yang tahu memandu, tambahan lagi ketika itu bagi kami eloklah kami menjimatkan wang daripada membeli kereta. Sewaktu menunggu bas,terdapat beberapa buah bas lain  yang lalu di kawasan tersebut. Apabila bas itu lalu di tepi kami, terdapat beberapa remaja mat saleh yang menjerit -jerit  dengan kuat "Iranians! Iranians!" kepada kami. Bagi mereka,semua yang bertudung itu ialah orang Iran. Begitulah jahilnya mereka kerana menyangka hanya orang Iran yang pakai tudung.

Kenapa mereka menjerit "Iranians!" kepada kami? Kenapa mereka kelihatan begitu marah kepada orang Iran ketika itu? Sebenarnya di sekitar California kebanyakan wanita yang aktif keluar dari rumah dan bertudung ialah orang Iran. Waktu kami sampai ke Amerika Syarikat, ketika itu  baru berlaku revolusi Islam Iran. Dalam revolusi itu presiden mereka Shah Iran telah ditumpaskan dan digantikan dengan pemimpin yang lebih islamik iaitu Ayatollah khomenei. Amerika tidak menyokong revolusi tersebut  bahkan telah mengutuk tindakan orang Iran menghalau presiden mereka. Orang Iran begitu marah dengan Amerika lalu mengutuk mereka balik. Mereka adalah antara orang Islam yang secara berkumpulan dan perseorangan  yang berani mengutuk dengan lantangnya kerajaan Amerika.

Kebanyakan yang menjerit di dalam bas itu ialah remaja sekolah. Ada juga sekali sekala beberapa orang dalam kereta yang lalu di tepi kami menjerit "Iranians!" kepada kami. Alhamdulillah, oleh kerana kami sentiasa bergerak dalam kumpulan kecil, kami tidak diapa apakan.
Setelah beberapa bulan berada di Fresno, aku meneruskan pengajian di Sacramento. Anehnya orang Iran jugalah yang aktif mengajak kami ke perjumpaan mereka. Wanita Arab agak kurang menampilkan dri mereka dan mualaf yang berkahwin dengan orang Arab kurang bercampur dengan orang lain. Kami mengambil pendekatan untuk bergaul dengan semua orang islam sama seperti orang Iran ketika itu. Kadangkala aku ke kelas al Quran yang dikelolakan oleh orang Arab, kadangkala aku menghadiri perjumpaan orang Iran. Biarpun orang Iran syiah inilebih mengutamakan Ali b. Abi Talib dan keluarganya daripada 3 khalifah terawal dalam khulafa Arrasyidun, dalam perjumpaan yang besar sebegini biasanya apa yang dibincangkan ialah penyatuan umat islam.


Aku teringat pada suatu pagi ketika aku keluar dari perpustakaan universiti , seorang mat saleh lelaki berlari-lari ke arah ku. Suspens juga aku walaupun ketika itu berduyun duyun orang di situ.



"Excuse me, can I ask something.? " katanya. 


"Ok," Jawabku dengan cepat kerana sememangnya ketika itu aku hendak cepat ke satu destinasi lain.


" I notice that your face is not like an Arab, yet you wear scarfs like them. You are not an Arab right?" tanyanya lagi.


"Nope, I'm a Malaysian. I'm a Malaysian muslim. You know,there are many muslims in Malaysia. Do you know where  Malaysia is? tanyaku .

"Let see,... hmmm ...somewhere in Africa...maybe," katanya dengan senyum.

"No, it's in South East Asia. I'm sorry I've got to go now," kataku.

"Ok. Thanks for telling me. Nice talking to you," katanya lagi.

Perbualan kami terhenti di situ saja. Aku bersyukur kerana dapat menerangkan walaupun hanya pada seorang non muslim bahawa orang Islam bukan hanya terdapat di negara Arab tetapi juga di negara yang jauh dari Afrika....



Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini!

Thursday, September 8, 2011

Kesihatan Kita Ibarat Putaran Roda

Sepanjang bulan Ramadhan lalu aku di uji Allah sehingga resah kerana tidak dapat bersolat dan berpuasa begitu lama akibat penyakit yang hanya aku ketahui puncanyasebulan selepas itu. Syawal tahun itu aku sambut dengan terbaring mengerang kesakitan. Ditambah pula kerisauan dengan keputusan yang perlu aku buat samada bersetuju untuk dibedah atau tidak untuk memasukkan besi ditulang belakangku. Salah satu tulang di belakangku telah terkeluar dari posisi yang sepatutnya.

Kini sudah setahun berlalu. Alhamdulillah, Ramadhan dan Syawal kali ini telah ku sambut dengan lebih selesa kerana penyakit dalaman yang ku alami berkurangan setelah di rawat dan aku telahpun selamat menjalani pembedahan tulang belakang tersebut. Meskipun belakangku masih berasa sakit, aku lega sekurang- kurangnya kerisauanku tentang kedudukan tulang belakangku  berkurangan.

Allah telah menurunkan ujian bagiku sepanjang Ramadhan sehngga akhir tahun lepas. Aku bersyukur ia tidak berlanjutan sehingga ke tahun ini.

Tahun ini Allah telah turunkan ujian bagi orang yang dekat denganku iaitu ibuku, sepupuku dan ibu saudaraku. Ibuku mengalami batuk yang kuat sehingga sakit tulang rusuk dan tulang belakangnya yang telah bengkok. Dalam usianya yang sudah lanjut dan dirinya yang lemah, sebarang penyakit boleh menyebabkan seluruh badannya sakit. Banyak doktor yang dikunjungi sepanjang Ramadhan, Alhamdulillah batuknya berkurangan namun  bahagian tulang rusuknya masih sakit.

Sepupuku pula mengalami penyakit aneh yang tak dapat kuceritakan di sini. Berbulan dia terlantar di hospital kerana terlalu sakit. Dalam  bulan Ramadhan ini pun dia terpaksa dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur walaupun dia tinggal di Ipoh. Pulang ke Ipoh dia dimasukkan semula ke hospital Ipoh sehingga hari raya.

Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, dikejutkan dengan berita ibu saudaraku dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana sakit jantung. Dia di masukkan ke hospital Sungai Petani pada hari raya ke 6. Alhamdulillah, setelah beberapa hari di sana, ibu saudara ku dibenarkan masuk ke wad biasa.

Sekiranya pepatah hidup ibarat roda, kadangkala di atas kadangkala di bawah seringkali dikaitkan dengan kekayaan dan pekerjaan, bagiku ia juga boleh dikaitkan dengan kesihatan. Kadangkala apabila kita sihat sepenuhnya, Alhamdulillah, hati kita ceria seolah-olah kegembiraan itu akan berpanjangan. Tanpa kita sedari kita akan diuji Allah dengan pelbagai penyakit yang kita sendiri tak duga dan tak sanggup kita hadapi. Kerap kali ketika itu kita akan berasa sedih dan risau apakah penyakit itu akan berpanjangan.

Benarlah apa yang dikatakan ulama,  nikmat pemberian Allah yang paling tinggi di muka bumi ini ialah badan yang sihat, samada dari segi rohani mahupun jasmani. Sememtara kita ini dikurniakan badan yang sihat, eloklah kita berusaha melakukan amal ibadah dan kebaikan seberapa banyak yang boleh. Apabila kita sakit, kita tidak lagi berupaya melakukannya bahkan untuk menguruskan diri sendiri pun perlu pertolongan orang.

Monday, September 5, 2011

Makanan Halal Bukan Setakat Tiada Babi/Khinzir- Bahagian 2

Semasa belajar di Amerika Syarikat dahulu, kami telah menubuhkan Persatuan Penuntut Malaysia di universiti tempat kami belajar. Setiap penuntut Malaysia diberikan tugas dalam persatuan tersebut.  Antara tugas yang diberikan kepada saya ialah menyelidik kandungan makanan yang dijual di pasaraya  dan menulis kepada sesebuah syarikat pengeluar makanan sekiranya apa yang terdapat di dalam produk mereka tidak jelas kandungannya.


Kebanyakan syarikat yang kami hubungi  memberi respons yang agak cepat. Sememangnya mereka tak ragu-ragu memberikan kerjasama kerana mereka tahu di sana ada pelbagai kumpulan manusia  yang sangat sensitif kepada kandungan makanan. Ada yang vegetarian, musim,ada yahudi yang hanya makan makanan kosher dan ada yang masalah alergi. Bagi pihak syarikat adalah  tidak merugikan sekiranya mereka memberitahu kandungan bagi produk makanan mereka.



Di sini ingin saya mengenengahkan beberapa istilah atau perkataan yang di gunakan dalam makanan. Bagi babi ataupun khinzir, walaupun binatang itu dipanggil pig, pelbagai istilah digunakan untuk dagingnya. Swine ialah nama lain bagi pig iaitu babi. Pork ialah daging khinzir. Manakala lard ialah lemak babi. Sekiranya terdapat pada bungkusan makanan perkataan-perkataan pork, swine, dan lard dengan automatik sepatutnya kita mengelak daripada mengambilnya.

Tallow ialah lemak binatang. Sekiranya pada terdapat perkataan tallow pada sesebuah bungkusan makanan yang tiada sijil halal. eloklah kita elakkan sebab kita tak tahu  sumbernya. Walaupun diletakkan beef tallow, kita tak tahu samada ia halal atau tidak.



Sekilas pandang memanglah sukar untuk melihat  kesemua kandungan dalam label sesuatu makanan terutama sekali makanan yang tiada label halal. Biasanya pelajar dil uar negara mempunyai senarai barangan yang boleh dimakan yang dikeluarkan oleh persatuan muslim di sana. Namun begitu senarai itu bukan untuk semua makanan yang terdapat disana. InsyaAllah,  kepekaan dan usaha seseorang untuk memastikan samada ia boleh dimakan atau tidak akan diberi ganjaran oleh Allah. 


Ikuti perbincangan saya seterusnya nanti.


 Ingin tahu kisah pengembaraan saya bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini.

Popular Posts