Perjalanan dari Michigan ke Tennessee mengambil masa lebih kurang 11 jam jika di sertakan masa berhenti seketika untuk solat dan menyahut panggilan tabii. Oleh kerana kami bertolak sebelum zuhur, kami perlu berhenti untuk solat jamak Zuhur Asar.
Indianapolis ialah transit kami seterusnya untuk menunaikan solat dan mencari restoran halal kerana kami sudah habis bekalan makanan yang dibawa dari Michigan. Indianapolis terletak di Indiana, sebuah negeri pertengahan perjalanan antara Michigan dan Tennessee. Indiana bermaksud tanah Indian iaitu tanah orang asli red Indian Amerika.
Alhamdulillah, agak mudah kami mencari masjid di sini kerana ia terletak di jalan utama Indianapolis. Lagipun kami menggunakan GPS. Masjid yang setingkat ini menempatkan sebuah pejabat dan ruang solat yang berasingan bagi lelaki dan perempuan. Bersebelahan masjid ini juga terdapat sebuah sekolah agama. Walaubagaimanapun kami tidak dapat berjumpa dengan sesiapapun di sana kerana ketika itu bukan waktu solat. Selesai solat kami pun beredar mencari restoran halal yang berdekatan.
"Kenapa nampak pelik aje restoran Arab ni?" Bisik hatikku apabila kereta kami berhenti di hadapannya. Rupa rupanya selain daripada menyajikan makanan Arab, restoran ini juga mempersembahkan tarian gelek kepada pelanggan semasa menikmati makanan. Aku berasa kesal dengan 'extra service' yang diberikan oleh pihak restoran ini.Sepatutnya sebagai restoran halal, mereka harus memaparkan apa yang Islamik, bukan menyediakan hiburan yang berpengaruh negatif supaya dapat menarik lebih ramai orang bukan Islam ke arah ugama yang suci ini. Kami mula berasa was-was dengan restoran tersebut, oleh itu kami cuba mencari restoran yang lain.
Alhamdulillah, lebih kurang lima belas minit selepas itu, kami terjumpa sebuah restoran India muslim yang menyajikan pelbagai masakan halal yang biasa kita kenali.Restoran ini agak besar dan rekabentuk dalamannya memang nampak agak eksklusif. Kami memesan 2 set nasi beriani dan satu bungkus nasi putih. Pada mulanya aku teragak-agak kerana fikir nasi sebanyak itu sudah pasti tidak mencukupi untuk kami berlima. Setelah diyakinkan oleh anak- anakku bahawa nasi itu memang mencukupi, kami membuat keputusan untuk memesan nasi sebanyak itu sahaja.
Untuk menjimatkan wang kami tidak makan di restoran itu. Kami akan memilih satu tempat yang sesuai untuk makan malam nanti.
Adakah nasi itu mencukupi dan di mana kami berhenti untuk makan malam pada hari itu? Ikuti kisah pengembaraan saya bersama keluarga di Amerkia Syarikat. Klik di sini.

No comments:
Post a Comment