Thursday, August 18, 2011

Manafaat Yang Saya Perolehi Menyekolahkan Anak di Sekolah Agama


Sebagai seorang ibu, banyak kelebihan yang saya perolehi bila menyekolahkan anak di sekolah agama. Sebenarnya apabila anak bersekolah di sana dengan secara tidak langsung kita pun terlibat dalam sistem persekolahan tersebut. Tambahan lagi sebagai seorang surirumah, masa yang terluang lebih di tumpukan kepada pelajaran anak-anak. Oleh itu saya dapat menyemak buku buku mereka dengan  lebih lama.

Pertama,  sewaktu anak saya yang kedua masuk ke sekolah ini, sekolah ini mewajibkan ibubapa mengikuti kursus  asas pembelajaran Al Quran kaedah Iqra' supaya kami dapat teguhkan pembelajaran anak-anak di rumah.  Dengan tak secara langsung kami juga belajar AlQuran. Pembelajaran Al Quran disekolah  juga melibatkan pelajaran tajwid sehinggalah ke sekolah menengah. Oleh itu sedikit sebanyak pengetahuan ilmu tajwid dapat juga di perolehi.

Kedua, pelajaran bahasa Arab juga ditekankan  di sini. Bagi saya yang tiada asas kemahiran berbahasa Arab, saya mengambil peluang untuk belajar bahasa Arab daripada anak -anak sendiri atau dariada buku-buku yang di gunakan oleh anak-anak. Saya bersyukur mendapat ilmu ini walaupun pengetahuan ini tidak sebanyak yang anak saya dapat. Bak kata pepatah sambil menyelam minumair.

Bagi seorang yang tidak pernah bersekoah di sekolah agama, mata pelajaran islam yang diajar samada  fiqh, akhlak, seerah dan akidah mahupun tasawur islami, semuanya memberi manafaat kepada saya. Oleh kerana saya sendiri terlibat membantu anak saya dalam membuat nota subjek tersebut(membantu, bukan nota kesemuanya sekali), dengan sendirinya saya mendapat ilmu itu juga. Pengetahuan saya dalam membuat peta minda banyak membantu dalam proses membuat nota. Terima kasih kepada Dr Shukri Abdullah kerana mengajar cara-cara membuat peta minda ini berbelas tahun dahulu di TV !

Selain daripada  subjek subjek yang dinyatakan di atas, saya juga mendapat pelbagai ilmu daripada subjek lain. Sebenarnya pokok pangkalnya jika kita  mahu melibatkan diri dalam pendidikan anak- anak, InsyaAllah kita akan dapat manafaat bersama. Saya telah memperolehi banyak manafaat untuk diri saya sendiri daripada sekolah agama yang di hadiri oleh anak saya. Bagi mereka yang bekerja, luangkanlah masa untuk memahami pelajaran anak-anak. InsyAllah banyak manafaat yang kita sendiri boleh perolehi.




No comments:

Post a Comment

Popular Posts