Baru baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang adanya lemak babi di dalam mentega yang diimport dari luar negara. Dari pengetahuan saya, mentega ini telah dipasarkan di negara ini sejak puluhan tahun yang lalu. Beberapa bulan lalu kita jugamendapat berita tentang keraguan tentang bahan yang terdapat dalam minyak sapi. Oleh kerana kita memerlukan makanan untuk hidup, seharusny a kita harus berhati-hati dalam pemilihan makanan.
Di Malaysia, kita seharusnya bersyukur adanya badan seperti Jakim untuk menguruskan tentang status kehalalan sesuatu makanan. Walaupun tidak semua makanan yang dapat dikaji oleh Jakim, namun dengan adanya makanan yang mempunyai tanda halal jakim, maka pemilihan makanan lebih mudah dan dapat mengurangkan was-was seseorang pengguna.
Pengalaman saya selama empat tahun di Amerika Syarikat serta kelulusan saya dalam bidang kimia membolehkan saya sedikit sebanyak mengetahui samada sesuatu bahan mengandungi lemak haiwan atau tidak. Sebenarnya samada halal atau tidak bukan bermakna makanan itu tidak mengandungi babi. Banyak lagi bahan tambahan(additive) yang dimasukkan ke dalam sesuatu makanan yang perlu di awasi sumbernya. Sekiranya bahan tambahan ini asalnya dari sumber haiwan, perlulah kita tahu samada ia di sembelih atau tidak. Alkohol dalam makanan juga adalah haram. Hukumnya tidak sama bagi kosmetik kerana kita hanya memakainya dan tidak masuk ke dalam saluran makanan kita.
Persoalannya adakah kita tahu nama scientifik atau kod-kod yang di tertera pada bungkusan makanan yang kita beli? Biarlah saya memberi sedikit sebanyak bahan yang yang mungkin boleh membawa kepada keraguan bagi barang yang tidak mempunyai halal jakim.
Pertama, mono and diglyceride ialah salah satu bahan tambahan yang asasnya dari gliserol iaitu lemak. Kodnya ialah E471 biasanya terdapat dalam 2 jenis samada vegetable mono and diglycerude atau mono and diglyceride. Sekiranya dilabel vegetable mono and diglyceride, tiada masalah bagi kita memakannya. Kalau di letakkan hanya mono and diglyceride seharusnya kita selidik atau elakkan daripada mengambil makanan tersebut. Saya telah selidik sekiranya makanan itu mempunyai mono and diglyceride dan mempunyai logo halal Jakim, pihak Jakim sudah pun mengesahkan ia dari sumber yang halal atau tidak meragukan.
Yang kedua ialah lecithin(lesitin). Biasanya di negara kita di label samada soya lecthin( lesitin kedelai dalam indonesia) ataupun lecithin saja. Sekiranya di nyatakan pada label, soya lecithin, InsyaAllah bahan itu boleh di makan kerana ia mengandungi bahan yang dibuat daripada kacang soya. Sekiranya hanya diletakkan lecithin ianya mungkin berasal dari haiwan atau sayuran. Oleh itu sumbernya meragukan.
Ikuti perbincangan saya seterusnya tentang bahan tambahan dalam makanan.

No comments:
Post a Comment