Wednesday, August 3, 2011

Makanan Halal Di Amerika Syarikat

Bagi yang hendak menyambung pelajaran di USA, mungkin ada yang khuatir bagaimana hendak mendapatkan makanan halal. Mengikut seorang penceramah muslim dari Amerika Syarikat di radio Ikim, agama Islam merupakan antara agama yang paling cepat berkembang di US. Oleh itu pertambahan umat Islam di sana memang cepat berbanding agama- agama lain. Bagi mereka yang hendak ke sana, jangan risau dengan tempat untuk mendapatkan makanan halal kerana bilangan orang Islam yang ramai sudah semestinya mempunyai bilangan kedai halal yang banyak.

Sebenarnya  kedai menjual makanan halal memang banyak  di Amerika Syarikat  terutama sekali yang menjual bahan mentah halal seperti daging lembu, ayam dan lain lain. Hampir setiap bandar mempunyai kedai menjual bahan mentah halal. Kedai ni biasanya kepunyaan orang Arab muslim dan selain daripada menjual daging halal, mereka juga menjual barang- barang keluaran negara lain dan sudah dipastikan kehalalannya.

Antara  kedai yang terbesar yang pernah saya lawati ialah di Dearborn ialah sebuah bakeri yang juga merupakan sebuah restoran menjual makanan yan siap di masak seperti spagheti, lasagna dan pelbagai makanan Arab yang saya sendiri kurang tahu. Selain itu mereka juga menjual pelbagai produk halal dari seluruh dunia. Bakeri ini juga menjual kek hari jadi roti dari pelbagai saiz yang menakjubkan.

Terdapat beberapa restoran halal  yang telah kami lawati semasa melancong ke sana. Kami pernah singgah di sebuah restoran India muslim yang menyajikan pelbagai jenis nasi seperti nasi beriani dan nasi pilaf. Kami juga pernah singgah di sebuah restoran Lebanese dimana kami telah menjamu selera dengan kebab dan pelbagai jenis nasi Arab. Sungguhpun harganya agak mahal, kami yang terpaksa meneruskan perjalanan ke tempat lain terpaksa membelinya. Alhamdulillah sekurang-kurangnya kami dapat makanan yang halal.



Ingin membaca kisah pengembaraan kami di Amerika Syarikat? Sila klik di sini.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. oh tandas berkualiti, oh hidup berkualiti.. :P
    --smk--

    ReplyDelete

Popular Posts