Hijrah Rasulullah bukannya mudah namun telah dirancang dengan telti agar tidak dapat dikesan oleh orang Quraisy. Bermula dari rumah Siti Khadijah, Rasulullah telah pergi kawasan al Nadwah, tempat pembesar Quraisy berkumpul dan berbincang.
Seterusnya Rasulullah bergerak ke rumah Saidina Abu Bakar. Waktu tengahari sebelum itu Baginda telah pun menyatakan rancangan tentang penghijrahan itu. Oleh itu Abu Bakar memang sudah bersedia ketika menunggu sahabat karibnya.
Mungkin ramai yang berada di Makkah tidak menyedari mereka selalu lalu berhampiran rumah Abu Bakar. Dimanakah letaknya rumah Abu Bakar? Sebenarnya ia terletak dalam bangunan Hilton Makkah yang betul-betul di hadapan Masjidil Haram ,cuma lokasi yang dibenarkan sebagai petanda rumahnya ialah di tingkat 4. Sebagai mengingati letaknya rumah Abu Bakar di sini, sebuah masjid dibina di dalam hotel ini dan dinamakan Masjid Abu Bakar al Siddiq r.a.
Sekiranya anda berada di Makkah , jangan lepaskan kesempatan ini untuk menjejaki tempat-tempat yang disinggahi Rasulullah semasa berhijrah.Setiap tempat yang disinggahi baginda pastinya ada signifikannya.
Sumber:
1. Sirah Nabawiah s.a.w.-Safiyyu Al Rahman al Mubarakfuri(terjemahan YADIM)
2. Bayu Kerinduan Di Bumi Haramain- Ust Ahmad Husni Abd Rahman
No comments:
Post a Comment