Entahlah kenapa ...kini bila mengembara, hati ini lebih tertarik mendekatkan diri kepada rumah Allah. Mungkin kerana terasa selamat dan ingin sentiasa memohon perlindungan Allah. Atau mungkin juga teringin melihat tertegaknya rumah Allah di bumi itu walaupun umat Islam hanya kaum minoriti di sana. Biarpun masjidnya hanya sebuah apartment yang kecil, hati kecil saya tetap bangga dengan kewujudan masijd di sana.
Sekiranya di negara-negara Islam masjid yang didirikan oleh pihak pemerintah begitu besar, namun masjid yang kecil yang di dirikan dari kutipan sedekah dan waqaf terasa lebih auranya dan lebih bermakna. Begitulah kebanyakan masjid-masjid di negara bukan Islam.
Pun begitu, kebanyakan Islamic Center di Amerika syarikat yang sempat kami kunjungi sedang diubah suai supaya ruang solatnya lebih besar. Islamic Center Of Greater Kansas City yang terletak di Missouri ialah antara Islamic Center yang sempat kami kunjungi baru-baru ini. Terletak di kawasan tanah yang sangat luas, Islamic Center setinggi 2 tingkat ini sedang diubah suai lebih separuh daripada bangunannya.
Alhamdulillah, biasanya pengubahsuaian dijalankan disebabkan kerana ruang solat yang tidak mencukupi untuk menampung jemaah yang ramai. Ini menunjukkan orang Islam di sana semakin ramai. Selain daripada bangunan masjid, terdapat juga sebuah sekolah Islam bersebelahan dengannya bagi anak-anak orang Islam di sana mendapat ilmu akhirat selain mendapat ilmu duniwai di sekolah biasa. Begitulah usaha umat Islam di sana. walaupun pernah mengalami pelbagai ancaman kesan daripada peristiwa Sept 11, 2001 yakni pengeboman World Trade Center di New York. Namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Semakin ramai yang memeluk Islam di sana.
Perasaan kami? Amat bersyukur bila berpeluang untuk singgah dan melihat pembangunan rumah Allah di bumi yang penuh kontroversi ini disamping seronok dapat bersua dengan American Muslim di sana. Bagaimana perasaan anda pula sekiranya berkesempatan singgah di rumah Allah di negara non Muslim?
Mungkin juga benar apa yang dikatakan oleh Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman:
Suasana ketenangan dan rahmat masjid seolah-olah punya kuasa 'membebaskan' manusia daripada kebanggaaan, kemegahan, kekalutan dan kesesakan dunia dan isinya. Zikrullah yang dibisikkan dalam keinsafan, sujud yang dimurnikan kepada al Rahman mendidik, menyusun atur dan mengembalikan trek kehidupan manusia dalam perjalanan kezuhudannya menuju akhirat.
Sumber: Solusi isu 76
No comments:
Post a Comment