
Berapa ramai daripada kita menghargai langit yang cerah dan membiru hanya setelah langit ini tidak kelihatan lagi, sebaliknya diselubungi habuk dan asap yang menyesakkan pernafasan dan memedihkan mata. Berapa ramai pula yang selalu bersyukur dapat menikmati makanan yang sedap sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat menjamah makanan tersebut dek kerana penyakit yang dialami. Berapa ramai lagi yang menghargai dan merindui bunyi-bunyi indah dan pemandangan ciptaan Allah yang menenangkan jiwa hanya setelah pendengaran mereka bermasalah dan mata mereka kian kabur. Malangnya, kata Ewe Jin, kita biasanya merindui dan mula menghargainya setelah keadaan ini sudah tiada lagi bersama kita.
No comments:
Post a Comment