Thursday, December 31, 2015

Senarai Barangan Halal Ada di Amerika Syarikat

Ish peninglah! Mana nak ada masa nak tengok semua bahan-bahan dalam makanan bila kita nak beli grocery ni." Mungkin ini antara keluhan seseorang sewaktu baru-baru memijak kaki ke negara bukan Islam. Nak mencari makanan halal bukannya mudah. Yang terdapat di 'grocery store' mana ada sijil halal Jakim seperti di  Malaysia.
Di Amerika Syarikat terdapat pertubuhan atau persatuan yang menyelidik tentang produk-produk yang boleh dimakan dan boleh diguna pakai oleh orang-orang Islam. Hasil daripada penyelidikan mereka, beberapa senarai panjang produk yang halal telah sediakan khas untuk pengguna-pengguna  muslim di sana.
Antara laman web yang boleh dilayari ialah muslimconsumergroup.com dan Muslim matters.org dan Zabihah.com. Senarai yang disediakan bukan saja produk makanan bahkan produk-produk lain yang mungkin meragukan kita.. Selain daripada itu dinyatakan juga kenapa satu-satu produk itu dibolehkan atau tidak dibolehkan kepada orang Islam.
Di bawah ini ialah antara contoh senarai 'bread' jika kita layari laman web muslimconsumergroup.com. Dengan adanya senarai ini lebih mudahlah kita mendapatkan barangan yang halal di makan, Insha Allah.
logo

Halal Status Product Name Category Product Brand Comments Date
exclaimBread & Butter PicklesPicklesGreat ValueHalal if no alcohol is used in flavor.04-26-15
halalWhole Grain White BreadBreadWonderA Muslim consumer has provided this information: he VP Technical Services/Quality Assurance/Regulatory of Flower Foods response included the following: To answer your questions about the Wonder Whole Grain White bread: The yeast extract in the formula comes from baker's yeast. The Alpha Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Pyridoxine Hydrochloride, Cholecalciferol (vitamin D3) and Cyanocobalamin (B12), are all kosher pareve certified ingredients. Thank you for maintaining this website.08-06-14
halalBread Machine YeastYeastFleischmann
07-11-14
halalBread Machine YeastYeastSAF
07-11-14
haramAncient Grain BreadBreadPepperidge FarmUse of non halal ingredients05-26-14
halalOriginal BreadstickBreadstickStella Doro UPC Code: 0 7351080002 603-16-14
halalPublix Large Enriched White BreadBreadPublixBrother Sayed has send this e-mail from Publix: The Publix Large Enriched White Bread does not contain any animal product. We hope we have answered your question to your satisfaction. Should you have additional follow up, please do not hesitate to contact our customer care specialist at 1-800-242-1227. You may also contact us via email at www.publix.com/contact or write us at Publix Super Markets, Inc., P.O. Box 407, Lakeland, FL 33802, ATTN: Customer Care. Please be sure to reference your case identification number. We look forward to hearing from you again soon.02-09-14
halalAll Publix Breads with out WHEY, L-CYSTEINE and FlavorBreadPblixBrother Sayed has send this e-mail from Publix: The Publix Large Enriched White Bread does not contain any animal product. We hope we have answered your question to your satisfaction. Should you have additional follow up, please do not hesitate to contact our customer care specialist at 1-800-242-1227. You may also contact us via email at www.publix.com/contact or write us at Publix Super Markets, Inc., P.O. Box 407, Lakeland, FL 33802, ATTN: Customer Care. Please be sure to reference your case identification number. We look forward to hearing from you again soon.02-09-14
halalCracked Wheat BreadBreadFranzAvailable at Albertson in Redmond, WA07-04-13
halalWheat BreadBreadFranzAvailable at Albertson in Redmond, WA07-04-13
halalWhite BreadBreadAlbertsonAvailable at Albertson in Redmond, WA07-04-13
halalWhite BreadBreadSuper ValueAvailable at Albertson in Redmond, WA07-04-13
halalBig White BreadBreadFranzAvailable at Albertson in Seattle, WA07-04-13
halalPure Butter Shortbread CookiesCookiesWalkerThe company said they use salted butter. 07/02/1307-02-13
halalPure Butter Mini Shortbread RoundsCookiesWalkerThe company said they use salted butter. 07/02/1307-02-13
halalPure Butter Shortbread RoundsCookiesWalkerThe company said they use salted butter. 07/02/1307-02-13
halalSoft White BreadBreadBimboAvailable on west coast at Food 4 Less supermarkets.06-28-13
halalSoft Wheat BreadBreadBomboAvailable on west coast at Food 4 Less supermarkets.06-28-13
halalEnriched White BreadBreadOld HomeAvailable on west coast at Food 4 Less supermarkets.06-28-13
halalBread CrumGluten Free ProductsEnergUPC Code 751194425005-06-13
halalBrown Rice Bread CrumbGluten Free ProductsHol-GrainUPC Code 216980458805-06-13
haramBread CrumbGluten Free ProductsScharNo Halal or Kosher symbol on the package. UPC Code 107570101705-06-13
haramAll Wheat Thins, Wheat Thin Zesty, Wheat Thin Stix, Wheat Thin Flat BreadCrackersNabiscoNo Halal or Kiosher Symbol on the package.11-18-12
exclaimTown House New Flat Bread Crisp Roasted Garlic CrackersCrackersKeeblerHalal if no alcohol is used in flavor.11-18-12
haramShortbread Sweet & Simple CookiesCookiesPepperidge FarmDue t presence of Vanilla Extract which contains 35% alcohol.11-17-12
exclaimSugar Free - Fudge Dipped Mint, Fudged Dipped Vanilla, Shortbread, Chocolate/Peca/Vanilla WafersCookiesMurrayHalal if no alcohol is used in flavor.11-17-12
halalPeacn Shortbread CookiesCookiesGreat Value
11-17-12
halalBread & Butter PicklesPicklesVlasic
10-11-12
halalBread & Butter Chips PicklesPicklesVlasic
10-11-12
halalBread & Butter Chip PicklesPicklesMt. Olive
10-11-12
halalFavorite Sandwich Bread MixCake MixGluten Free PantryA product of Canada, available at Wal-Mart.06-22-12
 Sources:http://www.muslimconsumergroup.com/search_results.html

Wednesday, December 23, 2015

Makanan Kosher Mudah Didapati di Amerika Syarikat


Pernahkah anda dengar tentang makanan 'kosher"?
Lihat simbol U pada label makanan in i



Berikut ialah sedikit penerangan tentang makanan tersebut.
Allah berfirman:
" ..dan makanan ahli kitab dihalalkan bagimu."
Surah al Maidah 5:5

Menurut ahli tafsir Al Quran, makanan dalam ayat ini maksudnya ialah haiwan sembelihan mereka. Justeru halal  bagi kita memakan haiwan sembelihan ahli kitab terutamanya Yahudi yang sangat ketat menjaga makanan mereka. 
Orang Yahudi memililki istilah khusus yang berfungsi seperti label halal dalam agama kita. Istilah itu dinamakan kosher. Setahu saya, tiada makanan haram yang mereka halalkan melainkan arak sahaja. 
Lihat simbol U pada peket makanan ini
Kesimpulannya, saudara boleh memakan masakan Yahudi melainkan jika saudara mengetahui mereka  memasukkan bahan berunsur arak ke dalam makanan tersebut. Semua ini tentu saja dibolehkan selagi mana ia tidak mengandungi aktiviti haram di sisi Islam.

 




Imam Ahmad berkata: 
Perkara yang dilarang hanyalah memasuki kuil dan gereja mereka. Adapun membeli makanannya, maka tidak haram."

Demikian diriwayatkan oleh Ibn Muflih dalam al Adab al Syar'iyyah.

Sumber: Al Ustaz Isu 20- Ustaz Umar M. Noor


Untuk memilih makanan kosher yang terdapat di kedai, seseorang harus memerhatikan label yang mempunyai simbol kosher. Antara simbol kosher ialah seperti yang tertera di bawah. Simbol ini terdapat di bahagian hadapan atau belakang label bungkusan atau pembalut bekas makanan. Simbol ini agak kecil, walau bagaimanapun biasanya ia boleh dilihat dengan jelas.



Tanda kosher yang disahkan oleh 
Chabad of Fresno, California

Tanda kosher yang disahkan oleh 
The Union of Orthodox Congregations, New York


Walau bagaimanapun bukan semua produk kosher di Amerika Syarikat halal bagi orang Islam  . Berdasarkan Muslim Consumer Group sekiranya produk kosher mengandungi bahan-bahan dibawah ini, produk ini dianggap tidak halal.
Antaranya
1. Gelatin- mungkin di buat daripada babi
2. kosher Gelatin
3. L Cystein-dibuat daripada rambut manusia atau bulu ayam atau itik
4. Segala jenis arak termasuk Rum.
5. Ethyl alcohol atau ethano
6. Carmine/cochineal- sejenis pewarna kuning dibuat daripada sejenis serangga
7. Vanilla extract- mengandungi alkohol
8. Kicap/ soy sauce naturally brewed- buasanya dicampur wheat dan prosesnya melibatkan ethanol.
9. Confectioneary glaze atau resionous glaze
10. Natural Vanilla atau Natural vanilla extract- alkohol digunakan dalam pemprosesannya.
11. Grape wine by product- grape seed oil, grape seed extract dan grape skin powder.

Berdasarkan pengalaman daripada pengembaraan saya di Amerika Syarikat, agak mudah mendapatkan barangan kosher terutama sekali di hypermarket Walmart dan Kroger. Hanya perlu melihat simbol-simbol ini dan cuba elakkan bahan-bahan di atas. Insha Allah pencarian makanan halal akan lebih mudah.
Bersambung.

Monday, December 21, 2015

Beli belah di Amerika Syarikat-Teliti Kandungan Bahan-bahannya Dahulu

Di Malaysia kita jarang meneliti kandungan bahan-bahan di dalam sesuatu produk. Beruntungnya kita sebab  label halal Jakim begitu banyak pada bekas makanan dan lain-lain produk di pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun sekiranya berada di negara bukan Islam seperti Amerika Syarikat,  perkara-perkara itulah yang perlu kita lakukan semasa berkunjung mahupun bermastautin di sana. Perlukah kita melakukannnya? Ya, perlu! Walaupun susah pada mulanya tabiat meneliti kandungan bahan-bahan dalam ssesuatu produk akan terbentuk dengan sendirinya lama kelamaan. Mulakanlah melihat kandungan bahan bahan setiap kali anda pergi membeli belah. Insha Allah ia akan menjadi satu perlakuan yang memberi faedah kepada anda kelak.

MUSLIM CONSUMER GROUP FOR FOOD PRODUCTS USA AND CANADA, sebuah badan yang bertanggungjawab untuk menyelidik produk dan menganugerahkan sijil halal kepada pelbagai produk makanan dan bukan makanan di Amerika Syarikat. Menurut Muslim Consumer Group ini, sumber halal bagi suatu bahan kandungan (ingredients) termasuk
1. sayur- sayuran
2 .tumbuhan,
3. ikan
4. daging halal dan
5. bahan kimia yang tidak berasal daripada alkohol.

Antara bahan kandungan yang haram ialah yang bersumberkan babi atau binatang yang tidak disembelih (kecuali dinyatakan sumbernya daripada sayur-sayuran atau tumbuhan).
Antaranya ialah
  1.  Bacon-daging babi
  2.  Ham- daging babi
  3.  Gelatin- sumber daripada babi harganya paling murah di sini.
  4. Glycerine- sumber mungkin daripada haiwan yang tidak disembelih atau haram.
  5.  Enzymes- mungkin didapati daripada haiwan yang tidak disembelih atau haram kecuali                          dinyatakan sumbernya daripada tumbuhan.
  6.  Marshmallow- kebanyakkannya daripada gelatin babi
  7.  BHA/BHT- ada yang bersumberkan babi sebagai carrier oils.
  8.  Caseinates- dibuat daripada susu namun penggunaan enzyme atau medium kultur mungkin                      bersumberkan binatang yang tidak disembelih atau haram.
  9.  Lactose- dibuat daripada susu namun penggunaan enzyme atau medium kultur mungkin                            bersumberkan binatang yang tidak disembelih atau haram.
  10. Whey- dibuat daripada susu namun penggunaan enzyme atau medium kultur mungkin  bersumberkan binatang yang tidak disembelih atau haram.
  11. Lard: lemak babi
  12. Mono n diglycerides- sumber daripada babi atau haiwan lain kecuali dinyatakan 'vegetable mono n diglycerides'
  13. Magnesium stearate/stearate boleh bersumberkan lemak babi atau lemak haiwan lain
  14. Sodium Stearoyl Lactylate- Food Additive-sumber mungkin daripada lemak babi atau haiwan
  15. DATEM- Emulsifier- sumber daripada tumbuhan namun prosesnya mungkin melibatkan alkohol
  16. Ethyl alcohol/ethanol- alkohol yang memabukkan.

Senarai di atas saya rujuk kepada senarai dalam Muslim Consumer Group dan sumber-sumber lain. Senarai bahan-bahan yang dikategori syubhah atau haram ini hanya untuk produk di Amerika Syarikat sahaja, bukan negara lain. Sebenarnya senarai ini tidak lengkap, hanya sedikit sahaja bahan-bahan yang saya bincangkan.

Banyak sangat? Mungkin kita boleh cuba ingat sedikit demi sedikit. Yang penting mulakan langkah pertama dengan melihat kandungan setiap produk yang ingin dibeli di sana. Biasanya produk tradisonal  seperti biskut tradisional, kueh tradisonal kurang bahan- bahan kandungannya  dan ada yang  tidak terdapat bahan yang diharamkan. Saya akan beritahu langkah-langkah yang lebih cepat dan mudah untuk memilih makanan dan produk nanti Insha Allah.

Thursday, December 17, 2015

Bagaimana memilih makanan halal khususnya di Amerika Syarikat

 Sumber:http://www.ifanca.org/Assets/PopularLinks/Halal%20Shoppers%20Guid.pdf
Saban tahun ramai pelajar dari Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Amerika Syarikat merupakan negara yang luas yang meliputi 50 buah negeri, Wilayah Persekutuan dan pulau-pulau. Sejauh pengetahuan saya hampir semua negeri mempunyai penduduk beragama Islam.

Saya teringat sewaktu baru sampai di Amerika Syarikat dahulu perkataan 'mono n  diglycerides' dan 'lecithin' merupakan antara perkataan asing yang diperkenalkan kepada kami. Perkataan-perkataan ini sebenarnya antara bahan-bahan yang mungkin terdapat dalam makanan yang dijual di kedai atau di pasaraya di sana."Susah.leceh!" itulah rungutan kami pada mulanya. Tambahan lagi kami tiba dalam bulan Febuari dan cuaca yang sangat sejuk dan berangin di sana sering membuatkan perut cepat lapar. Makanan pula harus dipilih agar ia halal dimakan.

Awal tahun 80an dahulu tidak banyak panduan bagi mendapatkan makanan yang dibenarkan syari'ie dan juga produk halal di Amerika Syarikat.Yang ada hanyalah beberapa kepingan salinan fotostat yang diedarkan oleh  pelajar senior sebagai panduan bagi kami mendapatkan makanan dan produk halal. Waktu tu komputer pun belum wujud. Inikan pula telefon bimbit!

Kini dengan pertambahan umat Islam secara mendadak di Amerika Syarikat terutama selepas insiden  9/11 lebih banyak makanan halal yang boleh didapati di sana. Sebagai rujukan pantas semasa membeli makanan bolehlah kita merujuk pada jadual yang diberikan oleh pihak  IFANCA.

Sebagai contoh semasa kita membeli roti, kita harus meneliti kandungan dalam roti tersebut. Sekiranya terdapat 'mono n diglicerides' dan 'lecithin', eloklah kita elakkan daripada membelinya kecuali dinyatakan 'vegetable mono n diglycerides' dan 'vegetable lecithin'. Sumber kedua-dua bahan ini mungkin samada daripada binatang atau sayuran/ tumbuhan. Selain daripada 'lecithin' dan 'mono n diglycerides', 'glycerine', 'gelatine' dan 'stearate' juga mungkin bersumberkan binatang dan hal ini boleh mendatangkan syubhah(meragukan) pada orang Islam.

Memang agak leceh pada mulanya bagi kita yang sudah biasa dengan kebanyakan barangan di Malaysia yang sudah pun berlabel halal JAKIM. Namun itulah pengorbanan  yang harus kita ambil apabila merantau ke negara bukan Islam agar makanan yang haram tidak masuk dalam darah daging kita. Pun begitu, pelbagai hikmah yang boleh kita perolehi daripada susah payah kita ini terutama sekali mendapat pelbagai ilmu tentang bahan kandungan dalam makanan dan pelbagai produk lain. Insha Allah segala pengorbanan kita akan dibalas oleh Allah samada di dunia mahupun diakhirat kelak.
Firman Allah yang bermaksud:
Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu."

Bersambung.



Monday, December 7, 2015

Pengembaraan Dalam Cuaca yang Luarbiasa

Perjalanan kami dari  Pekan cody di Wyoming ke Buffalo di negeri yang sama sejauh 292 km merupakan satu perjalanan yang luar biasa. Pekan Cody, sebuah pekan koboi yang terletak di bahagian utara Amerika Syarikat ini agak panas meskipun sebelum ini kami melalui kawasan geiser namun bersalji di YellowStone National Park.

Tak lama keluar daripada  Pekan Cody kami sampai di satu kawasan pergunungan yang penuh kehijauan. Di tambah pula dengan pemandangan air sungai yang mengalir laju nun jauh di kaki gunung. MasyaAllah terasa benar nikmat melihat gunung yang menghijau dan berbatu,langsung tidak memutih dek salji. Memang benar kata pakar, pemandangn hijau itu dapat merehatkan mata dan menenangkan jiwa. Sangka kami pemandangan menghijau ini akan berterusan lalu saya membuat cadangan untuk menikmati makan tengahari di kawasan ini sebaik saja menemui tempat yang agak mendatar.

Keluar daripada kawasan yang indah ini kami sungguh terkejut! Dengan tidak disangka-sangka berlaku ribut salji  betul-betul di kawasan di sebalik pergunungan ini. Salji turun begitu lebat memenuhi seluruh permukaan jalan sehinggakan jalan mulai licin dengan ais. Suamiku yang memandu ketika itu begitu susah untuk mengawal kereta. Kereta kami kadang kadang terpesong ke tengah jalan kadangkala tergelincir sehingga hampir ke bahu jalan. Mujurlah kenderaan tidak banyak ketika itu. Di kiri dan kanan jalan pula hanya dipenuhi oleh pokok-pokok pain dan bukannya jurang yang dalam.

Tika itu masing-masing terdiam, cemas memikirkan perjalanan yang mencabar.jauh. Dalam senyap masing-masing memanjatkan doa agar Allah permudahkan perjalanan kami. Syukur Alhamdulillah, dengan sedikit pengalaman daripada kedua-dua orang anak kami, mereka dapat memberikan sedikit panduan kepada suami saya dalam mengawal kenderaan. Kereta yang dipandu perlahan akhirnya dapat melepasi kawasan yang licin ini. Tak lama selepas itu ribut salji ini kian reda. Rasa lega syukur tidak terhingga kepada Allah kerana telah melindungi kami di sepanjang perjalanan ini.

Kami sampai  di satu pekan kecil, Buffalo  untuk mengisi minyak dan makan tengahari. Kawasan ini agak terpencil dan tidak bersalji. Namun kawasan yang agak mendatar ini sangat kuat tiupan anginnya sehingga menyukarkan kami berjalan di luar walaupun sekadar melangkah ke bangunan berhampiran. Barang-barang terbuang banyak berselerakan dan berterbangan di sana-sini. Dalam keadaan yang sejuk yang sangat berangin ini tidak mungkin kami dapat makan di luar. Kami tiada pilihan melainkan makan tengahari di dalam kereta sahaja. Hikmahnya? Kami dapat menikmati makanan di dalam suhu yang lebih selesa berbanding di luar yang sangat sejuk dan berangin. Alhamdulillah.
Allah jua yang berkuasa menggerakkan angin dan mengawal cuaca. Memang benar firman Allah yang bermaksud:
"Allahlah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang Dia kehendaki dan menjadikannya bergumpal gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila Dia menurunkannya kepada hamba- hambaNya yang Dia kehendaki, tiba-tiba mereka bergembira.  "
Ar Rum 30:48

Monday, November 23, 2015

National Mall- Sedikit Sejarah Black Americans dan Black American Muslims

Ketika sampai,kelihatan ribuan pengunjung yang sedang menikmati pemandangan unik di sini. Amat payah mencari tempat memarkir kereta sebab yang datang ke sini bukan saja dengan berkereta bahkan juga dengan bas-bas yang besar. Tempat ini bukannya sebuah taman tema, juga bukannya satu gedung perniagaan yang besar.

National Mall merupakan satu taman yang besar yang mengandungi banyak memorial sempena mengingati orang-orang yang berjasa dalam sejarah Amerika Syarikat. Biarpun pada asalnya ribuan yang hadir ke sini tidak berminat atau peka tentang sejarah , pelbagai memorial yang didirikan di sini memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang sejarah The New World ini.

" I still have a dream, a dream deeply rooted in the American dream - one day this nation will rise up and live up to its creed, We hold these truths to be self evident:  that all men are created equal."

"I have a dream that my four children will one day live in a nation where they will not be judged by the color of their skin, but by the content of their character. I have a dream today."

Itu ucapan yang kami dengar sewaktu melangkah masuk ke Memorial Martin Luther King Jr . Memorial ini seolah-olah membawa kita ke zaman 1960an sewaktu hebatnya perjuangan African American Civil Rights Movement. Khabarnya dia berucap di hadapan 250 000 orang penyokongnya.

Martin Luther King Jr sebenarnya ialah seorang paderi dan  pejuang kemanusiaan berkulit hitam serta ketua African American Civil Right's Movement 1960an dahulu. Berdasarkan sejarah, kaum Afrika telah dibawa oleh kaum kulit putih sebagai hamba ke benua ini. Zaman berlalu, perhambaan telah diharamkan. Namun perbezaan taraf antara kaum begitu ketara. Kaum berkult hitam atau black Americans ini telah dianggap berstatus rendah dan ramai yang miskin. Mereka berjuang agar diberikan persamaan status tanpa mengira warna kulit.

Martin Luther King Jr ini telah di tembak mati pada tahun 1968 sejurus sebelum perarakan aman  ke Wasington DC untuk menuntut diadakan bantuan kepada komuniti miskin di Amerika. Pembunuhannya telah menyebabkan rusuhan di banyak tempat diseluruh Amerika Syarikat.

Namun kita tidak boleh ketepikan terdapat blacks American yang memainkan peranan besar dalam perjuangannya terhadap Islam. Meskipun Islam telah bertapak di Amerika Syarikat sejak 1527 lagi,  orang yang paling berpengaruh yang berjuang untuk blacks American Muslim  ialah Malcolm X.  Atau nama Islamnya Malik Shabazz. Pada asalnya beliau ialah pengikut Nation of Islam, namun beliau telah membuat keputusan untuk mengikut aliran sunni (ahli sunnah wal jamaah) setelah mempelajari  lebih banyak tentang Islam yang sebenarnya.

Pengaruh Malcolm X ini sangat besar. Malcolm  X sendiri pernah pergi ke Makkah untuk menunaikan haji. Di sana dia mendapati orang Islam terdiri daripada pelbagai bangsa, bukan saja dari kalangan bangsa Arab. Allah telah menentukan orang sehebat ini tidak panjang umurnya. Pada tahun 1965, sewaktu berumur 40 tahun dia telah di tembak mati  sewaktu berucap  di Manhattan New York. Semoga rohnya termasuk di kalangan orang orang yang bertakwa.

Meneliti antara wasiat terakhir Rasulullah di bumi Arafah mengingatkan kita bahawa janganlah kita memandang rendah terhadap orang Islam yang lain meskipun mereka bukan dari bangsa kita mahupun bangsa Arab.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
" Orang yang terbaik dalam kalangan kamu ialah yang paling bertakwa kepada Allah s.w.t. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atau bangsa lain kecuali dengan takwa.
 Sumber: Bayu kerinduan di Bumi Haramain- Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman

Walaupun niat asal kami hanya untuk melancong ke sini, namun ia memberi 'ibrah yang menyentuh hati kami sebagai orang Islam. Alhamdulillah.

Tuesday, November 3, 2015

Monday, November 2, 2015

Berhubunglah Bukan Sekadar Melalui Sms, Whatsapp, Twitter dan Facebook

'Engage in real life conversations - not just sms, email or whatsapp - while you can still hear the voices and observe the body language.-Ewe Jin'
Itu satu petikan daripada satu satu artikel dalam sebuah surat khabar. Bila terbaca artikel ini,terasa seolah-olah terkena batang hidung sendiri. Kadangkala diri ini berasa malas untuk keluar dan berjumpa orang ramai. Alasan... Tak ada masa, sakit lutut, batuk, jerebu ...

Hebatnya kita  manusia dianugerahkan Allah pancaindera yang nembolehkan kita merasa, mendengar, melihat, menghidu, menyentuh dan lain-lain. Menjengah usia lebih separuh abad diri ini sudah terasa kecekapan pancaindera tidak sehebat di usia remaja. Bangun pagi, teruja hendak melakukan begitu banyak tugasan namun kudrat tidak menyebelahi apa yang ingin dilakukan. Meskipun masa dijaga agar tidak sentiasa berlengah-lengah namun tugasan yang di rancang tidak semua terlaksana. Itulah hakikat yang terpaksa diterima bila usia semakin bertambah.

Namun, pancaindera istimewa anugerah Allah ini harus dijaga dan diguna sebaiknya sampai ia ditaqdirkan berhenti fungsinya. Kerana iman mempercayai setiap satu anggota di tubuh ini akan disoal di akhirat kelak.
Firman Allah yang bermaksud:
"Pada hari, (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi  atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu Allah menyempurnakan balasan yang sebenarnya bagi mereka dan mereka tahu bahawa Allah Maha Benar, Maha Menjelaskan.
An Nur 24: 24-25

Jika direnungi lebih teliti, berapa ramai yang menggunakan keseluruhan pancaindera anugerah Allah ini untuk berhubung dengan orang yang rapat dan orang tersayang. Berhubunglah dengan cara yang lebih semulajadi, bukannya hanya dengan whatsapp, facebook ataupun twitter. Satu teguran diri saya sendiri juga.

Ziarahlah ibu bapa, kakak dan abang juga saudara mara untuk mengeratkan siratul rahim antara anda dan mereka. Ambil masa untuk berjumpa dan berbual bersama kawan-kawan dan binalah ukhuwwah sesama Islam.

Lihatlah riak wajah gembira.dan senyuman mereka yang boleh menjadikan satu terapi bagi diri anda yang gusar. Ataupun tepuklah bahu mereka bagi memberi semangat kepada mereka yang lemah. Ia juga akan memberi sinergi bagi diri anda yang sering menghadapi masalah.

Lakukanlah! Biar sekejap pada permulaan tapi lebih lama kemudian nanti. Agar perhubungan anda dengan mereka bukan hanya sekadar menggunakan hujung jari di alam maya.

Tuesday, October 27, 2015

Pasangan Ayah dan Anak yang Beriadhah di Park Point,Tasik Superior


Cuaca pagi  itu memang cerah. Kelihatan ramai orang begitu seronok melakukan aktiviti, bermain bola, berbasikal, jogging. Namun bagi kami yang baru sampai ke situ  kaki ini terasa agak berat untuk melangkah keluar daripada kereta yang mempunyai pemanas udara.Masakan tidak, suhu ketika itu 7-9 darjah Celsius. Sangat sejuk! Kenapa orang di sini begitu teruja melakukan riadhah dalam suhu begini rendah? Pemandangan tasik yang membiru di kawasan taman ini sungguh menenangkan. Kelihatan seorang perempuan dalam lingkungan usia 20an bersama-sama seorang lelaki yang agak berumur sedang berhenti berehat seketika selepas berbasikal. "Hi, Nice weather, huh?" Sapaku. "Yeah, we've been waiting for this sunny day for so long," kata perempuan itu dengan tersenyum."It had been a long winter for us here," katanya lagi.

Perempuan muda itu sebenarnya berbasikal  bersama bapanya yang sudah berusia namun masih kuat untuk berbasikal. Rumah mereka tidak jauh dari kawasan taman itu.
Seronok saya melihat dua beranak ini mengambil kesempatan beriadah bersama.

Zaman ini jarang kelihatan anak-anak remaja mahupun sudah dewasa yang sama-sama beriadhah dengan ibu bapa mereka yang dah berusia. Tidak ramai juga yang mengambil kesempatan  untuk membawa ibu bapa mereka ke taman-taman untuk menghirup udara segar. Ya, mungkin ibu bapa mereka tak mampu berjalan laju ataupun terpaksa bertongkat untuk ke sana ke mari. Namun itulah sedikit sebanyak pengorbanan anak-anak kepada ibu bapa. Kadangkala ibu bapa juga perlu keluar daripada rumah untuk menenangkan diri, sama seperti kita semua.

Memang fitrah manusia, keluar beriadah atau bersiar-siar memerhati alam ciptaan Allah ini boleh menenangkan jiwa insan yang berkecamuk. Rebutlah peluang sebegini untuk bersama ibu dan ayah selagi kudrat anda masih kuat.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah  berbuat baik kepada ibu bapamu. Jika salah seorang  atau kedua-duanya telah lanjut usia dalam jagaanmu, maka jangan sekali-kali engkau mengatakan 'ah' dan janganlah engkau membentak kedua- duanya, dan ucapkanlah kepada kedua-duanya perkataan yang baik. Rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah ,' Wahai Tuhanku, sayangilah kedua-duanya sebagaimana mereka berdua mendidikku semasa aku kecil."
(Al Isra' 17: 23-24)
Peringatan bagi diriku sendiri agar tidak terlupa.

Oh ya, tahukah di mana kami ketika itu? Sebenarnya kami berada di satu anak tanjung di Park Point, Tasik Superior, salah satu tasik besar (The Great lakes) yang paling utara di benua Amerika. Setiap kali musim dingin keseluruhan tasik ini akan membeku. Musim dingin 2015 agak panjang bagi penduduk di kawasan ini. Kami tiba di sana pada bulan Mei 2015 dan ketika itu suhu baru meningkat sedikit . Cuaca terang  inilah yang  menyebabkan penduduk di sana begitu teruja dapat keluar beriadah. Keadaan cuaca terang ini hanya di alami beberapa bulan sahaja. Selepas itu cuaca akan mula kelam menjelang musim luruh.


Syukur tak terkira bila mengenangkan cuaca Malaysia tidak sebegini dan keadaan ini membolehkan kita selalu keluar beriadah (sekiranya tidak hujan atau berjerebu). Namun adakah orang di Malaysia mengambil kesempatan melakukan aktiviti menyihatkan badan dalam cuaca  baik sebegitu?Bila agaknya kali terakhir anda bersiar-siar bersama ibu dan ayah anda?

Popular Posts