Perjalanan kami dari Pekan cody di Wyoming ke Buffalo di negeri yang sama sejauh 292 km merupakan
satu perjalanan yang luar biasa. Pekan Cody, sebuah pekan koboi yang
terletak di bahagian utara Amerika Syarikat ini agak panas meskipun
sebelum ini kami melalui kawasan geiser namun bersalji di YellowStone National Park.
Tak lama keluar daripada Pekan Cody kami sampai di satu kawasan pergunungan yang penuh kehijauan. Di tambah pula dengan pemandangan air sungai yang mengalir laju nun jauh di kaki gunung. MasyaAllah terasa benar nikmat melihat gunung yang menghijau dan berbatu,langsung tidak memutih dek salji. Memang benar kata pakar, pemandangn hijau itu dapat merehatkan mata dan menenangkan jiwa. Sangka kami pemandangan menghijau ini akan berterusan lalu saya membuat cadangan untuk menikmati makan tengahari di kawasan ini sebaik saja menemui tempat yang agak mendatar.
Keluar daripada kawasan yang indah ini kami sungguh terkejut! Dengan tidak disangka-sangka berlaku ribut salji betul-betul di kawasan di sebalik pergunungan ini. Salji turun begitu lebat memenuhi seluruh permukaan jalan sehinggakan jalan mulai licin dengan ais. Suamiku yang memandu ketika itu begitu susah untuk mengawal kereta. Kereta kami kadang kadang terpesong ke tengah jalan kadangkala tergelincir sehingga hampir ke bahu jalan. Mujurlah kenderaan tidak banyak ketika itu. Di kiri dan kanan jalan pula hanya dipenuhi oleh pokok-pokok pain dan bukannya jurang yang dalam.
Tika itu masing-masing terdiam, cemas memikirkan perjalanan yang mencabar.jauh. Dalam senyap masing-masing memanjatkan doa agar Allah permudahkan perjalanan kami. Syukur Alhamdulillah, dengan sedikit pengalaman daripada kedua-dua orang anak kami, mereka dapat memberikan sedikit panduan kepada suami saya dalam mengawal kenderaan. Kereta yang dipandu perlahan akhirnya dapat melepasi kawasan yang licin ini. Tak lama selepas itu ribut salji ini kian reda. Rasa lega syukur tidak terhingga kepada Allah kerana telah melindungi kami di sepanjang perjalanan ini.
Kami sampai di satu pekan kecil, Buffalo untuk mengisi minyak dan makan tengahari. Kawasan ini agak terpencil dan tidak bersalji. Namun kawasan yang agak mendatar ini sangat kuat tiupan anginnya sehingga menyukarkan kami berjalan di luar walaupun sekadar melangkah ke bangunan berhampiran. Barang-barang terbuang banyak berselerakan dan berterbangan di sana-sini. Dalam keadaan yang sejuk yang sangat berangin ini tidak mungkin kami dapat makan di luar. Kami tiada pilihan melainkan makan tengahari di dalam kereta sahaja. Hikmahnya? Kami dapat menikmati makanan di dalam suhu yang lebih selesa berbanding di luar yang sangat sejuk dan berangin. Alhamdulillah.
Allah jua yang berkuasa menggerakkan angin dan mengawal cuaca. Memang benar firman Allah yang bermaksud:
"Allahlah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang Dia kehendaki dan menjadikannya bergumpal gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila Dia menurunkannya kepada hamba- hambaNya yang Dia kehendaki, tiba-tiba mereka bergembira. "
Ar Rum 30:48

MashaAllah suka sangat cerita Siti di sini. Detailnya membuatkan pembaca boleh menggambarkan keadaan di sana.
ReplyDeleteMashaAllah suka sangat cerita Siti di sini. Detailnya membuatkan pembaca boleh menggambarkan keadaan di sana.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Kak Mahiran sebenarnya walaupun ada detik- detik cemas dan letih mengembara, pelbagai hikmah yang kami dapat daripada perjalanan yang jauh ni.
Delete