Monday, December 21, 2015

Beli belah di Amerika Syarikat-Teliti Kandungan Bahan-bahannya Dahulu

Di Malaysia kita jarang meneliti kandungan bahan-bahan di dalam sesuatu produk. Beruntungnya kita sebab  label halal Jakim begitu banyak pada bekas makanan dan lain-lain produk di pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun sekiranya berada di negara bukan Islam seperti Amerika Syarikat,  perkara-perkara itulah yang perlu kita lakukan semasa berkunjung mahupun bermastautin di sana. Perlukah kita melakukannnya? Ya, perlu! Walaupun susah pada mulanya tabiat meneliti kandungan bahan-bahan dalam ssesuatu produk akan terbentuk dengan sendirinya lama kelamaan. Mulakanlah melihat kandungan bahan bahan setiap kali anda pergi membeli belah. Insha Allah ia akan menjadi satu perlakuan yang memberi faedah kepada anda kelak.

MUSLIM CONSUMER GROUP FOR FOOD PRODUCTS USA AND CANADA, sebuah badan yang bertanggungjawab untuk menyelidik produk dan menganugerahkan sijil halal kepada pelbagai produk makanan dan bukan makanan di Amerika Syarikat. Menurut Muslim Consumer Group ini, sumber halal bagi suatu bahan kandungan (ingredients) termasuk
1. sayur- sayuran
2 .tumbuhan,
3. ikan
4. daging halal dan
5. bahan kimia yang tidak berasal daripada alkohol.

Antara bahan kandungan yang haram ialah yang bersumberkan babi atau binatang yang tidak disembelih (kecuali dinyatakan sumbernya daripada sayur-sayuran atau tumbuhan).
Antaranya ialah
  1.  Bacon-daging babi
  2.  Ham- daging babi
  3.  Gelatin- sumber daripada babi harganya paling murah di sini.
  4. Glycerine- sumber mungkin daripada haiwan yang tidak disembelih atau haram.
  5.  Enzymes- mungkin didapati daripada haiwan yang tidak disembelih atau haram kecuali                          dinyatakan sumbernya daripada tumbuhan.
  6.  Marshmallow- kebanyakkannya daripada gelatin babi
  7.  BHA/BHT- ada yang bersumberkan babi sebagai carrier oils.
  8.  Caseinates- dibuat daripada susu namun penggunaan enzyme atau medium kultur mungkin                      bersumberkan binatang yang tidak disembelih atau haram.
  9.  Lactose- dibuat daripada susu namun penggunaan enzyme atau medium kultur mungkin                            bersumberkan binatang yang tidak disembelih atau haram.
  10. Whey- dibuat daripada susu namun penggunaan enzyme atau medium kultur mungkin  bersumberkan binatang yang tidak disembelih atau haram.
  11. Lard: lemak babi
  12. Mono n diglycerides- sumber daripada babi atau haiwan lain kecuali dinyatakan 'vegetable mono n diglycerides'
  13. Magnesium stearate/stearate boleh bersumberkan lemak babi atau lemak haiwan lain
  14. Sodium Stearoyl Lactylate- Food Additive-sumber mungkin daripada lemak babi atau haiwan
  15. DATEM- Emulsifier- sumber daripada tumbuhan namun prosesnya mungkin melibatkan alkohol
  16. Ethyl alcohol/ethanol- alkohol yang memabukkan.

Senarai di atas saya rujuk kepada senarai dalam Muslim Consumer Group dan sumber-sumber lain. Senarai bahan-bahan yang dikategori syubhah atau haram ini hanya untuk produk di Amerika Syarikat sahaja, bukan negara lain. Sebenarnya senarai ini tidak lengkap, hanya sedikit sahaja bahan-bahan yang saya bincangkan.

Banyak sangat? Mungkin kita boleh cuba ingat sedikit demi sedikit. Yang penting mulakan langkah pertama dengan melihat kandungan setiap produk yang ingin dibeli di sana. Biasanya produk tradisonal  seperti biskut tradisional, kueh tradisonal kurang bahan- bahan kandungannya  dan ada yang  tidak terdapat bahan yang diharamkan. Saya akan beritahu langkah-langkah yang lebih cepat dan mudah untuk memilih makanan dan produk nanti Insha Allah.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts