Sumber:http://www.ifanca.org/Assets/PopularLinks/Halal%20Shoppers%20Guid.pdf |
Saya teringat sewaktu baru sampai di Amerika Syarikat dahulu perkataan 'mono n diglycerides' dan 'lecithin' merupakan antara perkataan asing yang diperkenalkan kepada kami. Perkataan-perkataan ini sebenarnya antara bahan-bahan yang mungkin terdapat dalam makanan yang dijual di kedai atau di pasaraya di sana."Susah.leceh!" itulah rungutan kami pada mulanya. Tambahan lagi kami tiba dalam bulan Febuari dan cuaca yang sangat sejuk dan berangin di sana sering membuatkan perut cepat lapar. Makanan pula harus dipilih agar ia halal dimakan.
Awal tahun 80an dahulu tidak banyak panduan bagi mendapatkan makanan yang dibenarkan syari'ie dan juga produk halal di Amerika Syarikat.Yang ada hanyalah beberapa kepingan salinan fotostat yang diedarkan oleh pelajar senior sebagai panduan bagi kami mendapatkan makanan dan produk halal. Waktu tu komputer pun belum wujud. Inikan pula telefon bimbit!
Kini dengan pertambahan umat Islam secara mendadak di Amerika Syarikat terutama selepas insiden 9/11 lebih banyak makanan halal yang boleh didapati di sana. Sebagai rujukan pantas semasa membeli makanan bolehlah kita merujuk pada jadual yang diberikan oleh pihak IFANCA.
Sebagai contoh semasa kita membeli roti, kita harus meneliti kandungan dalam roti tersebut. Sekiranya terdapat 'mono n diglicerides' dan 'lecithin', eloklah kita elakkan daripada membelinya kecuali dinyatakan 'vegetable mono n diglycerides' dan 'vegetable lecithin'. Sumber kedua-dua bahan ini mungkin samada daripada binatang atau sayuran/ tumbuhan. Selain daripada 'lecithin' dan 'mono n diglycerides', 'glycerine', 'gelatine' dan 'stearate' juga mungkin bersumberkan binatang dan hal ini boleh mendatangkan syubhah(meragukan) pada orang Islam.
Memang agak leceh pada mulanya bagi kita yang sudah biasa dengan kebanyakan barangan di Malaysia yang sudah pun berlabel halal JAKIM. Namun itulah pengorbanan yang harus kita ambil apabila merantau ke negara bukan Islam agar makanan yang haram tidak masuk dalam darah daging kita. Pun begitu, pelbagai hikmah yang boleh kita perolehi daripada susah payah kita ini terutama sekali mendapat pelbagai ilmu tentang bahan kandungan dalam makanan dan pelbagai produk lain. Insha Allah segala pengorbanan kita akan dibalas oleh Allah samada di dunia mahupun diakhirat kelak.
Firman Allah yang bermaksud:
Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu."
Bersambung.
No comments:
Post a Comment