'Engage in real life conversations - not just sms, email or whatsapp -
while you can still hear the voices and observe the body language.-Ewe Jin'
Itu satu petikan daripada satu satu artikel dalam sebuah surat khabar. Bila terbaca artikel ini,terasa seolah-olah terkena batang hidung sendiri. Kadangkala diri ini berasa malas untuk keluar dan berjumpa orang ramai. Alasan... Tak ada masa, sakit lutut, batuk, jerebu ...
Hebatnya kita manusia dianugerahkan Allah pancaindera yang nembolehkan kita merasa, mendengar, melihat, menghidu, menyentuh dan lain-lain. Menjengah usia lebih separuh abad diri ini sudah terasa kecekapan pancaindera tidak sehebat di usia remaja. Bangun pagi, teruja hendak melakukan begitu banyak tugasan namun kudrat tidak menyebelahi apa yang ingin dilakukan. Meskipun masa dijaga agar tidak sentiasa berlengah-lengah namun tugasan yang di rancang tidak semua terlaksana. Itulah hakikat yang terpaksa diterima bila usia semakin bertambah.
Namun, pancaindera istimewa anugerah Allah ini harus dijaga dan diguna sebaiknya sampai ia ditaqdirkan berhenti fungsinya. Kerana iman mempercayai setiap satu anggota di tubuh ini akan disoal di akhirat kelak.
Firman Allah yang bermaksud:
"Pada hari, (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu Allah menyempurnakan balasan yang sebenarnya bagi mereka dan mereka tahu bahawa Allah Maha Benar, Maha Menjelaskan.
An Nur 24: 24-25
Jika direnungi lebih teliti, berapa ramai yang menggunakan keseluruhan pancaindera anugerah Allah ini untuk berhubung dengan orang yang rapat dan orang tersayang. Berhubunglah dengan cara yang lebih semulajadi, bukannya hanya dengan whatsapp, facebook ataupun twitter. Satu teguran diri saya sendiri juga.
Ziarahlah ibu bapa, kakak dan abang juga saudara mara untuk mengeratkan siratul rahim antara anda dan mereka. Ambil masa untuk berjumpa dan berbual bersama kawan-kawan dan binalah ukhuwwah sesama Islam.
Lihatlah riak wajah gembira.dan senyuman mereka yang boleh menjadikan satu terapi bagi diri anda yang gusar. Ataupun tepuklah bahu mereka bagi memberi semangat kepada mereka yang lemah. Ia juga akan memberi sinergi bagi diri anda yang sering menghadapi masalah.
Lakukanlah! Biar sekejap pada permulaan tapi lebih lama kemudian nanti. Agar perhubungan anda dengan mereka bukan hanya sekadar menggunakan hujung jari di alam maya.

No comments:
Post a Comment