http://www.masjidfresno.org/documents/28.html |
Mudah saja ! Pergi ke California State University Fresno ikut East Shaw Avenue. Nanti nampak lah bangunan berbentuk masjid betul- betul di hadapan universiti.
Tahun 80 an dahulu masjid ini hanya sebuah apartment setingkat di mana ruang lelaki dan wanita hanya dipisahkan dengan tabir. Namun di situlah beberapa mesyuarat jemaah telah dijalankan untuk mengatur aktiviti bagi kaum muslim Fresno.
Tahun 2005 dan 2009 kami sempat singgah di sini untuk menunaikan solat fardhu. Terpesona juga kami dengan perubahan yang berlaku pada masjid ini. Bangunan 2 tingkat ini memuatkan ruang pejabat, ruang solat yang agak besar, bilik air yang berasingan, stor dan ruang umum di tingkat atas.
Fresno yang aku anggap sebagai kampung sewaktu belajar tahun 80an dahulu memang memberi kesan nostalgia setiap kali aku berkunjung ke sini. Meskipun tidak ramai lagi pelajar Malaysia yang belajar di sini, Fresno tetap menjadi tempat dituju setiap kali kami ke Amerika Syarikat.
Di Fresno kami telah menghubungi kenalan lama suamiku yang juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa masjid ini.
Ingin tahu siapa yang kami temui dan ke mana kami dibawa oleh kenalan ini., klik di sini.
No comments:
Post a Comment