Tahun lepas antara berita panas diperkatakan ialah perkahwinan songsang dan isu buka aurat pelajar Malaysia di luar negara. Perkara ini menjadi perbualan ramai sehinggakan terdapat ibu bapa yang menyatakan pendapat tak payah hantar anak belajar di negara barat. Takut anak murtad, songsang dan sebagainya.
Tapi jika difikir- fikirkan lebih meluas dan mendalam, apakah perkara sebegini tak berlaku di Malaysia juga. Kes yang terpencil sebegini sebenarnya berlaku di mana mana saja. Sebagai contoh berapa ramai pelajar sekolah di Malaysia yang memakai tudung semasa di sekolah menengah tetapi tidak memakainya lagi di unversiti? Berapa ramai pelajar lelaki dulu di sekolah menengah berseluar panjang tapi di universiti tanpa segan silu berseluar pendek ketika bermain sukan. Beriadah pula dengan pelajar perempuan yang bukan muhrimnya.
Gejala gay telah banyak berlaku di universiti tempatan namun dia tak pernah dihebahkan. Tanyalah pada pensyarah -pensyarah mereka banyak tahu berkenaan masalah ini. Tanyalah pada pelajar universiti mereka juga tahu orang sebegini memang wujud di sini. Cuma mungkin bukan sampai ke peringkat perkahwinan songsang secara terus terang.
Demikian juga dengan gejala murtad yang sering kali kita dengar dan saksikan kadangkala melibatkan orang yang terdekat dengan kita. Kita hanya memandang pelajar kita di luar negara. Adakah kita mengandaikan pelajar yang belajar di universiti tempatan lebih baik daripada pelajar yang belajar di luar negara? Ataupun oleh kerana anak kita berada dekat dengan kita, ia tidak terdedah kepada gejala tersebut?
Namun, berbalik kepada penyelesaian kepada permasalahan ini ialah bukan siapa yang harus dipersalahkan tapi apakah perkara yang harus dillakuan oleh ibubapa agar gejala murtad perkahwinan songsang, buka aurat tidak berleluasa. Semuanya balik kepada suasana di rumah,bagaimana contoh-contoh Islamik yang harus di praktikkan oleh ketua keluarga yang akan dicontohi oleh ahli keluarga lain. Juga peranan masyarakat disekeliling yang sanggup menegur dan mengambil berat mengenai jiran sekeliling. Semua ini teguran buat saya sendiri dan semua pembaca.
Pengembaraan saya di Amerika Syarikat banyak membuka minda bahawa bukan semua yang dilakukan oleh barat itu negatif dan betapa ramainya umat Islam yang komited dengan pembangunan ummah yang tinggal di sana. Nak tahu tentang pengembaraan saya yang bertemu ramai orang Islam di Amerika Syarikat? Klik di sini.

No comments:
Post a Comment