Tahukah anda lalat berupaya mengubati penyakit?
Dalam bahagian 1, saya telah membincangkan tentang hadith ini dan penyakit yang dibawa oleh lalat.
"Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang daripada kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit".
Hadith riwayat Imam Bukhari daripada Abu Hurairah.
Dr Danial dalam bukunya Bukti- Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad telah membincangkan dengan agak terperinci berkenaan hadith ini. Antaranya perbincangannnya termasuk
1. Frasa pada hadith' ......dan pada sebelah sayapnya ada penawar.......'
Pada tahun 1926 Duncan menemui bahan bahan aktif pembunuh bakteria dalam usus lalat.
Pada tahun 1939 para saintis Lal, Ghosal ,Mukherij telah mendapati lalat mampu mengubah kuman taun cholera kepada bentuk lain yang tidak merbahaya.
Kajian ke atas lalat drodophila oleh Prof William L Pak dari University Purdue menemui lalat drosophilia boleh digunakan untuk merawat penyakit kerosakan mata dan alzheimer. Sumber- National Academy of Sciences, Nov, 1999.
2. Frasa: '....maka celuplah lalat itu....'

Shope (1927) dan Glaser(1938) dua orang saintis mendapati kuman- kuman virus di dalam badan lalat boleh membunuh kuman-kuman bakteria. Virus Bacteriophage dalam lalat rumah mampu membunuh kuman penyebab penyakit cirit birit dan demam kepialu.
Pada tahun 1926 Duncan menemui bahan bahan aktif pembunuh bakteria dalam usus lalat.
Pada tahun 1939 para saintis Lal, Ghosal ,Mukherij telah mendapati lalat mampu mengubah kuman taun cholera kepada bentuk lain yang tidak merbahaya.
Kajian ke atas lalat drodophila oleh Prof William L Pak dari University Purdue menemui lalat drosophilia boleh digunakan untuk merawat penyakit kerosakan mata dan alzheimer. Sumber- National Academy of Sciences, Nov, 1999.
2. Frasa: '....maka celuplah lalat itu....'
Pakar bedah zaman Napoleon Larrey mendapati luka- luka cepat sembuh apabila lalat berbentuk lava dicelup ke dalam luka.
Pada tahun 1934, MA Stear mendapati lalat berbentuk larva mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat ketika dicelup ke dalam luka dan bahan ini menyebabkan luka ini menjadi beralkali. Keadaan ini membunuh kuman dan meredaan bengkak serta mencegah kematian sel. Larva ini juga menelan dan membunuh kuman tersebut.
Pada tahun 1935 SW Simmons mendapati lendir yang dikeluarkan oeh larva mampu membunuh beberapa kuman merbahaya. Manakala W Robinson(1935) telah mendapati larva mengeluarkan allantoin, sejenis bahan protein yang membantu pertumbuhan sel.
Demikianlah sedikit sebanyak apa yang dihuraikan oleh Dr Danial tentang manafaat lalat. Meskipun sekarang ini ubat boleh dihasilkan di makmal, dengan mengkaji hadith ini, ia membuka ruang kepada para saintis untuk melakukan kajian lanjut tentang lalat dan dunia perubatan.
Sebagai orang Islam kita seharusnya lebih yakin tentang apa yang diperkatakan oleh Rasulullah itu benar dan ianya sesuai sepanjang zaman.
No comments:
Post a Comment