"Alamak ada lalat termasuk dalam lauk ni,"kataku suatu hari sewaktu hendak mencedok lauk tersebut semasa makan tengahari.
"Alaa lauk ni baru masak tadi," kata anak bongsuku.
"Macamana ni? Lalat ni dah tersadai di dalam air ni!" kata anak bongsuku lagi.
"Baru along terbaca tadi hadith tentang lalat. Ni haa..
Rasulullah bersabda,"
Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang daripada kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit". Hadith riwayat Imam Bukhari daripada Abu Hurairah.
"Jom kita try cuba rendamkannya sikit, tapi jangan tekan pula,"kata anak bongsuku.
"Ok. Mak dah check telur lalat ada ke tidak dalam lauk tu. Nampaknya tak ada,"kataku.
"Ok. Along dah keluarkan lalat tadi. Jom kita try makan lauk ni. InsyaAllah ok.
Bismillah dulu tau," ujar anak sulongku.
Pernahkah situasi begini berlaku pada anda? Dah penat- penat menyediakan juadah, tiba- tiba makhluk kecil ini singgah dan tersadai di dalam juadah tersebut? Cuba lakukan langkah- langkah ini. Jangan lupa membaca basmalah sebelum makan.
Seringkali kita dapati kehadiran lalat apabila makan di restoran atau di gerai . Pemilihan gerai yang bersih sudah tentu menjadi faktor utama semasa makan diluar. Malangnya kadangkala lalat masih hadir juga walaupun di restoran yang bersih. Untuk mengelakkan daripada pembaziran kita boleh melakukan langkah- langkah tersebut.
Sebenarnya hadith di atas telah dihuraikan dengan agak terperinci oleh Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya Bukti- Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad.
Ikuti bahagian kedua perbincangan ini.

No comments:
Post a Comment