Sewaktu belajar di US dahulu saya telah memilih satu kelas lukisan crosshatching sebagai salah satu mata pelajaran elektif untuk memenuhi syarat mendapat ijazah di sana. Sistem universiti di US dahulu mewajibkan pelajar mengambil beberapa matapelajaran elektif disamping mata pelajaran jurusan yang ingin diceburinya. Mungkin daripada cara sebegitu pelajar akan mendapat pengetahuan yang lebih luas dan tidak tertumpu dengan jurusannya sahaja.
Berbalik kepada kelas crosshatching yang saya hadiri dahulu, saya adalah satu satunya pelajar Melayu di situ dan mungkin juga satu satunya pelajar Islam di kelas tersebut. Oleh kerana saya tak mahu berdepan dengan situasi melukis manusia (yang kadangkala tanpa berpakaian), saya terpaksa berjumpa dengan pensyarah tersebut untuk menerangkan tentang agama Islam yang melarang umat Islam melukis sedemikian.
Lagipun saya pernah terbaca hadith berkenaan larangan melukis manusia dan makhluk hidup tanpa tujuan tertentu.
Mulanya memang lama juga saya fikirkan cara terbaik untuk menerangkannya.Terlintas juga dalam hati kenapalah bersusah payah nak ambil kelas ni. Dah tahu nak berdepan dengan situasi orang tanpa pakaian ni kenapa nak masuk juga. Itulah bak kata orang kalau dah minat kena sanggup berdepan dengan risikonya.
Akhirnya terpaksalah saya pergi ke pejabat pensyarah tersebut menerangkannya. Anehnya pensyarah itu tidak pun banyak bertanya. "Ok. I'll tell you when the class have to practise drawing man or woman. You don't have to come to that class." Begitulah lebih kurang apa yang dikatakannya. Alhamdulillah Allah telah permudahkan segala urusan saya. Apabila tiba kelas melukis seorang manusia, guru tersebut memaklumkan kepada saya dan saya dibenarkan cuti kelasnya selama 2 kali.(Wallahualam..lelaki ke perempuan ke....berpakaian atau tidak saya pun malas nak ambil tahu.)
Sejak dari itu, lukisan crosshatching selalu menjadi kegemaran saya di kala boring atau melepaskan lelah.
Inilah salah satu crosshatching yang saya buat yang digabungkan dengan susunan pressed flowers.
Menarik tak?
No comments:
Post a Comment