Masjid Sacramento, California |
Masjid Sacramento ini pernah menjadi tempat tamrin pelajar perempuan Malaysia satu ketika dahulu. Di sini, dengan tidak disangka sangka aku bertemu kembali ramai sahabatku, kumpulan 40 orang pelajar yang tiba ke Fresno, California. Kami telah berpecah ke universiti masing masing setelah 3 bulan menghadiri Kursus Bahasa Inggeris di Fresno. Ada yang pergi ke San Diego, Los Angeles, Fresno, Stanislaus dan Sacramento.Tentu seronok dapat mengeratkan ukhuwwah yang terputus selepas masuk universiti. Aku juga bertemu beberapa orang sahabat yang lain yang seusia denganku. Meskipun tamrin ini diadakan 2 hari saja, beberapa ceramah yang bermanafaat telah disampaikan untuk manafaat bersama. Alhamdulillah dapat juga kami menambah ilmu selain bersembang-sembang untuk mengikuti perkembangan masing masing.
Masjid ini merupakan antara masjid yang tertua di California. Ingin tahu lebih lanjut tentang masjid ini dan siapa yang kami temui di masjid ini? Klik di sini.
No comments:
Post a Comment