Friday, December 30, 2011

Pernah pergi Fresno?

Pernah sampai ke satu tempat bernama  Fresno?
Fresno ialah satu daerah yang terletak di bahagian tengah California.


Fresno mungkin satu nama asing bagi orang di Malaysia. Tahun 80an dahulu tempat ini telah menjadi pusat pengajian bagi ratusan pelajar tajaan Mara dan JPA. Sekiranya berada dikampus ketika itu,kita akan bersua dengan begitu ramai  pelajar Malaysia .

Fresno terletak di satu lembah  yang di panggil San Joaquin Valley (Cara menyebutnya  sen wakin Veli). Ia mempunyai iklim mediterranean yang amat sesuai untuk penanaman buahan buahan citrus seperti limau(oranges),anggur, ceri, plums,apricot dan peach. 

Navel oranges-
jenis oranges yang terdapat di Fresno
Sewaktu belajar dahulu aku pernah dibawa oleh keluarga angkatku ke ladang  oren untuk memilih dan memetik buah oren yang manis untuk di bawa balik. MasyaAllah,berguni- guni jugalah kami bawa balik. Satu pengalaman yang tak mudah di lupakan terutama sekali apabila terpaksa naik di belakang pick up truck yang penuh dengan buah oren. 

Setelah bertahun-tahun belajar  di lembah ini, sebagai pelajar kami tidak lagi membeli buah oren ini di supermarket tapi di Farmer's Market. Kami tidak membelinya dengan timbangan kilo sebaliknya memborong satu kotak sekali. Jangan bimbang! Biasanya kami dapat menghabiskan satu kotak buah oren ini kurang dari 2 minggu.

Tahun 2009 aku telah mengajak keluargaku ke ladang ceri tak jauh dari Fresno untuk merasai sendiri keseronokan memetik buah- buahan itu. Alhamdulillah meskipun kami terpaksa masuk ke kawasan pedalaman ,ianya merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan bagi kami sekeluarga.

Ingin  mengikuti bagaimana keseronokan kami sekeluarga di ladang ceri tersebut? Klik di sini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts