Pemandangan dari masjid besi(Masjid Sultan Mizan) menghadap masjid Putrajaya |
"You tahu tak macamana solat budak-budak di sekolah I. Tak lama dahulu I panggil Wakil Raudatus Sakinah bagi talk kat sekolah. Dia orang tanya dan minta jawapan secara jujur berapa kali pelajar- pelajar di sana solat dalam sehari ? Tau ke majoriti solat berapa kali sehari?"cerita seorang sahabatku, seorang pengetua di sebuah tanah rancangan.
Aku tidak menjawab. Hanya membiarkan saja ia menceritakan dengan seribu satu keluhan tentang sekolahnya . "Sekali sehari! Bukan tiga, bukan lima! Itu pun tau bila? Masa di sekolahlah.... time kami wajibkan semua pelajar solat zuhur setiap hari. "
" Ini maknanya kat rumah dia orang langsung tak solat! Pening, pening...." sambungnya lagi.
Itulah apa yang diceritakan oleh sahabatku ketika bertemu dalam satu majlis reunion baru baru ini. Rupa- rupanya bukan di bandar saja masalah ini timbul bahkan di kampung dan di tanah rancangan seperti Felda dan Felcra juga budaya mengambil ringan tentang solat semakin berleluasa.
Satu golongan remaja yang tahu dan sudah belajar tentang cara menunaikan solat namun enggan menerima dalam hati masing masing bahawa solat itu wajib dan tidak takut mendapat balasan di akhirat kelak. Oleh sebab itu saya tidak anggap mereka jahil, bahkan ada pelajar sekoah agama pun masih liat untuk bersolat.
Usahlah kita mengutuk atau mengata tentang golongan ini tapi hakikatnya golongan pelajar ini memang wujud dan realitinya situasi ini bukan melibatkan seorang sahaja. Malah tanpa kita sedari orang ini mungkin jiran kita sendiri dan ahli keluarga kita sendiri.
Bagi remaja,perbuatan menyuruh dan menyuruh jarang sekali berkesan kerana jiwa remaja biasanya memberontak dan jarang menerima perkataan yang menyuruh dan memerintah melainkan yang menyuruhnya ibu atau bapa mereka sendiri. Ada ketikanya kita perlukan idea untuk mencetuskan kesedaran. Yang pentingnya kita jangan berputus asa dengan berdakwah pada golongan ini. insyaalah, hidayah Allah akan sampai kepada mereka.
Pernah aku terdengar seorang mat rock mendapat hidayah sewaktu mendengar nasyid semasa memandu. Tiba tiba hatinya pilu dan air matanya bercucuran menginsafi betapa jauhnya dia tersimpang daripada kehidupan yang sepatutnya diikuti meskipun telah menjadi seorang muslim sejak lahir lagi. Situasi ini telah berlaku di negara kita. Bahkan hidayah cara begini ini kemungkinan berlaku pada kita sendiri. Alhamdulillah, jika ianya berlaku sebelum terlewat dan kita belum menyimpang jauh dari kehidupan sepatutnya.
Sebenarnya kita semua mempunyai peranan samada kita berpengetahuan luas dalam agama ataupun tidak. Ia mungkin berlaku pada anak- anak kita, adik beradik kita, kawan- kawan kita atau orang di sekeliling kita. Apa yang perlu kita ingat kita mempunyai peranan dalam menyedarkan mereka tapi kita perlu cara tersendiri untuk berdakwah kepada mereka.
Dan zikir yang paling besar ialah solat.- Pahrol Mohd Juoi- Solusi isu 38
No comments:
Post a Comment