Islam: You Deserve to Know!, Billboard, Folsom Blvd. & 65th St., Sacramento, CA.
Friday, October 28, 2011
Monday, October 24, 2011
Pegawai Muslim di San Francisco
"Mak, tu nampak laut dah," kata anak bongsuku sambil meninjau pemandangan melalui tingkap kapalterbang. "Tak lama lagi kita sampai San Francisco. California here we come!" kataku.
Penerbangan dari Tennessee ke California mengambil masa 6 jam kerana kami terpaksa transit di Dallas, Texas. Perjalanan yang kami jangka amat memenatkan sebenarnya amat menarik sekali. Bermula dari Tennessee kami dapat menikmati pemandangan bentuk muka bumi yang sangat menakjubkan dari kawasan kontang seperti Grand Canyon sehinggalah pemandangan bukit bersalji di California, MasyaAllah.
Sebaik saja kami keluar dari tempat mengambil bagasi, terus kami menaiki aerotrain untuk pergi ke bahagian kereta sewa. Waktu asar tak lama lagi akan habis dan kami belum solat jamak zuhur asar lagi. Tentu saja langkah kami begitu cepat sekali sebaik saja kami keluar dari aerotrain. Tempat untuk mengambil kereta sewa berada agak jauh dari kawasan bagasi. Bukan mudah membawa membawa beg yang begitu banyak dan kami hanya menggunakan troli yang kami bawa sendiri dari tanah air.
Tiba di sana aku duduk menjaga beg kami yang banyak itu bersama anak bongsuku. Sementara itu suami dan anak sulungku uruskan kereta yang terlebih dahulu ditempah beberapa hari sebelum ini. Resah juga memikirkan solat yang masih belum dapat di tunaikan.
Tak lama selepas itu, suami dan anakku datang semula kepada ku sambil tersenyum." Alhamdulillah, kita dapat kereta yang lebih besar daripada yang kita tempah. Dia tak bagi tau kenapa. Gamaknya tengok kita seramai ini dengan beg kita yang selambak ni kot , hehe. Bayaran pun sama aje." kata suamiku. "Mak tahu tak, rupa-rupanya pegawai yang uruskan tadi orang Islam!" kata anak sulongku.
Syukur Alhamdulliah, Allah pertemukan kami dengan seorang lagi orang Islam yang telah membantu kami memberi kereta yang lebih selesa daripada yang kami tempah. Setakat ini begitu ramai orang seagama kami yang membantu dalam pengembaraan kami di negara yang bukan Islam ini.....

Wednesday, October 19, 2011
Benarkah Kita Masyarakat yang Sukakan Kebersihan 2
Suatu pagi, di dalam sebuah gerai kelihatan ramai pelanggan sedang menikmati sarapan pagi. Oleh kerana hari itu cuti umum masih ramai yang sedang bersarapan walaupun jam menunujukkan hampir 10 pagi.
Tak jauh dari tempat duduk kami sekeluarga kelihatan satu kumpulan anak muda beruniform pekerja sedang duduk menanti sarapan yang dipesan. Seorang demi seorang mengeluarkan sebatang rokok dan dinyalakan. Kepulan asap di hembuskan ke sana sini tanpa menghiraukan orang di sekeliling.
Tak lama selepas itu, makanan yang dipesan mereka pun sampai. Salah seorang pemuda itu menekan hujung puntung rorkok di atas meja untuk mematikan api di rokoknya. Kemudian dicampakkan puntung itu ke lantai di bawah meja. Hmm.... satu perlakuan biasa oleh beberapa orang rakyat Malaysia.
Suatu petang aku singgah di sebuah kedai mamak untuk menikmati makan petang bersama anak dan suami. Di kedai mamak itu ada label bertanda rokok tidak dijual di kedai tersebut. Kami memilih meja dibahagian luar restoran, tak jauh dari jalan. Sebelum kami duduk kami ternampak puntung rokok bertaburan di bawah kebanyakan meja. Sekilas pandang orang melayu yang berada disitu, lebih 75 peratus yang merokok. Walaupun kami duduk di meja yang agak hujung, bau asap rokok yang menyesak dan memeritkan itu masih sampai ke hidung dan tekak kami.
Betulkah kita di sini sukakan kebersihan sedangkan di depan mata penuh dengan sampah yang kita buat sendiri. Bukan sahaja sampah, sang perokok juga mencemarkan udara dan menyakitkan orang disekeliling. Bukan orang yang tak berpelajaran, bahkan pengarah dan pengurus syarikat juga melakukan demikian. Betulkah kita ni masyarakat yang suka kebersihan? Fikir fikirkanlah.
Thursday, October 13, 2011
Pandangan kini orang Amerika(non muslim) terhadap Islam (3)
Masjid Fresno, California |
California merupakan negeri dimana hampir setiap tempat terdapat pelbagai bangsa samada dari China, jepun, Timur Tengah atau Mexico. Negara Mexico terletak betul-betul di bahagian selatan California. Meskipun di awal tahun 80an dahulu mereka kurang tahu tentang Islam, di California sekarang mempunyai lebih daripada 150 buah masjid. Ini menunjukkan bilangan orang Islam semakin bertambah. Dengan adanya orang Islam yang begitu ramai, kehadiran kami di sana hanya seperti berada di Malaysa sahaja. Bezanya ialah bahasa, bangsa dan cuaca.
Sebenarnya pandangan orang non muslim terhadap orang Islam banyak bergantung kepada akhlak orang Islam di satu- satu tempat. Mengikut seorang tetamu di radio IKIM, Islam," Islam is the fastest growing religion in the US.(Islam ialah agama yang paling cepat berkembang di Amerika Syarikat.)
Kenapa ramai daripada mereka dapat menerima Islam dan menghormati agama ini walaupun selepas kejadian 11 September ,2001. Sebenarnya kesemuanya ini banyak bergantung kepada akhlak, pakaian dan dakwah oramg Islam di sana. Akhlak yang terpuji dan dakwah dengan cara yang bijak dan bukan kutukan InsyaAllah, akan membawa kepada lebih ramai yang berminat dengan Islam. Eloklah kita fikirkan perkara serupa untuk negara kita terutama dari segi akhlak dan pakaian umat Islam di Malaysia ini.
Wednesday, October 12, 2011
Sejenak di Stanford University
Bangunan William Gates (computer science) |
Bangunan pentadbiran |
Bangunan David Packard ( Electrical Engineering) |
Baru baru ni setelah Steve Jobs, salah seorang pengasas Apple Computer meninggal dunia, ucapannya semasa hari konvokesyen Stanford Unversity pada tahun 2005 menjadi tumpuan seluruh dunia. Dalam ucapannya yang menyentuh perasaan , ia meceritakan tentang kisah hidupnya yang kadangkala menemui kejayaan dan kadangkala mengalami kegagalan. Dan setiap kali dia gagal dia akan bangun semula sehingga menemui kejayaaan. Kata-katanya " You can only connect the dots backwards" banyak memberi perangsang baik bagi pelajar mahupun usahawan.
Stanford university, salah sebuah universiti yang terkemuka di dunia terletak di pekan yang agak kecil bernama Palo Alto tidak jauh dari bandar San Francisco. Palo Alto merupakan tempat dimana bermulanya industri- industri di Silicon Valley dimana Stanford University dikatakan pusat bagi Silicon Valley.
Semasa pengembaraanku di Amerika Syarikat dahulu, kami sempat singgah di Stanford University kerana suamiku pernah belajar disana suatu ketika dahulu. Bangunan di universiti ini yang diperbuat daripada batu bata kemerahan memperlihatkan senibina gaya zaman dahulu. Uniknya bangunan-bangunan ini dinamakan mengikut nama orang yang terkenal dengan industri komputer seperti Hewlett, Packard dan William Gates.Dikatakan ada sebahgaian daripada orang ini telah mendermakan sejumlah wang kepada universiti ini.
Apa yang menarik bagi saya tentang universiti ini ialah keadaan persekitarannya yang sangat sesuai untuk pembelajaran. Kenderaan utama dikawasan kampus ialah basikal. Udaranya yang bersih, jauh dari pencemaran udara yang disebabkan oleh ekzos enderaan . Tidak nampak langsung orang merokok walaupun kami berada di luar bangunan. Deretan bunga lavender dan bunga ros menghiasi tepi dan pembahagi jalan. Memang tenang dan ideal untuk menimba khazanah ilmu di sini.
Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya di Amerika Syarikat? Klik di sini
Monday, October 10, 2011
Pandangan kini orang Amerika(non muslim) terhadap Islam (2)
Tahun 2009 sekali lagi aku sekeluarga berpeluang melancong ke negara Uncle Sam ini kerana menghadiri konvokesyen anakku. Kali ini kami telah memperuntukkan selama hampir sebulan untuk menjelajah di sana. Oleh kerana kami menggunakan kereta, bolehlah kami singgah di beberapa buah Islamic Center dan masjid dalam perjalanan kami.
Kali ini kami bertemu dengan lebih ramai orang Islam samada Islam dari segi keturunan ataupun yang mualaf (Muslim revert bukan convert) . Malah Allah telah mempertemukan kami dengan pegawai imigresen Islam sebaik saja kami melangkah masuk ke Lapangan terbang New York sehinggalah ke drebar teksi yang membawa kami ke Lapangan terbang Los Angeles sewaktu pulang ke Malaysia.
Pada mulanya kami beranggapan Bandaraya New York ialah bandar yang begitu ramai Yahudi orthodoks. Bandar ini juga merupakan tempat terjadinya peristiwa Sept 11,2001 di World Trade Center. Tidak pula kami menyangka begitu ramai umat Islam di sini. Peniaga, penjual makanan antara yang kami temui begitu ramai disini sewaktu berjalan- jalan. Ini tidak termasuk yang bekerja di pejabat. Jadi tidak hairanlah bila kami pergi ke sebuah masjid di tengah bandar New York, kami dapati umat Islam begitu ramai, yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Oleh kerana ramainya umat Islam di bandaraya ini, tidak hairanlah jika non-muslim tidak ambil kisah kepada kami yang sekeluarga yang bertudung berjalan-jalan di situ.
Apabila kami melancong di Niagara Falls juga, tiada siapa yang merenung atau menjauhkan diri dari kami. Pekan Niagara ini merupakan pekan yang kecil yang membangun kerana adanya air terjun yang besar ini. Meskipun demikian kami berhati-hati dan berdoa agar tidak berlaku perkara yang tidak diundang.
Ann Arbor di Michigan merupakan sebuah bandar universiti kerana ia membangun apabila kerana terdapatnya universiti of Ann Arbor. Biasanya di universiti, pihak pelajar dan akademik lebih berfikiran terbuka. Di sini orang Islam dari segi keturunan sangat ramai dan muslimat yang bertudung juga sangat ramai. Jadi tiada masalah bagi kami untuk berjalan- jalan disini.
Ikuti perbincangan seterusnya di tajuk yang akan datang.
Ingin mengikuti kisah pengembaraan kami sekeluarga di Amerika Syarikat dan bertemu orang Islam di sana? Klik di sini

Friday, October 7, 2011
Monday, October 3, 2011
Pandangan kini orang Amerika(non muslim) terhadap Islam
Dulu aku pernah menceritakan tentang apa yang aku hadapi semasa belajar di Amerika Syarikat awal tahun 80an dahulu di mana ketika itu baru kejatuhan pemimpin Shah Iran di negara Iran. Tahun 2005 yang lalu aku membuat keputusan untuk melawat negara tersebut sambil menziarahi anakku yang sedang belajar di situ. Ketika itu kejadian Sept 11, 2001 baru saja 4 tahun berlalu.Sebelum bertolak dari rumah dan sepanjang perjalanan di sana aku sentiasa berdoa kepada Allah agar di permudahkan perjalanan kami. Maklumlah kami mengembara dalam satu keluarga, oleh itu bukanlah mudah sekiranya walaupun seorang dari kami tersekat di perjalanan atau di timpa musibah.
Sampai di Lapangan terbang Los Angeles kami tidak menghadapi masalah dari segi pasport dan visa. Barangan makanan yang kami bawa tidak pun langsung tidak di periksa. Pegawai imigresen juga seorang yang peramah.Tapi apa yang agak ketara ialah orang awam kelihatan agak takut-takut dengan orang bertudung. Sekiranya dulu ada yang menjerit-jerit kepada kami, kini banyak yang senyap dan seolah-olah takut memandang kami.
Untuk sampai di tempat anakku belajar iaitu di bahagian tengan benua Amerika Syarikat., kami harus menaiki penerbangan yang memakan masa lebih kurang 4 jam. Di sana layanan orang Amerika terhadap kami adalah sangat mesra. Tiada siapa yang kisah dengan keadaan kami yang bertudung. Tiada siapa juga kisah kami bukan berkulit putih atau berkulit hitam seperti mereka. Aku pernah ke sebuah pusat membeli belah dan singgah di sebuah kedai cenderahati untuk membeli hadiah. Kami telah di sapa mesra oleh penjaga kedai di situ. Makcik pertengahan umur itu juga seorang yang suka bersembang.
Alhamdulillah sepanjang percutian kami pada tahun 2005, aku dapati pandangan rakyat Amerika terhadap Islam sudah berubah kepada yang lebih positif.
Ikuti perbincangan saya seterusnya tentang pengembaraan saya di sana pada tahun 2009.
Ingin mengikuti pengembaraan saya di Amerika Syarikat dan bertemu dengan orang Islam di sana? Klik disini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Takua Rendang Kat mana nak dapat makanan Melayu di Pulau Pinang? Kena tahu tempat- tempat penempatan Melayulah. Walaupun kadangkala kit...
-
"Mak, kenapa depa nak mai Penang untuk bercuti? Best sangat ka Penang ni?," tanya anakku. "Banyak tempat menariklah kat situ...
-
Kali pertama saya terdengar tentang kopi Luwak ialah melalui rancangan pemgembaraan Chef Wan di TV9 baru-baru ni. Kopi luwak ni adalah seje...
-
Masjidil Haram dan Menara Jam Bumi Haramain...Nama yang di berikan kepada Makkah al Mukaramah dan Madinah al Munawarah. Saban tahun beg...
-
Sudah lama aku tidak menjejak kaki ke kawasan pergunungan ini. Walaupun perjalanan ke bukit Fraser memakan masa tidak sampai 2 jam, ketiadaa...
-
Baru baru ini dalam program Tanyalah Ustaz TV9, seorang pemanggil telefon telah menceritakan bagaimana seorang mualaf yang telah berpuluh-...
-
Raccooons- Pic Source: smashinglists.com Suatu hari ketika aku sedang berehat sambil menonton tv, tiba- tiba "prang!", bunyi k...
-
"Kelas fardhu ain? Nak belajar apa lagi? Kan kita dah belajar dulu," kata seorang sahabat. Kami berjumpa di masjid selepas so...
-
"Tadi Ati pi kat sekolah tu. Ada orang jual ABC kat bawah pokok. Ati teringin pula nak makan ais kepal. Lani mana ada orang jual ais ke...