Thursday, August 25, 2011

Indianapolis....nasi beriani di restoran india muslim

Perjalanan dari Michigan ke Tennessee mengambil masa lebih kurang 11 jam jika di sertakan masa berhenti seketika untuk solat dan menyahut panggilan tabii. Oleh kerana kami bertolak sebelum zuhur, kami perlu berhenti untuk solat jamak Zuhur Asar.

Indianapolis ialah transit kami seterusnya untuk menunaikan solat dan mencari restoran halal kerana kami sudah habis bekalan makanan yang dibawa dari Michigan. Indianapolis terletak di Indiana, sebuah negeri pertengahan perjalanan antara Michigan dan Tennessee. Indiana bermaksud tanah Indian iaitu tanah orang asli red Indian Amerika.


Alhamdulillah, agak mudah kami mencari masjid di sini kerana ia terletak di jalan utama Indianapolis. Lagipun kami menggunakan GPS.  Masjid yang setingkat ini menempatkan sebuah pejabat dan ruang solat  yang berasingan bagi lelaki dan perempuan. Bersebelahan masjid ini juga terdapat sebuah sekolah agama. Walaubagaimanapun kami tidak dapat berjumpa dengan sesiapapun di sana kerana ketika itu bukan waktu solat. Selesai solat kami pun beredar mencari restoran halal yang berdekatan.


"Kenapa nampak pelik  aje restoran Arab  ni?" Bisik hatikku apabila kereta kami berhenti di hadapannya. Rupa rupanya selain daripada menyajikan makanan Arab, restoran ini juga mempersembahkan tarian gelek kepada pelanggan semasa menikmati makanan. Aku berasa kesal dengan 'extra service' yang diberikan oleh pihak restoran ini.Sepatutnya sebagai restoran halal, mereka harus memaparkan apa yang Islamik, bukan menyediakan hiburan yang berpengaruh negatif  supaya dapat menarik lebih ramai orang bukan Islam ke arah ugama yang suci ini. Kami mula berasa was-was dengan restoran tersebut, oleh itu kami cuba mencari restoran yang lain.

Alhamdulillah, lebih kurang lima belas minit selepas itu, kami terjumpa sebuah restoran India muslim yang menyajikan pelbagai masakan halal yang biasa kita kenali.Restoran ini agak besar dan rekabentuk dalamannya memang nampak agak eksklusif. Kami memesan 2 set nasi beriani dan satu bungkus nasi putih. Pada mulanya aku teragak-agak kerana fikir nasi sebanyak itu sudah pasti tidak mencukupi untuk kami berlima. Setelah diyakinkan oleh anak- anakku bahawa nasi itu memang mencukupi, kami membuat keputusan untuk memesan nasi sebanyak itu sahaja.

Untuk menjimatkan wang kami tidak makan di restoran itu. Kami akan memilih satu tempat yang sesuai untuk makan malam nanti.


Adakah nasi itu mencukupi dan di mana kami berhenti untuk makan malam pada hari itu? Ikuti kisah pengembaraan saya bersama keluarga di Amerkia Syarikat. Klik di sini.

Friday, August 19, 2011

Makanan Halal Bukan Setakat Tiada Babi/Khinzir

 Baru baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang adanya lemak babi di dalam mentega yang diimport dari luar negara. Dari pengetahuan saya, mentega ini telah dipasarkan di  negara ini sejak puluhan tahun yang lalu. Beberapa bulan lalu kita jugamendapat berita tentang keraguan tentang bahan yang terdapat dalam minyak sapi. Oleh kerana kita memerlukan makanan untuk hidup, seharusny a kita harus berhati-hati dalam pemilihan makanan. 

Di Malaysia, kita seharusnya bersyukur adanya badan seperti Jakim untuk menguruskan tentang status kehalalan sesuatu makanan. Walaupun tidak semua makanan yang dapat dikaji oleh Jakim, namun dengan adanya makanan yang mempunyai tanda halal jakim, maka pemilihan makanan lebih mudah dan dapat mengurangkan was-was seseorang pengguna.

Pengalaman saya selama empat tahun di Amerika Syarikat serta kelulusan saya dalam bidang kimia membolehkan saya sedikit sebanyak mengetahui samada sesuatu bahan mengandungi lemak haiwan atau tidak. 
Sebenarnya samada halal atau tidak bukan bermakna makanan itu tidak mengandungi babi. Banyak lagi bahan tambahan(additive) yang dimasukkan ke dalam sesuatu makanan yang perlu di awasi sumbernya. Sekiranya bahan tambahan ini asalnya dari sumber haiwan, perlulah kita tahu samada ia di sembelih atau tidak. Alkohol dalam makanan juga adalah haram. Hukumnya tidak sama bagi kosmetik kerana kita hanya memakainya dan tidak masuk ke dalam saluran makanan kita.

Persoalannya adakah kita tahu nama scientifik atau kod-kod yang di tertera pada bungkusan makanan yang kita beli? Biarlah saya memberi sedikit sebanyak bahan yang yang mungkin boleh membawa kepada keraguan bagi barang yang tidak mempunyai halal jakim. 



Pertama, mono and diglyceride ialah salah satu bahan  tambahan yang asasnya dari gliserol iaitu lemak. Kodnya ialah E471 biasanya  terdapat dalam 2 jenis samada vegetable mono and diglycerude atau mono and diglyceride. Sekiranya dilabel  vegetable mono and diglyceride, tiada masalah bagi kita memakannya. Kalau di letakkan hanya mono and diglyceride seharusnya kita selidik atau elakkan daripada mengambil makanan tersebut. Saya telah selidik sekiranya makanan itu mempunyai mono and diglyceride dan mempunyai logo halal Jakim, pihak  Jakim sudah pun mengesahkan ia dari sumber yang halal atau tidak meragukan.

Yang kedua ialah lecithin(lesitin). Biasanya di negara kita di label samada soya lecthin( lesitin kedelai dalam indonesia) ataupun lecithin saja.  Sekiranya di nyatakan pada label, soya lecithin, InsyaAllah bahan itu boleh di makan kerana ia mengandungi bahan yang dibuat daripada kacang soya. Sekiranya hanya diletakkan lecithin ianya mungkin berasal dari haiwan atau sayuran. Oleh itu sumbernya meragukan.

Ikuti perbincangan saya seterusnya tentang bahan tambahan dalam makanan.

Thursday, August 18, 2011

Manafaat Yang Saya Perolehi Menyekolahkan Anak di Sekolah Agama


Sebagai seorang ibu, banyak kelebihan yang saya perolehi bila menyekolahkan anak di sekolah agama. Sebenarnya apabila anak bersekolah di sana dengan secara tidak langsung kita pun terlibat dalam sistem persekolahan tersebut. Tambahan lagi sebagai seorang surirumah, masa yang terluang lebih di tumpukan kepada pelajaran anak-anak. Oleh itu saya dapat menyemak buku buku mereka dengan  lebih lama.

Pertama,  sewaktu anak saya yang kedua masuk ke sekolah ini, sekolah ini mewajibkan ibubapa mengikuti kursus  asas pembelajaran Al Quran kaedah Iqra' supaya kami dapat teguhkan pembelajaran anak-anak di rumah.  Dengan tak secara langsung kami juga belajar AlQuran. Pembelajaran Al Quran disekolah  juga melibatkan pelajaran tajwid sehinggalah ke sekolah menengah. Oleh itu sedikit sebanyak pengetahuan ilmu tajwid dapat juga di perolehi.

Kedua, pelajaran bahasa Arab juga ditekankan  di sini. Bagi saya yang tiada asas kemahiran berbahasa Arab, saya mengambil peluang untuk belajar bahasa Arab daripada anak -anak sendiri atau dariada buku-buku yang di gunakan oleh anak-anak. Saya bersyukur mendapat ilmu ini walaupun pengetahuan ini tidak sebanyak yang anak saya dapat. Bak kata pepatah sambil menyelam minumair.

Bagi seorang yang tidak pernah bersekoah di sekolah agama, mata pelajaran islam yang diajar samada  fiqh, akhlak, seerah dan akidah mahupun tasawur islami, semuanya memberi manafaat kepada saya. Oleh kerana saya sendiri terlibat membantu anak saya dalam membuat nota subjek tersebut(membantu, bukan nota kesemuanya sekali), dengan sendirinya saya mendapat ilmu itu juga. Pengetahuan saya dalam membuat peta minda banyak membantu dalam proses membuat nota. Terima kasih kepada Dr Shukri Abdullah kerana mengajar cara-cara membuat peta minda ini berbelas tahun dahulu di TV !

Selain daripada  subjek subjek yang dinyatakan di atas, saya juga mendapat pelbagai ilmu daripada subjek lain. Sebenarnya pokok pangkalnya jika kita  mahu melibatkan diri dalam pendidikan anak- anak, InsyaAllah kita akan dapat manafaat bersama. Saya telah memperolehi banyak manafaat untuk diri saya sendiri daripada sekolah agama yang di hadiri oleh anak saya. Bagi mereka yang bekerja, luangkanlah masa untuk memahami pelajaran anak-anak. InsyAllah banyak manafaat yang kita sendiri boleh perolehi.




Friday, August 12, 2011

No harm in being nice.... Even if you are having a bad day, don't ruin it for others.

This is one of the article from 'The Bangsar Boy' section  in the Star newspaper in July 2011. In this article he told about his experience in encountering with a not so pleasant situation when he volunteered to man the reception counter at his cousin's wedding. Getting shout at is one of  the shocking moment  that he had faced even though he was part of the host at the wedding reception.


Further on he discussed how those in the service related occupations often had to face those situations with people they hardly know. It is a pity that we, as Malaysians have that kind of attitude without even consider that certain situations are beyond their control. For example, during a visit to the doctor, the doctor's assistant could not  let you in early because the doctor had to attend an  emergency case at that time. As a result the appointment  time will have to be shifted later. Even if you demanded to see the doctor early, there was actually nothing the assistant could do except that asked you to be patient and wait for the doctoe to come.

Of course, if we face the same situation, we would get frustrated. Our time would be wasted and we tend to get tired and agitated easily. However when we stop and paused to think , we would then realize our actions are actually making other people frustrated and angry too. At some instances, we might even be creating a chain of reactions of frust and agitated people  that we do not even know. Therefore we are the ones who actually ruin the mood of several people for that day.

Therefore before you even begin to voice out your displeasure to someone take a deep breath and pause and think for a while. Would it ruin  only that person's day or would it  create a chain reaction of ruining the mood of several people after that.



Ingin belajar menulis artikel dalam bahasa Inggeris dan menghasilkan wang? Klik di sini

Wednesday, August 3, 2011

Makanan Halal Di Amerika Syarikat

Bagi yang hendak menyambung pelajaran di USA, mungkin ada yang khuatir bagaimana hendak mendapatkan makanan halal. Mengikut seorang penceramah muslim dari Amerika Syarikat di radio Ikim, agama Islam merupakan antara agama yang paling cepat berkembang di US. Oleh itu pertambahan umat Islam di sana memang cepat berbanding agama- agama lain. Bagi mereka yang hendak ke sana, jangan risau dengan tempat untuk mendapatkan makanan halal kerana bilangan orang Islam yang ramai sudah semestinya mempunyai bilangan kedai halal yang banyak.

Sebenarnya  kedai menjual makanan halal memang banyak  di Amerika Syarikat  terutama sekali yang menjual bahan mentah halal seperti daging lembu, ayam dan lain lain. Hampir setiap bandar mempunyai kedai menjual bahan mentah halal. Kedai ni biasanya kepunyaan orang Arab muslim dan selain daripada menjual daging halal, mereka juga menjual barang- barang keluaran negara lain dan sudah dipastikan kehalalannya.

Antara  kedai yang terbesar yang pernah saya lawati ialah di Dearborn ialah sebuah bakeri yang juga merupakan sebuah restoran menjual makanan yan siap di masak seperti spagheti, lasagna dan pelbagai makanan Arab yang saya sendiri kurang tahu. Selain itu mereka juga menjual pelbagai produk halal dari seluruh dunia. Bakeri ini juga menjual kek hari jadi roti dari pelbagai saiz yang menakjubkan.

Terdapat beberapa restoran halal  yang telah kami lawati semasa melancong ke sana. Kami pernah singgah di sebuah restoran India muslim yang menyajikan pelbagai jenis nasi seperti nasi beriani dan nasi pilaf. Kami juga pernah singgah di sebuah restoran Lebanese dimana kami telah menjamu selera dengan kebab dan pelbagai jenis nasi Arab. Sungguhpun harganya agak mahal, kami yang terpaksa meneruskan perjalanan ke tempat lain terpaksa membelinya. Alhamdulillah sekurang-kurangnya kami dapat makanan yang halal.



Ingin membaca kisah pengembaraan kami di Amerika Syarikat? Sila klik di sini.

Betulkah Kita Masyarakat Yang Sukakan Kebersihan?

"Busuknya!" keluh anakku  sewaktu masuk ke dalam kawasan tandas salah sebuah tempat bersejarah di Perak. Kawasan ini merupakan tempat perlancongan yang agak besar kerana terdapat pelbagai tempat yang boleh dilawati dalam kawasan itu sendiri. Antaranya ialah beberapa buah rumah, sebuah muzium, masjid dan juga kedai cenderamata.


Seringkali bila kita pergi bercuti dalam negara, kita selalu berhadapan dengan keadaan sebegini. Masuk saja dalam kawasan 'kamar kecil' mulalah terbau sesuatu yang memang tidak menyenangkan.  Bukan semua tapi banyak juga tempat yang terpaksa aku hadapi kerana desakan panggilan tabii. Agak-agaknya sejauh  mana kesedaran rakyat Malaysia khususnya orang Melayu Islam kita ini yang peka tentang kebersihan lebih- lebih lagi untuk bersuci.

Pernah satu ketika dahulu. pihak kementerian penerangan melancarkan kempen tandas bersih. Mulanya nak ketawa juga kami meihat iklan itu di TV. Maklumlah mana pernah ada iklan tandas sebelum ini. Walaubagaimanapun iklan itu memang ada mesej yang berguna kepada semua pengguna dan pengendali tandas yakni berusaha membersihkan tandas dan selalu pam tandas sebelum keluar. Malangnya  kempen seterusnya berkenaan kebersihan tandas tidak di teruskan.



Aku pernah ke satu kawasan yang agak jauh dari bandar di Chiangmai sewaktu aku melancong ke sana. Ketika itu aku bersama keluargaku dalam perjalanan ke Chiangrai, satu bandar yang hampir dengan sempadan Thai, Myanmar dan Laos. Kami singgah sebentar di kawasan rehat ni bagi membolehkan pemandu berehat sebentar sementara kami ke tandas. Kawasan ini tiada kemudahan seperti RnR lebuhraya kita. Namun begitu sebaik saja kami melangkah masuk ke dalam kawasan bilik airnya, kami dapati ia sangat bersih. Semuanya tersusun atur. Tiada kelihatan kertas tisu tandas bertaburan dan baunya tidak hancing walaupun tiada pewangi .

Aku juga pernah ke sebuah kedai kopi lama terletak di kawasan yang agak sunyi di bandaraya Singapura. Oleh kerana tak tahan dengan perut yang  memulas, aku terpaksa singgah di sana. Mulanya aku mengagak sudah tentu tandasnya teruk. Maklumlah ini kedai kopi lama. Leganya hatiku sebaik saja  aku melangkah masuk ke bilik kecil apabila melihat ia sangat bersih. Kalah kawasan tandas tapak bersejarah yang aku lawati di Perak. Walaupun tandasnya tidak baru dan tidak mempunyai kemudahan lain, kebersihannya sangat dijaga.


Sebenarnya bersih atau tidak sesebuah tandas bergantung kepada kerjasama semua pihak. Pengendali-orang yang bertanggungjawab menguruskan tandas  dan juga kita sendiri sebagi pengguna tandas. Sekiranya di rumah kita sentiasa memastikan kebersihan tandas sendiri, kenapa tidak kita sebagai pengguna bersama-sama bantu menjaga kebersihan tandas yang kita gunakan samada di kawasan rehat, masjid mahupun di restoran. Fikir-fikirkanlah.



Popular Posts