![]() |
Hanya gambar hiasan semata-mata |
Umumnya seorang peniaga atau pembuat nasi lemak tahu bahawa untuk membuat nasi lemak perlu menggunakan santan agar nasinya lemak. Tapi kenapa nasi yang biasa di beli kini tidak rasa seperti nasi lemak yang sepatutnya.
Dua kemungkinan. Pertama, memang pembuat nasi lemak tak tahu perlunya meletakkan santan untuk membuat nasi lemak. Kedua dia tahu, tapi sengaja tidak diletakkan santan sebab tak balik modal berniaga cara sebegitu.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda," Bahawasanya Allah suka seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja dengan elok(itqan).
( Riwayat al Baihaqi)

Berikut ialah antara bahan asas untuk membuat nasi lemak
1. Beras
2. Santan
3. Bawang kisar
4. Air dan garam
5. Daun pandan.
Bahan bahan ini cukup untuk menghasilkan nasi lemak yang sedap dan lemak.
Tanya saja orang dulu-dulu. Pasti diberikan sebegini resepi asas bagi memasak nasi lemak. Biar apa saja lauk yang menyampingi; ikan bilis, telur, ayam dan sebaginya, nasi yang dijual mestilah sebenarnya apa yang diiklankan samada di depan gerai atau restoran. Nasi Lemak!
"Err...mak, bukanke orang masak nasi lemak guna minyak? Tak guna santan?" tanya anak saya suatu ketika dahulu. Saya tersenyum. Agak-agaknya daripada mana dia mendapat maklumat ini? Agak- agaknya apa jawapan saya?
No comments:
Post a Comment